Friday 28 March 2014

Mari kita berkenalan dengan Allah, Sayang!


Buku untuk semua.

'Jika anak-anak tidak dilatih semasa kecil, maka ibu bapa akan letih semasa mereka dewasa'
- Profesor Hamka

Betul! 
Memang betul... Mama setuju statement Prof Hamka tu. Mama sendiri rasa makin hari makin canggih teknologi yang boleh menyebabkan cabaran membesarkan anak menjadi semakin kompleks. So pendedahan pendidikan Islam terutama penerapan akidah sangat penting dititik beratkan kepada anak sejak kecil lagi.

Buku ini turut berkongsi tentang antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang ayah sewaktu anak baru dilahirkan iaitu melaung kan azan atau Iqamat di kedua belah telinga anak.
 (Alhamdulillah...Hakim punya Papa untuk mengazankan Hakim saat Mama melahirkanmu sayang)

Hikmahnya: 
Dengan izin Allah, anak tidak akan diganggu oleh syaitan yang digelar Um Sibyan.

Mama sangat suka dengan cara penulis mentafsir makna bait azan tersebut yang di gambarkan sebagai Kuasa Keramat Minda (KKM).

1. Tiada tuhan melainkan Allah - Itu pegangan kita
2. Muhammad itu pesuruh Allah - Itu cara hidup kita
3. Marilah menunaikan solat - Itu strategi kita
4. Marilah menuju kejayaan - Itu matlamat kita
5. Allah Maha Besar - Itu pergantungan dan talian hayat kita

Teknik mudah follow up KKM.
1. Mendodoikan anak denganzikir-zikir yang mengingatkan anak dengan kalimah Allah.

2. Berselawat ke atas Nabi and TUKAR daripada;

"Ustaz tu kata, kalau kita...."

kepada

"Ustaz tu kata, Nabi Muhammad ajar..." 
or
 "Kata Nabi Muhammad, kalau kita..."


Lama-kelamaan anak akan terbiasa dengan apa yang dikatakan oleh Nabinya. 
Dengan harapan apabila anak terbiasa merujuk apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW,
 anak ini kan menjadikan Nabi Muhammad sebagai ikutan untuk nya memilih cara hidup.

3. Jadikan alam semula jadi dan anggota tubuh badan sebagai modul pertama ilmu aqidah.
Kaitkan dengan Allah melalui ayat yang mudah.

Gear 1 ( Dari bayi)

Sentiasa menyatakan pada anak tentang Allah Maha Pencipta. Contohnya;

"Wah...cantiknya star di langit. Semua star Allah yang cipta"

"Ini mulut. Allah jadilkan mulut supaya Mama boleh cium Hakim"

"Ini kerusi. kerusi diperbuat darpada kayu. Kayu datang dari pokok. Allah yang cipta pokok"

Gear 2 ( Anak Dah Pandai Bercakap)

Ayat penyata berubah menjadi ayat tanya.

"Lihat bintang tu. Cantik tak? 
Siapa jadikan bintang tu sayang?

"Subhanallah, 
comelnya anak Mama ni, Pipi gebu putih. 
Siapa yang jadikan anak Mama yang comel ni?

"Best tak jalan-jalan? Kalau Papa tak kerja kita tak ada duit nak jalan-jalan. 
Untuk pergi kerja Papa kena sihat dan kuat. Siapa yang jadikan Papa sihat dan kuat?

Setiap penyataan dan persolan itu dikaitkan dengan Allah.
 Lama kelamaan akan tiba saatnya terlintas dalam fikiran anak.

"Mama Allah tu siapa? 

Mana Allah???"

Its happen!
Hakim mula tanya Mama Mana Allah masa tu Hakim baru berusia 3 tahun. Situasi dalam kereta dalam perjalanan hendak pergi breakfast di Bandar Baru. Masa tu Mama memang tak bersedia untuk menjawab soalan tu. Mama pandang Papa yang sedang drive. Mama cuma boleh kata... Allah ada. Allah nampak Hakim tapi Hakim tak nampak Allah. Itu je yang Mama mampu inform pada Hakim. Papa yang sedang drive pun mengiakan kata-kata Mama supaya Hakim percaya. Masa tu Mama terfikir bahawa Mama perlu banyak membaca, Mama sedar mama cetek ilmu. Alhamdulillah jumpa buku ni sekurang-kurangnya dapat membantu Mama dalam mendidik anak sekecil Hakim mengenal Allah.

Sebanyak 17 persoalan anak kecil yang cuba diterangkan dengan seringkas mungkin oleh buku ini. Walaubagaimanapun hanya beberapa persoalan yang Mama tertarik untuk dikongsi disini. Mama harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua orang termasuk Hakim. 

