Monday, 22 September 2014

TVS CD7 :: Cek folikel

Kita baca doa dulu ye.

:)



Last Friday Mama ke HKL untuk TVS CD7 , Mama drive seorang ke HKL sebab Papa tak dapat cuti, lagipun balance cuti Papa tinggal berapa hari sahaja lagi. Itu pun spare untuk hari IUI dan untuk kenduri kawin Pok Dal akhir November nanti.  Mama tak kisah sebab dah banyak kali ke HKL ni buat check up , test bagai dengan Papa. Janji minyak full and Touch N Go ada  :)

Sebelum ke HKL pagi tu Papa dah siap-siap inject Mama dengan Foliculin set terakhir yang Doktor bekalkan last week. Sengal juga lah rasanya kat pusat ni. Dalam hati ni harap sangat nanti time TVS akan nampak folikel-folikel yang cun melecun kat ovari ni. 
5 kali inject Foliculin... 5 kali sengal perut. 
Harap-harap semua doa dan usaha menjadi.

Oh ya... Mama bawa juga cooler bag ke HKL time ni sebab Mama pernah terbaca dalam blog yang ada kemungkinan patient akan di bekalkan lagi ubat jika saiz folikel tidak memuaskan. Mean kena dose up kan lagi ubat lah. Just in case, Mama bawa lah si comel cooler bag ni siap dengan ice pack 3 ketul. Tapi serius, Mama harap sangat size telur tu ok sebab tak nak di inject lagi. 

Tapi Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Mama kan. 
Masa TVS tu boleh nampak dengan jelas banyak folikel dalam ovari kiri dan kanan Mama. 
Alhamdulillah....
10 di kiri... 10 di kanan. 20 biji semuanya. Banyak kan???!!!
Happy sekejap Mama.

Tapi...Doktor cakap folikel banyak but tak membesar pun tak guna.
Folikel tu at least kena membesar dalam 18mm baru boleh ditetaskan dan IUI boleh dibuat.
Doktor  siap tanya betul ke cara inject ubat and minta Mama teruskan diet.
So far Doktor puas hati dengan penurunan berat badan Mama even sedikit tapi berterusan.

Acaner tu????
Nak happy ke tak?

Doktor suggest Mama continue inject Foliculin tu for another 5 days lagi.
Baik Doctor.... 
(kepala angguk tapi dalam hati nak nangis tau)

So lepas settle amik ubat, masuk kan dalam cooler bag terus duduk kejap kat pharmacy HKL.
Duduk memikir nasib diri sorang-sorang. Huhuhhuhu... 

Then call Papa, inform semua pasal TVS tadi.
Tapi kan Mama pun baru terfikir yang TVS tadi tu buat time CD7... so mestilah folikel nya kecik kan? Lain lah kalau CD 12/13... tentu akan lebih besar kan? (sesi nak sedapkan hati)

Apa pun esok pagi-pagi sepi-e lepas subuh sesi inject meng inject akan diteruskan seperti biasa. Papa akan jadi Doktor lagi 5 hari. Contract kerja disambung ye Papa. Hihihihi....

Mama ada tanya dalam group FB apa tips nak galak kan pembesaran folikel ni. 
Ramai suggest Mama untuk makan telur half cooked  selain makanan sunnah macam kurma, habatusauda dan delima. Susu kambing je Mama tak dapat nak telan. 
Inject-inject juga tapi kena juga makanan tambahan ni untuk top up kan apa yang patutkan.
Asid folic Mama still on juga plus Vitamin C. Nak kasi badan sihat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha keluarga kita. InsyAllah ada rezeki this coming Rabu akan TVS sekali lagi. Harapan cuma 1.
Moga ada telur yang sihat dan ber saiz besar lebih 20mm. Dapat 1 biji pun jadilah.
Aminnnnnn.....


~~~ Pagi tadi kena marah ngan Papa sebab Mama melambat-lambat kan inject.~~~


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan mag. Buat masa ni, kesemua treatment & test yang Noriz buat di HKL adalah FREE . Sebab Noriz ada GL (dari majikan,pekerja kerajaan). Yang kena bayar RM5 (procedure IUI) tu kalau tak ada GL. Kalau tak silap saya, Consultation Doktor kena bayar dalam RM1 kalau tak ada GL. Lain-lain bayaran saya tak sure. Kalau husband mag goverment staff pun still boleh pakai GL nya. Harap membantu ye.

      Delete