Thursday 22 May 2014

Bila boleh tukar rice cooker baru? KHIND RC 110M ANSHIN BUFFALO pilihan Mama.

Post ni bukan nak kata product Pensonic ni tak bagus ye and 
bukan nak kata model rice cooker macam ni tak elok. Tapi Mama ada sedikit masalah dengan periuk nasi yang model canggih ni.



 

Kan last week Mama mengepow Papa vacuum... 
So time tu sesaje lah Mama dok belek rice cooker sekali. Tak sangka terjebak pulak dengan Encik Rice Cooker .  :)

Sebelum tu nak bagitau yang lama dah periuk ni berjasa pada kita sekeluarga. Actually rice cooker ni Mama dapat hadiah sempena perkahwinan Mama & Papa pada penghujung Mei 2008. Mama pun tak ingat siapa yang bagi hadiah ni sebab serius time Mama kawin tu banyak sangat hadiah Mama dapat. Terima kasih lah banyak-banyak kepada family, saudara mara, kawan-kawan and tak lupa pada sahabat Jida and Ato yang sudi bagi hadiah kat Mama & Papa. (tak kesampaian nak ucap terima kasih dulu)

Antara barang electrik yang paling banyak Mama dapat ialah iron.  Iron sahaja Mama dapat 6 buah . Itu baru  hadiah kenduri belah Mama, time kenduri belah Papa dapat lagi 1 iron. Siap boleh agih kat makcik-makcik Hakim yang time tu tengah study. Daripada tak guna better di agih kan pada yang memerlukan. Panjang pahalanya.  InsyAllah....

Okay, kenapa Mama tukar periuk nasi ni? Bukan sebab periuk ni rosak but...




Nampak tak kesan cokelet itam daki saki masak nasi kat keliling penutup periuk tu. Ok sometimes bila teringat memang Mama akan tenyeh supaya hilang daki tu tapi selalunye lupa nak lap so makin lama makin banyak lah daki kat situ.

Penah juga lupa yang dalam periuk tu ada nasi, lupa plak nak buang. Basi pula dalam tu berhari-hari kan. Sudahnye berbau lah periuk tu. Ha...sanggup ke nak masak nasi dalam tu bila periuk dah ade bau masam. Tak pasal kang nasi yang baru masuk tu cepat basi pasal tecemar dengan daki and bau masam basi tu kan.

Selain tu periuk jenis macam ni dilengkapi dengan part tadah wap/air  (ye ke itu namenye??? Gambar no 2...) . Part penadah ni cepat jadi berkulat macam gambar kat atas ni . Yang lecehnya nak kena cuci lah pula part penadah tu.  

Ditambah pula bahagian periuk tu dah ditenyeh pula dengan berus dawai (pasal dah berkerak so terpaksa guna berus dawai buang kerak) So setiap kali masak nasi kalau terover cook mean macam lupa nak off suis utama periuk makanye nasi akan berkerak and mudah hangit. Begitu lah ceritanye. So bila ek boleh tukar rice cooker baru? Time ni lah!!!! hahahahaha....

Jadi dah kebetulan pergi kedai letrik kan. Panjang ler leher Mama dok menengok mana-mana periuk nasi yang model lama-lama.  Orang sibuk cari model yang latest , Mama sibuk cari model lama. So kampung kan Mama ni. Hihihihi...  

Mama nak cari yang boleh buka terus penutup dari badan periuk tu.  So senang, lepas guna confirm Mama akan wash penutup periuk and no more nak cuci penapis wap periuk nasi lagi kan. Satu lagi kalau yang macam model lama  memang tak ade tempat tadah wap / air time masak nasi tu.

So promoter tu pun suggest kat Mama rice cooker  KHIND ni,




Simple je kan rupenye. Just like Jida punye periuk nasi dulu-dulu.
Dulu-dulu semua pakai periuk nasi macamni. Cuma yang sekarang punye penutup dah tukar kaca. Nampak lah trendy sikit kan. Kalau yang lama tu penutup pakai aluminium je.Pakai penutup kaca ni untungnya kalau ada nasi dalam tu boleh nampak lah and mengurangkan risiko nasi basi terlajak hari dalam periuk. Hihihihi....

Harga untuk saiz 1 liter KHIND ni RM260.00 je. Mama amik yang 1 liter ni je sebab macam Papa kate... 

"Mama bukan everyday masak pun. 
Yang makan pun kita bertiga je so no need lah beli periuk beso-beso" 

Erm...ok ler... kalau nanti tetiba dapat anak kembo lepas ni. Pastu tak cukup masak dalam periuk 
ni harap maklum lah ye.  Papa belikan lah pula Mama periuk nasi yang lagi beso nanti! Okay???

Then periuk Khind ni guna Stainless Steel inner pot plus ade smart suis 'ECO'.  Mean time masak boleh guna mode ECO  then biar ler nasi tu masak sendiri. Electric akan  automatik terputus bila nasi  tu hampir masak. Then tenaga haba periuk dalam periuk  akan terus masak nasi tu sampai sempurna.  Kire save lah electric sikit and yang penting  no more kerak nasi dalam inner pot. 

Yeayyy!!! Crust Free ! 
 Itu lah yang sebaik nye. Sebab Papa cukup tak suka bila makan tergigit kerak nasi. 
Potong selera katenye.


Stainless Steel inner pot
 Masa survey rice cooker tu Mama tengok tak banyak brand yang keluarkan periuk nasi yang ala-ala tradisional ni. Maybe market sekarang demand rice cooker yang canggih siap boleh masak porridge + steam + ect. Dah macam coffe plak ade 3 in 1 punye rice cooker. Tapi macam Papa kate kan , Mama ni jarang-jarang masak so tak payah le dok fikir rice cooker 3 in 1 ni sangat. Dah dapat yang ni pun syukur sangat.

