Tuesday, 30 September 2014

TVS lagi, CD17 ovum masih tidak matang.

Macam biasa, semalam Hakim ke school dengan Mak Ngah. 
Mama tak dapat nak hantar sebab pukul 6AM dah nak ke HKL. Kali ni Mama ke HKL ditemani oleh Moksu. Kebetulan Moksu takde class today. Sampai HKL dapat no 20. Ramai dah sampai awal agaknya. Tak kisah lah... janji sampai on time.

Sampai turn Mama TVS 

Nurse: Folikel Puan tak besar
Mama: Last week scan ada 1 yang besar belah kiri ni nurse
Nurser: Betul tapi yang besar tu pun sizenya sama macam dulu. Tak besar. Puan tengok ye, yang kecik-kecik banyak.
Mama: So macamana ni nurse?
Nurse: Saya akan inform Doktor, mungkin Puan kena sambung inject lagi.
Mama ( Dalam hati) : Kena inject lagik??????

Rasa kecewa sangat bila tengok folikel-folikel tu stop membesar. Dalam 5 hari ni tak kan takde membesar 1 or 2 mm ? Ape silap nye ye? Folikel yang domain tu pun ting tong juga ke?

So fikir punya fikir...  sebab Mama makan ubat  batuk, demam and selsema  tu ke yang menyebabkan pembesaran folikel ni terbantut?

 Tapi Mama dah consult dengan Doktor last week. Doktor inform semua ubat boleh makan cuma jangan makan Antibiotik je.  

Erm... tapi time bersiap nak TVS last week, memang ada nurse  bisik kat Mama jangan makan ubat batuk sebab risau system jadi slow. Tapi dek kerana Doktor kata okay... batuk pun kemain sampai nak terkeluar anak tekak ni. So Mama makan juga lah ubat-ubat tu dalam 3 hari macamtu.

Bila dah jadi macam ni, rasanya apa yang Nurse tu cakap macam make sense pula.
Ubat batuk and selsema tu kan buat kita rasa ngantuk, rasa malas, rasa nak rest tidur je kan. Mungkin simptom tu juga lah yang dialami oleh ovari dan folikel. Kan??? Folikel tu jadi malas nak membesar sebab dilalikan oleh ubat semua tu. Betul tak??? (tetiba Mama ni fe-feeling Doktor plak. Hihihi)

So sattle TVS, Doktor minta Mama sambung injection for another 5 days. Ubat yang sama but dose up daripada 50iu ke150iu sehari. Cara cucuk semua sama je. Lepas amik ubat nurse cucuk kan 1 set Foliculin ni sebab semalam Mama tak ada inject ubat.


Yang menariknya... time nurse tu inject tak rasa sakit pun. Sekelumit pun takde.
Miracle!
Wah... camni hari-hari inject pun takpe. Mama inform nurse yang setiap hari Papa inject mesti akan rasa pedih dan bahagian perut rasa macam membengkak dalam 3-5 minit macam tu. Nurse tu kata , nak inject ni ada skill. Diorang memang hari-hari kerja meng inject orang so skill tu memang power lah kan. 

Balik daripada HKL tu sempat juga lah me release kan emosi berdua beradik. Pergi buat reflexology kaki kat Sungai Buloh Mall. Drama juga lah Moksu kat situ menahan sakit di urut.



Petang tu time magrib dapat call dari Papa. Papa accident kat highway seksyen 17 PJ. Berderau darah Mama. Sebab 10 minit sebelum tu Papa call inform yang Papa baru nak gerak balik sebab hari hujan. Papa cakap Papa luka and lebam sikit je. Jalan licin so break pun still motor Papa berjalan. Teruk juga lah Papa langgar Vios amoi kat situ. Pecah bumper and lampu belakang Vios tu. Motor papa tak banyak yang rosak. Cuma malam tadi baru Papa mengadu sakit kaki, sakit badan. Rasa sengal sana sini. Mau tak sakit, Papa cakap Papa tercampak kat tepi jalan. Nasib baik time tu jalan memang tengah jammed. So semua kereta pun slow. Kalau tak.... Nauzubillah.

Apa pun Mama bersyukur sebab Papa tak cedera parah. Boleh lah Papa jadi Doktor Mama lagi. Inject Mama even sakit tapi Mama redha je lah. Tadi Papa ke clinic dapat MC 2 hari. Kesian Papa...  Doktor suruh Papa rehat je kat rumah. Tapi kan...kalau MC tu kena time next appointment Mama kan bagus. Boleh juga Papa teman Mama ke HKL. Nampak gaya next appointment pun Mama kena hadap HKL ni sorang-sorang.  


~~~ Tuhan ku... peliharailah kami dengan kasih dan rahmah Mu~~~


No comments:

Post a Comment