Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, 18 March 2018

Lost World of Tambun nanti kita datang lagik!

Aug.2017
Our short vocation before your final exam last year.
Plan asalnya nak ke Port Dickson je unfortunately hotel pula dah full. Tau dah lepas ni kalau rasa nak vocay ke Port Diction memang kena booked awal-awal. Lima enam bulan awal kena booked, kalau tak. Putih mata je lah nak stay hotel yang best sikit di Port Dickson tu ye. 

Lebih menarik, vocation kali ni Hakim yang beria nak ke Lost World of Tambun ni sebab dapat FREE voucher admission, buy 2 adult FREE admission for 1 kid. Cikgu bagi katanya. Hari-hari dia dok tunjuk voucher tu sampai nak naik lunyai juga lah voucher tu dibuatnya.

Bila sampai sini. Mak aiiihhhh...best rupanya. Sesuai lah untuk bawa anak-anak besar Hakim ni. Semua ada dalam satu theme park, 3 in 1. Maksudnya dalam theme park ni ada water park + mini zoo + mainan. Senang kerje kan.  Meh Mama list down bagi lagi jelas ye kenapa Papa kata kita kena pergi ke Lost World of Tambun ni and apa yang kita kena prepare kalau nak pergi lagi ke sini nanti:


**** Parking  dan surau****

InsyAllah parking ada je untuk kita. Memang besar tapak parking diorang sediakan cuma dapat jauh atau dekat je dengan entrance. Jauh sikit pun takpe, exercise bagi warm up sebelum sesi jelajah theme park. Bagus untuk jantung dan elak kaki tu cram time main air nanti.
Surau dalam theme park juga disediakan. Kalau nak berlama-lama main dalam theme park dah tak risau dah nak keluar cari surau, surau berdekatan dengan locker area.

**** Tiket  ****
Harga tiket sangat reasonable ditambah pula Hakim dapat voucher kan so lagi jimat lah duit Papa. Mama dapat tau kalau beli online lagi mudah dan cepat. No need que panjang time nak masuk nanti.
Besides, semua section water park. Air panas sejuk boleh layan, no additional charges. Rumah hantu and 3D show ada bayaran lain ye. Animal kat sini pun banyak dah macam masuk zoo  . Mainan pun bukan sikit-sikit tau. Puas lah Hakim nak tengok and feeding animal.


Siap ada live show and masa untuk berada dalam theme park ni unlimited. Kome nak bantai main ayor dari pagi sampai malam pun boleh. Tiket ni seharian dari pagi sampai ke malam, kalau keluar tak boleh masuk balik ok. Unless stay di Hotel Lost World, boleh masuk sekali lagi at the same day. So Mama suggest kalau  kita nak ke sini lagi kita kena stay di Hotel Lost World. Baru berbaloi-baloi. Kita stay di Heritage Hotel so tak dapat lah previlage tu.

Hakim 7yo but Papa still layan anak macam anak age 5 yo. Tak berat ke anak tu Papa?  Nak tengok tiger show punya pasal.

**** Tram ****

Sebaiknya masuk je sini, naik lah tram dulu. Kasi round kawasan. Senang nanti nak plan perjalanan dalam ni sebab kawasan nya agak besar tau. Bagi anak dan suami tu relax relax dulu dalam tram sambil ditiup angin negeri Perak.

Bila dah naik tram kita tau mana tempat nak naik kuda, nak masuk spider valley, petting zoo dll. So Mama syorkan better sebelum bawa anak-anak main air, bawalah anak-anak ni berinteraksi dengan animal yang ada di sana dulu. Sebab tak syok lah kan basah-basah baju tu baru nak berjalan. Nak naik pony dan main game pun tak akan dibenarkan kalau baju basah. 

Hakim ready nak naik pony

**** Makanan ****

Dinasihatkan kita makan lah kenyang-kenyang sebelum masuk sini ye. Makanan normal lah sangat mahal berbanding harga luar.  Pada yang nak try seludup ayor ke... makanan ke... boleh lah try tapi nak bagitau awal-awal yang masa nak masuk tu. Crew akan punggah habis beg kita ye.  Kalau kantoi depa tak denda....depa suh letak luar je makanan and minuman tu dengan cas simpan barang RM1. Balik nanti boleh amik balik semua jajan kome tu ye.  Heheheehehe... 