KHIND 1.0L: ANSHIN BUFFALO S.STEEL INNER
~~~Hari beli tu terus masak nasi dalam periuk ni. Nasi tetap rasa nasi  lah kan. Hihihihi... cuma betul tak de kerak and seronoknye dapat cuci periuk. Tak perlu risau daki saki baki buih nasi kat penutup periuk~~~



Tuesday 20 May 2014

Oat Choco yang Sedap and Crunchy!

 Ramai dah makan kukis ni kan.
Amacam? Sedap?



Selalunya oat ni kalau Mama beli pun hanya makan untuk buat bubur. ( itu pun sempat le oat tu expired sebab sangat  lah tak lakunya oat kat rumah kite ni)  Itu kalau beli yang original flavor lah. Tapi kalu beli untuk breakfast. Selalunya Mama akan beli yang 3 in 1, siap ada chocolate. Kirenya sebelum ni memang tak fofuler pun oat ni.  Tapi sekarang macam jadi fenomena plak. Kat FB ramai pula yang jual online.  Pada Mama ia merupakan suatu inovasi oat yang berjaya menarik minat anak tekak orang timur.

 Mama & Hakim 1st time makan Oat Choco ni time nak buat tempahan pengantin kat bridal shop,  Balqis Exclusive last month. Kakak Andam  bagi kita sorang 2 peket. Sebelum ni pernah tengok orang upload kat FB. Tapi takde rasa teruja pun nak beli sebab kalau tengok kan packaging nye biasa-biasa je. Oat pula tu... so memang bukan selera timur kita lah kan. 

Tapi...bila sekali dah ngappp!!! 
Ha dari 1..Hakim minta lagi 2 peket... minta lagi 3 peket... 
Kakak andam tu plak sporting, di kasinye lagi sepeket dua untuk Hakim. Hakim suka sangat makan kukis ni. Kebetulan time tu Jida puasa so Oat Choco Jida pun Hakim tibai.  Mama ni siap sorok kukis tu dalam handbag sebab konon nak  bagi sepeket untuk Papa rasa. Tapi sorry Papa.... malam tu time nak tidur, Mama ngap sensorang kat dapur . Hihihihihi....

Macamana rasanye? 
Rasaya manis,  manis macam rasa Horlics. 
Very crunchy. Sedap sampai menjilat sisa oat kat peket kukis tu (punye tak moh tinggal balance oat yang berderai kat dalam pek kan. Hihihi...). 
Kalau orang dewasa macam Mama ni sekali ngap je seketul Oat  Choco tu. Tapi kalau anak cute molek macam Hakim kena 2 kali ngap baru habis seketoi kukis tu.

So, bila tengok Hakim suka benor makan kukis ni, Mama usha-usha  juga cari kat pasaraya tapi takde pulak jumpa kukis ni. Memang dijual online je ke or kat pasaraya habis stock ek? 

Rata-rata yang jual online range harga RM13. Tapi ada juga dengar orang kata yang kalau beli di kilang RM6 je. Tah betul ke??? Kalau macamtu, kan elok kilang terus je jual kat kedai & pasaraya.  Sure kedai & pasaraya akan beli borong and jual dengan harga lebih murah below RM13 kan. 

No need nak order online pastu kena pula charge postage bagai. Kot time curier tu ok tak pe...kalau time dorang arrange delivery kot le dorang tindih-tindih kukis tu, dah hancur plak kukis tu. 

~~~ Dengar kate kilangnye kat Rawang je... Jom Papa kite ke Rawang. Dekat je Rawang tu...boleh le Mama pula jual online murah-murah. hihihi....~~~~


Monday 19 May 2014

I love my vacuum. Carpet , lantai, celah tingkap... Sume ko sapu! Tq ELECTROLUX LITE II



Tak tahan dah nak berhingus bagai time house keeping rumah.  Kalau hingus sikit-sikit boleh maap lagi, ini dah tahap meleleh and kena pula hangkut handkerchief time ngemas. Lagi haru bila Hakim ingat kain hingus Mama tu kain lap. Dilapnye pula meje kerusi pasal handkerchief tu lembab je kan. Padahal sikit punye cantik kain lap hingus Mama tu...boleh disamakan dengan kain buruk ye?  (nampak sangat kain buruk standard cantik gak kan. hihihihi....)

Ok, sebenarnya dah lama benor Mama kepingin kan en vacum kat rumah kita ni. Pasal tahap habuk yang kronik ditambah dengan masalah flu setiap kali house keeping menyebabkan kehadiran en vacum sangat dihargai. Wa'ima rumah kita boleh dikatakan tertutup memanjang  (buka tingkat time weekend and masak sahaja) plus guna aircond but kalau dah namanye habuk. Kot celah mana datangnye pon Mama tak tau. Ni rumah kita dalam kampung...agaknye rumah orang yang dalam bandar tu macamana ler plak habuknye tu kan. Fengsan!!!
Kronik!
Nampak!!!... kronik tak habuk kat rumah kita? Habuk tu 1 hal... campur plak dengan tahik cicak. Argggggg!!! nak lap ngan kain basah pun geli. Tapi serius Mama cukup geram ngan cicak kat rumah kita ni. Suke sangat poo poo merata. Celah-celah tempat pulak tu. Fuhhhhh.....

Pastu ditambah pula dengan rambut yang gugur. 
Ha...so memang jadi tempat pengumpulan habuk lah kan. Bergulung sekali rambut and habuk. Pastu bila sapu guna penyapu, terbang pula mana hala. Nak pula bila sapu tu pintu rumah terbuka. Elok je Mama nak hayun penyapu kasik keluar habuk ni semua...angin pun mai masuk!!!!! 
Adehhhhh..... tension!  Elok berdesup masuk dalam rumah sekelian habuk sampah tu semua.

