Wednesday 27 April 2016

BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND:: Tips dan mesti cuba


Setelah buat sedikit research sebelum naik ke Cameron Highland 
dan merasai sendiri suasana dan keadaan di Cameron Highland. Mama nak share beberapa perkara yang orang kata special dan wajib makan/buat disini. 

Dan ini pendapat Mama tentang kata-kata orang tersebut tentang beberapa perkara yang mesti dicuba di sini. Some Mama dapat cuba and some tak dapat atas sebab yang tak dapat di elakkan sepanjang 17-19 April 2016.




~~~CAMERON HIGHLAND DAH TAK SEJUK~~~

Yang ini memang ada benarnya. Cameron Highland dah tak sejuk macam 20 tahun dulu.
Walaupun begitu setiap bilik dalam hotel di sini memang tak disediakan air conditioner. 

Makna nya apa? 
Cameron sekarang masih sejuk cuma tak sesejuk dulu-dulu je. Malam-malam nak tidur memang kena cari gebor nak tidur.  Kalau tak... tak tahan badan nak oiii.

Seingat Mama 1st time Mama ke Cameron Highland pada tahun 1993. Sampai je Cameron mesti kena pakai baju sejuk tak kira siang atau malam. Keluar malam, masa bercakap tu boleh nampak kepul-kepul asap keluar dari mulut. 

Air paip pun sama, sejuk!
Siapa yang stay hotel and bawa baby kecil sila lah bawa spare cebok plastik sebab nak basuh wee wee or poo  poo anak nanti kesian pula nak cuci kena air sejuk. Heater ada but kalau baby tu kecil tak kan nak basuh guna paip heater tu, kang tak pasal-pasal dah macam mandi pula baby tu kang kena semburan air dari paip heater.

Hakim yang besar ni pun nak basuh wee wee kena isi air heater.
Tak rela nak basuh wee wee guna air paip. Sejuk!


Activiti pembangunan dan pertanian yang semakin menjadi-jadi di sini menyebabkan bagitu banyak pokok dan tanah ditarah. Time  on the way naik ke Cameron ni boleh nampak banyak bangunan sedang dibina kebanyakkan nya apartment dan mungkin juga hotel. Macamana lah nak rasa sejuk macam dulu kan, hendak-hendak lagi sekarang sedang musim El-Nino.

Cuma.... panas di Cameron Highland ni tak seterik panas di negei-negeri lain.
Walau pun di sini panas tapi angin yang datang tu terasa sejuk.

Harap pihak berkuasa memantau activiti pembangunan di sini agar generasi akan datang dapat menikmati keistimewaan Cameron Highland yang ada kini.

Alhamdulillah walaupun begitu, Allah bagi kita merasa kabus tebal  dan sejuk sepanjang hari perjalanan kita ke Cameron Highland. Sepanjang trip hari pertama kita di Cameron Highland masih boleh nampak kabus tebal dan suasana nyaman sepanjang hari pertama kita di sini.
Masuk hari ke-2 sampai ke-3, cuaca dah mula panas sedikit. 
(based on temperature dekat kereta suhu di Cameron masa ni di antara18-21'C) 

Baik pulih jalan dari Simpang Pulai menuju Tringkap. Ada tanah runtuh

Jalan Simpang Pulai ke Tringkap. Kabus tebal.

Pukul 12 tengahari. Sebelum tiba di Tringkap. 

Bukan jerebu ye...ini berkabus.   5pm di Hotel Casa Dela Rosa, Tanah Rata




~~~~MENIKMATI TEH TARIK ~~~~

Mama setuju: 
Menikmati teh di Sungei Palas Boh Cafe lebih mendamaikan dan suasana di sana lebih tenang dan sejuk berbanding di Cameron Valley.  Tapi kalau nak mudah untuk jalan  keluar masuk ke cafe, Cameron Valley adalah pilihan tepat. Ini kerana laluan jalan ke Boh Cafe sangat kecil dan tidak di syorkan untuk ke sana time peak.


