Wednesday 26 August 2015

Di 30 Syawal... Sambut Bithday. Sambut Orang Sakit.


Selamat harijadi Atif yang ke-5

Hadiah Atif tahun ni Hakim yang pilih. Sibuk seminggu mulut Hakim asik nak ke kedai membeli hadiah Atif. Yang benarnya Hakim nak joint sekaki beli mainan dia. Ermmm... Mama kenal sangat anak Mama sorang ni.


Comel sangat kamu berdua ni!

Bithday Atif tahun ni buat time 30 Syawal sekaligus Mak Ngah buat open house raya siap berkhemah, berkambing golek bagai. Kiranya besar-besaran juga lah nak sambut birthday si teruna sulung Mak Ngah ni. Rancang dah berminggu-minggu harap majlis berjalan lancar.

Tapi kita merancang kan.
Allah punya susunan lain, ditakdikan pula Aufa demam kuat and masalah jangkitan kuman dalam paru-paru. And petang 1 hari sebelum majlis tu, Aufaa warded. Kesian juga Mak Ngah and Pak Ngah berbelah bagi nak on majlis esoknya. Khemah dah siap pasang and tempahan makanan pun semua dah dibuat.

Lepas  berbincang, Mak Ngah and pak Ngah decide  on je majlis raya and bithday tu.
And disebabkan pagi tu demam Aufa dah turun and keadaan bertambah baik, Doktor kasi pelepasan  sekejap. Pukul 6 petang kena return balik Aufa ke Putra Medical Center. 

Dan tentunya majlis tak kan meriah bila salah sorang ajli tuan rumah tak lengkap kan. 
So sampai je Aufa ke rumah, terus lah upacara potong cake bermula. 
Kek spiderman tu. Mama tak dan rasa pun. Cepat habis sebab jemputan anak-anak yang ramai.


Baru seronok nak celebrate bithday Atif, senua ada. Aufa wajib ada! Tapi...Cik Megah mana?

Pak Ngah Mizi paling banyak bantu Mak Ngah kelola majlis. Tq Pak Ngah Mizi...



Bila anak-anak pakai mask nampak comei, Mak-mak??? Hehehehe....



Hakim and Ato. Wish Ato sihat and  happy selalu.


Aufa with Jida. Kesian tangan Aufa berbalut.


Halo Atif! Mama Long nak snap gambar ni. Awat tengok kot lain?

Baru nak snap berduyon plak model lain datang. Layan...

Favorite Hakim, Nasi Ayam, Ayam nak peha. 



3 generasi Haji Ahmad. Ini tak sampai suku ni. 
Kesayangan Abg Hakim... Cik Meghah. 
Alhamdulillah walaupun ada dugaan, majlis harijadi dan open house rumah Mak Ngah berjalan dengan lancar. 


 Yang penting sekarang Aufa dah discharge and keadaan kesihatan Aufa pun bertambah baik. 

Owh ye, sepanjang majlis tadi Cik Megah takde kan. Cik Meghah tidur sepanjang majlis. Dah habis majlis baru bangun tidur, agaknya kasi chance kat kita layan Aufa lebih sikit. Hihihihi...

Bangun tidur, terus minta dukung kat Hakim. Untung lah Hakim punya ramai sepupu and adik girl yang comel macam Cik Meghah!





Gambar kat bawah ni kita datang visit Aufaa di PMC next day after celebrate birthday Atif.
Ward dah macam bilik kat rumah kan. Semua nak naik katil. 