So untuk mengelakkan tahap depresi menjadi semakin teruk. Mama decide nak beli jugak jugak vacum. Harga sure lah cari yang mampu milik kan. Tak kisah lah brand ape pun janji boleh sedut habuk sampah tu kan.  So last weekend bermulalah misi mencari vacuum. Seronok aiiihh... macam-macam calor ade. (Biaselah kan orang perempuan, calor vacumm yang dibelek nye. hiihihi. )

Balik dari kedai terus mula house keeping tu. 
Semangat betul Mama kan.  Ye lah...dah lama kepingin nak vacuum ni.  Selesai sesi meng vacuum...Mama rasa puas hati sangat dengan vacuum baru Mama ni. Best!!! Kenapa best ek??? Meh nak share pengalaman sikit. (macam jakun je padahal dulu before kawin ade je vacuum rumah Jida tapi time tu Mama muda belia. Hidung Mama tak sensitif sangat macam sekarang)

5 sebab kenapa best guna vacum time house keeping;

1. Dapat kurangkan habuk naik ke udara 
( kalau allergy, hidung akan mudah flu + bersin, elok lah guna vacum. 
Alhamdulillah Mama tak perlu makan ubat flu lagi sebab nak kemas rumah )

2. Sambil meng vacum boleh on kipas. 
( yang ni best!  boleh ngemas sambil menikmati angin tanpa perlu risau habuk tu lari ikut angin.
 PLUS! pintu rumah boleh buka beso-beso. Tak kisah juga angin luar masuk laju-laju.)

3. Time ngemas Hakim boleh main kat hall or bilik yang sama tempat Mama tengah kemas 
(kalau pakai penyapu sure kena suruh anak main tempat lain kan. Nak-nak lagi kalau tengah sapu carpet dengan penyapu lidi. Ha.... hambik tengok camne habuk carpet tu bebas berterbangan (Hakim kate habuk fly like a bird). Sian ke anak kan. Kang tak pasal-pasal dia pula kena flu.

4. Habuk kot celah lubang mana pun boleh ditarik keluar. 
(just buh kepala vacum yang sesuai  kat lubang or celah yang dikehendaki. Setiap set vacum akan disediakan dengan pelbagai jenis kepala. Pilih je mana yang sesuai. Confirm disedutnye segala habuk dalam tu. Kalau guna penyapu mana boleh buat macamtu kan. Habis-habis kena korek pakai jari or try capai habuk guna kain buruk basah kan.)

5.  Kurang penggunaan tenaga.
Pasalnye dah tak payah dah dok kaleh sofa, meja bagai. Just julurkan je batang vacum, Insyallah sampai ler ke bawah kerusi meja tu. Ingat ringan ke sofa , meja, katil  tu? Mama dah tumbuh muscle tau kat lengan ni pasal tiap hujung munggu dok angkat berat. Huhuhuu..... Tapi harus di ingat...jimat tenaga Mama but belum tentu jimat tenaga electric tau. Hujung bulan kalau bill electric naik tau lah kenapa ye Papa. Hihihihi... :)

Lebih kurang lah kebaikan guna vacumm vs penyapu ni. Cumanye bila dah ada vacum ni kena lah spare tempat nak store kan vacum. So macam biasalah ye. Bilik office Papa lah jadi mangsanye. 

Inilah pembantu peribadi Mama sekarang.
En Vacuum...  :)

Hijau lemon. Sweet je vacum Mama


Dengan harga RM270.00, Mama dapat sebuah vacum hijau sweet kat atas ni.   

ELECTROLUX LITE II/ 1600W/BAGLESS. 

Vacum ni begless mean tak guna beg simpan habuk tu. Papa kata amik yang begless so tak payah fikir maintenance dah. Bila full je tempat habuk tu just buka & terus buang habuknya. Yang ber beg tu, kalau beg nye dah full kita kena buang and beli beg yang baru.  Tapi salesman tu ada bagitau tips, antara yang begless dengan yang ada beg ni, yang ada beg biasanya mempunyai suction power yang lebih kuat. Harga pun lebih kurang je. Tapi Mama & Papa ni jenis malas nak fikir maintenance. Kang time nak guna lah beg nye full. Dah delay nak buat kerja kan. 

Serious seronok dapat vacum ni.  Walaupun bunyi nye bising tapi hasil sedutannye tu yang Mama suka.  Paling best bila yang celah tingkap bawah ni Mama tak perlu lap dengan kain buruk. Sedut je terus guna vacuum. Memang terbaik lah Electrolux Lite ni. 

One more thing, Mama notice time mengemas weekend aritu. No more flu kat hidung Mama ni, Alhamdulillah...

Okay....rumput panjang. Dah sebulan tak mesin. Dah macam pokok padi dah keliling rumah.