BOH Cafe, Sungei Palas. (April,2016)

Cameron Valley. Tringkap. ( Year 2010)

~~~~SCONE CAMERON~~~

Mama rasa scone ni biasa je. Rasanya macam roti wholemeal jadi muffin.
lepas tu disapu dengan butter and fresh strawberry jem.  kalau makan panas sedap juga lah but my opinion kalau rasa nak makan scone ni boleh tapi try lah di  mana-mana cafe melayu Muslim di kampung Taman Sedia. Macam kita ni beli di Opah Cafe, 1 scone harga cuma RM3.50 satu, siap butter and jem berbanding di Lavender Garden dan cafe besar yang lain yang mana harganya mencecah RM8 satu.


Scone 2 ketul ni RM7. Share dengan Papa and Hakim. Kita beli di Opah Cafe.


~~~MENU PASAR MALAM~~~
BEBOLA KELEDEK DAN KELEDEK/JAGUNG STEAM 

Yang ni memang special and sedap. Plan asal nak cari bebola keledek  di pasar malam. Tapi tak ada rezeki sebab Pasar Brinchang buka hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Ini pun bernasib baik dapat merasa bebola keledek yang dijual di Lavender Garden. Lembut je bebola keledik ni. Tengok dalam blog orang ada jual yang keledek purple. tapi time kita pergi ni yang ada cuma keledek biasa. Mungkin kalau di pasar malam ada jual yang keledek purple tu.

Keledek steam pun syok makan time dalam kereta,
Papa dah menjeling je kat Mama. risau lah tu kereta dia kotor. Keledek  dan jagung steam memang layan abis lah makan time panas-panas. Product tempatan, fresh dan memang sedap makan sambil suami menjeling. Hihihihi....
(keledek dan jagung steam kalau tak dapat pergi pasar malam, ada banyak dijual di Kea Farm. Cendawan goreng pun ada dijual cuma time perut je dah terlalu full nak merasa semua tu)

12 biji bebola keledek, RM3 kalau tak silap Mama.



~~~STRAWBERRY DIP CHOCOLATE~~~

Yang ni memang lah sedap kan.
 Masam strawberry tu campur pula dengan manis coklat.
Tak cukup 3 cucuk Hakim makan.

Harga 3 cucuk strawberry chocolate ni RM5 di Lavender Garden.



Strawberry dicelup dengan coklat panas.



~~~ICE-CREAM  MALAYSIA~~~

Wajib makan dan tapau bawa balik. Super sedap.
Kita ada makan di Big Red Strawberry dan Abang Steamboat but seriously ice cream malaysia buatan Abang Steamboat lebih pekat dengan strawberry, manis dan SEDAP!


Abang Strawbwerry  Ice-Cream. Merah betul!
Ice-cream Malaysia di Big Red Strawberry Farm



~~~~PICKING STRAWBERRY & FLOWERS~~~

Mana lagi nak petik strawberry kalau bukan di tanah tinggi kan. So kalau ada anak kecil dan budget lebih boleh lah bagi depa ni experience masuk ladang strawberry and petik strawberry. memang tak dinafikan harga beli strawberry yang dipetik sendiri adalah jauh lebih mahal but apalah yang nak dibandingkan dengan pengalaman memetik sendiri buah strawberry kan.

Macam Hakim petik sikit je, Tuan ladang bagi kebenaran tak ikut berat minimum buah. Mungkin sebab hari Selasa, tak ramai orang kan. Rezeki kita, dapat lah sebungkus strawberry hakim petik dengan harga RM8 banyak macam gambar bawah ni.

Strawberry hasil kutipan Hakim


Petik strawberry di Opah Cafe

~~~MENAPAK DI MOSSY FOREST,  GUNUNG IRAU~~

Yang ni Mama teringin juga nak try buat dengan Hakim but belum dapat kelulusan daripada Papa.
Serius rasanya kat Mossy Forest ni aje lah satu-satunya aktiviti lasak yang boleh dibuat di Cameron Highland. Baca blog dan tengok gambar orang ber camping dan mendaki Mossy Forest ni buat rasa jeles pula di hati Mama.