SOALAN 1: 
MANA ALLAH?

1. Sentiasa jawab dengan ringkas.

"Allah ada."

"Allah dekat dengan kita. Kita tidak nampak Allah tapi Allah nampak kita. Allah ada"

Kaitan ANGIN.


"Mestilah tak boleh sebab tidak semua benda kita boleh pegang. Walaupun kita tak nampak angin, kita tau angin ada sebab kita rasa sejuknya angin. Sama juga dengan Allah, kita tak nampak Allah tapi Allah ada"

Jawapan kurang sesuai
"Allah ada di langit."
"Allah ada dimana-mana"

Kenapa tak sesuai? 


Sebab anak akan mula berimaginasi dan bertanya jika naik kapal terbang boleh nampak Allah? Allah tinggal di langit? Allah ada banyak? So paling mudah, pasak kan diminda dan hati anak kecil bahawa Allah itu Ada. 



Objektifnya :
supaya anak kecil kita tidak akan sibuk mencari "tempat Allah" sebab dia tahu dia tidak nampak Allah. Bagaimana mahu tahu kalau tak nampak Allah kan.  :)

Selesai 1 bab...

So sekarang beralih kepada soalan cepu emas .
Soalan yang perlu Mama tanya pada Hakim setelah Hakim yakin dengan jawapan Mama. Which mean bila anak kita dah confident yang Allah itu ada. Mana je pergi anak akan kaitkan dengan kewujudan dan Allah itu power, Maha Pencipta. Apa soalan tu ye? Ha....penulis kata cuba tanya anak soalan ni.

"Mahu jumpa Allah?"


Jika jawapannya

 "Ya! Nak!"

Inilah masa yang sesuai untuk parents salurkan ilmu tentang Syurga, Neraka, 
kewujudan malaikat Raqib and 'Atid. 

(selesai Mama baca bab ni memang Mama terus praktikkan hal berkenaan 2 malaikat ni. Alhamdulillah terkesan. Hakim asik sebut malaikat Raqib setiap kali kalau buat something yang best2 macam tolong Mama angkat mainan yang bersepah dilantai. Tapi...Hakim selalu tersasul panggil malaikat 'Atid jadi Atif. hihihihi.... Lain ye sayang....Atif tu sepupu kamu. hai lah anak....)

Empat (4) applikasi memberi jawapan yang boleh digunakan untuk mengenali Allah kepada anak;

1. Jawapan melalui contoh (macam cerita pasal angin atas tadi)
2. Aktiviti
3. Fakta
4. Penceritaan





Surah Al-An'am ayat 76-79
Ayat di atas mengisahkan Nabi Ibrahim mencari tuhan dengan menggunakan akal fikirannya dengan memerhatikan alam sekitarnya.


Kadang-kadang soalan anak sangat mencabar.  
Jika soalan anak tidak dapat dijawab contohnya jika anak tanya muka Allah macam mana? 

Sematkan dalam diri anak bahawa Allah tak sama dengan kita. 
Kata kan pada anak 

"Kalau nak jumpa Allah, nanti dekat syurga la... Mesti jadi anak yang baik baru boleh jumpa Allah. Hanya orang yang masuk syurga je boleh jumpa Allah"

SOALAN 5 :
 DALAM SYURGA ADA APA?

Semat kan dalam dada anak bahawa dalam Syurga ada banyak hadiah daripada Allah. 
Allah telah menyediakan banyak hadiah untuknya di Syurga. 
Mudah-mudahan itu menjadi motivasi bagi anak melakukan perkara-perkara yang Allah suka.


SOALAN 6 : 
SYURGA ADA 7?

Dalam bab ini penulis  share cara untuk kita kenalkan Malaikat Raqib and "Atid. 
Malaikat yang akan merekodkan setiap amal baik buruk.

Katakan pada anak bahawa Allah tengok apa yang malaikat Raqib tulis. Allah sediakan banyak hadiah di syurga sebab malaikat Raqib tulis banyak kebaikan yang anak telah buat.



SOALAN 8:
 KENAPA UMMI SOLAT BANYAK-BANYAK?

Bagi ibu bapa yang mahu anak kecil terdedah dengan kewajipan solat, mereka akan membiasakan anaknya walaupun masih di dalam buaian untuk sentiasa hadir sewaktu si ibu atau ayah sedang mendirikan solat. Maka bila anak sering tengok kita solat pasti soalan ini timbul.  
Apa antara jawapan yang boleh kita jawab ye?

"Bila Mama solat tandanya Mama sedang bercakap-cakap dengan Allah. Kalau Mama cakap banyak-banyak dengan Allah nanti Allah pun sayang mama banyak-banyak."

