Tuesday, 30 December 2014

Tercabutnya Gigi Susu Pertama

Penutup tirai 2014 dengan tragedi tercabutnya gigi susu pertama Andy Hakim.

Antara moment yang penting untuk dirakamkan dalam blog Mama ni. 
Sebelum tu Mama nak share dengan Hakim yang seawal usia Hakim 4 bulan, gigi susu pertama Hakim dah tumbuh tau. Cepat kan. Kalsium cukup kan sebab tu cepat tumbuh gigi.  :)

Seiring dengan cepatnya pertumbuhan gigi Hakim, Umur Hakim masuk 10 bulan maka terpaksalah juga Mama stop kan breasfeeding sebab Hakim asik nak mengetip saje  kerjanye bila bernenen. 

Sekarang umur Hakim dah 4 tahun atau lebih tepat lagi  4 tahun 11 bulan , gigi susu pertama Hakim mula goyang. Risau juga Mama sebab tak pernah ada pengalaman nak handle proses pencabutan gigi untuk anak sendiri kan. Hihihihih....  

Almost 2  weeks juga lah goyangnya. Bila berus gigi pun slow je . Mama and Papa just pesan pada Hakim supaya selalu tolak sendiri guna lidah so that gigi yang goyang  tu cepat tercabut.

Tanggal 21.12.2014 
Haritu memang dah genting sangat dah gigi Hakim tu. Mama nak cabut tak berani, Papa pun macam tak sampai hati. Hakim  pun macam dah tak selesa. Memang kesian sangat Mama tengok Hakim. Main dinasor pun dengan muka orang susah hati. Memang ada plan nak bawa jumpa dentis tapi asal cakap je pasal dentis mula lah menangis, berdrama air mata bagai.

Muka susah hati Hakim. Alolooooo... gusi dah darah.
Kerjanya setiap 1 jam asik menengok gigi yang dah nak tercabut tu kat mirror. 
Sampai lah 1 tahap tu gusi pada gigi tu mula berdarah. Kesian Mama tengok Hakim. Buat apa pun macam orang susah hati. Papa nak cabut tak kasi pula. Puas Mama fikir cara paling mudah nak cabut gigi susu Hakim tu.

Gusi dah mula keluar darah.

Tetiba Mama dapat idea, kebetulan dekat rumah ada buah orange kan.  Hakim pula memang hantu orange so Mama potong buah oren macam gambar kat bawah ni. Biasalah budak-budak kan suka makan oren macam gambar baby girl bawah ni kan.  


Potongan oren untuk Hakim



Gambar amik kat healthyfoodscenter.blogspot.com :: comei kan baby ni makan oren..

Hakim makan 1 potong je pun,  terus gigi Hakim tu tepusing ke tepi. Masa tu Hakim menangis punyalah beria. Agaknya sebab takut tengok giginya terpusing kot tu yang menangis. Sebab bila Mama tanya sakit ke? Jawabnya tak sakit.

Masa tu Mama rasa nak tergelak juga tapi kesian pula tengok mata kamu 
tu berair menahan takut. Hihihihihi....

Jadi bila dah terpusing tu kena lah betul kan position gigi tu kan. 
Ha.... time nak betulkan position tu lah tercabutnya gigi tu. 

Alhamdulillah...bila dah tercabut tu Mama peluk Hakim kuat-kuat sebab muka Hakim macam pucat and jantung Hakim sangat laju maybe sebab takut.

 Mama peluk and bagitau Hakim yang sekarang dah besar. Mama cakap Hakim brave sangat sebab tak nangis. (serius Hakim memang tak nangis waktu tu tapi tangan sejuk)

Mama ulang cakap banyak kali yang tak sakit kan... Hakim pun asik cakap tak sakit, tak sakit. 

Darah memang ada keluar pada gusi tapi tak lama pun, adalah dalam 5 minit je. Lepas tu OK.
Hakim dah boleh senyum and buat activiti harian macam biasa. Makan pun OK tapi sangat sensitive bila Mama panggil Hakim rongak. Hihihihi...

Inilah gambar Hakim dah rongak. Gambar masa tercabut tu memang Mama tak sempat nak snap. 
tak sampai hati pula nak snap gambar time Hakim tengah takut. Biarlah ia jadi moment untuk kita berdua je kan. Papa masa tu tak ada, ke masjid solat Asar.


Selfie se round ....  :)
Kita tanam gigi Hakim tu kat tepi rumah kita je. Kawasan tanaman herba depan pintu dapur. Papa cangkul kan tanah sikit then Hakim sendiri yang masuk kan gigi tu dalam tanah. Kenapa tanam ye?

Sebab kita di jadikan Allah daripada tanah...
Jadi sebaiknya kita kembalikan lah gigi susu tu pada tanah ye Hakim.