Nak beli makanan or boya semua guna token macam gelang kat tangan. Beli masa dah masuk entrance. Boleh topup berapa banyak pun tak kisah , kalau ada balance masa keluar nanti boleh refund balik duit balance tu ye. So no need lah simpan note RM50 dalam poket. Boleh terus topup je kat token. Macam kita aritu  topup RM 100 je kat token untuk perbelajaan 3 beranak. 


**** Swimming suit ****

Kena pakai swimming suit. Kalau takde boleh je pakai baju jenis jersey. Untuk kebersihan dan keselamatan. Kita sama-sama lah ikut ye.  Ade je yang pakai cotton shirt tapi tak semua mainan air mereka ni boleh main unless kamu sanggup tanggalkan cotton shirt kamu tu ye. Mainan slide tinggi-tinggi, panjang-panjang tu biasanya memang kena pakai proper. Kang penat je panjat tangga nak main slide tapi kena turun pasal berbaju cotton.

Kita main sini dulu ye, jap lagi nak mandi di kolam ayor paneh pulak.




****  Mainan  ****

Dinasihatkan kalau nak main  game yang pusing-pusing or kapal lanun berayun tu masa di siang hari sebelum pukul 5pm ye. Sebab petang diorang tutup section ni. Kalau hujan pun diorang akan tutup.

Kita aritu tak sempat main sebab ingat nak main petang sikit, sekali tutup. Sedey...
Yang boat itik kat tasik tu pun sama. next time kita naik awal-awal ye. Hakim sempat naik pony je... boleh lah daripada takde kan. First timer lah katakan kita ke sini. So banyak pincang nye.


Penat lah teuwwwwww


Puas mandi and main, malam juga lah kita baru keluar dari theme park Lost World of Tambun ni. Masuk dari pukul 3pm rasa tak puas.

Sebab tu Papa ngajak lagi kita ke sini nanti. Papa syok berendam dalam kolam ayor paneh katanya. InsyAllah ade rezeki nanti kita ke sini lagi ye. And mana lah tau Papa nak kita stay kat Glamping area dalam theme park tu nanti kan. Hihihihi




**** Lost World of Tambun. Mama bagi 4 bintang****

Monday, 14 August 2017

Farm in the ciTy bukan Zoo. ;P

Mama and Papa  first time datang sini, 
Hakim pula  ini your 2nd time ke Farm in the city, masa age 4 , Hakim dah follow rombongan tadika ke farm di Sri Kembangan ni. Kiranya masa kita ke sini, Hakim lah yang guide kitorang nak tengok rabbit kena belok sana. Kalau nak naik pony pula kena corner sini. Hehehehehe....

Kita pergi masa public holiday sempena pertabalan Agong April lalu .
Lamakan baru nak up entry ni. Sorry lah ye Hakim.
Sampai sana tengok punyalah ramai orang kt sini.
Parking dalam semua dah full, kita terpaksa parking kat luar. Kena menapak sikit lah ye.

Oh... nak bagitau farm in the city ni bukan macam zoo ye.
Animal besau - besau takde ye kat sini. So jangan bagi harapan kat anak-anak kata ade gajah, giraffe, tiger ape semua tu ye. Sebab most animal yang ada kat sini jenis yang kiut miut sahaja. Yang jenis buat pet. Nama pun farm kan....

Boleh feeding feeding. Touching touching  :)

Haaaa... macam tu kekdah nye kat mini zoo ni ye.

Kita nak pergi farm  :)

This is the MUST activity. Pony ride ni kena bayar asing ye. Guna token, RM7.


Boleh dikatakan kalau setakat nak bawa anak berjalan dekat area Selangor / KL boleh lah try bawa anak ke sini. Tempatnya tak lah sebesar zoo so tak lah penat nak round or dalam erti kata lain tak ler penat nak ngejo anak dalam tu. Hehehehhe...

Kalau kat zoo kita just boleh tengok animals dari jauh kan, tapi dekat sini boleh masuk sekali dalam kandang tu. Boleh bagi makan and pegang animals kat situ so anak seronok lah. Macam Hakim memang suka sangat lah nak feeding-feeding segala animal tu kan.

Ulor bawah ni pun hakim berani pegang kan. Mama je lah bising, setiap kali Hakim pegang je animal. Mama suruh wash your hand. Tapi yang bagus nye tempat ni. Dorang sediakan banyak sinki. Senang lah sikit hati emak-emak ni kan. Tak ler melilau nak cari paip nak wash hand.

Ye lah anak-anak ni main sedap dia je garu muka lah,
korek hidung lah lepas pegang animals ni kan. Dah le awak tu tengah under treatment untuk Molloscum. Ape Molloscum? Ha... tu nanti Mama cerita dalam entry lain ye.