SOALAN 11 : 
KENAPA UMMI TAK JAWAB?


Apa yang perlu kita buat?
Selepas solat peluk lah anak. Jangan diherdik atau pukul. 
Terangkan kepada anak biar terisi akal logiknya. 

Mama: kalau Mama sedang bercakap dengan Papa, boleh ke Hakim bercakap juga?
Anak: Tak boleh Mama
Mama: Kalau macamtu sama juga bila Mama sedang solat. Mama sedang bercakap-cakap dengan Allah. tak boleh kacau. kalau anak nak cakap dengan Allah juga. anak solatlah dengan Mama.

Baguskan cakap macamni daripada kita marah or cubit anak yang asik meleset kat kita time solat.

(memamng tak dinafikan ada masanya Mama akan marah Hakim bila Hakim mula panjant belakang Papa time solat. Baring depan Mama and Papa time kami nak sujud. Kadang-kadang nak tergelak juga bila tengah solat Hakim dok baring depan sejadah lepas tu senyum-senyum pandang Mama sambil mulut komat kamit agaknye tiru Mama sebab nampak mulut mama terkumat kamit baca surah gamaknye. Hihihihihi....
 Hai lah anak.... tapi lepas Mama buat bacaan tahu lah Mama bahawa cara Mama salah. Alhamdulillah masih tidak terlewat Allah bagi ilmu pada Mama melalui bacaan buku ini)


SOALAN 15: 
TAK BOLEH JADI ANJING?








SOALAN 17 :
 MAHU TAHU MACAM MANA NAK JUMPA ALLAH?

Subhanallah... 
terkejut Mama kalau Hakim keluar statement macamni. 
Erm... tapi memang tak ada yang mustahil kan kalau seorang anak akan berimaginasi and tanya soalan ni. 

Peringkat ini penulis menyatakan bahawa sudah tiba masa bagi parent menerangkan pula pada anak tentang 7 dosa besar di sisi Islam yang mana salah satu daripadanya adalah membunuh diri.  Penulis kongsikan nasihat bahawa jika parents diaju soalan yang sebegini jangan lah risau dan perlu bertenang. Perents perlu cari penyelesaian dan bukan lari daripada soalan anak-anak.


Sebenarnya banyak sangat  tips dan ilmu berguna yang penulis share melalui buku ini. Mama rasa semua parents perlu ada buku ni. Bahasa yang digunakan mudah. Ilustrasinya pun comei-comei.  Most of ayat yang Mama kongsikan dalam blog ni Mama ambil dari buku ni. 