Hakim hadiahkan dinasor buat Aufa. Tu tengah membelek dinasor lah tu.

~~~~ Adik beradik. Hakim ada adik beradik~~~


Friday 14 August 2015

MAMA JE KE YANG TAK TAU GUNA BENDA ALAH NI?

Benda alah yang biasa tapi jadi bahan di hospital. 
Bila ingat balik kelakar pun ada.

Meh...

Check it out!   

Hakim tau gambar bawah ni gambar apa?

Ada sink, mirror, dustbin, hand wash guideline and hand soap.
But kat sini Mama just nak focus pasal benda alah hand soap ni aje.


Di setiap pintu keluar masuk ward akan disediakan  sink, hand soap and dustbin macam ni untuk kegunaan staff hospital dan visitors.  Malah di meja setiap patient disediakan juga sebotol sanitizer to make sure tangan staff dan visitor sentiasa bersih. 

Semua ni merupakan teknik untuk mengurangkan 'nasocomial infection'. Bahasa mudahnya untuk pastikan tiada perpindahan kotoran or mikroorganisma penyakit berjangkit di hospital (direct contact) kepada pesakit mahupun kepada orang awam. 

Sebab itu lah, Hakim and semua anak-anak yang below 12 years old tidak dibenarkan melawat pesakit. Sebab nak elakkan anak-anak daripada terkena nasocomial infections. 

Ok, berbalik kepada kisah sabun tangan ni ye.
Mama ni puas lah dok godek-godek benda alah ni tapi tak juga keluar sabun. Angin-angin pun tak de rasa dari celah  lubang sabun ni. Pelik sungguh la hai. 

Puas tekan tak keluar...
Picit-picit  botol sabun tu pun tak de keluar sabunnya
Last sekali Mama try tolak  muncung sabun tu kiri kanan. Hampehhhhh... tak keluar juga bayang sabun.


Habis godek tak keluar juga sabun ni!


Dalam hati geram pun ada juga. Ape masalahnya benda alah ni sampai payah sangat nak guna.
Biasanya kalau kat tempat lain macam di toilet , restaurant  waima di hospital lain okay je mama guna sebab dorang guna hat pesen biasa kita  guna di rumah macam gambar kat bawah ni.


Cara guna hand soap.
Paling canggih so far guna sensor tu kan. 
Mama ada juga try letak tangan kat sabun hospital ni kot ler canggih sangat guna hat sensor kan. 
Tapi tadah punya tadah tangan kat muncung sabun tu still tak ada hasil.  

Parah!!!
Nak tanya nurse malu. Hihihihi...

So .... one fine day. 
Moksu yang sangat clever tentang selok belok hospital ni pun dengan berbesar hati telah menunjukkan pada Mama cara guna sanitizer yang maha canggih ni. Huh!!! 
( Di bantainye gelak Maksu ni bila Mama minta tunjuk cara nak guna sabun ni. Sabo je ler...)



Maksu, Peace yo!


Cenggini cara nya. 

Ada nampak dak pada botol sabun tu ada 1 tiub. 
Tiub yang panjang bersambung terus dengan benda alah hitam kat lantai tu. 
Bak sini 1 kaki...
 pijak benda alah itam tu .
Tangan kasi taruk pada muncung botol.
ha...sat lagi keluar lah sabun buih-buih dari muncung tu ye.

Hihihihi...

Pijak guna kaki



Kiranya benda alah hitam tu bertindak  sebagai pam yang menghantar gelombang maklumat kepada botol sabun untuk mengeluarkan sabun. 

Begitu lah kekdahnye! 

 Punya lah canggih kan. Sampai kaki tangan semua bersatu untuk mengeluarkan  cecair yang dinamakan sabun! Hahahaha...

 Masa tu Papa pun gelakkan Mama sebab tak reti guna banda alah ni. Sakan gelak aihhh...
Sekali bila Mama suruh Papa sabun tangan.  Huh!  Hampeh!!! 2 x 5 juga!!!

Moral of the story, hand hygiene sangat penting untuk memastikan penyakit berjangkit daripada merebak. Jesteru itu, amat digalakkan Mama, Papa, Hakim and semua termasuk Maksu yang clever untuk ambil tahu bagaimana cara untuk menggunakan mesin pencuci tangan ni. Mesin ke??? Bedal je lah. Hahahahha....

Pada Mama memang praktikal sabun tangan macam ni di hospital. Senang kepada staff hospital untuk bersihkan tangan mereka. Sebab kalau dah both tangan mereka kotor  contohnya time cuci najis patient maka cara mesin sabun ni berfungsi sangat praktikal. Kalau nak sediakan yang mesin sensor tu sure mahal kan.  So hat yang ada ni  dah consider sangat ok lah tu pada Mama.

Panjang kisah komedi di hospital kan. Tapi pokok pangkal nya..
Apa kes Mama ni ke hospital?
Siapa yang sakit?
Sakit apa?

A. T. O. K

Ye Atok Hakim sakit.

Sakit sebab Allah sayang.
Sakit sebab Allah nak bagi ganjaran sabar.
Ganjaran sabar buat Ato, Jida and kita semua.
Sakit sebab Allah tahu Ato kuat untuk menempuhi ujian sakit ini.

Insyallah, Mama akan share dengan Hakim kisah  kekuatan Atok mengharungi ujian Allah ini.
Semoga Atok cepat sembuh.

Ato nampak santai je kan.

