Tuesday 28 October 2014

Penilaian semester akhir Little Caliph

Sekejap dah nak habis semester akhir Hakim di Little Caliph.
Last week 18 Oct 2014 Mama, Papa and Hakim ke school untuk menghadiri parent meeting dengan teacher. Alhamdulillah after breakfast kita manage ke Little Caliph pukul 10am. 




Kamu buah hati Mama.

Teacher tunjuk Mama Art and Craft Projeck yang Hakim buat selama semester ke-2 ni.
Alhamdulillah, time semester 1 banyak coloring art. This semester banyak cut and paste craft.

Tentang reading pula , Hakim dah sampai ke part i dan u. But still kena banyakkan latihan.
Contohnya... 
i,bi,ci, di ....etc
u,fu,gu,hu,ju ...etc

Writing pun sama, teacher inform Hakim kalau tulis huruf a then biarkan 10 minit lepas tu teacher minta tulis balik huruf   'a'. Hakim akan terpinga-pinga, Hakim akan cakap tak tahu.
Tapi teacher kata most student lelaki macam Hakim. Bab writing ada masalah but kalau yang perlu memorize (tak memerlukan writing) tak ada masalah sangat. 

Bacaan Iqra' pula, Hakim baru sampai ke page 15. Buku yang digunakan sangat menarik. Tak seperti muqaddam yang Mama belajar dulu. Buku ni lebih banyak warna dan ada gambar. Nantilah Mama akan buat review pasal buku ni sebab Mama kebetulan memang ada beli buku ni untuk Hakim belajar di rumah. Alhamdulillah... Mudah-mudahan hati Hakim terang dan dapat mmbaca ayat al-quran dengan lancar dan betul.




Lets check out hasil kerja Hakim di Little Caliph, semester ke II 


Yes, I know u can do!


Antara art and craft yang Hakim buat.

Compang campeng but your "m" tu cute lah sayang. 

Result semester II, same as semester I. All G = Good. Alhamdulillah.

So, agak-agak next year Hakim nak continue play and study di Little Caliph ?

Lepas dah bincang dengan Papa and teacher tentang beberapa perkara yang Mama rasa perlu di ambil berat. Kini Mama and Papa setuju untuk meneruskan pengajian Hakim di Little Caliphs.
Alhamdulillah booking RM100 dah sattle.

Next month cuti sekolah bermula 15 November 2014, so Mama and Papa plan start Novmber dah tak perlu hantar Hakim ke extended program till sesi persekolahan bermula January 2015.

Tapi jangan ingat kamu boleh senang lenang nonton TV ye.
Banyak buku Mama dah prepare untuk Hakim buat cuti sekolah nanti.