Dengan kalimah Bismillah dan Al-Fatihah... kita berdua beranak tanam gigi ni. 
Bersemadilah gigi Hakim di sana. Mudah-mudahan gigi baru nanti akan lebih sihat dan kuat.


Lama juga lah Hakim menung menengok kan gigi sendiri before tanam.



Ni Mama share  sikit video  pagi  hari sebelum gigi Hakim tu tercabut ye.
Memang sangat lah geram tengok gigi tu tersentel nak tercabut.


video

~~~ Alhamdulillah...
2 days after gigi Hakim tercabut tu, dah nampak gigi baru mula keluar. ~~~

Monday, 29 December 2014

Seafood Carbonara paling sedap, resepi Uncle Dome. Terbaik!

Seafood Carbonara yang creamy dan SEDAP!

Creamy and  pekat melekat!

Resepi daripada Antie Ecah yang dibawakan khas daripada Uncle Dome katanye. Terima kasih banyak lah sebab sudi share resepi yang awesome ni.

Tak perlu guna Prego tin tu. Hasilnya memang lebih sedap daripada yang dalam tin tu.
Hakim makan bertambah-tambah, sedap sangat katanya.
Homemade recipe always da best!

Meh Mama panjangkan lagi resepi carbonara ni ye, mudah-mudahan dapat pahala.

Antara bahan utama resepi Uncle Dome

Pasta jenis spiral jadi pilihan sebab nampak cute and no need potong-potong time nak makan sebab kalau guna spaghetti or fettuccine susah Hakim nak makan sebab pastanya panjang-panjang. Mama masak habis sebungkus tu. Masak dalam periuk and make sure air lebih, then didihkan sampai pasta tu lembut. Bila dah lembut tos kan.

Bahan untuk kuah: 

1. bawang besar( 2 biji)  dan bawang putih ( 3 ulas )
2. Seafood - sotong and prawn yang fresh
3. Italian herbs - anggaran 1 sudu
4. Lada hitam & lada sulah -anggaran sesedap rasa.
5. UHT Cream brand Anchor ( 1 liter)
6. Susu full cream brand Dutch Lady  (1 cawan)
7. Cheddar cheese slice (3 slice)

Okay, sekarang meh Mama nak ajar cara masak pula ye. 
Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Mula-mula tumis dengan olive oil  semua bawang tapi tak perlu sampai garing. agak dah naik bau tu boleh masukkan Italian herbs, lada hitam and lada sulah. Kemudian masukkan prawn dan sotong yang fresh tu ke dalam periuk tumis tadi. Kacau sekejap, asal masak je seafood tu. Jangan goreng lama sangat kang liat tak sedap. 

Okay dah masak je seafood tu boleh lah tuangkan UHT cream and susu full cream dalam periuk. 
Kacau lagi, actually kalau rasa pekat boleh je nak tambah lagi susu segar tu. Sebab masa panas je carbonara ni nampak cair tapi bila dah suam or sejuk, kuah tu jadi pekat melekat!

Dah kacau rata kuah tu, Hakim boleh carik kan cheese tu masuk ke dalam periuk. Kacau sampai cheese tu cair dan sebati. Lepas tu letak lah garam sikit, sikit je ye sebab cheese tu dah masin.
Kacau lagi anddddddddd.... siap!

Senang kan.

Nak makan, amik je pasta yang dah di tos tu.
Lepas tu tuang lah banyak mana kuah kat pasta.


Hakim bersemangat tolong Mama masak, letak cheese dalam carbonara. Tak mandi lagi ni, comot-comot tolong Mama masak for breakfast. Bak kata auntie Ecah, breakfast italiano pagi ni kita.

Licin tanda SEDAP!  hihihihi
Sedap tak Tok?  


Jemput makan ye Jida and Papa.

Sampai pejam-pejam makan Mok Dal.  Hihihihi....

Alhamdulillah kenyang kita breakfast carbonara,  elok cukup sangat untuk 8 orang makan. Siap boleh bertambah lagi tu.  Tapi kalau dah tekak Melayu kan mesti nak pedas, jadi pagi yang damai tu Mama masak juga 2 pot nasi untuk buat nasi goreng seafood. letak cili kering blend. Ermmmm!!! Pedas U!


Pekena pula dengan Kopi O Muar kan. Serius terangkat!

Ini belom letak nasi lagi.  Pes nasi goreng seafood pedas terangkat.

Oh lupa, nak share gambar first time Hakim ter jatuh hati dengan Miss Bonara. Bonara buatan Auntie Ecah.(Hakim pelat tak reti sebut carbonara).

 Ingat lagi first time Hakim minta Mama masak Bonara ni Hakim kata ..
" sedap bonara Mama, tapi cuba Mama belajar dengan freind Mama buat macamana"

Huhuhuhu... nampak sangat tak sedap kan yang first attempt tu. Maklum ler, Mama masak yang ready made guna Prego carbonara dalam tin tu. Ingat okay tapi kalau dah anak kata orang punye lagi sedap. Sentap juga lah Mama kan. Tu yang gagah tu tanya Auntie Ecah resepi Uncle Dome ni. Thanks to Auntie ECah yang tak kedekut resepi.

Yang 2nd attempt ni Hakim cakap macamni pula...
"Sedap, pandai kita masak kan Mama. Rasa sama dengan bonara friend Mama buat tu"

Suke! Suke! Suke!

Gathering 12 Dec. 2014 :: Auntie Ecah yang pakai tudung  biru bercorak  dekat atas blackboard tu. Kita baca doa nak makan cake after Hakim makan bonara.