~~~~  Jom cuci tangan  :) . ~~~

Monday 3 August 2015

Ketupat rendang, Pak cik dan Mak cik, Kuih dan Muih..... lalalalala.....

Besar dah anak Mama, pandai nak nyanyi lagu raya pula tu.
Kelakar rasa hati ni bila Hakim dok ulang je baik kata ni

Ketupat rendang.... Pakcik dan Makcik... Kuih dan Muih.....


Actually lagu yang Hakim selalu nyanyi ni tajuk nya,
 Suasana HariRaya. Tapi hat 8 perkataan tu aje yang Hakim dok ulang. Dok semangat nyanyi sampai Mama and Papa pun dah tersuka kat lagu yang 1 ni. Siap gigih tengok Youtube sebab nak nyanyi lagu ni sesempurna lirik. Hihihihi...

Happy betul Hakim bila dapat tengok video lagu Suasana Hari Raya tu. Tapi ada perkara yang paling happy bagi Mama and Papa di Syawal tahun ini. Syawal tahun ini kita meraikan kemenangan Hakim yang dapat berpuasa!

 Mama  and Papa cukup tak sangka Hakim dapat bertahan puasa. 
13 hari puasa untuk tahun pertama belajar puasa. 

Alhamdulillah.... Mama kagum! 

Siap tanya teacher betul ke Hakim tak makan time school and teacher inform yang Hakim memang tak makan minum.  Terharu Mama. But Mama still pesan kat teacher yang Mama tak tegas lagi nak latih Hakim berpuasa so in case Hakim nak makan and minum , anytime... bagi je. But Alhamdulillah Hakim dapat bertahan sampai berbuka.

Hari pertama puasa bukan main Hakim bersemangat nak sahur. Siap minta buat kan lontong untuk sahur. Mama ni punya lah nak motivate kan anak, gigih masak lontong and nasi impit mini 3 ketoi untuk Hakim! Senang pula tu nak gerak sahur. 

Tapi... just untuk 3 hari pertama sahur aje The rest? Sahur pukul 7.30am. Liat dah nak bangun sahur, But buka puasa ikut time orang puasa. Dapatlah bertahan puasa 13 hari.  Lauk favorite buka puasa Hakim pula ayam goreng bahagian peha!  Memang selera makan berbuka dengan anak bujang yang baru berlatih puasa ni. Katanya seronok nak puasa sebab nak raya!

Bukan takat budak, Mak budak ni pun seronok woooo nak raya! Hihhihihi...

Meh Mama share gambar raya Aidilfitri since Hakim dalam perut Mama ye.


YEAR 2009

Masa ni usia kandungan 7 bulan. Hakim makin aktive  menendang and hiccup dalam perut Mama. 
Orang kata dah boleh dah buat lenggang perut time  ni. Tapi kita takde buat pun, Ato and Jida just buatkan kenduri kesyukuran sahaja. 