InsyAllah... ada peluang kita daki bukit gunung ganang pula lepas ni ye anak.


~~~NOTA TAMBAHAN BUAT SUAMI~~~

Dah sampai Cameron Highland. Bunga murah. 
So apalah salah nya belikan bunga ros buat isteri. Dapat sejambak macam ni pun jadilah... Senyum sampai esok pagi!

Tq Papa for the lovely roses.
Semoga Papa diberi kesihatan dan rezeki yang banyak. Boleh bawa kita jalan-jalan lagi.
Akan ke Cameron lagi InsyAllah.


Sekian, melaporkan.   :)


CAMERON VALLEY TEA HOUSE, CAMERON HIGHLAND

Sebetulnya  dalam tantetive program kita tak ada perancangan 
pun nak singgah ke Cameran Valley di Tringkap ni. Sebab plan asal kita nak turun 
Cameron Highland ikut Ringlet-Tapah.

But di saat akhir kita tukar plan sebab malam akhir kita di Cameron Highlan
 hujan turun sangat lebat. So Papa risau kalau ada land slide and memandangkan laluan Ringlet -Tapah yang lebih kecil dan mencabar berbanding dengan laluan Simpang Pulai. Akhirnya Papa decide kita ikut jalam Simpang Pulai sahaja. 

Kita singgah di sini sebab nak mengimbai kenangan tahun 2010 time kita sekeluarga bercuti di Cameron Highland besama Atok, Jida, Maksu, Pokgei dan family Mak Ngah. Plus rasanya inilah tempat last yang bersih dan elok boleh berhenti untuk wee wee. Hihihihii....


Cameron Valley, April2016

Selasa yang lengang. Nampak tak pondok sewaan ATV belah kiri tu.

Lega dah wee wee. Toilet kat tangga belakang tu je. Time ni bersih je toilet ,hopefully time peak pun bersih lah ye.

Keadaan di sini pada hari Selasa memang lengang. 
Rasanya kalau hari minggu ni mesti ramai orang singgah ke sini. Kalau dulu kt sini ada jual cenderahati but sekarang kawasan jualan tu dah di renovate dan dijadikan cafe.

Elok juga begitu sebab time peak mesti ramai orang nak duduk mengeteh kan. 











Istimewanya di sini, kita boleh minum teh dan
boleh bergambar di laluan kebun teh.

Pada pendapat Mama, memang ada uniknya kebun teh di Cameron Valley ni berbanding ladang teh di Sungei Palas.

 Di sini cafenya terletak betul-betul di tepi jalan utama. memang mudah lah nak berhenti dan sekarang ni ada disediakan sewaan kenderaan ATV juga di sini.

Rugi rasanya masa datang hari pertama tak singgah ke sini.
Kalau tidak mahu juga Mama try activiti ATV tu.

Promotion 4x4 cuma RM10 je tapi boleh ronda ladang teh dengan lebih dekat. kalau nak lebih mencabar boleh sewa ATV, RM35 je.

 Nak try time sekarang memang tak dapat lah sebab
 Papa dah penat plus cuaca time tu agak panas.

Kalau boleh Papa tu tak nak kita singgah mana-mana dah on
 the way balik tu.

InsyAllah, ada rezeki nanti kita ke sini and try ATV
 dalam ladang teh ye Hakim, kali ni dapat minum teh and chocolate chip pun jadi lah.....


Alolololooooooo

Hakim dah besar , pandai snap gambar Mama and Papa.

Pa! kenapa tu Pa?  ;P

Hakim And Mama teringin nak naik tangga sampai puncak tapi Papa tak kasi.










THROWBACK::
CAMERON VALLEY 2010

Snow cap tu Jida belikan.

Us


Bila  lagi nak bawa Atok and Jida naik Cameron ye.

Tuesday 26 April 2016

Beli sayur di Kea Farm, Cameron Highland.

Hari Selasa agak lengang, senang nak park kereta.


Inilah keadaan dan suasana jalan dan market berhampiran Kea Farm.