Nampak tak kalt seluar kiri Hakim tu ada lompong? Itu kesan Papa iron seluar anak terlebih panas. 

~~~ Jadi insan berguna, Aklak mulia. Semua orang sayang. Insyallah~~~


Monday 27 October 2014

Shatavari, Blackmores, Pati Delima, Stevia & Vitamin C for fertility.

Dulu Mama pernah cerita pasal GLA Shaklee.
Tapi lepas dah consume dalam 4 botol berterusan and scan rahim nampak  PCO Mama still sama. Tak ada perubahan. maksudnya GLA Shaklee tu tidak memberi sebarang kesan ke atas PCO Mama.

Mungkin faktor biologi badan Mama tak sama dengan orang lain yang boleh hilang PCO dengan mengamal kan GLA. Tapi pasal kulit muka jadi makin elok tu memang benar. Jerawat Mama memang makin kurang. Tak pasti sama ada GLA ni ke yang membantu kulit Mama jadi makin sihat. Maklum lah, GLA ni kan membantu untuk menstabil kan hormon so maybe tempiasnya ke muka Mama.  :)

Jadi dipendek kan cerita bila Mama dah consume almost 4 month GLA and tiada perubahan pada PCO. Mama rasa  Mama patut stop consume GLA dan try product lain.
Daripada bacaan dan group TTC( PCO ) dalam Facebook banyak memberi Mama info tentang supplement yang mereka ambil untuk pregnant. 

Kalau ikut daripada hasil pemantauan Gynea Mama, Mama tak boleh concieve sebab folikel tak grow dengan sihat. So ada rakan TTC yang syorkan makan Shatavari, produk daripada Himalaya.

Ramai kata yang Shatavari ni baik untuk menyihatkan ovari, sekaligus membantu menyihatkan folikel dan ovum. Mana tahu kan dengan Shatavari ni Mama serasi. Sebab ada yang share kata mereka mengalami ovulasi lebih cepat selepas makan Shatavari ni. 

Puas lah mencari si Shatavari ni kat pharmacy area Sungai Buloh ni but unfortunately
Shatavari ni tak ada dijual di Watson, Gardian, Cosway,etc. So kena ke Himalaya Boutique kalau nak kan Shatavari ni.

 Alang-alang nak berjalan kan, kita 3 beranak ke Himalaya Boutique di Setia City Mall, Shah Alam.  Semua jenis herbs and toiletries ada kat Himalaya ni. Asalnya nak beli 2 botol Shavatari  sebab nak buat stock pasal Himalaya Boutique ni jauh but terfikir pula kot tak rasi kang membazir pula. So Mama beli 1 botol dulu. Kot serasi boleh je pin pin pon pon dengan Papa ke sini lagi nanti.

Mama terus jadi ahli Himalaya tu. Spent RM100 automatik jadi member. Siap beli syampu, facial cleanser and syampoo baby for Hakim kat Himalaya. Sebab produk Himalaya ni pure herbs. Ala-ala organik gitu.

Shatavari 60 capsules last for a month. Intake: 2 times daily.


Selain tu Mama try juga makan Multivitamin plus Mineral daripada Blackmores. Sebii je sehari, Mama makan malam after dinner. Kenapa Mama consume Multivitmin? Nurse di HKL ada inform yang pengambilan multivitamin ni tak banyak membantu PCO malah boleh menjadikan badan labih gemuk. Jadi kenapa ye Mama nak makan juga multivitamin ni?

Erm... sebab Mama on diet. Mama try kurangkan pengambilan carbs and sugar so Mama harap dengan pengambilan multivitamin ni membantu top up mana-mana vitamin or mineral yang terkurang. Hihihihi.... Plus dalam multivitamin ni pun ada acid folic . Acid folic ni penting bagi persediaan wanita yang nak hamil. Macam Mama  :)

Untuk mengoptimumkan diet sugar ,
Mama dah beli and amalkan penggunaan Stevia. Mama beli brand Equal yang banyak di jual di pharmacy. Kalau Mama keluar lunch or dinner Mama akan order air perisa kosong ( Tea O, sirap, limau, etc) and tambahkan 2 biji Stevia ni dalam air. Rasanya memang lain sikit daripada gula biasa. Tak sesedap gula putih but alah bisa tegal biasa.

 Pernah sekali tu Mama order Tea O kosong, sekali tengok Equal stevia tak ada dalam beg. Tak kan nak minum Tea O pahit kan jadi malam tu kira halal lah gula putih 2 sudu. Hihihi...



Satu lagi suppliment Shaklee yang Mama masih consume, Vitamin C.
Vitamin C Shaklee ni ada 180  biji so memang banyak stok kat rumah. Tak elok membazir kan. Lagipun Vitamin C memang elok pun untuk badan.

Ada 1 lagi makanan tambahan yang Mama add on daily iaitu Pati Delima.
Kecik ni harga RM18 dah sekarang. Dulu masa Jida and Mak Ngah beli harga RM15 je.
Rasanya bukan main masam lagi. Makan 1 sudu, sehari 2 kali. Makanan sunnah kan, pasti elok di amalkan. Antara khasiat pati delima ni ialah menambah tenaga, membantu membuang lemak berlebihan, mencantik kan kulit sebab pati delima ni ada antioksida yang tinggi, memperbaiki hormon  etc.




So sekarang sebagai ikhtiar sebelum jumpa Gynea January 2015, Mama makan semua supplement  ni atas initiative sendiri. Mama harap boleh TTC again secara natural. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya time TVS January nanti Mama mengharapkan PCO Mama semakin kurang or kalau boleh hilang terus! Mama nak let it go ... let it go ... eceeewah menyanyi pula Mama ni ye.

So far Mama dah consume semua ni dalam 2 minggu macamtu. Apa yang Mama dapat?

1. Berat badan maintain tapi still overweight . Alhamdulillah.
2. Keguguran rambut berkurangan. Alhamdulillah.
3. Tenaga normal tapi malam cepat sleepy. Siang pun sleepy. kenapa ek?
4. Penghadaman dan lawas semakin baik. Sehari 2 kali, normal ke tu?
5. Perut kempis sikit (plus Mama stop amik air ber ice dekat 2 bulan)
6. Bisa sendi di jari hilang. Alhamdulillah.
7. Flu berkurangan tapi bersin pagi-pagi tu still ada. Alhamdulillah.




Rasanya itu lah yang Mama dapat 2 minggu makan  semua kat atas ni.
Mama nak tengok dalam 3 bulan ni kalau OK, Alhamdulillah . Tapi if time scan nanti tak ada apa yang berubah mungkin Mama kena tukar lagi supplement dan cari yang paling sesuai.