Boleh harap dah anak bujang Mama ni.  Vakum kasi bersih bilik kamu tu ye Hakim. Manyak habuks!


~~~ Jangan biarkan hidung merana flu... dapatkan vacum dengan segera. 
Promote terlebih plak Mama ni ~~~

Friday 16 May 2014

VIRAL FEVER... PLEASE GO AWAY.

Pic taken: 10.5.2014 pm :: Day 1 demam muka masih tak cengkung, masih nampak pipi gebu Hakim kn
Since Jumaat malam 9.5.2014, Hakim demam, normally kalau Hakim demam paling lama 2 hari baik. But this time dah melarat berhari-hari. Masuk hari ni dah cukup seminggu demam. Risau sangat..

Kronologi demam...

9.5.2014 ~ Start demam. Berat sebelum demam 16kgs

10.5.2014 ~ ke Klinik Ihwan, Saujana Utama. Doktor bagitau ada tanda viral fever macam sakit di sendi badan, panas badan tapi tiada batuk dan selsema. Doktor just bagi ubat demam. Tak bagi antibiotik sebab demam baru 2 hari.

11.5.2014~ Mama risau demam tak kebah juga. So mama & Papa bawa ke Klinik Keluarga Sg Buloh. Doctor kata tonsel Hakim merah. Maybe viral fever. Doktor kata tekak kita ni umpama pintu gerbang, apa yang kita makan akan masuk ikut tekak...kalau bernafas pun hidung akan saring but ada juga zarah kotor yang boleh masuk ke tekak. So bila pintu gerbang tu 'ter effect' dengan virus, itu yang boleh jadi demam. Harini Doktor bagitau tak boleh buat ujian denggi sebab demam kurang 5 hari, takut result false negative. Doktor minta bawa klinik hari selasa kalau demam masih berlarutan.

12.5.2014~ Badan Hakim makin lemah & selera makan hilang. Badan pun makin kurus. Mama rasa tak boleh dah nak tunggu till Tuesday untuk ujian darah so Mama & Papa decide bawa Hakim ke Tropicana Medical Center (TMC), Damansara sebab suhu badan Hakim even baru lepas bagi ubat demam still 39.8'C. Plus Hakim cakap sakit kat perut & sakit kepala minta urut. Kesian... melepek je tak larat nak bangun. Menangis pun macam penat.

Sampai TMC , timbang berat Hakim dat time 14kgs. 
See...within 3 days demam berat lost 2kgs. 
Sedih Mama...  Doktor masuk kan ubat punggung & amik darah Hakim.

Alhamdulillah after blood analysis, Doktor inform Hakim tiada denggi tapi ada sedikit kuman dalam darah. Tidak merbahaya dan perlu teruskan makan ubat demam dan habiskan antibiotic.
( Dalam hati cakap...macamana Doktor ni boleh cakap tak bahaya??? Dalam darah ade kuman ni!!! Aiiiiissshhhhh!!!!)


Emergency Room @ TMC

Papa pulak dah macam orang sakit. Tidur....  ZZzzzZZZZzzzz. ( Cengkung muka anak Mama)

My wish... Semoga Hakim cepat sembuh.

 14.5.2014.... 
Mama beli Scot Emultion bagi Hakim makan untuk boost imun system. Syukur...tak demam dah malam tu. Gembira sikit hati ni sebab fikir demam Hakim dah OKAY.

But 15.5.2015 
 Hakim demam semula.  Doktor di TMC ada inform yang viral fever ni boleh melarat sampai 10 hari. Ish....Mama kalau boleh tak nak lah anak Mama demam lama-lama. Mama yang demam 1-2 hari pun tak tahan, inikan budak sekecil Hakim. Yang peliknye demam suhu tinggi waktu malam je. Time siang suhu tak lah tinggi sangat macam malam.  

Macam biasa kalau Hakim demam selain bagi ubat, apa yang boleh Mama and Papa ikhtiar ialah masak apa yang Hakim suka & make sure tuam badan and kepala Hakim dengan tuala basah.  Biarlah Hakim menangis sejuk tapi Mama tetap tuam tuala basah especially kat kepala, ketiak & pelipat siku & lutut. Baju pun pakai yang nipis & seluar pendek je dengan harapan suhu badan Hakim turun. Air pun banyak Mama paksa minum. End up masa demam ni Hakim dibenarkan pakai pampers sebab minum banyak so kencing pun banyak. Oleh sebab Hakim tak larat nak bangun so.... 3-4 hari ni memang Mama pakaikan pampers.

Today....
Hakim masih demam... Mama perasan bibir Hakim berdarah. Pelik??? Viral fever memang macam ni sekali ke? Air memang banyak minum. Bibir pun tak kering tapi berdarah. Pelik kan???

Jap lagi nak bawa Hakim ke klinik lagi. Tunggu Papa balik kerja... or Mama rasa patut bawa ke Hospital Sungai Buloh je. Lama sangat dah demam.  Nak kerja pun hati tak senang. Kengkadang gi hospital gomen ni walau tunggu lama puas hati kan. Wallahualam... 


~~~~  Biar Mama demam...jangan Hakim yang demam...~~~


For record...  at the same time  Hakim di TMC.... rupanya kat Putra Medical Center, Aufa pun tengah meraung tak mau ditekup dengan neb tu. Kesian.... Asma pula Aufa ye....

  (musim cucu Tok Aris di uji sakit gamaknye...)

Oppa!!!! What happen to u dear..... Mama Long love U.
UPDATE: 18.5.2014
Alhamdulillah Hakim baik dari viral fever after 9 days on off demam. Hari ke 9 tu Ato suruh bagi Hakim munim air kelapa. 2 bijik kelapa mude  fresh Papa belikan. Lepas minum tu demam Hakim kebah & dengan izin Allah demam tu tak mai dah. Thank Ato bagi buah fikiran , minum air kelapa muda.

Tuesday 13 May 2014

Kursus 4 hari??? Lama tu Papa....

Seronok isi baju dalam luggage macam dia nak pergi bercuti.


Awal bulan ni, pertama kali dalam sejarah Papa tinggal kan kita 2 beranak.
 Empat hari pula tu...selalunye kalau kursus tak penah lah tinggal kita lama-lama.  Normally Papa kalau kursus mesti balik hari tapi kali ni lama lah pula.

Sebelum pergi tu Mama and Papa explain kat Hakim yang Papa kursus lama. Nanti Papa balik. Tapi 4 hari tu bukan sekejap. Memula tu ok lah...dah masuk hari ke-2. mula tanye Papanye....

Hari pertama : Hakim ok ok je. Takde cari papa sebab seronok tidur rumah Ato and Jida.

Day 2: Balik rumah tengok motor Papa tak de... Hakim tanye Mama, mana Papa tak balik lagi??? Erm...dah mula rindu Papa lah tu ye. Asal nampak je flight, Hakim akan kata itu flight Papa. Kesian anak Mama.

Day 3:  Hakim mula tanye kursus tu ape? Kenapa Papa kursus??  Kenapa Papa kursus lama sangat??? Bla...bla..bla....Bila Mama usik Hakim bagitau Papa ke batu belah batu bertangkup, itu sebab Papa tak balik. Hakim nangis.... hihihihihi .Kali ni...asal Hakim nakal je Mama akan sakat cakap kalau Hakim noty nanti Mama call Papa minta Papa amik Mama kursus kat batu belah batu bertangkup. Hihihihi

Day 4: Hakim tak mau tidur sebab tau flight Papa sampai malam ni. Nak tunggu kat ruang tamu, end up tertidur kat sofa sebab Papa sampai rumah pun lewat nak dekat pulul 1 pagi. Pagi tu bangun pagi terus peluk tak nak lepas kan Papa. Rindu sangat lah ke Papa nye tu.  