Thanks to writer, Pn Nur Khairunnisa Iskandar kerana berjaya menyalurkan dan berkongsi pengalaman beliau dalam membesarkan anak-anak. Moga anak-anak kita soleh & solehah.  

~~~ Ajar anak.... ajar juga diri sendiri~~~~
















Friday 14 March 2014

Pengalaman HSG di Hospital Kuala Lumpur.



Alolooo.... sian Miss Ov  & Mr Sper... Tak ketemu ye?

Ape dia HSG ni ye? 
 HSG ni  nama panjangnye Hysterosalpingogram. (berbelit lidah nak nyebut kan.)
Ujian ni  dibuat untuk X-ray Mama  sebab nak peksa samada  fallapian tubes Mama 
normal or bermasalah. 

Mean ujian ni nak tau apa yang menyebabkan Mama masih tak conceive. Kot ada yang tersumbat ke... or kedudukan rahim tak ok ke kan. InsyAllah dengan ber HSG ni boleh nampak masalah tu & barulah step treatment yang sepatut & seterusnya boleh dijalankan.

Sebelum HSG


16 biji Prednisolone 5mg

Masa 1st appointment dulu kan Mama ada dibekalkan dengan ubat steroid 
Prednisolone 5mg sebanyak 16 biji kan.

So sehari sebelum HSG tu Mama kena telan;  

8 biji Prednisolone,12 jam sebelum x-ray. 
Baki lagi 8 biji kena makan 2 jam sebelum x-ray. 

Kenapa Mama kena makan ubat ni?
Actually ada 5 jenis patient yang perlu makan ubat ni sebelum HSG dijalankan.

1. Lelah
2. Alahan cth alahan makanan seafood
3. Hay fever
4. Sejarah reaksi terhadap kontras &
5. Sejarah reaksi terhadap ubat.

Oleh kerana Mama time age 2 tahun dulu penah kena demam panas which mean jatuh dalam kategori no 3 tu so terpaksalah Mama makan ubat ni.


Allergy Form ... Mama dengan sejarah Hay Fever.


Syarat lain sebelum HSG ni cuma 1 je, 
No Sex ...  
No sex allowed since period sampai lah hari buat HSG ni. 
Staff nurse kata sex perlu dielakkan sebab dikhuatiri  berlaku conceive. 
Kalau conceive time tu, HSG ni boleh menyebabkan keguguran. 


Hari ber HSG (13.3.2014)

So pepagi semalam keluar rumah hantar Hakim ke rumah nenek. 
Hakim tak pergi school sebab tak ada orang hantar & amik.
 So cuti lagi anak Mama harini. 

Tak pe kan??? Hakim nak adik kan???... :)

Okay!!! sambung citer tentang HSG...
Appointment dengan HKL actually pukul 8.30am but jammed punya pasal pukul 9 lebih baru Mama & Papa sampai di HKL.   Sampai kat jabatan Radiology tu amik nombor & time register tu boleh request minta doktor perempuan. Mama kena turn ke -2. Lepas dah register, staff nurse bagi baju untuk disalin. 


Form ni kena bawa time register di Jabatan Radiologi, HKL.


Before HSG dibuat Doktor akan interview tanya tentang alahan & beberapa soalan suami isteri. Walaupun dalam dokument yang diberi tu dah complete but Doktor tetap akan tanya. Maybe untuk pengesahan kali ke 2 sebab borang tu di isi oleh nurse di Infertility Department last 3 weeks.

Ok...lepas dah disoal siasat (macam polis-polis pula...hihihhi), 
barulah  Doktor tu terangkan procedure yang akan Mama hadapi. Lepas diberi penerangan  Mama dibaringkan (lebih kurang macam nak buat ujian pap smear ) then Doktor akan guna  spekulum  masuk ke dalam Miss V. (seram bebenor bunyinye time Doctor nak screw spekulum tu...huhuuhu). 

Lepas dah selesai masuk tiub & kedudukan balon dah ok, barulah Doktor  suntik dye dalam rahim. Time ni Doktor akan snap beberapa siri x-ray   untuk melihat keadaan dalam rahim dan analyse samada Fallopian tube Mama tersumbat atau tidak. 

Erm...tak perlu pun ngiring kiri or kanan macam patient lain yang Mama pernah baca dalam blog sebelum ni. Masa dye tu disuntik pun tak de rasa apa-apa. Tau-tau je dah snap x-ray and... DONE! 

Alhamdulillah...procedure yang mengambil masa 15-20 minit ni berjalan lancar even 2 kali Doktor terpaksa masukkan semula spekulum sebab procedure pertama tu belon terbesar dan termasuk jauh sikit ke dalam rahim. (huh!!!  sabo je le......)

Lepas Doktor keluarkan semua alatan... Doktor bagitau Mama analisa awal yang dia boleh share. Mama sendiri pun tengok keadaan Fallopian tube Mama tu. Rahim yag telah menempatkan Hakim 4 tahun yang lalu. Rahim yang pernah sarat mengendongkan Hakim selama 40 minggu. 
(senyum sendiri Mama depan monitor HSG tu semalam...  :)  )

Syukur Ya Rabbi... Doktor kata Fallopian tube Mama normal , mean no blockage or senget whatever.  Hope lepas ni rahim  ini juga akan membenihkan zuriat lagi ...akan ada roh lagi dalam rahim ini lagi nanti. Amin Ya Allah.....

Mama tanya juga doktor tentang pendarahan selepas HSG sebab Mama pernah baca yang akan berlaku bleeding after HSG ni. Doktor yang baik hati ni inform pendarahan selapas HSG adalah normal dan biasanya disebabkan oleh kecederaan kecil di bahagian servik yang disebabkan oleh penggunaan alat time procedure HSG. Kalau bleeding tu banyak dan menyakitkan, Doktor advise Mama segera ke Unit Kecemasan dan jangan lupa inform pihak hospital yang Mama ada jalani HSG. 

Bila dah selesai procedure HSG tu, Mama dibenarkan untuk salin pakaian & bersihkan apa-apa yang patut. Mama tengok tak ada pun bleeding tapi staff nurse advise pakai juga pad. So mama pakai je lah & lepas dapat MC 1 hari dari Doktor, terus siap nak balik. 

Walaupun tak de rasa sakit tapi rasa nyeri tu tetap ada. So Mama pun jalan dengan penuh sopan santun. Macam puteri raja yang ayu menunggu Papa pergi amik kereta sementara Mama tunggu kat lobby kecemasan HKL. Papa taknak Mama jalan jauh sebab Papa park kereta jauh kat Hospital bersalin.

But  time nak solat zohor tengok ada spot sikit di pad.  Petang tu nak solat asar check tengok memang dah clear no bleeding. Solat magrib & Isya' pun check tak de bleeding. Pagi ni pun nak solat subuh tengok clear. Alhamdulillah....bleeding dah stop sepenuhnya hendaknya. 


Kalu nak lebih detail boleh refe sini.


Gambar dari Google. Procedure HSG. 
So.... nasihat Mama kepada yang ingin membuat ujian HSG ni
make sure before ke hospital, cuci dan bersihkan bahagian sulit and make sure bawa tuala wanita ye.

 Time procedure dijalankan, Mama sarankan ikut je nasihat Doktor. 
Think positive and tarik nafas dalam-dalam especially time Doktor nak masukkan alatan. 
Serius ia membantu! 
Tarik nafas, relaxkan badan dan yang penting tenangkan jiwa. Jangan stress.

Sakit kah HSG?
 Erm... sakit nye sikit je, Sakit yang boleh ditahan. 
Pada Mama, sakit time Doktor nak masukkan spekulum tu je.
 Procedure selepas masukkan spekulum tu InsyAllah tak sakit. 

Actually bagi Mama kesakitan tu disebabkan oleh rasa tak selesa. Maklumlah alat sulit kita di usik pasti rasa tak selesa kan. Bila kita rasa tak selesa so kita mudah rasa sakit. Sebab itu kena fikir positive & bacalah zikir pendek atau selawat banyak kali time procedure dijalankan. 

InsyAllah boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan tu. Kalau rasa badan tak boleh terima kesakitan makanlah Paracetamal 30 minit before procedure. (Staff nurse yang advise, tapi Mama tak makan pun...)

Satu lagi, just nak share ye. Oleh sebab darah yang keluar tu bukan darah haid tapi darah Istihadah so kita as Muslim wajib mendirikan solat. Tapi make sure every-times before solat bersihkan dulu bahagian sulit & lapiklah dengan pad. Kemudian boleh solat macam biasa. Doalah minta dipermudahkan urusan.

As record...no payment dibuat harini. Semua ditanggung oleh kerajaan Malaysia. 
:)

Balik dari HSG tu dalam pukul 2PM, sempat lagi Mama, Papa & Hakim visit baby Auni Humaira kat KPJ Damansara. Alhamdulillah HSG ni tak membataskan aktiviti harian. Cuma jalan tu still kena kepit-kepit. hihihihi...

Nampaknya baby Maira makin sihat. Moga enzema yang baby Maira hadapi ni pergi 
jauh-jauh & baby Maira boleh keluar wad cepat-cepat ye.



Sian baby Maira berbedung. 