~~~ Punya banyak supplement Mama makan, kalau tak pregnet pun tak pe. Makan untuk jadi lebih sihat. Sihat untuk beribadah dan membesarkan Hakim~~~


Friday 17 October 2014

PCO yang dapat period semasa CD28.

Sori ye sebab baru ni Mama ada semangat nak cerita pasal rentetan 
IUI journey yang tak jadi ni. Bukan sebab tak ada mood ye, tapi sebab this week memang Mama flat sangat. Sakit mata baru nak baik, Allah kasi pula demam. Demam untuk tambah pahala dan kurangkan dosa-dosa Mama. Lepas elok demam, selsema dan batuk pula dok hinggap mai kat hidung and tekak Mama ni.  Sampai saat Mama dok ngomel dalam entry ni pun still pekat melekat hingus and batuk tak berhenti-henti.

Ok lah meh Mama nak share pasal Miss Peri yang baik hati dah datang tepat-tepat pada CD28.
Akhirnya merasa juga Mama period cycle 28D ni.
Sebelum ni mana dapat cun 28 hari cycle. Selalunya mesti lebih 82 hari. Hihihihii...
Period setahun sekali dua je, itu pun lepas makan ubat turun period. 

Memang Doktor HKL aritu ada cakap yang this cycle even tak dapat procced IUI pun period Mama akan datang sendiri pada CD28.  Tapi serius cakap lah... selagi Mama tak period hati dan fikiran ni masih mengharapkan miracle. Sebab inikan urusan Allah, Kadang-kadang manusia (Doktor) ni hanya menjangka menerusi pengalaman dan teori mereka sahaja.

Bila Allah kata " kun fayakun" . Maka tiada apa yang mustahil. Tiada apa yang boleh menghalangnya. Bagi Mama selagi belum period salagi itu ada harapan dan harapan itu 100% disandarkan hanya kepada Allah Yang Satu. 

Kot ler tetiba folikel Mama yang cinonet tu membesar dengan jayanya pada  CD22 or CD23 ke kan. Lepas tu dengan bersusah payah persenyawaan berlaku pula kan. Fuhh!!! Tinggi betul harapan Mama kan. Kata dulu dah tak kesah.  ;P

Tapi betul lah, hati seorang wanita ni memang tabah. Walau kata tak nak amik  kisah, kata biarkan ke, apa ke tapi sebenarnya dia still ambil kisah!  Masih amik peduli. Macam Mama ni lah. Hihihihi...


Tapi itu lah kan, end up dengan datangnya Miss Period. Maknanya tak adalah persenyawaan yang Mama dok imaging kan seminggu ni. Walaubagaimana pun, Mama tetap bersyukur sebab PCO macam Mama memang susah nak dapat period cycle 28 hari. Paling bersyukur sebab period ni tidak disertai dengan senggugut. Normally Mama akan alami senggugut yang teruk time CD1 and period yang banyak dalam jangkamasa 6-7 hari macamtu.

 Lepas tu Allah bagi banus lagi.
Sikit je Miss Peri yang keluar. Keluar macam stain je. Biasanya kalau Mama period time batuk tentu akan keluar lagi banyak period. Ini tidak, period sikit dan berlaku dalam 3 hari je. Erm...Mama tak pasti samada ia petanda baik atau tidak tapi Mama lega sebab tak perlu menghadapi senggugut. :)

Alhamdulillah...
Allah tahu Mama sedih hati, Allah tahu Mama dah hadap demam, batuk and selesama berminggu-minggu on and off. Allah tahu Mama sakit mata, kena kuarantin duduk dalam rumah sampai seminngu. Jadi Allah bagi hadiah tiada senggugut period kali ini. Terima kasih Allah...

