Thursday, 12 May 2016

Kedai bunga paling murah di Sungai Buloh.

Baru-baru ni kita teman kan Jida  beli bunga lagi tapi kali ni kita ada tetamu istimewa.
 Nenek Ana dan Pak Ngah Syafiq dari Johor.

Nenek Ana sekeluarga stay rumah Atok and Jida 3 hari sebab Pak Ngah Syafiq pun berkonvo di UiTM Shah Alam sama istiadat dengan Maksu cumanya Pak Ngah Syafiq punya sidang 28hb April. Maksu punya sidang 29hb, lat sehari je.


Actually sejak renovate rumah, Mama dah slow  down kan activity membunga ni.
Papa pesan lepas renovate rumah, rumah kena lapang. No more bunga!
Mama isteri yang thooooat kan. Ye menurut perintah......

Serius.....

Kalau Jida ajak teman beli bunga pun Mama tahankan aje perasaan nak membeli. Mama teman je Jida beli bunga and pasu. Mama tak beli pun.
Tabah sungguh lah hai hati Mama.

Sekali ni Jida and Nenek Ana ajak teman beli bunga di tempat baru di Sungai Buloh. Bukan tempat biasa yang Mama and Jida selalu beli tu.
Jida kata kali ni kedainya lebih dalam tapi harga bunga nya jauh lebih murah!

Ye ke?
Takpe lah... we'll see. Kita layan kan aja teman Jida and Nenek Ana ye Hakim.

Oh ye...
Kalau Hakim pernah baca entry Mama tentang HUB bunga di Sungai Buloh sebelum ni boleh lah ikut je direction  tu. Click je kat sini ye.

 Cumanya tempat yang kita pergi kali ni lokasinya lebih ke dalam. Dekat dengan Hospital UiTM. Lebih tepat lagi, sebelum simpang masuk UiTM tu ada 1 simpang. Masuk simpang tu. Simpang ke Kg Orang asli Sungai Buloh.




Masuk je simpang tu.... tuuuu dia. Punya lah banyak kedai bunga kat sini.
Mostly own by Chinese. Ya... semua Cina. Kiri kanan.

Ish...macamana lah Jida and Ato boleh meronda sampai ke sini tah lah. Rajin juga Ato melayan Jida cari bunga sampai sini. Bukan apa, jalan kat sini memang kecil and  di hujung jalan pula adalah jalan mati! Tak ada jalan keluar lain melainkan kena buat u-turn. So memang banyak lah kereta di kiri kanan  jalan yang hanya ada satu lorong sahaja ni especially kalau pergi time weekend.

Memang meriah!
Driver lah kena sabar lebih sikit. Mujur masa kita pergi ni masih pagi so
 parking tepi jalan masih banyak.

Bila kita dah dapat port parking baik punya. Mula lah upacara mencari bunga memasing.
Jida cari pokok Jida...
Nenek Ana cari pokok bunga Nenek Ana.

Mama?
 Still stick dengan pendirian hanya datang untuk teman kan aje.

Pokok rose ni semua RM9.00



Pak Ngah Syafiq terbaik lah... sangat bertabah melayan kitorang.

Jida super excited dengan orkid.

 

Hakim kata Hakim kenal bunga ni. "Ini bunga Lavender kan Mama. I love lavender"


Orkid ni semua RM10

Yang besar dan lawa ni orkid betul tau. Macam pokok plastic je kan. Yang ni mahal sikit, tak silap Mama price lebih kurang RM20 -25 macamtu.


Pokok cili size ni RM15. Boleh minta kurang, RM10


Sape nak belanja Mama bunga ni?

Seriously harga kat port ini sangat murah!
Dah lah murah, banyak pilihan pula tu. Cakap je nak bunga apa. Insyallah semua ada. 
Pokok bunga, pokok buah, herbs... palm... semua ada.
Benih pokok anggur pun ada you all!!!

Banyak juga lah pokok bunga yang Nenek Ana beli kat sini. Katanya kat Johor tak dapat harga macam ni murah. Pilihan pun sangat banyak.

Pokok Palma batang merah kat bawah ni dah lama Mama cari. Susah betul nak jumpa. Kat sini ada plak tu, tinggi Wak baju biru tu harga RM30.



Pokok idaman ada kat sini.

Paling-paling best. Pada sesiapa pencinta pokok orkid. Meh lah datang sini.
Pokok orkid macam-macam jenis ada kat sini. Jida lah orang paling happy tengok orkid ni pasal time datang dengan Ato sebelum ni Jida tak dan nak beli orkid.

Jida beli 2 pokok orkid kat sini.
Nasib baik Mama belum minat orkid, kalau tak mau terpangaruh juga ni. Hihihihi...

Bila dah sampai kedai orkid tu maksudnya kita dah sampai hujung jalan. 
Dah boleh u-turn kereta cepat-cepat ye.  Sebab kedai orkid tu kiranya last nursery dah kat sini.


Semua berbunga

Orkid ni wangi.

Ok lah....
Kan dah cakap bunga sini murah kan.
 Mana boleh tahan. tengok bunga murah. Cantik pula tu. Memang tak dapat harga murah gini di nursery bunga lain.

