Friday 22 July 2016

Kenapa Papa pakai baju boss?

Ini kelakar.
Bila Hakim tengok Papa pakai 1 suit formal untuk ke ofis and terpacul ayat ni dari mulut Hakim

"Papa. kenapa Papa pakai baju boss Papa?

Adui lah anak. Tergelak Mama mendengar nye.


                                     Mama:  Kenapa Hakim kata Papa pakai baju boss Papa?
                                    Hakim:  Ye lah, boss boss je pakai baju macam ni pergi work kan Mama?

Hihihihi. 
Nampak sangat Papa kalau pergi kerja tak berapa nampak macam boss boss kan. Walhal kat ofis Papa tu, Papa lah boss segala boss tau Hakim. Erkkkkk.... (Doa ni tau... mana tau tahun depan naik pangkat Papa jadi super boss. Hihihihi...)

Actually memang jarang sangat pun Papa pakai se smart macam ni dari rumah. Kebetulan hari tu Papa pakai terus dari rumah tu yang anak tengok nampak pelik. Nampak Papa ter lebih smart tapi jangan lah kata Papa pakai baju boss. Sadis tau. Nampak macam baju pinjam ke Hakim? Huhuhu...

Anak ku Hakim, Papa 'menyemat' sangat harini sebab harini Papa jadi panel temuduga.
Papa nak tapis calon untuk mengisi kekosongan jawatan di tempat Papa kerja. 
So Papa kenalah pakai smart sikit. Kalu tak... Papa  pakai shirt je pergi work.

Mana neck tie boss Papa?  :P


Malam tu , Mama tanya Papa macamna sesi interview. 
Jawapan Papa memeranjatkan Mama.

"You know what sayang, student Politeknik better daripada student university kita. Diorang pandai cakap dan ada skill. Bila abang tanya, diorang tau benda yang abang nak tu. Diorang pernah buat and mudah faham"

Haaaa... acaner tu? 
Mama and Papa memang tak under estimate student Politeknik or kolej but as we know bukan calang-calang orang boleh further study di university awam macam UTM, UM, UiTM dll. Tapi sayang lah, bila dah belajar susah-susah tapi time interview tak meet dengan interviewer punya requirement. 

Pihak university kena buat sesuatu lah. Tengok balik keperluan semasa alam pekerjaan dan make sure system/term yang digunakan semasa mempelajari sesuatu subject itu adalah yang up to date. Jangan nampak sangat jurang antara pelajar university awam degan yang lain nya. Kesian pula Mama dengan nasib junior-junior Mama kat UTM and UiTM tu.

Papa kata kalau boleh dia nak amik semua calon dari Politeknik yang datang sesi interview tadi kerja tapi.... yang kosong cuma 2 kerusi sahaja. Tak pe lah, semoga mereka yang tak berjaya tu akan dapat rezeki kerja secepat mungkin di tempat lain. Bagi yang berjaya "Tahniah and terus jadi yang cemerlang"