Hakim memang berani!

Discus pasal anak ayam.

White peacock

Hakim session with rabbit

Banyak anak ikan dalam tu oiiiii...
Di farm in the city ni juga ada diorang bina drain di sekeliling kandang rabbit.  Ramai lah budak and mak budak dok main kat drain ni nak tangkap ikan. Jaring disediakan secara percuma . Haaa...siap lah ye time ni kalau tak basah baju anak memang tak sah.

So better lah siap sedia baju lain dalam beg. Kang dah berlemuih anak main dalam drain ni, nak balik naik keta macamana kan. Tak kan nak biar basah lembab kering sendiri plak kan. Tak pasal gatal-gatal pula. Macam Hakim time ni hujan dah mula nak turun so tak dan lah nak berjaring kat drain. Hakim acah-acah nak tangkap guna tangan je.

Hakim ni mana kira orang tengah nak bergambar. Dia main syok je terus pergi kat rusa and usap.  Sori lah kak ber hat. Anak saya tumpang pegang jap ye rusa ni. Hehehehehe...

Antara sinki yang disediakan.

Tido ke Papa?


Duck in action.
Kecil kecil farm ni pun almost 2 hour juga lah kita kan dalam tu. Walau pun farm ni in thecity but dorang pandai buat landscape kat sini jadi cantik and redup. Banyak pokok besar yang ditanam so selama berada dalam ni kita tak akan dimakan terik matahari.

Tempatnya pun diselenggara dengan baik. Bersih.
Bau tu jangan cakap lah ye... nama pun farm so sure lah kat kandang kambing tu akan ade bau poo poo kambing. Heheheheh...

 At least anak kita akan tanya
 "Eiiiwww..bau apa ni Mama?"
" Owhhh.. ini lah bau poo poo goat. Nampak tak yang bulat-bulat hitam tu. itu lah poo poo nye"

Secara tak langsung anak kita boleh recognize bau poo poo kambing tu macamana kan.
Hehheeheh... Serious positive Mama ni kan!


Pergi time cuti memang ramai lah orang.
Okay, ni Mama nak share pengalaman Hakim di farm in the city bercama the giant kura-kura.
Besar kan kura-kura tu.

Ada banyak juga kura-kura dalam ni and Hakim tak sudah-sudah nak feeding si kura-kura. Asal nampak kura-kura yang lonely dia akan feeding. Lonely kooooo... hehehheehe.


Sampai lah ke satu saat ni. Tengah Mama and Papa tengok Hakim feeding the kura-kura suddenly Hakim berdiri laju and pegang jari macam kat bawah ni.

Muka pun tak se berseri masa sebelum-sebelum tu.


Ha....
Ada budak kena gigit dengan kura-kura.
Luka  jarinya. Berdarah.

Alahai kesian tengok tak sampai hati nak snap jari Hakim yang bleeding tu.
Tajam juga ye gigi kura-kura ni.

Sampai terkoyak jari anak Mama. Papa kata nasib baik kura-kura tu baik hati, sebab biasanya kena guruh bunyi baru kura-kura lepaskan gigitan.

Ermmm.. ye ke????
Papa ni buat-buat cerita ke ... betul-betul ni?

Tak kisah lah kan, tapi lepas je tragedi luka di jari terus lah  kita berangkat balik. Hari pun time tu dah mula hujan. Hakim pun muka dah kembang kuncup menahan sakit.



Overall . Hakim happy sangat sepanjang masa berada dalam Farm in the city . Kecuali bila dah kena gigit dengan kura-kura. Yang tu memang salah Mama and Papa sebab kurang pantau anak sebenarnya. Bawa anak-anak se usia Hakim memang berbaloi dan senang je nak cari tempat ni.

Guna je waze , InsyAllah sampai lah terus ke pintu depan farm in the city ni.

 Nak ke ke sini lagi???
 Erm....
 Lagi 2-3 tahun lagi... maybe.  :)




Tuesday, 18 October 2016

Jalan-jalan ke Mini Zoo Kemaman, Terengganu



Ni yang best bila berjalani bawa Maksu.
 So dapat lah kita snap gambar keluarga budget semenggah sikit macam gambar kat atas ni.
Kalau tak asik selfie nampak muka je lebor. Hihihihii.

Kali ni kita ke Mini Zoo Kemaman. 
Tiket murah aje. Dewasa Rm10, Kanak-kanak RM7.

