Thursday 31 December 2015

Lepas 2015, volcano keluar ke Mama?

Serius Mama pelik betul mana Hakim dapat idea after 2015 akan keluar volcano.
Siap tanya after 2015 Mama akan mati ke???

Aduhhhhhh....

Kenapa pula volcano nak keluar anak oiiii?
Siap Mama mati lagi tu. Seram!

Rupa-rupanya Hakim confuse bila dengar news di TV yang tahun 2015 
akan berakhir tak lama lagi.
Hakim fikir after 2015 dunia ni akan tamat or bahasa mudah kita yang dewasa 
nak paham is KIAMAT!

Mama pernah cerita pada Hakim yang bila kiamat nanti dunia ni jadi huru hara. Semua orang akan cuba selamat kan diri masing-masing. Lupa anak, lupa saudara. Bumi jadi tak stabil, volcano akan explode kan larva nya, gunung ganang runtuh, semua orang akan mati. Tiada yang selamat.

Sebab itu lah Hakim fikir after 2015, volcano keluar. Mama mati....
Alahai anak ku sayang.

Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang perlu ku curahkan padamu.
Terlalu banyak juga alpa ku dalam mendidikmu.

Kiamat itu rahsia Allah.
Tiada siapa yang tahu cuma kita sebagai insan kerdil ni kena sentiasa beramal soleh dan berdoa agar kita tergolong dalam golongan yang beriman.
Sentiasa lah berbuat dan bersangka baik sesama insan. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Banyak kenangan 2015 yang kita tempuhi bersama. 
Semoga apa yang telah terjadi selama kita berada di tahun 2015 akan menjadi kenangan  
indah buat kita. 

Yang buruk pula kita jadikan ikhtibar. Semoga kita tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan pada masa akan datang.

Jika ada tersilap kata, ada khilaf...
Minta maaf dan maaf kan lah... Jangan ego .
 Sesungguhnya memang sukar untuk mendidik hati. Tapi percayalah manisnya pasti ada.



~~~Selamat menyambut tahun baru 2016~~~

Monday 28 December 2015

Bila orang yang tak suka bergambar terpaksa masuk TRICK ART MUSEUM at I-City, Shah Alam



Stairway to Heaven 

Plan asal kita sebenarnya nak bawa Hakim naik roket atau apa-apa yang seumpama dengannya di Pusat Sains Negara but unfortunately Pusat Sains sedang under construction. So mau tak mau Mama and Papa kena lah alternative lain yang seumpama dengannya . Nasib baik tau sebelum sampai ke sana, tergerak hati nak tengok FB Pusat Sains Negara. Kalau tidak terbuang masa macam tu je.

Last minute Papa tukar plan ke I-City Shah Alam sebab ada orang buat review pasal Mission Space di I-City. Tengok gayanya macam menjelajah ke space, tengok pameran macam tu lah lebih kurang. So Papa and Mama malas lah nak fikir panjang-panjang terus lah vrooooooom ke I-City. Tak dapat naik simulator roket takpe lah janji dapat tengok roket and berada di tempat ala-ala kat space kan. yang penting dekat dalam Selangor. Hihihihi...

Sampai je  di I-City sekali tengok Premise Mission Space ni masih tutup, yang buka Trick Art Museum je. Dah pukul 12pm kot just Trick Art Museum je yang open. So tak kan nak balik pula kan, Jadi kita redah je lah Art  Museum ni. Walaupun Mama memang maklum sangat yang Papa and Hakim ni bukan gemar bergambar pun. 

Jom kita masuk tengok hasil lakonan 3 beranak  kat sini ye. 
Sekali tengok rasa not bad juga lah drama ke laut 3 beranak ni. Hihihihi.


Boleh tahan juga lakonan  2 hero ni ye. Hihihihih...

Spider Man

Mama memang failed bab drama. Nak kena tangkap dengan Gorila boleh lgi senyum. 
 

Amboi amboi amboiiiiiiiiiiiiii....




Sampai Arab .... naik unta.

Lukisan nampak real.


Hebat! boleh curah ayaq drpd lukisan.
  
Hai!
T-Rex





Monyet tu macam boring je.

Kat sini eloknye Mak Ngah and Mak Teh yang pose.
Ape kes ni?

Yang baju belang paling ensem!.  :)


 Amacam? OK?
Mama  tengok balik Mama senyum sorang-sorang , rasa tak percaya Papa sanggup 
tu posing macam-macam gaya kat sini. Sampai hang lah hand phone Mama asyik snap gambar kamu Papa and Hakim.

Kalau tak rugi je lah kan masuk tempat ni kan. Tapi lah pada Mama Trick Art Museum ni biasa-biasa je. Ada 2 tingkat , lukisan tak berapa banyak and nampak lama. Masa nak amik gambar kena tunggu turn sebab ramai orang. Dah ler kena posing pastu kena fikir juga orang lain dok tengok kita posing . Huhuhuhu...malu. Sebab tu gambar Mama tak banyak. segan lah dah mak-mak budak nak posing depan orang. Papa and Hakim takpe lah... lelaki. Lain. 

Tak lama pun kita kat dalam ni. Adalah dalam kurang 1 jam. 
Bukan dengan semua gambar pun kita posing. Mana yang mudah je kita berposing. 

Keluar je dari trick Art Museum ni baru baru lah Space Mission buka. Adohaiiii....
Bertabah je lah kan hati ni, dah le pintu Space Mission dengan Art Museum ni setentang. So terpaksalah slow talk dengan Hakim , Insyallah ada rezeki lain nanti kita ke Space Mission pula ye. Gamaknya I-City ni elok pergi time lepas Asar baru semua tempat buka kot. 

Panas terik Shah Alam 26.12.2015: 1pm


Peace sikit depan Space Mission yang tutup.

Ok dah nak balik ni. Peace sikit daripada Hakim.  :)

Next time nak pergi sini lagi boleh klik sini dulu ye. 
Kena check time betul-betul,kalau tak...rugi. Sebab operating hour setiap game/attraction berbeza. Pastu make sure salah sorang daripada yang datang dengan kita tu pandai nak ambil gambar, tau kat angle mana patut ambil gambar. Baru lah gambar tu cantik.

Macam kita ni... Mama jadi photographer nye,  camera pun guna camera handphone aje.,
so hasilnya memang gitu-gitu je lah.
Hihihihi... Sabar je lah ye.