Sekarang Hakim tengah demam... nak kata demam rindu ,  tak kan lah kan.... Papa dah balik training baru demam. Erm...nasib baik demam time Papa ada. Kalau tidak susah lah Mama ni kan sorang-sorang handle Hakim demam. Hope Hakim cepat baik dari demam tu ye.


~~~Hakim....Anak Papa~~~~





Saturday 10 May 2014

Ubat & Supplement untuk tingkatkan kesuburan Mama & Papa. InsyAllah...


Time Mama and Papa jumpa Doktor Sarah binti Abdul Mubarak di HKL 
haritu, semua result ujian darah, FBS test (gula), HSG test & semen analysis diberitahu satu persatu.  

Before discan rahim Mama (mama ada share entri sebelum ni), 
Dr Sarah minta Mama buat UPT sebab dah delay period. But Mama 
dapat rasa result UPT sure -ve sebab hal-hal period delay ni memang dah perkara biasa sangat
pada Mama yang mengalami PCOS ni.

But dah procedure kan, so buat je lah UPT test tu. Bukan kena bayar pun. Siap berniat tu...
kalau UPT positive nak puasa 1 hari. (kuasa Allah kan siapa tahu...kot pregnant ke kan)

Result:
1. Ujian darah : Normal
2. Ujian gula : Normal
3. HSG : Normal
4. Semen Analysis: Perlu tingkatkan bilangan dan kepekatan semen.

So diakhir sesi treatment Doctor Sarah supply kan Mama & Papa supplement kat bawah ni. 
Untuk Mama semuanya FREE but untuk Papa kena beli sendiri. 

Asid folic (tablet 5mg) untuk 5 month, Dr Sarah suruh start makan dari sekarang sebiji sehari. 
Duphaston (10mg) tu 5 biji untuk 5 hari untuk keluarkan period.

 In case period,  just go on je asid folic tu. Sempat juga Doktor Sarah tu berseloroh...
" kot u pregnant nanti no need datang sini tau. Boleh pergi mana-mana
sopital or clinic kat tempat U je." 

Hihihihi...amin....
mana tau masin mulut Dr Sarah, dapat lah Mama pregnant normal.
Tak yah lah canok tunggu appointment lama-lama kan bulan June nanti. 

Supplement & ubat: Mama and Papa




Supplement untuk Papa tu kena beli sendiri di Farmasi Komuniti UKM kesihatan.
Peta lokasi boleh tengok kat photo atas ni.   Erm dekat je farmasi ni, located dalam HKL tu juga. Lunch hour pun buka. Harga Surbex tu RM35.90 (30 biji)  & Tribeston tu pula lebih kurang RM85 (30biji).  Bekalan supplement untuk Papa tu kena makan sebiji je sehari selama sebulan. Bila habis boleh beli lagi sebab kena maintain makan sampai at least 3 month. 

Doktor kate, Tribestan ni mengandungi ekstrak herba yang mana dapat membantu mempertingkatkan kuantiti and quality sperm. Manakala Surbex Zink tu pula suppliment untuk kesihatan prostat. But bila Mama tengok contains Surbex tu bukan saje ade Zinc...macam-macam vitamin ada. Vit B pun ada. So elok juga bila Doktor suruh Papa makan ubat ni. All in 1 tablet., bagi Papa lebih sihat dan bertenaga.

Ha...yang kat bawah ni x-ray film rahim Mama time HSG last month.
Film ni Dr Sarah bagi bawa balik and kena simpan sendiri.

Anak ku Hakim...
5 tahun lalu kamu stay nyonyot jari dalam rahim Mama ni lah. Hiccup siang malam dalam ni lah...
Mama ingat lagi saat Mama usik-usik siku Hakim time Hakim dalam rahim ni. Bahagianye rasa...   :) 


Tak ada apa yang pelik ye sayang. Di situ lah kamu membesar hingga your weight up to 2.3kg.

Selain supplement & ubat yang Dr Sarah bekalkan. Mama still consume GLA, Vitamin C dan
 ESP Shaklee.  Mama harap dengan ikhtiar Mama & Papa serta doa yang tidak putus dari Ato & Jida akan membuahkan hasil. 

~~~ Waiting till June 2014 for next appointment. 
Hopefully Mama lose some weight & result Pap Smear & Pupil Test Normal~~~

Thursday 8 May 2014

School Trip by The Little Caliphs.


Al kisah harini Little Caliphs bawa anak Mama trip. 
Trip ke Farm In The City & Chocolate factory.

Hakim...anak ku. Ini merupakan trip Hakim single journey tanpa Mama and 
Papa tau. Pagi subuh Hakim bangun mandi bersiap nak ber trip. Seronok je Hakim. Mama pula
 dari semalm asyik dok ngulang tanya Hakim soalan.

Nama awak siapa?
Siapa nama Papa?
Your Mama name?
Awak stay mana?

Asik ulang berkali-kali supaya Hakim lancar jawab. Memang sebelum ni ada ajar jawab soalan 
ni semua. But kali ni lain. Selagi boleh Mama asik ulang je soalan ni. Biar Hakim sebut jelas! Lancar! 
Sampai tahap Hakim pun boring nak jawab. hihiihi....

Tak kisah lah orang nak kata Mama ni paranoid ke hape ke kan. Ini first time tau Hakim keluar jauh
 dari kami. Semua ni persediaan, kot hilang ke time trip. Ish Nauzubillah! Minta dijauhkan. But at least
 itu adalah soalan asas orang akan tanya pada kamu and  Hakim boleh jawab dengan jelas.  

