Monday 11 March 2013

Mama ada PCOS?



Credit to Uncle Google. Inilah gambaran Cyst

 A week after disahkan bukan cancer. Mama & Papa terus buat appointment dengan Dr Zarul di Putra Medical Center.  Actually Mama & Papa memang plan nak jumpa Dr Zarul untuk dapatkan second baby. 

Sampai turn Mama & Papa masuk bilik Dr Zarul, kami cerita semua masalah kami dari A-Z. Dari masalah nipple discharg sampai lah hal Dr Hosp Sg Buloh diagnos Mama ada PCOS (Polycystic Ovary Syndrom)
Kalau nak tau lebih details pasal PCOS ni boleh refer sini

Sambung citer, bila Dr Zarul buat ultrasound , memang macam gambar scan atas tu lah ovary Mama.  Cuma sebelah kanan lebih banyak folikel dari belah kiri.

Bila Mama tanya bahaya ke PCOS ni?

 Masa Hakim dulu Mama ada PCOS ke?

Dr Zarul kata PCOS Mama tak bahaya, cuma wanita yang ada PCOS selalu akan mengalami masalah kesuburan iaitu sukar hamil.  

And Dr Zarul cakap masa Hakim dulu pun Mama memang dah ada PCOS cuma masa tu Cyst nye tak banyak macam sekarang. Kirenya dah bertahun Mama menghidap PCOS tapi baru harini Mama dimaklumkan ada PCOS. Rasa mcm nak marah je Dr Zarul ni. Kenapa tak inform je Mama dari dulu. Kot Mama tak kena nipple discharge aritu nampak gaya memang sampai ke sudah mama tak tau Mama ada PCOS. 

Simptom PCOS ni berbeza setiap pesakit, macam Mama simptom nye tak datang period berbulan-bulan. Paling lama 8 bulan tau. 

So alang2 dah jumpa Gynea ni maka teruslah Mama & Papa decide nak dapatkan treatment dapatkan adik untuk Hakim. Mana tau kan...Allah kan Maha Pengasih. Ade rezeki...adalah.

Lepas consult dengan Dr Zarul... dia bekalkan Mama Clomid & Methformin. Plus ubat turun kan period,  kalau tak period mcmana nak dapat telur untuk disenyawakan kn. 

 Mama kena habiskan ubat ni semua then tgu period tak next month pula. 
Kalau tak period boleh beli tester.
Wink! Wink!  :)

Hopefully setiap usaha Mama & Papa ni membuahkan hasil.  Amin....

~~~~ Apapun kembali kepada Yang Esa...Allah know the BEST! ~~~~