Monday 28 April 2014

Welcome to Little Caliph Kindergartens Sports Day 2014



27 April 2014: Hakim 1st time ber sports day.

Since last 2-3 days Hakim asik pujuk Mama & Papa supaya hadir ke Sports Day 
Hakim nanti. Agaknya dekat school teacher ajar kot suruh anak-anak ni ajak parents datang sports day. 

Serius rasa sayu hati bila Hakim cakap macamni. 
"Mama...nanti Hakim sportday, Mama tengok ye"... 

Hakim.... Insyallah, selagi hayat dikandung badan. Mama akan cuba hadir 
disetiap hari-hari istimewa Hakim. Tak kira lah hari itu hari apa, kalau Hakim involve mama akan 
try my best to attend. 

Mama & Papa akan sokong & pastikan setiap saat indah, suka duka Hakim sentiasa kami ada disisi.  Walaupun malam before sports day tu Mama bagitau yang Mama nak tengok anak Mama menang.
 (Sambil baring kat Papa Hakim cakap macamni  " Ok lah...Hakim menang nanti".)
Tapi apa yang sebenarnya yang Mama nak ialah, Hakim enjoy & happy bersukan dengan your friends.
Kalah atau menang tu tak penting. Bagi Mama kalau Hakim berani nak bersukan tu pun dah cukup baik.

Nak tau kenapa? 
Sebab pada hari sukan tu. Ramai juga anak-anak Little Caliphs yang menangis. Menangis nak 
kat mak masing-masing. Mostly yang menangis tu Mama tengok orang yang sama yang menangis time 1st day school aritu. Kesian Mama tengok , menangis teresak-esak. Mama rasa diorang ni menangis sebab takut. Takut sebab tengok ramai sangat orang yang tak dikenali kat situ. Then parents pula ditempatkan di khemah lain. 

Ye lah...kalau parents stay 1 khemah dengan anak-anak kang tak jadi ape lah kan. Tapi kalau dah kronik menangis, memang tak boleh buat ape lah kan. Parents kena lah pujuk anak tu. Teacher semua busy nak arrange student lain. Tapi kalau ade 15 orang...adelah sorang je anak yang menangis. Yang lain semua sporting. Semua enjoy nak bersukan. Sukan budak-budak....seronok tau!

Panjang berjela mukaddimah. Hihihihi.... 
Tahun ni sport day di Taman Metropolitan, KL. 

Mulanye idak lah tau mana halanye taman tu  tapi bila teacher inform 
Taman Layang-Layang. Owhhhhhhhhhhh.....(panjang owhhh nye)  baru lah Mama & Papa 
tau kat mana. Banyak kali dah Mama ajak papa ke Taman Layang-layang ni tapi tak ada  rezeki. Papa selalu je ngelak nak ke sini sebab setiap kali lalu taman tu, parking selalu full & ramai orang park kereta kat tepi jalan besar. So macam bahaya pula nak park kereta jauh-jauh kat tepi jalan besar tu kan. Makanya, Sports day Hakim ni baru lah kita 3 beranak dapat  menjejak kan kaki kat sini. Thank you Little Caliphs....

After register, teacher Shima bagi nombor giliran untuk pin kat baju Hakim & Papa.

Nampak tu Papa risau benar kat anak tu.  Ini tent anak-anak & teacher ye Papa. Papa tak boleh masuk.

Sports day kali ni lawan suke-suke antara 
Little Caliphs Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Gombak & Wangsa Maju. 
So ramai... so meriah and merrier.  :)

Masa nak kawad kaki tu nampak comei je masing-masing. Bagi student yang age 4 tahun maybe inilah kali pertama merasakan pengalaman berkawad secara beramai-ramai macamni. School anak Mama pakai baju colour blue. Sebab tu lah arini Mama & Papa pakai baju & tudung colour blue. Macam boria plak kan. hihihihi...


Perarakan anak-anak cute miut mengikut cawangan school . 

Little Caliphs Sungai Buloh. All kids looks blueeeeee......


Sukan time!
Lepas seronok tengok anak lari sana sini. Next session, mak or bapak pula kena joint sukan dengan anak. Seronok betul. Most parents sangat supportive and Mama tengok ramai parents yang datang pun pakai baju yang sama dengan baju anak. Best! 
Kan! team blue...parent pun pakai baju blue. Terbaeeekkkkkk....