Service tram kat bawah ni free je. nak pusing banyak mana pun boleh. Tapinya dah namanya mini zoo kan so buat apa nak pusing naik tram banyak kali . Ye dak?


Maksu kalau posingggggg. kemain lagik.

Gambo goyang abes. Laju je beno membawok nye pon.

Masa kita ke zoo ni hujan renyai. 
Itu lah yang dalam gambo ni nampak Papa asik berpayung kan. Konon nak memayungkan anak. 
Tapi Hakim bila dah sampai zoo. Lagi laju Hakim berjalan ke hulu hilir daripada Mama, Papa and Maksu ni. Sudahnya Papa sorang je memayungi diri sendiri. hihihi....

Depan jambatan ni kami dok menengok Orang Utan kat photo bawah ni dok tengah  main tayar. 


Nak ke mana tu

Menonong je dua jejaka ni berjalan.
Tinggalkan Mama and maksu berjalan kat belakang sambil bergosip dan bergambo.

Klik! Klik! Klik!

Nampak dak? 
Seronok betul bawa maksu.
 Mama boleh amik gambar banyak-banyak. Hakim and Papa tak moh layan pun Mama tak kisah. best2!!! Kamu dua pergi lah tengok animal tu ye. Mama and maksu nak bergambo ni.


Papa and Hakim nak menuju ke kandang tiger


ok smileeeeeee!

Ni kat tempat burung-burung.

Selfie sikitttt.

Hakim and Maksunye.

Muka tak moh bergambo.

Eksen betul Mama ni ye. Tak takut gajah ke...  ;P
Masa ni Mama ajak Hakim nergambar dekat dengan gajah and try to convince Hakim yang gajah tu bukan boleh melintas parit tu.

Sudahnye dapat gambo macam ni je. Adehhhh!!!

Jambatan gantung. Ni acah-acah je, tak berani nak jalan jauh sebab macam tak berapa nak selamat.

As usual. Papa is tak nak amik risiko. Kita je degil nak naik jambatan gantung.

SeSumpah = sekali sumpah.  :D

Enggang

Tengah makan ikan.

Ada playground.


Banyak juga binatang dalam mini zoo ni. 
Daya tarikan utama semestinya haiwan besar iaitu gajah.
Binatang besar lain yang Mama nampak ialah buaya, rusa, harimau dan orang Utan.
Binatang lain macam kumpulan burung, ada banyak. Ikan pun ada. Tempat haiwan reptilia macam ular masa kita pergi ni sedang under maintenance.


Ada surau ye unuk solat.

Tandas di zoo kemaman sangat tip top!
Bersih dan cantik. Hat ni memang Mama wajib bagi credit. 

Air laju dan bersih.

Lantai bersih.



Pokok bonsai atas ni kalau jual berapa lah agaknya harga ye. 
Siap bertocang ha batang nye.


Kasi chance lah Mama and Papa gambar berdua ye.



Jom balik.

Sekejap je kita round zoo Kemaman ni. Sesetengah tempat ditutup due to maintenance and ada sesetengah area yang agak tidak well maintenance. Tapi overall is okay.

Masa kita pergi ni hujan baru lepas berhenti , so tersangat lah banyak nyamuk sepanjang kita berjalan -jalan di zoo Kemaman ni. Maksu pula pakai baju warna gelap. Memang si nyamuk ni kerjanya mengejar maksu. Hihihihi... nak record tapi maksu tak bagi. Tapi memang nampak lah nyamuk dok hurung maksu. Kikikiki...

Serius banyak sangat nyamuk.
Mama pula memang dah siap-siap bawa mosquito repellent dalam bag sebab tau kan nak masuk zoo. Kalau tak masuk zoo pun repellent ni memang dah dalam pakej travelling paket. Wajib bawa time pergi travel or cuti mana-mana. Tapi kan nyamuk-nyamuk kat sini serious kebal. Kat tempat yang sah-sah disapu repellent pun nyamuk ni relax je dok hinggap.

Harap benda ni jadi hanya sebab kat sini baru lepas hujan. Kalau hari panas, tak banyak macamni kot nyamuknya. Apa pun, kalau bukan kita yang support usaha pelancongan tempatan siapa lagi kan. Moh le kita melancong dalam negeri dan sama-samalah menjaga kebersihan alam sekitar!

Erkkk... Dah kenapa pula tetiba je Mama ni kan. Hahahah...

Komen please...
Mama bagi 2.5 out of 5 stars in the sky to facilities and service yang ada di Mini Zoo Kemaman.