And for record, Gynea HKL aritu ada pesan, bagi pengidap PCO macam Mama ni jangan biarkan Miss Peri lama tak keluar. Make sure if tak period dalam 3 month macamtu boleh ke klinik or hospital minta ubat keluar period. Setiap 3 bulan tau, jangan biar lama-lama. Tapi sebaiknya Gynea tu minta Mama kuat kan diri untuk diet sebab diet sangat membantu untuk mendapatkan regular period. Dan paling penting dapat meninggikan peluang untuk penghidap PCO hamil secara natural.

Bukan apa, sebelum ni Mama ikut suka hati Mama je nak period bila. Paling lama Mama biarkan 8 bulan pastu baru ke klinik minta ubat period. Itu pun sebab Jida dah bising. Hihihihi... Kekadang saja skip tak nak makan ubat time menghampiri bulan Ramadhan. Nak puasa penuh ler katakan. Hihihihi.... baik punya plan kan.  Tapi memang betul pun, setakat ni dah lebih 5 kali Ramadhan Mama puasa full. Tapi lepas ni nak ikut nasihat Doktor, jangan biar kan badan lama tak period. and Mama akan cuba jadi kuat untuk diet sihat! 

Sekian

~~~ Buat senam bintang kat rumah 1 minit pun dah pancit. Macamana tu????~~~
Bee STRONG!




Tuesday 14 October 2014

Fee Little Caliphs naik.

Wefie  3  beranak, nak hantar Hakim ke school.


Pejam celik dah almost a year anak Mama ber  play-school di Little Caliph. 

Sepanjang masa itu Mama nampak banyak improvement dalam 
diri Hakim especially dalam bab sahsiah diri dan sosial.

 Hakim dah tak malu sangat dan dah berani menjawab soalan bila ditanya. Kalau tak bila 
raya or kenduri, Tok nenek saudara tanya nama pun tak mau cakap. Pandang pun tak mau. 
Malu macam anak dara je. Hiihihi... Tu kire okay , senyum pun mahal tau Hakim ni. 
Memang payah orang luar nak tengok senyuman menawan Hakim. Kalau siapa berjaya buat Hakim smile memang hebat lah orang tu. 

Malah cara pegang pensel dan crayon pun dah betul. 
Bab mewarna dan menulis pun semakin kemas,dah tak comot macam dulu sangat. Kalau dulu 
selalu keluar daerah bila time nak colour. Hihihihi. 

Hakim juga dah tak pakai pampers dah sejak school ni. Pandai dah ke toilet sendiri. Pandai pakai seluar and baju sendiri. (Jangan pelik ye umur dah 4 yo masih tak pandai pakai seluar sendiri sebab Hakim memang sebelum ni nak pakai seluar sendiri pun tak reti. Mesti nak Mama pakaikan. Mungkin sebab Hakim ni anak Mama seorang je so semua tu Mama and Papa rela je buatkan... pakaikan... ) .

Dalam bab reading pun Mama sangat impressed. Hakim dah boleh baca suku kata pendek. Contohnya macam "ta , ma, ri, wi, so, ko etc" Yang pendek macam tu kira okay sangat pada Mama sebab Mama rasa time Mama 4 years dulu pun tak pandai lagi baca macam tu.

Huruf hijaiyah dah bacaan yang simple pun dah mula kenal dengan baik. Baris atas yang paling Hakim mahir. Kalau ada baris bawah or depan tu masih terkial-kial. Walaubagaimana pun, Mama sangat bangga dengan pencapaian Hakim. 

Tapi dalam banyak - banyak perkara. Yang paling Mama kagum ialah Hakim dah semakin lancar membaca ayat dan doa semasa solat. Doa Iftitah, bacaan tahyat, bacaan antara 2 sujud semua lancar dan jelas sebutannya. Banyak doa harian yang Hakim hafal. 

Alhamdulillah...
Mudah-mudahan Allah terangkan hati Hakim dan menjadikan Hakim hambaNya yang hebat.

Terima kasih banyak pada teacher yang mengajar. Allah yang
 selayaknya membalas jasa dan budi kalian.

 Kalau dengan Papa and Mama selalu je akan ada adegan air mata bila minta solat or ngaji. Bila mood okay baru nak ikut Papa solat. Tapi di school mungkin environment berbeza, ramai friends so semua aktiviti jadi seronok.
Tonggang tonggeng solat. Hakim yang pakai baju cream sebelah abang baju belang oren.