~~~Till then... akan ketemu lagi di HKL for next appointment. Blood test...~~~

UPDATE: 22.3.2014
Bleeding macam period banyaknya since 14.3.2014~ 21.3.2014. Actually memang rasa risau but on 20hb dh start slow flow darah yang keluar. Exactly macam period.
 Ermmm...
Bersangka baik... Harap yang baik-baik...


UPDATE 21.9.2014

Practice TVS di HKL ni, two patient sekali masuk dalam bilik scan.  Which mean seorang patient akan di consult manakala seorang lagi bersiap untuk di scan. Masa Mama tengah bersiap untuk di scan tu boleh dengar Gynea consult patient yang dah sattle scan. (Antara Mama dengan meja consult Gynea hanya dipisahkan tirai kain)

Mama dengar yang Gynea tu bagitau patien tersebut yang telurnya memang dah matang unfortunate matang di sebelah ovari yang tiubnya tersumbat. So Gynea advise patient untuk datang lagi next cycle sebab this cycle dikira failed. Gynea tu cakap yang dia refer HSG report dan mengesahkan yang patient tu terpaksa pospond IUI nya.

Patient tu tentu frust kan. Mama dengar patient tu try minta Gynea teruskan IUI but Gynea kata no point buat IUI sebab telur/folikel yang side ovari yang tak tersumbat tu tak matang and kecil. Kalau buat IUI pun sperm tak boleh masuk ke dalam ovari yang ada telur matang sebab tiub tersumbat.

Mama simpati sangat bila dengar keluhan patient tu. Sambil baring atas kerusi scan menunggu Gynea tu scan Mama, Mama termenung sorang.
Mama panjatkan  segunung syukur. Syukur sebab tiub Mama both side okay. Alhamdulillah.

