Thursday 3 January 2013

Happy Birthday Sayang : Hakim 3 Tahun



Birthday Hakim tahun ni papa request mama untuk jamu lunch. So start awal subuh Mama dah set dapur. 
Menu birthday Hakim this year tentulah nasi putih berlauk. Kata lunch kan..... so Mama masak kan sayur campur, ayam masak kari and ayam goreng berempah.  Jida sponsor ayam masak rendang, nenek Kuang masih sama...sponsor set roti jala. Yummy---YummM!!!


Comei je anak Mama kat tengah2 tu  :)
 Kali ni kita celeb kat luar rumah sebab Mama dan tambah beranda depan rumah. So kawasannye besar lah sikit plus pasni Hakim boleh berlari seronok dgn fren semua.


Moksu tolong potongkan kek

Mama & Papa sangat sayangkan kamu, Hakim.
.
 Kali ni barulah kita dapat bergambar bersama potong kek. Masa birthday Hakim yang pertam & kedua tak dapat bergambar sebab Hakim tidur. Sebab tu lah kali ni Papa beria nk buat majlis ni tengah hari. Supaya time potong kek Hakim tak tidur. 

Moksu kasik set baju untuk Hakim.


Sempat lagi Mama tiupkan belon. Deko2 birthday bash!


Pakcik & Makcik saudara Hakim. Semua baya2 anak buah. Hihihihi
Jida siap conduct pakcik & makcik comei ni berselawat dan nasyid lagi. hihihihi....  

Hakim & Basyar. Anak mak Ngah Yayang. Sama kan muka kamu berdua.



Kek Angrybird tu Hadiah dari Makngah Syida. 
Tak banyak gambar yang Mama sempat snap for this birthday. 
Tp buat majlis untuk jamu lunch memang sangat memenatkan. Malam tu Mama rasa abis sengal semua tulang kaki & pinggang Mama. Tapi....untuk Hakim..... Mama tak kisah.... Love u Sayang.

~~~ 3 tahun yang membahagiakan ~~~

Bukan KANSER. Alhamdulillah...



Alhamdulillah selesai Ultrasound di Hosp Sg Buloh.

Pic ni Mama snap kat bilik persalinan. 1 pic ni je yg Mama boleh share dgn Hakim. Masa process ultrasound tu Papa tak boleh masuk sekali. Sejuk tangan Mama masa tunggu turn untuk scan. Takut sangat. 

Actly,masa ni dah tak ada blood discharge, maybe antibiotik yang doktor bagi haritu berkesan. Yang keluar cuma cecair kekuningan sahaja. Itu pun discharge bila dipicit.  

Masuk bilik scan tu, syukur pada Allah sbb yg check Mama untuk ultrasound adalah Doktor perempuan. (Memang dari awal pemeriksaan Mama & Papa request kalau boleh nak Doktor perempuan, kita kena request sebelum treatment mula. Kalau tidak memang akan dapat ke Doktor lelaki, itu pun kalau ade Doktor perempuan masa tu lah.)

Scan process tu Doktor buat pada both breast even yang discharge actually the right breast. Doktor kata better check both sebab boleh jadi sel cancer tu  ada pada both breast

Sesi scan ultrasound tu makan masa 30 min mcm tu..laju jantung Mama. Sambil Doktor scan Mama boleh tgk monitor & doktor tu terangkan pada Mama setiap gambar hitam putih yang ada pada monitor. Doktor scan setiap kawasan breast dan juga ketiak. Doktor nak pastikan betul2 kedudukan sel cancer tu. 

But... 

 Alhamdulillah both breast looks normal &  Doktor kata memang tak ade sel cancer.
Dr berani jamin yg Mama tiada masalah kanser. 

Alhamdulillah...Syukur sangat pd Yg Esa. 

Selesai sesi ultrasound, Mama & Papa ada tanya Doktor sebab nak tau juga ape masala sebenar. 
Dr pon tak dapat bagi apa punca dan masalah Mama. Erm...Question mark besar kat situ. 

Cuma Doktor kata maybe ada hubungkait dengan hormon sebab period mama irregular.  Doktor kata maybe Mama juga menghidap PCOS. So doktor suggest Mama refer ke Gynea untuk rawatan lanjut.

Apa2 pun Mama sangat bersyukur sebab masalah nipple discharge ni berakhir. Cuma Mama nak struggle untuk PCOS pula. Ape itu PCOS? Mama akan share dengan Hakim entri lain ye.

~~~ Segala pujian hanya padaMu Allah ~~~ 



Tuesday 1 January 2013

Pontian: Day 2


Lepas check out bilik, Ato ajak kita ke Tanjung Piai, 
Tanjung Piai ni merupakan selat paling selatan di Asia.  Kawasan kat sini berpaya & susah lah nak dapat tengok kat tempat kita. So memang sesuai sangat Ato bawa kita ke sini, so Hakim boleh kenal apa itu paya, boleh tengok monkey, crab, pokok paya dengan lebih dekat.

Mama percaya dengan memperbanyakkan aktiviti dengan alam akan menjadikan Hakim seorang yang lebih sensitif dan peka dengan setiap cipta Nya..

Belek botol air badak. jida memang suka spare air badak time panas. 
Hakim & Ato
Mama peluk Hakim erat2.... kita kat tengah laut ni anak....

Nak balik dah ni.

Kejap je masa berlalu. Perjalanan 2 hari ke Pontian dengan Ato & Jida memang menyeronokkan. 
Walaupun Ato & Jida jalan lambat2...tapi seronok sebab dapat tengok monkey lama2. hihihihi... 


Cuma, tanpa Papa memang rasa tak lengkap percutian ni. 

~~~Hope lepas ni kalau ada trip macam ni Papa jgn lah bizi2 lagi ye~~~