Go Hakim Go! Go Papa Go!
Tak puas tengok gambar je kan. 
Meh Mama share video Hakim sport dengan Papa.
And Papa... I want to tell u s'thing. U look so comei dikalangan ramai little angle tu... hihihi.




With Founder The Little Caliphs Program: Pn Sabariah Faridah Binti Jamaluddin







Snap se round dengan hadiah & piala. Ini merupakan piala pertama dalam hidup Hakim tau.



Selesai sesi student 4 years old bersukan.
Boleh lah santai main bubble or yang nak main layang-layang pun boleh. Time pukul 10am macamni dah ade banyak kedai yang dah mula buka gerai. Ada yang jual mainan... ada juga yang jual makanan & minuman. This time kita main bubble je lah sebab hari makin panas. Layang-layang lain kali kita datang main kat sini ye. Sian kulit gebu Mama ni nanti jadi kelabu asap. Hihihihi


Berebut dengan Papa.
Various types of kite. So colorful kan.

Alhamdulillah selesai sports day pertama Hakim. 
Walaupun sepanjang ber sport tu muka Hakim serious je tapi Mama percaya Hakim dah cuba yang terbaik supaya jadi yang brave & strong. Dari luar tent Mama & Papa sentiasa perhatikan Hakim. Mama tau Hakim takut (Hakim asik tengok luar tent tempat akhir Mama & Papa tinggal kan Hakim) tapi Mama bangga Hakim dapat atasi rasa takut tu and Mama harap dimasa akan datang Hakim akan jadi lebih berani and percaya pada keupayaan diri sendiri. 

Ingatlah sayang...
bahawa Hakim tidak sendiri. 
Percayalah Allah sentiasa bersamamu. Mama doakan Hakim sentiasa dalam perlindungan Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung.


Hi champion! U always be my champion.


Monday 14 April 2014

We proud of you Hakim! - Penilaian tahap 1 @ Little Caliphs

Tara!!!!!!!
Inilah barang special yang Mama inform last entry. 

Teacher Farah bagi semua hasil artwork Hakim selama lebih kurang 3 bulan 
di Little Caliphs. Teruja Mama, tengok box tu pun dah senyum sampai telinga. Of course lah hat box tu bukan Hakim yang buat kan. Sebab kemas & cantik semacam je Mama tengok. Sure teacher yang buat kan. Yang Hakim buat ade dalam box tu. 

Lets tengok what inside the box!!!


Comei kan???

Apa dalam kotak????


Tu dia!!!


Cer teke ape Hakim buat ni?

Yang colorful belah kiri tu rumah. Rumah tu Hakim tampal 1 side je.  Kat roof pun tampal  tp secoet je.
Tapi kan Mama wonder ape yang Hakim buat hat belah kanan tu.

Cer teka ape?
.......................
..............................(thinking)............................
...........................................................


 Yang belah kanan tu adalah Kaabah!


MashAllah.... Pandai Hakim buat Kaabah. Teacher Farah said that Hakim love black colour since diorang teach you about Kaabah. Mama pun perasan bila ajak Hakim color kat rumah, Hakim selalu nak black colour. Now I know why.  :)


comei!!!
Atas tu your tapak tangan... yang pakai tudung tu, Hakim kata itu Mama.  :)

Pada Mama semua hasil kerja Hakim ni sangat AWESOME!

Cut & stick
I try to stick it Mama.
Pic 1: Yor Footprint (  creative! from footprint become butterfly)
Pic 2: Colouring. (Muka Hakim kelakar lah Mama tengok.)

Ha....comel kan artwork Hakim? Ada progress. 
Color tak delah comet terkeluar line sana sini macam dulu-dulu. Walaupun banyak artwork banyak tak siap. Tampal tapi  tak tersusun. Mix all the color. But for Mama, its so AWESOME!
Tenkok pic muka Hakim yang kat atas ni. Kelakar kan. Mama tanye kenapa ade stiker kat muka. Hakim kate itu tahi lalat lah Mama. Hihihihihi... ketawa Mama tengok kan. Tampal mate tu macam nak juling. kikikiki.... anyway...Good Job sayang. Whatever compang campeng pun Mama tetap happy dengan all these artwork. 

Ok...sibuk kan cerita pasal artwork, now lets berkenalan engan your teacher pula. Inilah your very first teacher ever (at school) ye. Nama teacher ni Farahiyah. Kecik molek je teacher Hakim ni. Sekali pandang macam Cik Na kan. hihihihi...