Buat patient tadi Mama doakan semoga dia tabah dan dapat apa yang dihajati.
Pasti ada hikmah disebalik yang terjadi



~~~Allah sebaik-baik perancang.~~~~


Wednesday 12 March 2014

Family Day opis Papa


Last Saturday, pulkul 8am dah start engine kereta sebab kita kena paksa rela teman Papa ber bowling kat Cosmic Bowl , Mid Valley Mega mall. Ada tournament katanye.

Semua staff pakai baju color orange. Orange melengit! 
Papa team ke 5, nama kumpulan Papa paling panjang & unik..... 

'Bukan Kerana Aku Tak Strike'

Erm, panjang kan. Kita khususkan harini meneman Papa dari pagi sampai petang.... kalau tak menang tak tau lah ye Papa... Tang nama tu dah macam nak kalah je. hihihii.....

Wallah!!! lontaran penuh gaya dari Papa

Kire okay lah Papa punye score tu kan.

Setia menyokong Papa...

 
After selesai games, kita terus ke office Papa untuk lunch & upacara penganugerahan sijil kecemerlangan also pemberian hadiah untuk acara bowling pagi tadi. 

Guess what????!!!
Alhamdulillah... kumpulan "Bukan Kerana Aku Tak Strike" adalah 
JUARA! JOHAN! PEMENANG!

Wah....tak sangka kan. Berbaloi juga penantian dan sokongan tak berbelah bagi kita pada Papa. 
Pastu ada satu lagi anugerah yang patut Mama share kat sini. Papa juga dapat sijil anugerah cemerlang. Pekerja cemerlang lah kirenye Papa ni kat opis ye. Keep it up Papa!!!

Kitorang bangga sangat dengan Papa.


We proud of you Papa!


IT Officer yang berkaliber... Insyallah.

Dapat tropy ... Johan bowling!!! Amik hadiah siap bawa Hakim.

Hakim kata ini trophy Hakim. 
Tahniah Papa... Moga Papa akan lebih kaya dan berjaya bersama Mama & Hakim. 

One more thing, Papa janji nak bawa kita main bowling as ganjaran teman Papa main sampai menang harini. Kita kena tuntut janji Papa ni tau Hakim. Tak dapat main kat Cosmic Bowl, Mid Valley...kita ajak main kat One Utama ek.

~~~ Bahagia bila pasangan kita berjaya~~~

Friday 7 March 2014

Wahai senduduk.... purple sungguh warna mu.

Senduduk

 Cantik kan? Cantik sungguh aiiiihhhh...

Mulanya time beli bunga ni kat nursery. Mama memang biasanya akan beli pokok yang telah or sedang produce bunga sahaja. So bila terpandang je bunga pokok ni terus falling in love. Ewahhhhhh...hihihihi....

Actually pokok ni Mama selalu je nampak kat lorong rumah kita yang banyak semak samun tu. Tumbuh meliar...tak pernah pula Mama amik port pun. Tapi hat yang jual kat nursery ni berjaya menawan hati Mama. Kata tauke nursery, pokok senduduk yang depa jual ni dah kacuk...dah mix...hihihihi... dah upgrade untuk kasi lebih cantik. Hebatkan kuasa Allah yang memberi ilmu pada hambanya ... boleh menjadikan senduduk kampung jadi senduduk moden. 

Masa beli dulu kecik je pokoknye. Ni dah almost a year...  Alhamdulillah membesar & blooming dengan sihat. Bunga nya.....mak aiiihhh...tak putus-putus berbunga. Memang favorite Mama sangat lah kan.



Kat gambar ni je boleh nampak kan benyak bunga yang sedang kembang...dalam masa yang sama boleh nampak banyak kudup-kudup bunga yang sedang tunggu turn nak bloom!!! Subhanallah.... hebat sungguh. 

Pokok ni since Mama beli asik kena trim je...tu pasal tak berapa nak tinggi. Mama penah google pasal pokok senduduk ni...rumah orang tu kat KL & pokok senduduknya..... tinggi! So far Mama rasa no need lah nak kasi tinggi , biar sedang-sedang paras pinggang je. Comei....macam Hakim.