Masa hari Ahad dan Isnin memang super ramai orang kat sini. 

Kiri kanan jalan orang dok parking kereta. Mujur ada polis trafik tolong jaga laluan. 
Kalau tidak mau kat tengah-tengah jalan raya pun orang park. 


Petang Isnin di Kea Farm
Se elok nya memang time balik lah kalau nak singgah ke sini beli buah and sayur.
Kalau beli awal-awal risau buah and sayur layu je dalam bonet kereta.
Bunga dan cenderahati pun banyak jual kat sini

Macam biasalah Mama, 
sebagai seorang wanita mestilah nak menyinggah melabur duit kat sini kan. Papa kena banyak bersabar tolong angkut sayur ke kereta. Hihihi...

Murah ke?
Erm.... Mama pun tak tak sure. Tapi time beli tu kena lah minta tawar. Lepas tu tinjau-tinjau lah sampai ke hujung market. Baru boleh bezakan harga. Tapi kalau dah ramai sangat orang, gamaknya kalau rasa harga yang ditawarkan tu murah, grab aje lah. 


Mama cuma beli keledek purple (RM8 sekilo), jagung madu dan mutiara (RM15/2 longgok: selonggok ada dalam 9tongkol) and sayur ( 7paket saiz sederhana RM10:: Mama beli 14 paket).




Sekotak biru tu RM35: Pek sederhana dalam bekas lutsinar ni harga RM20/4 paket. Pek kecik ada jual 5 pek RM10 tak muat pula nak masuk dalam gambo ni.
Sampai Cameron ni teruja juga tengok buah dan benda baru yang dijual.
Contohnya macam gambar kat bawah ni.


Yang halus-halus putih macam cacing tu... ginseng.
Yang bulat hijau merah sebelah tu, buah cinta.
Memula nak juga beli sebab nak test rasa buah cinta tu macamna. Tapi bila tengok Papa peloh-peloh dok melayan berplastik-plastik sayur yang dibeli. Langsung lupa nak beli buah cinta ni.

Nanti sapa-sapa yang ada beli buah cinta ni , kasi pos sama saya ya.
Hihihihi...



Butterfly Farm , Cameron Highland


Masuk sini sebab rasanya kat sini je lah yang ada pameran binatang ala-ala mini zoo.
Sebab selain butterfly kat dalam Taman Rama-rama ni ada juga binatang-binatang lain seperti ular, kumbang, racon etc
.
Bukan apa, kesian pula dengan anak Mama ni, ke hulu hilir meneman Mama terapi bunga, 
so Mama and Papa kasi chance lah masuk ke Taman Rama-rama ni.

Tiket, okay lah harga nya. 
Dewasa RM7, Kanak-kanak RM4

Kat board tu kepompong



Belakang Mama and Papa dekat net tu semua rama-rama tengah rest.


Bunga purple

Besar gabak bunga raya.

Banyak juga rama-rama kat dalam ni.
Terbang sana sini. Macam-macam warna. Pokok bunga yang ditanam dalam taman ni pun bukan main cantik. Memang sesuai lah rama-rama tinggal dalam ni.

Oh sebelum Mama lupa, 
Mama nak share tips kalau nak masuk ke Taman Rama-rama ni ye.

1. Pergi time pagi macam pukul 10am-12pm , sebab time ni rama-rama active.

2. Jangan masuk time hujan or  lepas hujan sebab nanti tak dapat tengok butterfly terbang. Pasal sayapnya berat. Tak syok lah masuk tapi tak dapat tengok rama-rama terbang berjemaah.

3. Jangan lah tangkap rama-rama dalam taman tu ye. Acah-acah kejar takpe. Hihihihi...
Khuatir rama-rama tu injured. 

4. Kalau dah terpegang rama-rama tu make sure basuh lah tangan. 
Bimbang gatal or beracun.

Racon

Kumbang Tanduk

Sesumpah

Ayam klok-klok

Thank u Hakim snap photo ni untuk Mama and Papa

THROWBACK::

 Butterfly Farm, Cameron Highland with Jida
YEAR 2010