Ingat ye Hakim... Teacher ni ibarat macam Mama di school. 
Kalau kita baik dengan teacher...  InsyAllah berjaya!

Ada 1 lagu yang Hakim selalu nyanyi kat rumah. 
Mama pun suka dengar Hakim nyanyi lagu ni. Bagus kan bila anak-anak nyanyi lagu yang boleh buat kita senyum sambil tengah cuci pinggan kat dapur. Sejuk je rasa hati.

"Anak soleh rajin solat rajin ngaji
Ibu bapa ditaati.
Anak soleh rajin solat rajin ngaji
Guru dihormati"



Thank you teacher Farah

Selesai sesi belek artwork. Teacher Farah bagi kertas penilaian kat bawah ni. Hat ni mendebarkan....Doa Mama harapkan anak Mama cemerlang!

Grade ape Hakim achieve ye?
All Good! 

Bangga nye Mama! Mama tanye juga teacher macamana boleh dapat Good 
sedangkan banayk kerja tak habis. Mostly sekerat jalan kan. 

Erm...teacher kata semua kerja tu memang mostly semua student 4 year tak siap kan. Sebab kids normally hanya boleh focus buat sesuatu activity tu dalam masa pendek. Kalau nak dorang buat sampai habis boleh jadikan student stress.  Most activity kat school especially untuk 4 years ni nak kan student happy buat apa yang mereka buat. So kalau student boleh buat at least half way , itu sudah cukup bagus daripada ada student yang tak nak buat langsung. 

Perihal behavior kat school pula, teacher puji Hakim tak banyak kerenah. Hakim suka study & active dalam activity school. Book 'a ba ca' tu Hakimdah sampai page 26. Teacher kata Hakim adalah antara student yang paling cepat membaca dan mengenal suku 'a'. Kalau ada activity mengenai huruf , Hakim cepat nak buat sebab hakim dah pandai kenal huruf.

All "G" = Good!
As rewards.....


As promise, kalau study cemerlang & perangai tip top Mama akan bawa tengok Rio2. 
Cerita mengisahkan seekor burung name 'Blu' yang sangat sayangkan keluarganya dan cuba protect familynye & kawanannya daripada ancaman manusia. 

Ceritanye sangat Best Best Best! 
Hakim enjoy sangat layan cerita ni. 
Anak Mama, anything about animal dia suka kan. Sampaikan Ato MS kate besar nanti Hakim boleh jadi doktor animal. Sebab your passion tentang animal yang sangat-sangat mendalam tu. 



~~~ Thanks Hakim sebab bahagia kan Mama & Papa~~~

Friday 11 April 2014

Parents Meeting @ Little Caliphs

Name: Muhammad Andy Hakim bin Muhamad Zuhaidi
Class: KG (4)
Teacher: Farahiyah
Year:2014

Berdebor-debor pulak rase hati ni nak amik result anak age 4 years je kot. 

Ni Mama baru je balik dari school Hakim. After 2 kali delay, today baru lah dapat jumpa teacher Hakim untuk  diberi penerangan dan penilaian tentang tahap pembelajaran Hakim sepanjang almost 3 month di Little Calips, Sg Buloh.

Banyak juga teacher Hakim explain dengan Mama tentang anak Mama sorang ni.
 And ade something special Teacher Farahiyah kasi Mama tadi.

Nanti Mama share ye apa yang teacher gossip ngan Mama pasal kamu and ape benda yang special sangat yang teacher bagi kat Mama tadi ye. Paling penting, nanti Mama nak share Grade ape yang Hakim achieve kat school ni.   :)

~~~Kat opis banyak keje, tak boleh blogging!~~~


Thursday 10 April 2014

Harum Kesidang.


Baunye wangi... 
Kalau yang tak pernah hidu bunga kesidang ni ,  
bau nye lebih kurang macam bau pandan. Mama suka bau bunga kesidang ni sebab baunye wangi yang lembut.  Kebetulan Mama letak kesidang ni bersebelahan je dengan bunga Melati. So bila angin lalu je, semerbak harum bunga kesidang and Melati naik sekali. Mama suka sangat! 