~~~~Tips tambahan: in case kuah bonara Hakim tu tercair sebab terlajak susu or terkurang cream. Tambah je sedikit tepung jagung dalam suku sudu kecil dalam kuah. Insyallah akan pekat lah kuah nye nanti.  ~~~

Wednesday, 24 December 2014

Tasik Titiwangsa for wedding


Assalamualaikum, today Mama nak share tentang aktiviti hari Sabtu kita bulan lepas. 
Kita ke Tasik Titiwangsa untuk menghadiri majlis perkhahwinan sepupu Papa.

Serius Mama baru tahu DBKL ada menyediakan perkhidmatan menyewakan tapak Tasik Titiwangsa ni untuk wedding. Maklum saja lah, seingat Mama last sekali Mama ke tasik ni time Mama umur 7/8 tahun macamtu. So memang tak tau yang kat sini boleh buat wedding and ada banyak aktiviti yang boleh diadakan untuk seisi keluarga.

Biasanya wedding orang buat kat rumah or dewan kan. But kali ni orang buat kat tasik. Memang cantik lah kan sebab betul-betul near the lake.

Kiranya nak amik gambar outdoor after wedding pun senang kan. Sebab dah ada lake and taman yang indah. Kiranya macam  concept garden wedding lah.  And paling penting tempat parking pun banyak.

Masa hari wedding sepupu Papa ni, Mama nampak ada lebih kurang 4 wedding diadakan kat sini. Kiranya ramai lah orang tau pasal kemudahan sewa tapak wedding kat DBKL ni kan. Mama je yang tak tau. Hihihihi... 

 Mama ada  tengok kat laman web DBKL ada state rate untuk sewa tapak dan kemudahan di sini. Pada Mama sangat murah. Rasanya lagi murah daripada sewa dewan. Bezanya kalau kat dewan tu tertutup and ada aircond. Kalau kat sini open wedding lah ye. 


First time bawa Hakim ke Tasik Titiwangsa



Hakim with Pak Teh and Mak Teh




Wedding sepupu Papa, theme pink. Nampak kan kemah pink tu, kat situ lah tempat makan & pelamin.

 Okay, dah alang-alang sampai di Tasik Titiwangsa ni. Boleh lah ber paddle boat se round. Kebetulan tempat boat tu memang sebelah je tapak wedding tu.

Sewa 1 boat ni murah je, RM3.00.
Boleh naik up tu 5 orang. Kayuh lah boat tu maximum 30 minit ye.


Safety first.
Papa , Hakim and Cik Na


Nampak tak ada kemah  color red kat belakang tu. Itu pun kemah wedding juga. 
Kalau nak buat wedding kat sini kena buat banner besar-besar sikit. Sebab risau tetamu silap masuk kemah orang lain. Hihihihi...

Tinggal 1 boat, semua boat fully vacant.

Pak Teh & Mak teh asing boat dengan Hakim. Nak privacy sebab masih dalam mood pengantin baru.  :)



Nak rolling2 dalam belon besar pun boleh., but not for today ye Hakim.
Actually banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Titiwangsa ni. 
Cumanya masa je tak cukup sebab kita ke sini pun dah hampir pukul 5 petang.

Masa on the way balik tu sempat lah pusing-pusing tasik naik kereta je. Boleh nampak orang berkuda, main kereta control, jogging. Ishhh.. macam-macam lah.