Pesanan lain macam...

*kalau takut baca Bismillah,
* Hakim mesti ikut teacher 
*jangan ikut orang yang Hakim tak kenal
*nak wee wee ajak teacher, 
*bila bersin handkerchief dalam poket, 
*haus inform teacher, 
*ingat today Hakim pakai kasut blue.

ishhh memang banyak pesanan. All the way ke school tu memang balik-balik soalan and pesanan
 tu lah Mama dok ulang. 

Sampai school nampak ramai juga emak-emak tunggu sambil suap anak breakfast. So Mama pun amik
 kan nasi lemak yang teacher dah prepare and suap Hakim makan. Hakim tak makan banyk pun. Dah makan semua line up ikut age untuk doa and bersiap nak bertolak. 

Baca doa naik kenderaan.

Syahdu hati ni tuhan aje yang tau.
 Nak bagi duit tapi pandai ke anak Mama ni guna duit. Teacher pula inform yang bag kena tinggal kan di school so bekal air and kukis yang Mama prepare since malam tadi pun kena tinggal. Sedih.... 

Teacher kata jangan risau sebab air teacher dah sediakan. Anak Mama ni dah lah 
susah nak bercakap. Hope kalau haus pandailah bagitau teacher ye.

Mama tunggu Hakim sampai lah bus yang bawa Hakim tu bertolak.
 Kisah berat hati nak melepaskan Hakim pergi jauh-jauh tanpa Mama & Papa ni syahdu rasanya. Dah lah Papa sekarang jauh outstation. Hope both Papa and anak Mama selamat pulang harini. 

Time bus mula gerak Hakim still berdiri dalam bus tengok Mama kat bawah. 
( OMG! Time menaip ni Mama rasa nak nangis teringat Hakim pandang Mama tadi. 
Ya Allah.... YaRabbi...
 lindungi lah Hakim. Sesungguhnya Hakim adalah anak yang baik.)


Enjoy your trip!


Line up nak naik bus. Student age 4 yo duduk seat belakang. Hakim duduk paling belakang .


 Dalam tantetif, Hakim dijangka akan balik dalam pukul 4.30 petang ni. Bila tengok Hakim naik 
bus rasa macam tak percaya Mama melepaskan satu-satunya anak Mama pergi jauh ke
 Serdang nun tanpa Mama or Papa.

 (actually Serdang tu bukan jauh mana pun....tapi Mama emosi lebih. Serius memang tetiba je
 rasa Serdang tu jauh macam nak ke Alaska gitu)

Mama harap Hakim enjoy your very first trip ni. Tak sabar nak tunggu 4pm. 

~~~ Mama love u!~~~

Wednesday 7 May 2014

Pentingnya ujian Pap Smear

Penting... ujian ni memang penting. 
Actually masa 1st appointment dengan Fertility Clinic, HKL memang nurse ada suruh Mama buat Pap Smear di klinik kesihatan berhampiran. Tapi Mama tak pergi sebab rasa ok je kan. Takde rasa sakit or pelik-pelik so rasa lambat buat or tak buat Pap Smear test ni pun takde masalah pada Mama.

 Tapi sangkaan Mama tu salah.
 Pap Smear ni memang penting sebab ia merupakan kaedah penyaringan kanser pangkal rahim bagi membolehkan pengesanan awal kanser pangkal rahim or serviks. In case terdapat tanda cancer so ia penting untuk mendapatkan rawatan & mencegah cancer pada tahap awal.

So memang penting lah Pap Smear examination ni.
Actually kalau nak buat rawatan kesuburan sekalipun nurse or doctor akan tanya kita dah buat Pap Smear or belom, kalau belum mereka akan suruh kita buat dulu Pap Smear di klinik kesihatan.

Actually dulu time Hakim berumur 5 hari  memang Putra Medical Centre (PMC)
 ada buatkan appointment untuk Mama supaya datang buat Pap Smear ni. Tapi masa tu dalam card tu
cuma tulis mother examination so Mama pun gagah lah walau berpantang berstokin bagai ke PMC konon nak buat pemeriksaan lah. Tapi masa tu tak tau pula pemeriksaan tu untuk buat Pap Smear! Ingat doktor nak check up darah ke... tekanan darah ke...ape ke kan.

Bayangkan lah baru lepas bersalin  NORMAL hari yang ke 5 then nak buat Pap Smear.
Memang jawapannya
 "NO!"
"I am not ready Doc"

Gila ape nak masuk kan spekulum tu bagai kat rahim.
Tengok je spekulum tu pun dah takut time tu.
First time pula tu. Memang berderau lah kan sebab Mama memang tak ready nak buat semua tu. Sape yang berani buat Pap Smear time 5 days after deliver baby secara normal memang Mama tabik lah.
So bila dah sekali tu tak jadi buat, makanya bila lagi nak buat ye?
Takde lah buat sampai ke hari jumpa Dr Sarah Binti Mubarak kat HKL ni. 

Pap Smear ~ Photo Google

Ha....itu pun kena 'paksa' buat Pap Smear sebab Dr Sarah perlu buat Pupil Test kat rahim Mama.
So bila alang-alang Dr Sarah buat Pupil Test tu... Dr Sarah decide buatkan sekali Pap Smear test.
Sebab musabab Mama kena buat Pupil test ni  sebab time scan rahim, Dr Sarah kata dinding rahim Mama tebal & PCOS Mama pun masih ada.

Mama tanye juga pada Dr Sarah samada ketebalan dinding rahim ni adakah disebabkan
oleh kegemukan atau lebih berat badan. 

Jawapan Dr Sarah, tidak. 
Ketebalan dinding rahim adalah disebabkan oleh hormon. 

So sebab itu lah Dr Sarah perlu buat Pupil test sebab nak tau lebih details tentang ketebalan rahim Mama ni. Balik dari HKL, Mama ada juga search kat Google apa kah Pupil test ni. Tapi tak banyak information yang Mama dapat tentang pupil ni, pasal polyp banyak lah.  So kena lah tunggu untuk next appointment untuk dapatkan result Pap Smear & Pupil test tu.

As record, after buat Pupil test ni ada keluar bleeding pada Miss V. Bleeding tak banyak tapi pesan Mama pada sesiapa yang nak jumpa Gynea elok lah spare je tuala wanita kat handbag tu. Kot kena immediate test macam Mama ni boleh lah pakai terus pad tu. Bleeding tak lama pun, 2 ke 3 hari macamtu. Boleh solat macam biasa sebab darah tu bukan darah period ye. 

Sekarang Mama nak share perasaan Mama time diberitahu yang Dr Sarah nak buat Pupil Test & Pap Smear. Ok...perasaan kena buat Pap Smear kali ni memang lain dari perasaan yang 1st time dulu. Walaupun ini baru dikira 1 st time tapi perasaan seriau tu tak adelah sangat. 

Selain daripada Mama dah dapat pendedahan awal tentang Pap Smear. Keadaan kali ni tak macam dulu. Emosi lebih stabil sebab servik & rahim tidak cedera macam baru lahirkan Hakim dulu. Lagipun Mama pernah jalani HSG so rasanya tak ada masalah untuk proceed dengan Pap Smear & Pupil test.
Rasanya tak selesa and sakit sikit lah tapi sakit yang boleh ditahan.Actually more to  rasa tak selesa. Itu je. So don't worry. Nak sesuatu kena lah hadap semua ni kan.

Mama berharap sangat result Papa Smear and Pupil Test ni baik-baik saje. Masa jumpa Dr Sarah aritu, Doctor bagi sekali X-ray HSG yang Mama buat last month. Nanti Mama share sekali result ujian kesuburan yang Mama and Papa dah buat ye. Kalau nak cerita semua memang tak habis sehari ni. hihihihi...

