Friday, 26 September 2014

Follicle tracking, TVS CD12


Marin morning awal pagi Mama dah ready nak berangkat ke HKL.
Risau sampai lambat sebab cuti sekolah kan dah habis. Sure jalan pun sesak kan.
Pagi tu Mama siap awal. Pukul 5 dah bangun mandi. Pukul 6am Papa dah ready nak inject Mama last Foliculin yang Gynea bekalkan. 

Macam biasa Mama dah prepare siap-siap ice pack and cooler bag. In case need extra injection kan. Maklum lah time CD7 last week folikel sume kecik-kecik. Lebih kurang macam gambarajah kat bawah ni. Folikel memang banyak but kecik-kecik semuanya.
Bila dah banyak masing-masing cuba bersaing untuk  membesar. Jadi persaingan tu makin sengit sebab memasing cuba jadi domain. Sebab tu jangan nak dok bangga sangat kalau folikel tu banyak , sebab bila banyak susah diorang ni nak membesar dengan jaya. Apa yang penting biar sedikit but berkualiti. Berkualiti tu yang susah nak dapat untuk PCOser macam Mama ni.

Keadaan ovari PCOser        Sources: Google

So Mama harap today scan akan ada folikel yang berjaya membesar dikalangan 20 folikel dalam ovari Mama ni. Tak lama pun menunggu, Dalam sejam macam tu nama Mama dipanggil masuk untuk TVS. Dalam hati  risau sangat kot takde improvement sebab Mama kan dah on off demam 5 hari. Kot lah folikel ni pun jadi ting tong juga kan. But Allah Maha Pengasih. Diberinya Mama 1 folikel yang besar berbanding folikel-folikel lain.

Doktor tunjuk folikel yang besar tu pada Mama. Ada dalam ovari kiri Mama ni. Follicles yang lain still remain kecik macam CD7 dulu. Doktor minta Mama jangan stop diet sebab PCO ni yang mengganggu folikel ni membesar.
Salah satu cara nak mengurangkan masalah PCO ni adalah dengan ber diet.

 Sebab even 1 folikel berjaya membesar but ia masih tak cukup matang seperti yang sepatutnya. Size folikel Mama yang besar ni berukuran 10.5mm. Sedangkan folikel yang matang mestilah minimum berukuran 18mm. Kalau reach 18mm baru boleh buat IUI. Tapi Mama macam pelik sebab bilangan folikel macam berkurangan. Tak sampai 10 rasanya. Hrmmmm....

Jadi Doktor decide supaya Mama sambung injection for another 4 days.
That mean, total injection for this treatment are 14 times injection. Pasrah je lah. Nurse yang ada kat situ motivate Mama kata memang ada patient macam ni. Tak perlu risau. Masalahnya sekarang. Mama risau pasal nak kena inject lagi. Bukan apa, setiap kali inject mesti ada babak merajuk dengan Papa sebab kena tegur melengah-lengah kan  procedure. (Sakit tau dak Pa????)

Mama sempat tanya Doktor boleh ke Mama makan ubat sebab lama batuk selsema and on off demam. Doktor inform yang ubat boleh makan tapi jangan makan, Antibiotik.
Haaa... selamat Mama just makan Paracetamol and ubat selsema je kan. So balik ni boleh lah Mama telan ubat demam tu semua tanpa rasa bersalah pada diri sendiri. Huuhuuuhu....

Sebelum Mama tutup  entry ni meh Mama tunjuk kan pada Hakim perbezaan kitaran hayat folikel dalam ovari yang normal dengan pengidap PCO ni. 



Sumber: Google 



Semua suntikan yang Papa dok inject Mama setiap pagi tu tugasnya untuk memastikan perkembangan tumbesaran folikel supaya jadi matang. Sebab kalau tak matang folikel tu akan dok macam raja dalam singgahsana ovari Mama dan proses ovulasi tak akan terjadi. Bila ovulasi tak menjadi macamana sperma nak swimming masuk ke ovum kan.

So Hakim doakan lah folikel Mama ni membesar dengan sihat dan dipermudahkan Allah segala urusan dan usaha Mama and Papa ni.

~~~ waiting for CD17 ~~~




























No comments:

Post a Comment