Wednesday 3 August 2016

Tak lulus loan sebab PTPTN?


Hakim and Makzu

Alkisah maksu dah dapat kerja tetap baru-baru ni dan niat dihati nak
 beli kereta sendiri pasal kereta Waja yang Jida kasi kat maksu asik buat peel semenjak dua ni.

Sumber: Google


Part yang sadisnya bila niat  terhalang dek kerana nama maksu ada dalam CCRIS.

Aik dah kenapa tak sampai setahun grad dah ada nama kat CCRIS?

Bila masa maksu buat loan?




Rupa-rupanya sekarang kalau ada loan yang tertunggak dengan PTPTN pun nama akan disenaraikan dalam CCRIS. Ingat kalau tertunggak bayar loan rumah, kereta je yang akan masuk CCRIS. Nasib lah jadi belia zaman la ni belum ada kerja dah tanggung hutang ribu riban.

Kebetulan kita ke PTPTN cawangan Damansara nak sattle kan Mama punya
Ujrah ke 1% tu yang Mama tanyakan sekali cara nak sattle kan problem maksu ni. 

Just bagi Full name and IC number , pihak PTPTN boleh tolong check kan amount tunggakan and memang betul ada tunggakan kat sini. Tak sampai RM1000 pun but still kalau ada je tertunggak makanya akan masuk ler nama dalam CCRIS. Kesian maksu.....


Ingat ye....

1. After 6 bulan tamat pengajian wajib bayar PTPTN. Nasib lah kalau yang lambat dapat kerja tu kan. Masak juga lah nak membayar. 

2. Kalau bayar konsisten tapi tak cukup nilai minimum yang dah ditetapkan dalam agreement pun sama juga akan di senaraikan dalam CCRIS. 


Penyelesaiannya mudah je.

 Maksu kena bayar at least separuh daripada tunggakan then baru nama akan dipadam kan daripada CCRIS. Tapi pegawai PTPTN tu kata method ni makan masa sebab kena masuk data dalam system dulu pastu nanti yang system CCRIS pun amik masa juga untuk padam nama dalam tu.

or....
nak lagi cepat?

Langsaikan semua amount tunggakan. Hari bayaran dibuat tu nanti PTPTN akan keluarkan surat pengesahan  bayaran kepada peminjam. So dengan surat tu, maksu dah boleh bagi kepada pihak bank or pihak pengeluar kereta idaman maksu tu untuk tujuan pembelian kereta. Sattle!

Senang kan. 

Google: Meh ler kita bayar hutang dengan senyuman ye. 
Makzu! Dont forget ya bring me round the Malaysia with your new vroom vroommmmmmm

Semoga maksu berjaya mendapat kereta baru sebelum Merdeka hujung bulan ni. Pasal nya kita dah plan nak cuti-cuti Sept nanti.

~~~ dah pinjam... pandai-pandai lah bayar ye~~~


15 comments:

  1. Replies
    1. Dapat dah kak, sattle bayar loan yg tertunggak. Dapat surat terus zasss bagi pd kedai kete. Depa uruskan sat ja. Dah bawak ronda pun nek keta baru. tintin pon pon. hihihihi

      Delete
  2. assalamualaikum, nk tanya pakai bank apa ya boleh cpt approve? sy pn dh dpt surat ujrah tp bank ckp suruh tggu ccris clear dulu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. My sister punya bank loan, Maybank. Lepas sattle semua tunggakan PTPTN, PTPTN akan bg surat pengesahan menyatakan tunggakan dah dibayar kepada kita. Surat tu lah yg my sister bg kepada sale person kereta yg dia nak beli. Urusan lepas tu memang semuanya dibuat oleh sale person tu aje termasuklah urusan dgn Maybank tu. 1 lg, org PTPTN tu ada bgtau kalau kita sattlekan semua tunggakan akan mudah nama nk clear ccris berbanding jika byr separuh. Sbb kalau byr tak habis tunggakan akan makan masa berbulan juga utk clear nama di ccris. Saya harap komen sy ni membantu saudara.

      Delete
  3. Kalau lepas grad, pastu terus buat loaan kan takde tunggakan lagi sebab belum 6 bulan. Macam mana lepas tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure, yang pasti jangan ada tertunggak loan. Macam kes Yana ni mungkin no problem kot.

      Delete
  4. Hi, bayar tunggakan jer dah boleh apply loan ke ??
    contoh loan 4k , tunggak dlm 800ringgit lebih , bayar tunggak dulu jer ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau case maksu ni memang ptptn kata macamtu lah. Settle kn tunggakan then ptptn akan bagi surat menyatakan tunggakan telah dilangsaikan. Guna surat tu tunjuk kat bank.

      Delete
    2. Maksunya macam kite kena selesaikan tunggakan bulanan yg semasa baru lepas untuk loan ? mcm tu ke..sebab sy ade tunggakan 3 bulan

      Delete
    3. Maksunya macam kite kena selesaikan tunggakan bulanan yg semasa baru lepas untuk loan ? mcm tu ke..sebab sy ade tunggakan 3 bulan

      Delete
  5. salam kak, saya ada masalah pinjaman 19k tunggakan 12k . sangkut ambank loan . saya dah byr rm 500. pakai surat ptptn yang bagi tahu ada byrn . tapi still tak lepas. skarang tgh tggu epf cover dlm separuh tunggakan rm 6k... boleh ke ? ke masih tak boleh jugak? balance buat penstrukturan semula... plz hubungi wasap 0182618418.. saya amat hargai. saya buntu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pn tak mahir dlm hal ni. Tp ikut pengalaman suami sy sendiri. Mashella tetap kena byr tunggakan tu. Cuma amount perlu bayar tunggakan tu mungkin boleh kurang drpd 12k tp itu pun ikut budi bicara pegawai ptptn. Nasihat sy, better Mashella direct ke ptptn terdekat. Discuss amount yg Mashella sanggup byr tunggakan,then terus boleh buat pengstrukturan. Kalau doc lengkap, boleh terus buat semua tu. Nnt ptptn akn bg surat mention Marshall dh byr. Rasanya lps tu xde lh masalah tunggakan lg. Tq

      Delete
  6. salam,

    nak tanye..pinjaman xlepas sebab tunggakan semasa (saya ade 3 bulan tunggakan semasa) / berdasarkan jumlah tunggakan keseluruhan? berapa bayaran minimum boleh dibuat kepada ptptn untuk lepas loan?

    ReplyDelete
  7. salam,

    nak tanye..pinjaman xlepas sebab tunggakan semasa (saya ade 3 bulan tunggakan semasa) / berdasarkan jumlah tunggakan keseluruhan? berapa bayaran minimum boleh dibuat kepada ptptn untuk lepas loan?

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya.. tunggakan yang di maksudkan disini apa ye? maksud puan bayar tunggakan sepenuhnya, maksudnya buat full settlement ke? contoh loan ptptn 15k... byr hbs 15k ke...

    ReplyDelete