~~~~~Yang penting  dapat hepi-hepi dengan Papa and Hakim~~~~


Thursday 10 December 2015

TAMAT SESI KINDERGARTEN 2015


Alhamdulillah, tamat sudah sesi kindergarten Hakim di Little Caliph untuk tahun 2015.
Gambar kat sebelah ni kita ambil time nak ambil result Hakim bulan lepas. Hakim with TC Ila.

Dalam penilaian kali ke-2 ni , walau pun tak semua subject akademik Hakim dapat A but YES! Mama and Papa still proud and happy dengan pencapaian Hakim lebih-lebih lagi pencapaian dalam pembentukan sahsiah dan pengisian rohaniah. Sememangnya itu lah objektive utama Mama and Papa hantar Hakim ke kindergarten. 

As record, TC Ila kata Hakim dah habis siri membaca. Alhamdulillah... age 5 dah pandai reading. Mama dulu darjah 1 baru nak kenal suku kata nak oiiiii. And next year Hakim terpilih masuk tadika class tahfiz di LC. Tahniah sayang. Semoga terus maju hidupmu di dunia dan akhirat.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada pendidik di Little Caliph especially teacher Ila dan teacher Shima yang banyak mengajar anak Mama ni dengan sabar. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa teacher-teacher sekelian.




Reading session with buah hati. Cuti -cuti sekolah ni kena juga buat revision.


. Untuk class Tekwando pula, Sir kasi calit hijau. So sekarang pada belt Hakim dah ada calit kuning dan hijau.  Kat rumah kalau ber gusti  or saja minta tunjuk skill Tekwando dengan Papa sure kaki dah naik. Dulu just buat action tangan and defend je but now dah pandai nak lawan dah.  Kalah Papa. Nampak kecik tapi bila menerajang tu memang terasa.

And Mama nak share juga kat sini yang tahun ni LC ada buat Mini  concert. Concert ni khas untuk pelajar age 4 dan 5 tahun sahaja. Di adakan di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara pada 17 November yang lalu. Hari Selasa tu... so Mama and Papa wajib amik annual leave sebab ni lah first time nak tengok Hakim punye persembahan. 

Seronok sangat tengok gelagat anak-anak syurga ni buat persembahan. Walaupun kalut tetap nampak cute atas stage. 



Nampak segak bergaya kan anak Mama ni berbaju melayu merah.
Tapi punya lah susah nak cari baju melayu ni pasal last minute baru tahu kena pakai baju merah kan but demi mu anak.... gagah juga lah Mama and Papa ni cari kan baju ni. Actullly baju ni bukan baju melayu but kurta. Hihihihihi....

Siap bersampin bagai. Tak nampak macam kurta pun kan. Sampin tu pun orang sponsore. Pinjam Cik Ajik punya sampin. Muat plak tu kat kamu.

Little Caliph in red.

Masing-masing  tinggal kerusi sebab nak rekod persembahan anak-anak. termasuk ler Papa. Hihihih...



Meh Mama belanje sikit video Hakim and the geng nyanyi lagu Muslm Of The World.
Penuh semangat!



~~~ Pandai dunia. Pandai akhirat.
              Untung dunia. Untung akhirat~~~~