Bunganye yang putik kecik molek tu pun sangat cute kan.
 Hakim pun suka bau bunga kesidang ni.
 Ade orang panggil pokok ni pokok kerak nasi. Ntah mana datang kerak
 nasinye , Mama pun tak tahu.  :)

Pokok kesidang ni jenis memanjat. So Mama memang dah decide sejak beli dari nursery nak tanam dalam pasu then letak rapat dengan pokok tunggul mati kat depan rumah kita. So senang lah kalau dahan kesidang ni nak menjalar. Tak kuasa lah Mama stand kayu semata-mata nak kasi pokok ni menjalar. 

Kalau ada kelapangan setiap sebulan Mama akan trim dahan kesidang ni supaya tak menjalar tinggi sangat. Penah juga Mama try cucuk dahan yang dicantas tu dalam pasu. Kot ler hidup kan. 
Erm....tak de rezeki hidup. Kalau bab tut menge tut bunga ni Mama surrender. hihihihi....

Mama pernah baca dalam article mana tah inform boleh tanam dengan cara lenturkan batang dahan kesidang ni ke tanah then tindih dengan batu sampailah kat batang tu keluar akar, 

Bila akar dah tumbuh , boleh potong part yang bercambah tu kat pasu lain. Erm...nanti free nak try lah. Bukan ape, Papa tu suka sangat petik bunga kesidang ni letak dalam kereta. Kalau petik 2-3 kuntum tak pe...ini sampai segugus bunga nye dipetik letak dalam kereta. 

Mama penat mencantas...membaja bagai... Papa sesedap rase je petik bunga kita kan. Mau nye tak sedih. 