~~~ Pesanan ringkas :: Buat lah Pap Smear Examination. Pilihan di tangan anda~~~

Update:  14 Mei 2014

Puas Google Pupil test tu ape, thank a lot to Dr Natasha sebab sudi menjawab kemuskilan
Mama Hakim ni.
Dr Natasha cakap bukan Pupil but Pipelle Sampling. Hihihi... patut ler Google lagu mana pun tak jumpa mana planet pupil tu. Pipelle rupenye. Hihihihi....

Serius after Dr Natasha reply comment tu rasa macam nak buat IUI dengan Dr Natasha je kat KLFertility Center, KL. Tapi tak elok lah kan... sebab penat kawan Mama, Dr Oyin recommend & buat kan appointment dengan HKL. Kita cuba dulu kat HKL ni. Mana tau serasi pula kan dengan HKL ni lepas 2 kali tak berjaya conceive treatment di Putra Medical Center.

So... let check it out ape kejadahnye Pipelle Sampling ni ye.


Tuesday 6 May 2014

Kepulangan Ato-Ato, Jida, Nenek & Moksu from Umrah.

Sori mori...baru dan nak update kepulangan Tok Nenek dari Umrah.
Syukur pada Allah sebab akhirnya kesemua jemaah yang kehilangan passport yang Mama share aritu selamat tiba di tanah air.

 And semestinya macam-macam cerita yang di share sepanjang tempoh kehilangan passport tu. Walaubagaimana pun diharap pihak agensi Kembara Umrah Sdn Bhd akan lebih berhati-hati dan mengemaskan lagi tahap pengurusan jemaah di masa akan datang.

Jida & friends~~~CRDT PHOTO MOKSU

Tak tau ape motif gambar di blurkan moksu...  ;P


Melawat ladang kurma~~~ Crdt Maksu
Bila lagi kan nak dapat Passport macamni. ~~Crdt photo Maksu
Macam kelakar pulak kan... Perakuan cemas. Passport perakuan cemas. hihihihihi...

Ready to balik Kg Merbau Sempak  :)  ~~ crdt photo Moksu


Apa pun...tidak ada apa yang lebih menggembirakan  daripada melihat kedua-dua Ato & nenek Hakim dapat pulang ke rumah dengan sihat dan selamat. Cuma apa yang Mama nampak semua atok nenek & maksu  mengalami  batuk-batuk. Maybe perubahan cuaca yang menyebabkan dorang ni batuk-batuk.

Dalam seminggu selepas kepulangan dari Umrah ,semua dah ok dari batuk cuma Ato MS je yang masih batuk teruk. Risau juga sebab sekarang ni musim penyakit MERS-COV. Mama risau sebab sudah ade jemaah yang meninggal dunia sebab jangkitan MERS-COV ni.  

After 2-3 minggu batuk Ato tak reda after chek up di Hospital Sg Buloh, baru tau Ato  mengalami dan disahkan batuk kering atau penyakit tuberkulosis (TIBI). Erm... pelik juga sebab before buat Umrah dulu check up tak ada TIBI. So sekarang Ato terpaksalah makan ubat selama 6 bulan. Macam maksu dulu, sampai terpaksa extend matrikulasi sebab TIBI.  Ni luckily Ato dah pencen, kalau tidak dapat cuti free ye Tok? hihihihi... Cuma Mama risau sebab keadaan Ato & Moksu tak sama. Ato dah tua so antibodi lemah. Kalau Maksu dulu tak sampai 6 bulan treatment dah elok bebas dari TIBI. Apa pun semoga Ato sihat dan tak miss makan ubat. 

Time kat Madinah & Mecca dalam keadaan batuk tu pun sempat lagi Ato & jida + Atok Kuang & nenek belikan hadiah untuk anak cucu. Segala macam kurma, kacang & kismis tu wajib bawa balik lah kan. Air zam zam pun wajib bawa balik untuk keluarga. Terima kasih sebab ingat kat kami beli hadiah macam-macam. Tapi hadiah paling bermakna ialah doa tok nenek Hakim untuk kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Jida cakap Jida dah doakan Hakim dapat adik.   :)  

Insyallah...Mama & Papa dah usaha. Plus Ato, Jida & Nenek dah doakan. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kedua ibu bapa mertua Mama ni.

