Friday 12 April 2013

Percutian 3 Hari 2 Malam di A Famosa Resort:: Yip Yip Yippieeee!!

Yeayyyyy!!!
At last we manage to cuti-cuti Malaysia . Sekali lagik.... di Melacca Bandaraya Bersejarah.
But this time kita bercuti khusus di A Famosa Resort.


 Family Package ( 2 adults + 2 children )  
RM328 + 16% service government tax , rate will be RM380.50 nett.
Package include entrance fee to safari Night & Cowbay Town.

additional 1 night:
RM380.50 + RM264.50 ( 2ND NIGHT ROOM ONLY ) + 

Water World RM27 per adult, RM23 per child = RM77
TOTAL : RM722 

Mama pilih Family Package then tambah lagi stay 1 night jenis Family Studio kat sini. Jimat dan berbaloi daripada beli tiket asing2.  :)
Tak caye , boleh check price kat sini.



Masuk Taman Buaya jumpa Merak pula.
Singgah makan kat kedai Upin Ipin di Melaka Mall.

Check in dalam pukul 12tghari. Perjalanan dari Sg Buloh ke Melacca amik masa dalam 2 jam . 
(Papa drive slow & steady...kate nk berjalan kan...so no need to rush lah kan )

Sempat kita bertiga breakfast dulu kat kedai Tok Alang Hadi kat 
Merbau Sempak sambil wash our car , si cibik.  :)

Sampai hotel, memang wow!!!
Bilik besar ada  2 katil queen, siap ada ruang santai berasingan. 

Katil kita asing-asing ye anak.  ;P

Bilik dengan ruang keluarga berasingan.
Kichen pun luas siap ada pintu belakang yang menempatkan sink.

Water World A Famosa.

Petang tu lepas checked in, Mama and Papa terus bawa Hakim ke 
Water World A Famosa. Pergi hari kerja so memang tak ramai orang.

Jom tengok gambar2 Hakim yg kemain gumbira kat resort ni. 

Nak mandi  :)

Belek-belek pokok. Confirm anak Mama sebab suka bunga, suka pokok. Hihihihi...

Kat kolam ni ada wave.


Ok...GO wet gO!!!   :)


Night at the Cowboy Town

Kat sini semua crew  pakai baju cowboy. 
Mereka akan buat persembahan cowboy and Red India tak kira lah pelawat tu ramai or sikit. Persembahan  tetap jalan. Cuma kita lah kena datang sharp on time, kalau tak rugi lah tak tengok persembahan daripada awal.


Nak dukung je kerjanya

Yang seronok,
 jarak pentas persembahan dengan audience sangat lah dekat. 
Erm...macam street performance  cenggitu. 

Haiwan baik yang terbang, yang merangkak semua cukup pandai berlakon dan terlatih untuk buat persembahan. 

Kagum! 
Mesti memerlukan skill dan kesabaran yang tinggi nak latih haiwan ni semua jadi pandai macam ni.



Jarak ruang persembahan dengan audience. Di halang dengan palang besi kuning tu je. Dekat kan

Semua pakat ambil gambar.

Time ni Red Indian Show, sheep pun pandai berlakon. Hihihi...


Nampak tak depan seberang sana tu macam bangunan rumah? Yang belakang Red Indian tu. 
Ha... rumah tu pun dibina macam pekan cowboy. Ada aksi tembak tembak, sumpit -sumpit antara Cowboy dengan orang red Indian. Cowboy melarikan diri dengan menaiki kuda. Memang macam dalam real life of  cowboy je rasanya.

Abis je acara bersama animal and persembahan drama cowboy,
 kita semua dihiburkan dengan pertunjukan bunga api!!!! 

Yeayyyyyy!!!  
bukan sikit2 tau...banyak bunga api mereka dok fire kat langit nun.
 Cantik sesangat. Hakim pon asik ckp wooow...woow setiap kali bunga api tu bertukar kaler.
Suke lah tu   :)

Malam tu sampai je bilik agak lewat juga sebab lepas show kita cari makan kat luar A Famosa.
Sampai je bilik , Mama terus lap kan badan Hakim and....