Baru-baru ni Mama ada dapat fee structure Little Caliphs untuk tahun 2015. Sejajar dengan pengurangan subsidi minyak Malaysia , Little Caliphs dengan ini mengesahkan bahawa Extended Fee Programnya di naik kan kepada RM150 berbanding dengan RM130 pada tahun ini. Yuran yang lain still remain sama je macam tahun ni juga.

So next year every month kami kena sediakan RM400 untuk Hakim instead of RM380  sekarang ni.
(School fee+TLCP fee+ Day care)



Cuma nya adakah Hakim akan teruskan school di Little Caliphs next year ?
Erm... masih under consideration. Sebab memang tak dinafikan sangat banyak improvement dalam diri Hakim since school di Litlle Caliphs but ada beberapa perkara yang Mama tak berapa syok pasal pre school ni. Mostly yang lain Mama memang puas hati.

1. Teacher 

Tenaga pengajar Hakim asyik saja bertukar. Ada juga Mama bertanya pada principle but principle tak boleh buat apa sebab mostly yang resign tu sebab nak sambung belajar lah, sebab kawin, ada juga sebab dapat offer kerja tempat lain. 

Mama rasa pihak pengurusan perlu buat sesuatu, bukan apa anak-anak ni masih kecil. Bukan senang nak develop rasa percaya. Anak baru nak serasi dengan teacher, teacher dah resign. Datang pula teacher baru, anak-anak mesti akan rasa janggal  and rasa tak secure.

2. Oh My English

Hakim lebih banyak bercakap dalam bahasa Melayu. Okay ini bukan nak kata Mama anti bahasa Melayu. Tidak sama sekali. Mama and Papa pun tak lah terrer mana nak speaking London ni. Tapi memang since Hakim kecik Mama banyak perkenalkan vocab English pada Hakim. 

Memang kita tidak menggunakan sepenuhnya English langauage di rumah tapi Mama percaya dengan cara ini saja boleh memperkayakan Hakim dengan bahasa asing. Tapi di school medium yang digunakan bahasa Melayu. Serius cakap... sekarang Hakim lebih banyak cakap direct Malay. Dalam 1 sentences dah jaraaaaaang ada perkataan yang menggunakan perkataan English. So ... macamana tu?

3. Susu. 

Erm... sukatan susu yang tidak betul. Mama perasan yang teacher (some teacher ye bukan semua) buat susu sukatan air tak betul. Padahal Mama dah tulis pada  bekas susu Hakim, air 200ml. Tapi bila Mama amik Hakim tengok susu + air sometimes sukatan sampai 150ml je. Sedangkan kalau susu+air normally jumlah sukatan akan jadi  lebih kurang 230ml. 

Adoyai.... kadang-kadang tu panas sangat susu yang dibuat. Itu nasib baik Hakim minum susu time 
Mama amik balik dari school so tau lah nak minta teacher tambah air ke apa ke kan. Agaknya macamna pula dengan anak-anak yang minum susu time nak nappy? Panas juga ke susu nya? Sukatan air betul ke? 

Sebab memang standard susu diberi time anak-anak nak nappy ( yang amik extended prog) cuma Hakim ni lain sikit tak nak minum susu time nappy alasanya susu teacher buat basi. 
Actually Hakim ni kalau nak minum susu dia kena tengok orang tu buat. Sebab kalau dia tak nampak... tau-tau je susu siap tersedia, Hakim akan kata susu tu susu basi tak kiralah yang buat tu siapa. Banyak ragam juga anak Mama sorang ni.


~~~ Teacher yang baik, terima kasih. ~~~
Ikhlas dari Mama Andy Hakim

Friday 10 October 2014

Suri seminggu.

Assalamualaikum anak ku Hakim,
Masuk harini dah seminggu straigh Mama jadi suri rumah sepenuh masa. 
Since Jumaat last week dah cuti TVS kat HKL  , sihat walafiat. Then Sambung cuti Monday sebab AidilAdha. Kemudian sambung lagi cuti 2 hari... MC. 
MC sebab Conjunctivitis.

Ubat mata yang pahit bila lalu kot tekak!

Boleh pula orang dok sibuk beraya , Mama pula sebuk sakit mata. Doktor kata sakit mata ni boleh makan masa seminggu tapi MC 2 hari je dulu boleh bagi. Kalau still merah next 2 days kena datang klinik lagi amik MC. Procedure klinik katanye tak boleh bagi MC lebih daripada 2 hari dalam 1 masa.