Hadiah jubah dari Ato & Jida. Putih suci je kan.



Bila dah beramai ni... tilam pun setting depan tv. 

Over excited!



Kayu sugi dari Atok & Jida. Erm ada bau hapak kayu yang kuat
. Tapi inilah yang digunakan Rasul kita untuk bersugi (berus gigi).
Ikut sunnah Nabi...asal dapat guna sikit tenyeh kat gigi afer berus gigi pun tak pe.  :)




Belah kiri ni gambar kenangan Ato Kuang & nenek di Mecca. Ato macam Pak Arab kan. hihihihi...
Sempat juga Atok Nenek Kuang belikan jubah atas ni untuk Hakim. Paling tak boleh blah... camel pun Ato Kuang belikan sebab Ato tau cucu Ato ni sukakan animal. Camel ni siap boleh gerak & nyanyi lagi tau.

 Hakim cakap lelaki yang duduk atas camel tu Allah sebab bila on camel akan berbunyi lagu ni "Labbaik Allahumma Labbaik..... & lelaki kat camel tu baca Al-Quran.  Silap Mama juga sebab terangkan kat Hakim dulu yang AtoNenek Jida ke Umrah sebab nak pergi rumah Allah. So bila Ato bawa balik camel ni memang Hakim cakap lah yang lelaki tu Allah. Salah tu anak.... Allah bukan macam manusia dan rumah Allah bukan ada di Mecca sahaja. Apa yang Ato bawa ni hanyalah mainan ye. So sekarang bila tanya siapa lelaki tu. Hakim akan cakap lelaki tu adalah Ustaz tengah baca Al-Quran. Macam-macam imaginasi anak-anak ni kan. Silap penerangan inilah padahnya. 

Ustaz naik unta katenye.

Anyway thaks to Atok nenek MS & Kuang sebab tidak lupa mendoakan kita di sana. Terima kasih sebab belikan hadiah untuk Hakim. InsyAlah bila ade rezeki nanti kita pula ke Mecca ye anak.


Saturday 3 May 2014

Syarat IUI di HKL. PLEASE TAKE NOTE!

Macamana ye nak mula kata.
Banyak yang Mama nak share dengan Hakim pasal fertility ni sebab dah 3 kali  Mama and Papa buat follow up treatment kat HKL. Dari hari Papa kena kena buat semen test , Mama kena buat blood test & jumpa nutritionist. Lepas tu baru lah dapat jumpa Gynea. 

Actually lepas jumpa dengan doktor last week rasanya macam give up 
nak teruskan IUI ni. Nak tau kenapa? Sebab....
Doktor suruh Mama kurangkan berat badan pasal antara syarat untuk teruskan IUI kat HKL ni
 ialah kadar BMI (Body mass index) mestilah kurang daripada 35.  

Hakim nak tau berapa BMI Mama sekarang? 

Ini yang tension... 
Mama punye BMI 35.5

Huhuhuhu... disebabkan  0.6 tu procedure IUI ditunda. Memang rasa stress nak nangis. 
Pasalnye sebabkan 0.6 ni lah.... lagi 2 bulan baru Mama & Papa boleh jumpa doktorr lagi  untuk make sure berat turun then teruskan procedure untuk IUI.


BMI =  Berat badan (dalam unit kg)
Tinggi (dlm unit meter)2
Bila dah kena tunda ni memang rasa geram lah hati ni.  Patutnye masa awal treatment time 
counseling tu nurse kena lah inform patient tentang pentingnya kurangkan berat badan or senang citer street to the point terus bagitau yang syarat wajib untuk rawatan kesuburan adalah BMI mesti below 35. 

So that patient akan mula dari 1st appointment tu untuk kurangkan berat badan. 
Sebab kedebak gedebuk nak abiskan semua test suami isteri bagai tu makan masa 1-2 month baru 
boleh jumpa doktor untuk buat IUI. 

Kalau dalam masa tu Mama diet sikit Insyallah boleh kot achieve BMI below 35.  Dah jadi macam ni terpaksa pula tunggu lagi 2 bulan nak buat IUI. Itu pun Doktor Sarah tu kasi chance 2 bulan. Biasanya kalau BMI lebih 35 ni kena set appointment at least 3 month. Doktor Sarah tu kesian gamaknye tengok Mama yang BMI border sangat nak kena hold 3 month kan. 

Mama rasa kalau pagi tu Mama tak amik breakfast sure loss 1kg. Sure BMI pagi tu boleh kot dapat at least 34.9. Hihihihi...Normal lah kan bila dah makan roti manis Gardenia 3-4 keping + sekotak susu Duch Lady strawberry di pagi hari tu sure naik 1kg time timbang pukul 12tghari kan. Sadis...sadis.....

Mama plan next appointment nanti Mama tak nak amik breakfast.
 So bila timbang nanti dapat membantu kot pengurangan nilai BMI.
(Kirenye nak cheat penimbang hospital lh nanti) Hihihihi... 

As record, Doktor  Sarah juga inform Mama yang penurunan berat badan sebanyak 10% 
sangat membantu untuk kesuburan. Memula tu risau juga kot Mama kena turunkan berat 8kg ke baru 
dapat buat IUI. Berat tu tanggungjawab nak turunkan 8kg dalam 2 month. Rupanya tidak... Dr Sarah kata better kalau dapat turunkan berat badan 10% but dalam case Mama ni kalau dapat turun 2-3kg pun Doktor Sarah kata dah ok sebab boleh teruskan rawatan IUI.

Macam tu lah lebih kurang pengalaman Mama. Maka bermula lah episode baru dalam polar makan Mama. Mama try my best untuk turun kan berat badan. Doktor tak kasi ubat subur sebab Mama ada history berat badan naik sebab ubat subur. 

~~~Adios amigos to lemak badan!~~~