Actually Hakim paling rajin membaja flower, Hakim selalu cakap bunga nak makan sebab nak energy, kekadang 1 pasu size biasa tu Hakim letak baja sampai bersudu-sudu. Kalau kasi chances siram pokok. Memang bahagia lah pokok tu ...banjir mencurah disiramnye pasu. Selagi tak melimpah air dari pasu selagi tu pokok tu haus katenye.  Hihihihi....

~~~ Nabi Muhammad  suka wangi, jadi mari kita sama-sama wangi secara alami~~~



Monday 7 April 2014

Pray for Group Umrah 314 : 50 Jemaah Umrah Terkandas. Passport Hilang di Tanah Suci.

Alhamdulillah, 
Rezeki Ato, Jida, Moksu,  Atok and Nenek Kuang mengerjakan umah tahun ni. 
Semua follow Umrah under Kembara Umrah Sdn Bhd yang dikelola oleh Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang selalu bersiaran kat TV sekarang ni. Pemilihan agensi ni  dibuat sebabkan oleh agensi ni terletak sangat dekat dengan rumah so kalau ada kursus mudahlah jika Ato and Jida nak pergi kursus.

Antara faktor paling utama kenapa agensi ini dipilih ialah sebab time ni kitorang percaya yang Ustaz Harryanto akan follow jemaah ke sana. But last minute baru dapat tau yang Ustaz Haryanto tak dapat joint sebab syarat Umrah sekarang.... seseorang tu tidak boleh ke Umrah lagi dalam tempoh enam bulan selepas selesai menunaikan Umrah terdahulu.

 Erm.... ok lah time ni rasa agak sedikit kecewa but
masih boleh pujuk hati. Rasa mungkin bukan rezeki boleh buat umrah dengan Ustaz Harryanto. 

Al kisah.....
 Yang benornye, Mama ingat nak simpan dulu entry ni. 
Ingat nk update after semua dah selamat balik ke tanah air yang dijadualkan pada 5 April 2014 yang lalu but Allah sebaik-baik perancang kan. 

Nak dijadikan cerita pada 3 April,  Jida SMS Mama 
inform yang passport semua jemaah under Kembara Umrah Sdn Bhd hilang. So probably tak dapat balik pada date yang telah ditetapkan.

Ha.... Acaner tu???!!!

Sebelum tu jom kita imbas kenangan kita hantar Ato and Jida ke KLIA pada 26 Mach yang lalu...

Bersolat dulu di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
Dapatlah dorang solat jamak. Sebab flight ke sana amik masa dalam 9 jam.

Jida, Hakim & Mama.

After solat, terus ke KLIA sebab menurut agent akan ada taklimat ringkas sebelum flight dalam pukul 2 petang di Pintu 5 KLIA. Flight dijangka berlepas pada pukul 6 petang.

But....
Masa tengah dok tunggu tu agent inform yang flight delay pukul 9 malam pulak.
Biasalah....flight memang selalu delay. No hal lah.... at least Mak Ngah Shida and Cik Na sempat jumpa Atok and Nenek Kuang kat airport. Kita pun sempat makan kat food court, KLIA. Tau Foo Fah kat KLIA ni sedap tau.  :)

Jida tengah bercakap dengan Mak Ngah/Mak Teh.
(Mama pun tak ingat...rasanya macam cakap dengan Mak Teh)

Atok & Granny Long pun pergi sama.

Sabar menanti flight delay from 6pm to 9pm.

Otai!

Ato - Ato Hakim yang penyayang

Jida and Nenek Hakim yang caring.

Cucu kesayangan Ato. Tengok tu Hakim kuyup rambut berpeluh. Asik berlari je kejenye.

Moksu and Cik Na.

Beg yang diberi oleh agensi .
Memasing muka happy je kan.
Maklum lah ...mahu memulakan perjalanan menuju Allah. Mestilah happy kan.

After 11 hari Insyallah akan jemput semua di KLIA.
Begitu lah lebih kurang apa yang sepatutnya terjadi.

Sepatutnya mereka dah tiba di Malaysia Sabtu lepas, 5 April 2014 pukul 5 petang.

 Tetapi as we know, kita hanya mampu merancang. Allah jua yang Maha Mengetahui dan Berkuasa.
Mana nak sangka kan semua jemaah Umrah kumpulan 314 seramai lebih kurang 50 orang ni tidak dapat pulang ke tanah air tercinta disebabkan masalah kehilangan passport.

Allahuakbar...
Masa mula-mula Mama dapat SMS daripada Jida mengatakan passport hilang tu. Berderau juga darah. Mama mati-mati fikir yang passport Jida seorang je yang hilang.

But bila tau semua jemaah under agent  ni terlibat sama.
80% hati Mama rasa lega. Mean Jida tidak keseorangan.
Kalau Jida tinggal sorang mau meraung Mama kat sini. Kot Mecca tu dekat macam KL ke Perlis, gagah juga lah pergi amik Jida kan. Ini Mecca...jauh tu.

Persoalan yang timbul;
1. Kenapa passport, bukan jemaah sendiri yang pegang?
2. Macamana lah passport yang merupakan dokument yang sangat penting tu boleh hilang? kecuaian seperti ini tidak sepatutnya terjadi.

Tetapi....

Mama try positive.
Maybe agent tak nak ada jemaah yang cuai atau tercicir passport.
So that better dorang sendiri yang pegangkan passport. Sebab biasanye jemaah umrah ni akan gerak bersama agent, tempoh umrah pun biasanya dalam 2 weeks je so better agent je simpankan passport.

Pasal kecuaian tu pula, Ermm... No comment.
Bila fikir balik masalah misplace ni memang boleh terjadi pada sesiapa pun. Waima Mama sendiri pun kekadang lupa mana Mama letak kunci kereta yang baru je Mama letak.

So... tak guna nak marah agent kan. Benda pun dah jadi so better memasing co-operate untuk cepatkan urusan embassy dan imigresen di Saudi nun.

Tapi kalau benarlah ada unsur sabotaj maka pepandai ler yang terlibat tu menjawab kat Padang Mahsyar nanti ye. Sian kat Atok, Jida,Atok Kuang and nenek...  nasib baik Moksu ada ikut sama.
At least banyak juga news yang kita dapat. Ape taknye, semua benda di Wassap nye.  sampai timbul juga lah isu-isu touching maching antara Mama and Moksu. Hihihihi...

Anyway...Well done Moksu. Sebab bukan semua dapat jadi macam Moksu. Bersama camera DLSR nya menangkap gambar all the makcik and pokcik untuk buat passport. hihihihi....


Tapi sebenarnya terdapat hikmah disebalik kejadian yang pasti memberi keinsafan kepada semua ;

1. Atok, Jida , Ato Kuang, Nenek Kuang & Moksu dapat beribadat dan menambah umrah di sana.
Dapat berlama-lama menjadi tetamu Allah di bumi bertuah tu.

2. Semua cost untuk stay sana ditanggung oleh agent.
 Lepas ni for sure agent  akan lebih berhati-hati manage document. InsyAllah kejadian macam ni tak akan berulang lagi nanti.

3. Rasa bersyukur sebab family kita bukannya stuck di tempat bergolak or tempat berperang,
tetapi berada di tanah suci yang barakah. Maksu inform yang di hari tambahan menjadi tetamu Allah ini,
 Jida berpeluang mencium Hajjar Aswad dan solat sunat di Hijir Ismail. Bertuah kan!

4. Atok & Jida tak perlu susah hati dengan isu catuan air kat Malaysia ni. Ini memang memenatkan. As we know Jida sangat suka masak. Of cause lah penat kalau nak masak tapi takde air kan. Lepas almost 2 month catuan dilakukan di Negeri Selangor ni. Baru Ahad lepas (6 April 2014) kampung kita tak ada air, kena catu selang 2 hari. Hat ni nanti lah Mama citer panjang lebor kat entry lain ye Hakim. Stress juga ler tak de air sampai 2 hari kan.

So Mama harap sangat yang semua jemaah yang terlibat dapat amik kesempatan ni untuk perbanyakkan lagi ibadah di bumi bertuah tu. Mama juga sangat-sangat berharap agar semua urusan berjalan lancar dan semua jemaah termasuk waris-waris di Malaysia ni sentiasa bersabar dalam menangani isu kehilangan passport ini.

Rindu....
Yup....lately Hakim asik cakap rindu kat Jida... Bila nak amik Jida kat airport... bla bla bla....
Ye lah anak...mama faham. Mama pun rindukan Jida and Ato' (dalam hati menangis rindu.... sob sob sob...)

Latest news from Mecca... jemaah InsyAllah boleh pulang ke tanah air pada 9 April 2014.
Semoga semua urusan dipermudahkan, We Miss u!

