Wednesday 11 April 2018

Semak keputusan ujian dan peperiksaan sekolah secara online

Pasti ramai ibu bapa yang masih tidak tahu bahawa keputusan ujian dan peperiksaan sekolah anak kini boleh disemak secara dalam talian especially buat ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah.

Mama pun baru tahu last year, itu pun sebab Mak Unggal Hakim yang bertugas sebagai guru yang bagitau. Memang mudah dan cepat. Ada internet and computer or guna je smartphone , kita dah boleh check result anak bagi setiap subject. 

Data yang diperlukan cuma  2 je;

i- nombor kad pengenalan dan 
ii- nama sekolah anak

Kita mulakan sekarang okay.


PERTAMA:

Masuk kan URL yang betul  iaitu

https://sapsnkra.moe.gov.my

Bila dah masuk tu. Mak-mak semua akan dibawa ke page yg di bawah ni




Ok???

Kalau ok,  Mak-Mak sekelian boleh lah klik pada button yang warna hijau yang saya ada tulis step 2 tu ok. Kat button tu ada tulis SEMAKAN IBUBAPA. Klik kat situ tau, tak payah nak login apa-apa ID yang kat LOGIN belah kanan tu ye. 

Lepas klik button hijau tu, akan keluarlah paparan seperti yang di bawah ni.

Pada paparan ini lah yang kita kena isi data anak.




Sattle masuk kan data anak. Boleh tekan button semak. 
Paparan seperti yang dibawah akan appear.
Kat page ni boleh lah pilih tahun dan jenis analisis markah yang mana yang Mak-Mak nak. Markah tahun lepas atau tahun-tahun sebelum nya pun Mak-Mak boleh tengok balik tau. Pilih je tahun mana yang Mak-Mak nak.

Dalam page ini, nama guru-guru yang mengajar anak kita pun kita boleh tau. 





Kalau pilih slip keputusan, paparan  adalah seperti yang dibawah.
Sample paparan slip yang belum lengkap.

Yang di bawah ni pula paparan markah peperiksaan.  Paparan ni akan papar setiap ujian dan peperiksaan dalam setahun. Macam summary untuk setahun lah ni kiranya.



Ha... mcmtu je lah cara nak check result anak ye Mak-Mak sekelian. 

Semakan boleh dibuat bila-bila masa lepas anak habis exam. Tapi nasihat saya jangan lah anak balik exam tu terus nak check result ye. Bagi lah masa cikgu menanda dulu. Sebaiknya, seminggu lepas exam biasanya cikgu-cikgu akan mula key in markah student.

Cikgu pun bukan serentak key in markah ye. Kalau masa Mak-Mak tengok cuma ada subject BM dan Sains saja dalam analisa markah....maksudnya cikgu subject lain mungkin belum marking or keyin markah anak Mak-Mak sekelian. 

Jadi... sabarlah menanti ye.
Bila siap semua markah dah cikgu keyin, barulah result seperti kedudukan dalam class, kedudukan dalam aliran, peratus dll akan keluar.

Ok jelas ye cara nak check result anak.

So apa lagi ye isu berbangkit lain.

Erm... 

macamana pula kalau Mak-Mak dapati yang cikgu salah key in markah anak?
Patutnya anak dapat 98 tapi cikgu key in 49.

Jangan risau ye, 
Mak-Mak sekelian boleh berhubung terus dengan cikgu. Bincang elok-elok dengan pihak sekolah. Sebab hanya cikgu je yang boleh amend markah anak kita ni.

Itu je, senang kan. 



Semoga anak kita semua cemerlang dunia akhirat.
Jadi pemimpin hebat di masa akan datang.