Menurut bacaan Mama, pokok senduduk merupakan spesis Melastoma Malabathricum. Pokok senduduk kampung ni banyak khasiatnya. Cuma kalau yang dah kacuk ni tak tahu lah pula sama ke dak khasiatnya. Kalau hat senduduk kampung tu daunnya boleh digunakan untuk rawat luka or parut . Maksu dulu penah guna buah senduduk liar untuk rawat cagu kat jari kaki maksu. But tak nampak pula kesannya...maybe tak rasi or Maksu tak konsisten guna senduduk ni kot.

~~~~ Terima kasih senduduk....
pagi tadi Mama siram senduduk, senyum terukir. Bunga pun boleh buat manusia happy. So sebagai manusia cuba lah jadi inspirasi untuk manusia lain pula happy  :)   ~~~



Wednesday 5 March 2014

Blood test + FBS test + Ulser tekak = Seksanye!!!

Innalillah hi wainna ilaihirajiun....

Moga dengan sedikit kesakitan ini akan Allah ganti dengan seribu hikmah. First time Mama terkena ulser tekak. Sebelum ni kalau kena ulser pun kat mulut je , itu pun Alhamdulillah sangat jarang berlaku. But this time Allah nak uji Mama dengan ulser... bukan 1 ulser tapi dengan banyak ulser yang Mama tak boleh kire kat tekak Mama ni.

Malam pun tak boleh tidur dok melayan senggugut Miss Peri & sakit tekak. Bila off aircond rasa panas tapi bila on aircond tekak ni pula rasa kering. Memang seksa. 

Rasa nak menangis pun ade (actually memang menangis dah pun...wawawa....). Papa pun tak dapat tidur lena, Papa cakap Mama ni sakit kali ni macam orang pregnant. Huhuhuu...sedih. (mentang-mentang lah tengah dalam process fertility....huhuhuhu)

Asalnya Mama berjangkit batuk selsema daripada Hakim. Tapi batuk Mama tu takdelah teruk mana pun. Hakim batuk lagi teruk daripada Mama. Tapi sebab Hakim takde ulser so no problem nak kasi Hakim makan & minum susu. Mama memang berdoa janganlah Hakim kena ulser kat tekak macam Mama ni. Azab! Tak pe biar Mama sorang yang tanggung kesakitan ni.

Mulanya tekak pun tak lah gatal sangat even ada rasa macam nak demam tapi  
Mama avoid makan ubat sebab tengah dalam tempoh Miss Peri & Mama risau kalau Mama amik ubat akan menjejaskan result darah yang perlu dibuat semalam.Dah ler  time nak amik darah kena cucuk sampai 3 kali cucuk. 

Adoiii...sakit nurse oiiiii.
 Nurse baru gamaknye... so payah kot nak cari urat Mama ni. Or memang urat jadi kecut time Miss Peri? Entah....  Dah dicucuk-cucuk pelipat lengan  & pergelangan kiri tak jumpa urat. Dicucuk pula pelipat lengan kanan. Tahan je lah....

2 sample darah nak di test today;
i) sample time Miss Peri datang
(perlu buat antara D2-D4, Mama pilih D4 sebab banyak kerja kena sattle kat office di awal-awal bulan ni) &
ii. Fasting Blood sugar (FBS).
Patut kena puasa dari pukul 12 malam. Tapi sebab perit sangat tekak ni, terminum juga lah 2-3 teguk air kosong pagi tu. Halal je lah ye...

(Actually ada gambar snap but tak proper Mama letak kat sini. Kang nampak pula aurat lengan  yang berplaster tu kan)


Kat sini lah Unit Perubatan Reproduktif, HKL. Lenggang kangkung Papa jalan.


Tahan punya tahan sakit tekak...rupanya ulser tu dah kembang biak dengan jayanye kat tekak mama ni. Balik dari test darah di fertility clinic,HKL Mama rasa sakitnye makin menjadi-jadi ditambah pula cuaca yang panas terik. 

Ya Allah...sangat lah seksa. 
Makan tak boleh... minum air rasa macam tekak ni dilalu dek pisau. Sakit sangat.  
Bayangkan lah...time nak telan air liur tu sampai terpejam-pejam mata. 

Bila suluh anak tekak...memang banyak sangat bintik-bintik ulser kemerahan. Kesiannye tekak Mama. Papa terus ajak Mama ke clinic... Doktor bekalkan ubat demam, ubat batuk & antibiotik.  Balik dari clinic kita beli ice cream vanila. Entah lah tapi petua dari doktor kata kalau sakit tekak makan je askrim vanila. Tak kisah lah... so petang semalam terus makan aiskrim... malam  pun makan lagi aiskrim. Hambik! Banyak kali makan aiskrim ni. Hakim pun dapat makan aiskrim.

Pastu Mama just makan ubat batuk & antibiotik. Ubat demam Mama tak makan. Pagi ni Mama bangun tidur rasa macam ok sikit. Dah boleh telan air liur tak de pejam-pejam mata dah.  Plus semalam beli juga Cool Inhaler  Hurix's kat Cosway. So bila rasa gatal or perit...Mama sedut inhaler tu. Lega lah sikit rasa hidung & tekak tu. hihihihihi....

Alhamdulillah.... hopefully cepat lah baiknye. 
Next appointment dengan HKL pada 13.3.2014 untuk buat hysterosalpingogram (HSG) - x-ray. 
Dup dap dup dap pula rasa hati ni. Moga semua berjalan lancar hendaknya.

~~~Balik kerja nanti nak makan lagi aiskrim.  Suke!~~~ 

Monday 3 March 2014

Hakim dah pandai baca a ba ca.....