Apa-apa jelah doktor. Janji keluar MC ye. Tapi pelik juga lah kot dari mana datangnye jangkit penyakit ni. Kot pasal Mama menangis beria lepas TVS kat HKL last Friday ke mata Mama jadi macamni. Maklum lah nangis teresak bagai, lepas tu sampai rumah pun nangis lagi. Bila Papa balik kerja Jumaat tu... berderai lagi air mata ni. So mata jadi terkejut. Terus merah kot. Hihihihi....

Pepandai je teori Mama ni kan. Actually kebarangkalian berjangkit tu  memang ada tapi daripada siapa? Erm... bila di ingat kan balik last week memang ada seorang staff production datang submit MC pada Mama sebab mata dia sakit. Mungkin form MC tu ada virus daripada dia then Mama pula amik and process kan. Terus lah berjangkit. Aduh.... risiko juga jaga HR ni ye. Orang lain punye sakit boleh transfer kat kita. Huhuhu... Tapi Mama tak salahkan staff tu pun. Mungkin Mama memang dah ditakdirkan nak kena sakit mata sebab sekarang ni pun kebetulan tengah jerebu. Cuaca pula panas. Jiwa pun sama tengah emosi kan so penyakit senang datang. 

Pendek kan cerita after 2 days mata masih merah but kurang lah daripada dulu. Bila ke klinik Doktor suruh sambung lagi MC 2 hari. Haaa.... Mama rasa ni lah MC paling panjang Mama pernah dapat seumur ni. 
Hakim? Hakim pun  kena tempias sakit mata berjangkit dari Mama. Tapi tak seteruk Mama sebab bila nampak je mata Hakim start merah terus bawa ke klinik and sapu ubat titik. 1 hari je mata Hakim dah okay. Alhamdulillah.

Rencana suri selama 1 minggu ni menyeronokkan. Alhamdulillah sakit mata Mama ni tak mengganggu activity harian. Tak ada gatal or bengkak. Cuma merah dan bertaik mata je. So selama seminggu ni segala masa yang ada dicurahkan untuk family kita. Setiap hari masak untuk Hakim and Papa. Boleh buat jeruk mangga se balang and siap boleh tolong hantar Moksu ke Airport lagi, punye lah sihat kan. Hihihihi.... 

Moral of the story... sakit mata dapat MC kan. Jangan datang office submit MC tu. Tunggu sampai mata dah ok then baru submit MC ye. Kalau risau gaji kena potong just roger lah supervisor dulu. Tak pe...kami orang admin ni faham. Huhuhu...

~~~ Feeling syok jadi suri ~~~


Tuesday 7 October 2014

CD21, sah tak boleh buat IUI.


No IUI
Yup . Senang kata injection for 19 days ni tidak berhasil.
TVS last Friday menunjukkan folikel kiri Mama bersize 11mm. Which mean within 5 days with Foliculin 150iu hanya grow dalam 0.5mm sahaja.
Bila scan ovari kanan cengoi 1 lagi folikel besar size 11mm juga. Tetiba je kan, padahal last week scan belah kanan ni tak ada pun folikel yang besar. Semua kecik-kecik. But still... IUI tak boleh dibuat sebab folikel tak mencapai size minimum 18mm. Sedangkan last injection tu pada CD21 so Doktor menjangkakan yang ovari Mama tak react dengan ubat dan misi tidak berjaya.

Doktor kata yang dia boleh minta Mama datang treatment for next cycle and dose up kan injection terus ke 150iu but kaedah tu terlalu berisiko. Doktor taknak Mama hamil kembar berganda-ganda sebab untuk IUI ni satu telur sahaja sudah memadai. Bayangkan kalau dalam 20 folikel tu ada 5 yang matang. Tak ke 5 orang adik nanti Hakim dapat? Doktor kata kalau IVF memang perlukan banyak telur tapi sebabkan hal ni maka Doktor bagi 2 pilihan pada Mama;

Pilihan pertama  
~~~Ovarian Drilling~~~

Cara cepat dan mudah tapi menyakitkan. Nak kena drill kan kalau tak sakit tak tau lah.
Pembedahan laparoskopi akan dibuat pada bawah perut then both ovary akan ditebuk untuk mencederakan ovari. Bila ovari tu dah cedera, hormon akan cuba balance untuk memberi laluan kepada process ovulasi. Macam tu lah lebih kurang Doktor consult Mama. 
Mama tanya juga pada Doktor adakah kaedah drilling ni wajib. Kalau tak buat memang tak boleh pregnant ke?  Or boleh jadi masalah lain ke kalau biar je PCO ni? 