ZZzzzzz... tidur dah Hakim.
Ngantuk sangat.

Lena lah sayang beradu.



Day 2: 
Safari World

Pagi-pagi lepas breakfast kita ke Safari World pula. Kat sini kita boleh feeding the animal.
Gajah pun kita boleh kasi makan time pertunjukan gajah diadakan. Jinak-jinak gajah kat sini.

Gajah zaman sekarang dah pandai main drama. Melukis pon pandai tau.
Cuma Mama terkilan sikit sebab time kita ber Safari Advanture , Mama tak sempat nk snap gambar. Pasal Mama & Papa pun teruja sebab dapat tgk hidupan liar such as tiger & lion dari dekat. Hakim pun asik nak berkepit dengan Mama & Papa. So dari Mama pegang camera better Mama biar Hakim berkepit dengan Mama kan.  :)

Nak naik ponny ke tu?



Ni nak masuk ke Elephant Show. 


Lukisan conteng ni, elephant yang buat. 

Naik rakit nak ke island buatan. More animal there.
Kat island ni animal hidup bebas, ye lah nak lari ke mana kan. Kiri kanan air. Hihihih...

orang yang takut, sheep relax je.

 Di safari World ni pun mereka adakan persembahan cowboy.
Kalau di Cowboy town tu persembahan hanya pada malam hari, kat sini pula pada siang hari.
Yang penting, jalan cerita berbeza dan persembahan terbaik!



Tengah tunggu cowboy show bermula.



Day 3: 
Check out and yok balik.
Nak chech out.
Ni pic Hakim kat balkoni studio. Dari sini pun boleh nampak percikan bunga api selepas tamat pertunjukan Cowboy Town pada malam hari. Tengok tu Hakim joget-joget.

Pendek kata percutian kali ni sangat berbaloi . 
Semua aktiviti yang ada kat sini semua kita joint. Cuma gambar je tak banyak snap. 

Mama percaya Hakim pun hepi sepanjang kita di A Famosa ni. 
InsyaAllah, ada rezeki kita amik lagi package 2 dewasa 2 kanak, tapi time tu 2 kanak-kanak itu adalah Hakim & adik Hakim. 

Amin......

Kesayangan Mama

Monday 8 April 2013

Bye Bye Sang Wira....

Akhirnya!!!

Selepas tragedi Sang Wira hanya half way je dapat naik Genting. 
Maka dengan ini..bye bye lah Sang Wira yg telah banyk berjasa pada kita sekeluarga.

Sang Wira ni Papa beli masa bertunang dengan Mama tahun 2007.  Almost 6 tahun dah kereta ni bawa kita ke hulu...ke hilir. Masa amik Hakim dari Putra Medical Center pun, Sang Wira inilah yang Papa pandu. Banyak nostalgia kita sekeluarga dengan Sang Wira ni...tapi jodoh tak panjang kan... 
So ...bye bye Sang Wira....
sob...sob....sob...



Sang Wira perkasa! jasamu ku kenang.
Papa let go Sang Wira dengan harga RM12K tau... Masih laku ni.

Last Hakim dalam Sang Wira. Hepi plak dia ni.

Kenapa kat show room Honda ek???


Sengeh nampak gigi kamu sayang! Geram Mama tengok.

Ato & Jida teman kita amik kete baru.
Ato tu macam berkenan je ngn CRV tu.

Tara!!!!
Perkenalkan kete baru kita yang baru.  
Mama happy sangat Papa belikan kete ni untuk Mama.
Papa kata Hakim yang pilih kereta ni. Pandai anak Mama pilih. Senyum meleret Mama.

WPY  @#$%  ..... hadiah Papa buat Mama. Hakim jangan jeles tau.

~~~ Bahagia berkereta baru.. wink wink!!! heheheh...~~~