Monday, 15 September 2014

Foliculin, ubat untuk besarkan size ovum katenya.



Menunggu giliran di O&G, HKL. Ynag beramai belakang tu semua tengah tunggu turn macam kami.

Assalamualaikum....  
nampak dak muka Mama sengeh manis atas ni. 
Sengeh ada makna tu. Sengeh nak mintak inject.

Today Mama keluar Miss Peri hari ke-3 after 5 days habis makan Duphaston terakhir. 
So as plan hari ni kena datang untuk scan rahim dan dapatkan stok ubat yang Doktor dah janjikan semasa sesi consultation last 2 weeks. 

Alhamdulillah as state dalam appointment card, Mama and Papa sampai juga kat HKL ni jam 7.30AM. Jalan elok clear. No jem. Laju je Papa drive. Hakim pula today dah start cuti school so tinggal dengan Jida sementara Mama and Papa sattle kan hal-hal orang dewasa ni.  Hihihi...

Lama juga lah Mama menunggu turn tadi kat HKL. Berjam tunggu nama dipanggil. Hinggakan orang yang sampai kemudian pun dah di panggil tapi nama Mama tak juga dipanggil.
Try juga tanya nurse kanapa number Mama tak dipanggil... tapi disuruhnya tunggu je. Fine... 

Tunggu. ...

Tunggu... ..

Tunggu lagik!!!!

krik krikkk krikkkkk....

Aikkkkk... hilang sabar dah ni
Almost 3 jam dah menunggu ni. Tak leh jadi. Terus Mama tanya sister (nurse) kat situ. 
Rupanya diorang ni ter miss file Mama. Boleh????? Aduhhhh...geram bebenor rasenye.
Miss communication katenye... apa-apa jelah nurse. Nurse pun dah maaf sori mori kat Mama sebab Mama terpaksa tunggu lama. Tak pe lah nurse... saya maafkan. 

Be happy. Nak buang jauh-jauh aura negative.   :)  
Kang tension-tension kang lain plak citer kan. Nak marah pun tak guna. Cuma lepas ni cik kak nurse jangan lah buat macam ni lagi ye. Sian kat patient ni. Kot lah patient tanya  kenapa number skip tu mesti ada sebab. Try lah cek apa yang patut dulu, jangan lah buat dunno terus suruh patient tunggu ye. Kot Mama tak tanya 2nd time tu maybe sampai ke lunch hour diorang ni tak panggil. Padahal file Mama ada je atas meja diorang tadi. Fuhhhh... (deep breath...kasi jiwa tenang. Hihihi)

Ok... lepas je sesi sori mori tadi nurse terus amik berat Mama. 
Then terus buat TVS, Allah... banyak folikel kat ovari kiri and kanan. PCOS...bersarang aktive dalam tu. Doktor juga pesan suruh teruskan diet and senaman. 

Dalam pada tu sempat juga Mama tanya kan tips nak dapatkan baby girl. Hihihi...
Nurse kata kalau nak dapatkan anak girl kena banyakkan makan makanan berasid. 
So siapa nak anak lelaki tu kena lah banyak kan makanan ber alkali pula.
Tapi ni semua tips dan usaha yang kita boleh buat. Allah sahaja yang berhak dan berkuasa menentukan segalanya. Yang penting ada usaha. Bukan senang nak sampai ke tahap ni so selagi boleh Mama and Papa akan cuba yang terbaik. 

After selesai sesi consultation tadi nurse minta Mama amik ubat kat farmasi. Time ni lah gunanya cooler bag yang Papa belikan aritu. 1 jenis ubat je yang Doktor bekal kan. Semua wajib simpan dalam cooler bag.

Foliculin for injection BP 75 iu. 

Doktor bekalkan 5 set Foliculin ni untuk di inject selama 5 hari berturut-turut bermula daripada hari ini. 
Doktor kata ubat ni untuk besarkan saiz telur. Ubat nak galakkan ovum tu matang dengan lebih baik. Harap-harap begitu lah hendaknya.

Tadi dah inject sekali means start esok Papa pula kena inject Mama kat rumah. Nampak tadi time nurse ajar procedure inject, Papa kata macam senang je nak buat. Inject pada waktu yang sama untuk following 4 days ni mesti di inject pada ukuran 2 jari dari pusat. Tak kiira lah nak inject kiri or kanan or atas or bawah or pusat. Ikut selera lah ye. Hihihihi.... Macam tadi Mama inject di belah kanan pusat.
Sakit juga lah...nama pun inject kan.

 Next appointment this coming Friday pula. TVS untuk D7.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Comel je kan cooler bag Papa belikan ni. 

Alatan untuk inject


Have to keep it SEJUK.

Balance 4 set Foliculin untuk di inject kat rumah.

Sampai rumah tadi dah siap-siap simpan semua ubat dalam fridge. Ubat-ubat ni kena store dalam suhu 2-8'C ..kena sejuk-sejuk. Jangan pula letak dalam freezer pembeku plak ye. Hihihihi...

InsyAllah esok pagi akan bermula lah sesi Papa jadi Private Doctor Mama pula. 
Alahai.... gerun pula rasanya tapi kena percaya pada Papa. 

~~~cAYok Papa~~~



No comments:

Post a Comment