~~~Semoga perjalanan menuju Allah ini membawa seribu hikmah.
Membawa seribu kabaikan~~~

Saturday 5 April 2014

Amazing Capsule!



Kids activity yang simple but awesome !
Just drop it in the water!

Each harganya below RM7.  kalau tak silap Mama harganya RM6.90 camtu.
Mama belikan time keluar dating dengan Papa.

 Actually  Mama  & Papa cuti dating ni sebab ada urusan di   Fertility,HKL untuk amik darah D23 and buat semen test.  Balik HKL tu baru keluar dating. Tengah dating tu for sure ingat pada Hakim. Tu Mama belikan mainan ni  untuk Hakim tersayang di Toy R Us , One Utama.

Mama belikan 2 set. Zoo Animal and Sea Animals untuk Hakim. Tapi Abang Hakim baik hati... nak share dengan Atif and Adik Aufa. So kena lah tunggu weekend  baru boleh main sama-sama. Hakim cakap dengan Mama...Hakim punya Zoo Animal.... Atif and Aufa punya Sea Animal.

Senang je cara nak main Amazing Capsule Creatures ni.

1. Sediakan air panas/suam dalam bekas 
(better guna air panas sebab cepat sikit capsule tu mengembang tapi 
make sure dibawah pengawasan orang dewasa)
2. Letakkan capsule dalam bekas tu
3. Tunggu seketika sehingga capsul tu akan membentuk creatures.


Hakim & Adik Aufa.


 Hakim, Atif & Aufa berebut-rebut nak masukkan capsule. 
Riuh rendah rumah bila you alls dok  meneka capsule tu akan jadi ape. 

Nampakkat atas  tu... capsule dah mula kembang. 
Bila dah kembang Hakim susun kat tepi tray. 
Cantik je susun sebab creatures nye colorful.


Seronok benor Atif dapat capsule yang transform  jadi elephant! 
Bukan je anak-anak yang seronok. Mama pun 
happy sebab teruja juga bila tengok capsule kembang mekar jadi animal. 
(hihihihi...ayat macam tengah tengok bunga yang sedang mekar pula Mama ni ye)


Excited ! Capsule jadi lion. Memasing sibuk nak jadi lion. hihihii.....

Abang Hakim serius menyusun creature yang dah kembang.

Siap Zoo Animal, turn Sea Anima pula.


Siap dah!

Comei kan.  :)

Seronok Mama tengok Hakim , Atif and Aufa main harini. Adik Aufa lah paling dramatic. Asik nak masuk kan capsule je. Kalau boleh semua capsule adik Aufa nak letak serentak.  Hakim & Atif ...Alhamdulillah dah pandai dengar arahan. Sabar je tunggu each capsule kembang baru amik capsule baru. Abang kan.... :)

~~~sayangnye Mama kat semua anak bujang ni!~~~