Alhamdulillah....
Sikit-sikit...lama-lama jadi pandai ye anak.
After 2 month learn & play di The Little Caliphs, TSB Sungai Buloh, Hakim dah pandai baca suku-suku kat bawah ni. Walau pun selalu skip & ngelat time study dengan Mama kat rumah tapi Mama bersyukur sebab sedikit sebanyak Hakim dapat recognize suku-suku ni.


Superboy Papa tengah study.




Study nye kejap je...main lama-lama pastu tired. Tidur! Hai lah anak....


Terima kasih banyak pada teacher yang banyak mengajar Hakim. Diusia 4 tahun Hakim dah boleh capai tahap ni pun Mama dah cukup bangga.

InsyAllah... lepas ni kita belajar i... bi... ci.... pula ye.  
Mama love u Hakim.

~~~ This week start 3 till 7 march Hakim ada exam. Moga success ye sayang~~~


Sunday 2 March 2014

Macamana nak dapatkan medical report kat Hospital Sungai Buloh. Phewwwww....


Alkisah last week Mama ke Hospital Sungai Buloh sebab nak submit claim form untuk pekerja company tempat Mama kerja. Kesian....pekerja ni injured time kerja. Jatuh tersepit celah forklift. (dapat bayangkan tak? serius ngeri! pekerja tu terlantar menjerit-jerit. Tak boleh bergerak.Kesian....)

 Menggelabah juga lah Mama sebab time tu Mama je admin yang sampai office dulu pagi tu. Mama drive kereta office (nasib baik kunci Chery ada dalam locker factory manager & tak lock) bertemankan abang dispatch ke unit kecemasan Sg Buloh. Lepas selesai masuk ke kecemasan & register bagai, Mama balik ke office & factory manager handle teman pekerja tu sampai selesai. 

Alhamdulillah tulang belakang nye tak mengalami kecederaan teruk & tak patah . Cuma retak tulang je. Bersimen dari dada ke pinggang. Dapat lah dia MC 3 bulan & now buat kerja ringan je di kilang. 

After selesai medical baru process claim mengelaim ni bermula.......

So far Mama rasa procedure untuk claim tak lah susah. Firstly kena dapatkan dahulu claim form and checklist. Once dah dapat semua ni senang lah nak prepare document. 


Checklist: Dokument yang diperlukan depands on claim yang hendak dibuat.
Application Form. Bayaran yang akan dikenakan berpandukan pada jenis laporan yang dikehendaki.
 (Refer Part 3)


Mana nak dapatkan semua form dan checklist ni? Mudah je, boleh dapatkan di Jabatan Rekod, Tingkat 3, Hospital Sg Buloh. Yang tak mudahnye ialah nak dapatkan parking. Itu je problem kat sini. huhuhu...

In case nak claim KWSP, Insurance & SOCSO.... mean kena buat 3 application ye. Macam Mama just buat 1 application je. Insurance....

Lepas semua document lengkap, boleh ke Unit Hasil di Tingkat 2 Hospital Sg Buloh. Time nak bayar ni kena tunggu giliran lama sikit ye. Dah dapat resit tu boleh lah photostat kat kedai buku dekat je dengan Unit Hasil ni. Sebab yang hendak di submit hat copy...original kita boleh simpan. Untuk setiap application kena ada 2 salinan resit bayaran ye.

Warga asing kena bayar double= RM80. Dapat 2 resit....
Semua ni kena buat time office hour tau. Lepas bayaran dah dibuat boleh lah ke kaunter pertanyaan dekat lobby hospital. Sebab nak masuk ke Jabatan Rekod tu kena dapatkan pass dulu kat sini. Nanti adalah mak guard or kerani kat situ akan bagi pass. Dah dapat pass boleh le naik ke Jabatan Rekod kat Tinggat 3 nun. Masa Mama kat Jabatan Rekod tu memang tak de siapa pun. So terus lah ke counter submit application.

Kekdahnya, kata clerk kat Jabatan hasil tu, Mama kena tunggu 2-8 minggu baru boleh dapatkan medical report ni. Tak kisah lah lama mana pun nak amik kan. Time nak amik report tu kena bawa surat yang kat bawah ni.

After dah dapat report baru boleh submit ke insurance/KWSP/SOCSO ect....

Boleh juga call dulu Jabatan Report kalau nak tau status application. Refer no permohonan.
Begitulah cara nya nak dapatkan laporan perubatan kat Hospital Sungai Buloh ni. Mama rasa mana-mana hospital kerajaan yang lain pun lebih kurang macam ni juga lah procedure nya. 

~~~ Seronok rasanya dapat tolong orang... Moga segala kerja yang Mama buat ni diberkati dan Allah merahmati anak Mama...Hakim.~~~