Doktor kata Ovary Drilling ni just salah satu kaedah rawatan untuk mendapatkan zuriat sahaja. Kalau tak buat pun tak mengapa tapi bagi pengidap PCO macam Mama ni ... Kaedah Ovarian Drilling ni boleh membantu untuk process ovulasi. Itu je. Kalau Mama setuju, Doktor akan buat surat refer ke Hospital Sungai Buloh sebab Ovarian Drilling boleh dibuat kat sana. Amacam?

 So.... bagi orang yang penakut mnacam Mama ni... 
this option maybe boleh  letak ketepi dulu. Huhuhuhu... Tak sanggup nak di drill. Lagipun Mama and Papa bukan nya tak ada zuriat langsung. Mama dah ada Hakim, so this option tak compulsory.

Kalau nak lebih detail tentang ovarian drilling boleh refer sini.


Pilihan ke - 2
 Diet and come back to HKL after 3 month.

Yang ni cara panjang yang tidak menyakitkan tapi menyeksakan. 
Actually total weight lose Mama selama treatment ni dalam 5kgs ( 88kgs --- 83kgs) tapi masih tak membantu dalam process kesuburan. Kalau Mama tak nak kena drill makna nya Mama wajib turunkan berat badan ke at least 75kgs. Banyak tu 8kg nak kena buang. Memang perang mental  dengan diri sendiri lah Mama ni kalau tak nak sakit. See.... Kan dah kata cara ni memang tak sakit tapi SEKSA! Seksa kot nak turunkan berat badan. Nak kena kurangkan carbohydrate and sugar. 

Termenung sekejap Mama dalam bilik Doktor tu. Mata dah nak berair sebab rasa confuse , rasa sedih, rasa macam tergesa-gesa kena buat pilihan. Dah lah time  tu Mama seorang je. Papa kerja. Takut nak buat pilihan sebab takut pilihan yang bakal dibuat ni akan effect future.

After a while, Mama decide sebulat hati
" No drilling... i choose to diet Doc."

But actually kan that time Mama decide tu... dalam hati Mama ni dah berkaca-kaca tinggal nak pecah berderai je. Hati Mama dah kata ...


STOP !    

No more TVS!   

  No more injection!  
    
Tired enough!



Lepas dapat date appointment ( just procedure nak dapatkan card je...dalam hati dah macam tawar nak jumpa Doctor lagi) Mama terus keluar bilik Doktor and call Papa. Masa tu lah drama air mata bagai. Mama pun tak tau kenapa Mama nak nangis beria padahal masa nak call Papa tu takdelah rasa nak nangis pun. Call nak bagitau result then nak cakap sedih sebab folikel tak grow. Itu je. 

Tapi bila dengar je suara Papa kat corong belah sana tu...rasa sayu pula. Rasa cam menyentap-nyentap lak hati ni. Nak cakap ape dengan Papa pun tak tau nak mula dengan yang mana satu.

Parahkan??? Padahal sebelum ni dah tau dah yang risiko gagal tu ada tapi  apa yang buat Mama rasa sedikit kesal ni sebab kegagalan tu diberitahu sangat awal. IUI tak dan nak buat lagi Doktor dah menjangkakan yang this cycle tak berjaya. Semuanya angkara folekal yang tak matang. 

 

Memikirkan saat-saat kena injection selama 19 hari, teringat-ingat saat Hakim asik gosok perut Mama sebab fikir Mama ke hospital sebab pergi check baby, penat lelah drive mengharung jammed pagi-pagi buta. Semua tu buat Mama jadi stress sebab after all rintangan , end up Mama tak dapat buat IUI. Sedih sangat. 
Biar lah semua orang pandang. Mama tetap nangis sambil cakap dengan Papa. Tapi nangis penuh adap lah... nangis takdelah sampai meraung satu sopital.

Sampai lah di saat ini, Mama masih rasa berbelah bahagi lagi sama ada nak teruskan treatment atau tidak. Buat masa ni Mama akan keep on diet sebab Mama nak jadi lebih sihat and  jadi cantik untuk Papa. 
Biar masa yang menentukan. Mana tau bila date appointment tu nanti pintu hati ni terbuka ke nak pergi kan. 
Buat masa ni Mama tengah tunggu je Miss Peri kot nak menjengah tiba dalam seminggu dua ni. 