Mama terbeli juga lah sepokok bunga tahi ayam. Terbeli okayyyy. Satu je tau. Hihihii...
Tinggi ni RM30, ada macam-macam warna.
Murah kan!!!

Dah letak dalam pasu reject harga RM15. 


Mama nekad beli 1 je. Tak mau lebih....tapi Jida yang baik hati hadiah kan Mama pokok bunga kertas yang dah dikahwin kan. RM30 juga harga nya. Suke tak terkata!

Jida belanja Mama pokok kertas madu 3.  Thank u emak.  :)


Hakim?
Biasalah orang lelaki kan.
Duk senyap dengan Pak Ngah Syafiq, Pak Ngah Syafiq belanja ice-krim.
Pastu senyap lagi tengok bunga. Ingat kan buat apa.
Rupanya tengah melayan pokok terkatop ni.

Ngalit main!


Ngalit main dengan pokok terkatop dengan batang eskem.


Nak tau banyak tak banyak pokok kitorang borong?
Biar lah gambar berbicara. 

Full house!
Nampak....
Nasib baik Pak Ngah Syafiq bawa Alza. Bonet full, Sampai ke tempat passanger pun letak bunga. Penuh! Ni belum ke kedai pasu lagi ni. Nak beli pasu reject je ni nanti letak bunga-bunga ni kata Jida and Nenek Ana. Bila ingat balik situasi masa ni memang Mama rasa lucu noh! Hihihi...





Kalau ada lagi kedai bunga yang lebih murah daripada yang kat sini di
 Sungai Buloh. InsyAllah Mama akan share dengan Hakim ye.
Nanti Hakim dah besar, boleh belikan Mama bunga kat sini ye. Murah.

Bukan apa , seronok membunga ni.
Terapi jiwa... terapi minda.

Port belakang rumah juga tempat bergambo. 

Congratulation Pak Ngah Syafiq

~~psssss... Pak Ngah Syafiq dah bagi ke bunga ati-ati pada 'future Mak Ngah"? hihihihi... jangan maraaaa ye Pak Ngah. Nanti datang lagi kita beli bunga and makan eskem lagi ye. ~~~


26 comments:

  1. Knock knock! Assalamu'alaikum, Wani. Lama bebenor akak tak jengah sini. Maaf ye.
    Seronoknya tengok kedai bunga tu. Memang banyak pilihan. Tapi kan,..akak tak pernah sampai area atas tu :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, nk tanya lah kedai pasu reject yg disebut2 selalu tu kat mana ye? Boleh mintak address nya atau nama kedai nya tak? Teringin nak pg n beli pasu besar xxl sebijik dua. Ada ke agak2? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasu reject ni saya beli dengan pengusaha Melayu kecil-kecilan yg berniaga di rumah. Mcm2 size pasu ada dijual cuma tak lah sebanyak di kedai2 pasu di luar sana. Alamat nya saya tak pasti, kalau saya ke sana lg Insyallah saya akan update ye.

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak...saya peminat orkid...so bulan 12 ni ingat nak pergi sana...nak minta direction boleh...tengok bunganye tu gerammmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Shafiz boleh waze / GPS ke Kg Orang Asli Sungai Buloh. InsyAllah akan jumpa nursery orkid ni.

      Delete
  4. Bahagiakan tengok bg orkid2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a, bahagia sebab semua berbunga. Cantik2 pula tu

      Delete
    2. Salam.sya berminat nk dapatkn anak pokok ros.mcmna nk hubungi ya.tq

      Delete
  5. Salam akak, kedai yang akak pergi ni nama apa ya? Sebab sy google nk ke sana banyak sgt nurseri2 lain. Macam pening nk cari. Pokok yg sy nak cari ada dlm gambar akak amik tu. Pokok karnivor yg boleh tertutup kalau sentuh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf lah sgt. Akak tak perasan nama kedai tp kebanyakkan nurseri di sini ada jual pokok ni. Nama nye pokok karnivor ye, akak baru tau.

      Delete
  6. Bestnyerrrr...tapi jauh...ada jual on9 tak...hehehe

    ReplyDelete
  7. Wahh ade kedai bunga murah ya kt sg buluh..kalau kt kl area dataran merdeka ade jugak yg murah...sy biase g kt web dia http://floristhut.com/ mmg byk bunga murah2 dan cantik

    ReplyDelete
  8. Kami org Sungai Buloh panggil TEKO ... memang situ syurga bunga2 ... hehehehe

    Salam kenal dari Akak Kembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak, nak waze apa klu nk p tmpt tu?

      Delete
    2. Salam kak..apa nama kedai bunga TEKO ni ye

      Delete
    3. Kak boleh tahu nama kedai nie. Dah lama cari

      Delete
  9. Bunga ros yg siap bungkus macam hadiah tu berapa sebab saya nak beli untuk aniversarry saya

    ReplyDelete
  10. Letak nama nursery dan lokasi.

    ReplyDelete
  11. Saya nk bertanya apa nama kedai sg buloh banyk orkid

    ReplyDelete