Raya tahun ni Mama bahagiaaaa sangat!
Bahagia sebab  beraya time pregnant ni, makan lah banyak mana pun, tak kisah perut buncit. 
No need nak cover perut buncit  and tahan nafas time snap gambar bagai. Hihihihi..

Mama belanja 2 gambar ye. 
Gambar kiri (baju pink)  tu time 1 Syawal , yang kanan tu kalau tak silap time 4/5 Syawal. 
Kecik je perut Mama time ni. Kalau tak pakai baju ibu mengandung, orang tak perasan Mama sedang mengandungkan Hakim.





YEAR 2010

Yeay tahun pertama beraya  ada anak!
 Masa ni sakan betul Mama and Papa berbelanja. Shopping  baju untuk Hakim berpasang - pasang. Gigih mencari baju melayu nak sarung pada Hakim time 1 Syawal.  Hasilnya jadilah macam gambar bawah ni. Comel sangat Hakim 1st time berbaju melayu.


1 Syawal  2010,  1st time kita beraya bertiga di rumah Ato MS



YEAR 2011

Theme purple.  
Masa ni beraya, Hakim dah pandai jalan and kuat dah berlari. 
Ketupat , palas , kuih  pun semua dah pandai nak dimakan. Baju pun asik bersalin-salin je ler. 
Apa tak nye, asik tumpah and comot je time makan.

1 Syawal 2011 di rumah Ato Em.


YEAR 2012

Montel kan Hakim masa ni. 
And... Mama rasa Mama pun ikut montel time ni. 
Raya paling montel! Papa je steady... Jeles!
Ok ,  next!!!!

1 Syawal 2012...  Syawal paling Montel!



YEAR 2013

Hakim 3 years old, segak pula anak Mama ni bersongkok. 
Warna tema oren ni Hakim yang pilih. Mama ingat lagi Papa berkeras nak warna baju raya sama dengan Hakim. Tu yang beli kain yang sama tu. Songkok pun gigih cari yang sama patern. Maklum ler... anak kesayangan Papa.

1 Syawal 2013, snap gambar ni di rumah Ato Long Nazar.




YEAR 2014

Turn beraya di rumah ato MS.  
Alhamdulillah Papa keep his promise yang time raya akan ikut turn. 
Walaupun kampung Mama and Papa ni dekat-dekat tapi bab beraya hari pertama di rumah siapa memang Mama and Papa dah sepakat since kawen dulu yang kita akan ikut giliran. 
Muafakat kan membawa berkat.  :)

Thank you En Somi  .


1 Syawal 2014 di laman rumah Atok MS. 


LATEST, 2015...

Raya bersama menyambut kemenangan Hakim dah boleh puasa!
Mama and Papa doakan tahun depan Hakim boleh tambah lagi puasa lebih daripada 13 hari dan menjadi anak yang soleh. Solat jangan tinggal ye.

1 Syawal 2015 di rumah Ato Kuang. Ini je gambar 1 Syawal kita bertiga yang ok sikit. 

 Masa ni songkok  tah kemana.  And dah pandai dah nak kumpul duit raya. 

Time raya tahun ni paling win!

Orang asik cakap dah boleh dah tambah lagi ni... 
Boleh dah bagi adik kat Hakim ni.... 
Jangan tunggu dah nanti manja anak ni... bla bla bla....

Apa ingat nak buat anak ni asal projek je jadi ke? 
Geram ngat aiiihhh!!!
Sakit hati ni tau, tapi tak pe lah. Kasi chance... di Aidilfitri yang mulia ini, 

 Mama maafkan je mulut-mulut dorang tu. Biar lah... 
Penat lah nak touching yo yo ooooo sangat.
Orang raya nak hepi-hepi, ye dak?

~~~~   Tahun depan kalau tak ada adik lagi... tau dah soklan ni sure hot lagi nih. ~~~