Tuesday 16 September 2014

Fun time at Discoveria with Encik DINO

Discoveria here we come!!!
After beberapa kali tunda menunda. Last week we manage to jalan-jalan cari dinasour kat Avenue K ni. Located betul-betul berdepan dengan Suria KLCC. 

Yang paling seronok sudah pastinya anak Mama, Andy Hakim!
Yeah...awal pagi dah bangun kejut kan Mama and Papa. Senang je nak ajak mandi pagi. Memang Hakim exited habis, tak sabar nak jumpa Encik Dino.



Kita smpai di Discoveria ni dalam pukul 11am macam tu. Time tu tak ramai pun  orang kat sini. Boleh snap gambar banyak-banyak. Tak de lah segan nak pose depan camera kan.

Tiket masuk boleh dikatakan berbaloi lah. Tapi jangan terkejut ye. Tiket masuk kanak-kanak lebih mahal daripada tiket orang dewasa. Tapi kalau ada pass RapidKL or kad bank HSBC boleh dapat discount 10%.


Kanak-kanak high below 90cm free. My Hakim dah besar... kena bayar RM31 after less 10%

Untuk lebih details boleh tengok terus kat klik webside diorang kat sini. 
Tapi sebelum tu meh Mama share aktiviti yang ada kat dalam pengembaraan kita sekeluarga with Moksu di alam Dinasour!!!


Masuk je ke alam En Dino ni kita semua kena pakai jaket ala-ala Paleontologist. Untuk Hakim creaw bagi extra wrist band and lampu suluh kepala. Memang comel sangat. 

Setiap dari kita dibekalkan juga Dino Quest Map, which mean kita akan mengembara ke alam En Dino sambil menjawab soalan yang dibekalkan. Mudah je...lalu kan wristband Hakim ke Dino pad  (monitor)  yang terpilih then watch video on the Dino pad and finally paste the correct stiker on map yang diberi.

The Dino Quest is on!

 Okay, sebelum masuk bukan main excited anak Mama seorang ni. Bila dah masuk.
Takut pulak!!!
Mana tak nye siap dengan background music. En Dino pulak bukan main mesra gerak sana sini. Mulut En Dino dok nganga menyeringai menampakkan gigi taringnye yang tajam-tajam.
So mula lah Mama, Papa and Moksu convince kan Hakim yang all the En Dino ni not real. Lama juga lah nak convince kan Hakim. Tapi anak Mama kan pencinta haiwan.... dalam 5 minit macam tu dah okay boleh gerak sendiri ke sana sini melawat sedara mara En Dino ni.

I'm scared Mama. Nak dukong..... Huhuhuhu.


Hakim dah tak takut, boleh lah Mama pula yang buat-buat takut. Hihihihi...



Serius benor 3 orang Paleontologist ni menjawab soalan.



Selain daripada activity menjawab soalan. Ada juga activity lain yang Mama rasa cukup menarik untuk pengunjung Discoveria try. Antaranya activity nya ialah wall climbing, mencari telur En Dino etc.

Papa and Moksu tak lepas peluang cuba nak ber wall climbing. Even ini Papa's 1st experience but well done! Laju je Papa sampai ke puncak wall. Hebat! 

Moksu???  Gaya dah macam expert but...sadis! terhuyung hayang kat wall tu. Hihihi... 
Mama and Hakim stay je lah kat bawah. Activity ni tak sesuai untuk Hakim. Kalau budak age 8-9 tahun sesuai lah nak panjat. Jangan risau ada creaw yang jaga kat sini.
Wall climbing. Moksu... pendaki terhebat! Kikikiki....

Hakim naik Dinosaur.


Papa try pakai En Dino punya tail. Libas-libas!


Operasi mencari tulang Dinosaur

Seronok kan? Tempat tu sebenarnya kecik je. 
Tapi dengan adanya activity yang pelbagai menjadikan masa 1 jam dalam tu sekejap je. Memang tak sedar...tau-tau je  makan 1 jam juga kita kat dalam ni.

Lepas selesai menerokai alam En Dino and submit Dino Quest...dengan ini kita layak digelar
EXPERT PALEONTOLOGIST!

Hihihihi... actually Papa and Moksu yang banyak menyelesaikan soalan. Mama and Hakim...tiru je jawapan Papa and Moksu.
Lovelyrous, Andyrex and nur atikahsaurus in da house!!!

Okay tak sah lah kalau ke mana-mana tak beli souvenir kan.Tapi souvenir kat sini memang tak banyak. Erm...kita just belikan Hakim Poster Dino  and 2 photo yang crew Discoveria amik masa kita menjelajah ke alam En Dino.



Owh...ada 1 lagi nak share. Time balik tu kita entitle untuk dapat 3 contest form. Kita kena teka berapa biji telur dalam giant egg kat bawah ni. Kita hentam je. Jawapan semua main ribu-ribu je. Hihihihi...
Kalau menang boleh dapat bercuti free 4 hari 3 malam rasanya. Kat mana tak ingat plak.





All Dino tengah line up tengok poster Dino beli kat Discoveria.

Okay... overall pengembaraan di Discoveria ni menyeronok kan. So readers... jom lah bawa anak ber ilmiah kat sini. Lepas tengok Dinosor boleh terus ke PetroSains kat KLCC pula.


~~~ Bye bye En Dino~~~

No comments:

Post a Comment