Sekian....  HKL adios amigos.

~~~ Kita mampu merancang but Allah know da best!~~~

Wednesday 1 October 2014

Cik Teh dan jadi Puan Zulaika.


After 6 years..., Syawal 2014, Rumah Ato Kuang kenduri lagi!
Cik Teh kawen!!! Yeay!  

Actually lama dah Mama dok keluar masuk entry ni tapi bila nak mula je takde idea nak tepek. Dari sehari ke sehari...lama-lama makan bulan baru siap entry ni. Hihihi...


Jadi before Mama cerita panjang melebor mari kita saksikan dulu persembahan kebudayaan dari En Papa dan Tuan Tok Chu.   :)

 Bukan main berjoget ye. Hihihihi...
 Tajuk persembahan mereka berdua time ni ialah...

 "Bas Pengantin Lelaki dah sampai, siapa nak pergi amik?" 

Wah...sikit punye panjang tajuk persembahan tu pasal tangan tu terangkat-angkat ye. Hihihi... Ape pun Mama rasa ini adalah photo terbaik sepanjang sesi kawin Cik Teh.  Hihihihi... 

Majlis nikah dan sanding Cik Teh ni dibuat pada hari yang sama iaitu pada 10 August 2014. Tapi baru ni lah Mama ada time nak compile photo and masuk kan entry ye. Hihihihi...super busy Mama ni Hakim. Kalah perdana menteri Fasola. Hihihihihi....

So biar lah gambar je berbicara ye. 
Wajah-wajah gembira disekitar majlis kahwin Cik Teh di Kuang.  Semua photo ni diambil dari photographer amator je. ( crdt to Tok Cu and Cik Na)

Majlis akad nikah di rumah sahaja. 
Cik Teh sangat cantik!

Kompang di palu, ketibaan Pak Teh Nain.

Wajah-wajah gembira.

Lepas majlis macam biasa lah ye... 
Raja and Permaisuri turun pangkat jadi tukang cuci.
kasi cuci periuk belanga...dulang sume tu ye.


Color baju tukang cuci pon nak sedondon ke Cik Teh????  hihihi

A week after majlis di Kuang, kita sekeluarga ke Lendu, Melaka pula untuk meraikan majlis terima menantu di sana. 

Seronok majlis di Lendu tu. 
Pengantin disambut dengan bunga api dan silat pengantin. Memang meriah sangat. Mama pun teruja. Jeles pula sebab time Mama kawen dulu takde pun bunga api bagai. Huhuhuhu....

Lepas majlis kita bermalam terus di Lendu. 
Kita sekeluarga, nenek, Cik Na and Cik Lili je stay kat homestay yang disediakan oleh Pak Teh Nain. Majlis malam tu pun tak ramai family kita yang hadir. Kita-kita sahaja dengan family Ato' Sabri. 

Selepas majlis  selesai, Ato' Sabri terus balik Kajang, tak dapat stay dengan kita kat homestay. 
Baik betul Ato' Sabri sanggup datang berulang untuk majlis esok hari di Lendu ni. 

Nasib baik ada family Ato Sabri , Setidak-tidaknya meramaikan lagi kehadiran dari belah perempuan. Sebab Mama tak sangka yang majlis malam di Melaka ni begitu meriah. Tengok je lah pada baju pengantin Cik Teh yang glamour tu. Seronok sangat!. 

Majlis malam berinai di Lendu, Melaka.


Homestay 3 bilik, RM100/hari

Esoknya dalam pukul 12pm semua family gather di homestay. 
Ramai juga yang datang meraikan hari bahagia Cik Teh di Lendu ni. 

Ato Sabri sekeluarga, Ato Ude sekeluarga, Ato Naim suami isteri, Ato Nazli suami isteri, Ato Cu sekeluarga dan Mak Ngah Yang sekeluarga pun ada. Kehadiran keluarga lah yang memeriahkan lagi majlis berarak pengantin. Kali ni busana purple jadi pilihan Cik Teh. Cantik menawan kan?



So sampai sini je Mama melaporkan. Kalau Hakim nak tengok gamabr kita sekeluarga posing baik punya dengan pengantin boleh lah jumpa Cik Teh. Sebab sampai la pun Mama sendiri belum tengok lagi hasil kerja photographer Cik Teh. 

~~~ Welcome to our family Pak Teh Nain ~~~