Nenek tak mau naik boat. Nenek nak jaga kan beg.  :)

Nanti ada kesempatan kita ke Tasik Titiwangsa lagi ye.
 Time tu no baju kurung lah sebab Mama pun teringin nak tunggang horse. Macam harini Mama teman nenek je. Tapi next time, Mama pula nak paddle boat ye. 

~~~  Time couple dulu tak de dating kat tasik  :)  ~~~

Tuesday, 23 December 2014

Sukaneka MS: Program Cuti Sekolah

Alhamdulillah
Akhirnya plan untuk mengadakan Sukaneka Keluarga Haji Ahmad 
terlaksana sudah weekend yang lalu.

Agak lama juga family Hj Ahamd tak buat family Day seumpama ini. Maksud Mama siap sukan bagai ni kan.  So bila idea nak buat Family Day ni datang , semua anak, cucu cicit Hj Ahmad excited. Maklum saja lah, cuti sekolah kan lama so memang ideal sangat lah buat Family Day ni.


Nostalgia Sukaneka 2012 : Hj Ahmad (Arwah Onyang Hakim yang berkemeja belang)



Perancangan awal hendak diadakan Hari Keluarga Haji Ahmad ni selama 2 hari 1 malam tapi disebabkan kekangan masa dan peserta yang tidak available maka kita just adakan  Sukaneka  untuk cucu dan cicit  Hj Ahmad khasnya yang bersekolah dan stay di MS ni sahaja.

Cucu yang dah habis sekolah  dan yang dah bekerja pula dilantik sebagai AJK bertindak.
Manakala anak-anak Hj Ahmad yang dihormati secara automatik dilantik menjadi PENAJA dan penasihat. Penting tu PENAJA sebab tanpa PENAJA majlis hambar. Hihihihi.

Ramai juga cucu Hj Ahmad di MS ni. Seramai 15 orang cucu dan seorang cicit ( Andy Hakim lah tu) Hj Ahmad mengambil bahagian pada hari tersebut. Manakala cucu-yang lain iaitu Mama, Papa, Pok Dal & isteri, Pak Long Hamdan, Pak Ngah Mizi, Pakcik Saddam pula menjadi AJK bertindak yang sangat cemerlang pada hari tersebut.

Objektif  sukaneka ini adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim dan memastikan cuti sekolah tahun ini dapat di selitkan dengan aktiviti yang berfaedah tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Selain itu, ia dapat menanam semangat kesukanan dikalangan cucu cicit Haji Ahmad dan sekaligus membina rasa tanggungjawab , melahirkan rasa kepimpinan dan integrity kepada cucu yang dilantik menjadi AJK.

Hamboi...Mama dok ngulas dah macam Yang Berhormat. Hihihihi...

Cucu cicit dibahagikan kepada 3 kumpulan: Merah , Hitam dan Purple.  Cicit hanya Hakim seorang,
Acara bermula pada pukul 8 am bertempat di rumah Ato MS. Alhamdulillah laman rumah Ato dah ada simen bersegi so no need pacak paku untuk buat lane / track sukan.

Terdapat 10  acara yang dimainkan pada hari tersebut dan ia sangat lah happening!!!
Rugi lah Atif and Aufa tak joint sekali.

1. Sampai menyampai: 
peserta pertama diberi 1 ayat yang perlu disampaikan kepada ahli kumpulan mengikut giliran.
Ayat last perlu disebut oleh ahli paling kecil dalam kumpulan. Serius tunggang langgang!
Dalam 10 words dalam ayat tu adalah 3-5 words yang mengena.

2.Game teka gambar:
 Yang ni funny! Bila samapai peserta ke 3, tah ape yang dorang lukis. Kesian peserta
akhir yang kena teka gambar.

3. Lumba lari simpan klip.

4. Lari bawa bola ping pong.

5. Bowling kelapa tua :
Hakim score full mark!

6. Tiup belon sampai pecah.

7. Musical chair :
 Guna lagu crazy frog and chicken dance. Meriah tak hingat!!!

8. Makin jauh makin sayang.:
Guna belon berair.

9. Kumpul air dengan span.

10. Sambut belon berair:
 Totally crazy! AJK pun naik crazy dengan belon berair ni.



Meh Mama share gambar kesungguhan dan kegilaan masing-masing ye.
Serius memang nampak sangat kesungguhan peserta termasuk emak-emak nye sekali.


Senaman ringan dulu ye.
Peralatan: Mostly guna barang recycle dan yang sedia ada di rumah. Kecuali belon tu kena beli.

Ahli syurga, comel!

Hakim! U paling depan tu sayang. Lari cepat!

Bawa bola ping pong dengan sudu. Age below 6 years boleh bawa sudu and ping pong guna tangan,
Yang lain bawa guna mulut ye.
Acik Iqmal ( 12yrs)  mengejar Acik Haziq (6yrs)
Pak Ngah Mizi and Mak Dal demo acara makin jauh , makin sayang.

Acara sambut bola berair.  Pak Ngah Mizi bagi demo sikit.
Liat betul belon ni. Dah jatuh 3-4 kali pun stil tak pecah. 

Bowling kelapa : Guna kelapa tua sebab ringan. Anak-anak age below 6 jarak 2 petak simen je.

Acara kumpul air guna span.
Cik Nina & Cik Haziq (both 6 yrs)  ni memang semangat! Punye nak menang sampai Cik Nina sanggup berkaki ayam. 

Banyak air yang tumpah daripada terisi.


Musical chair.  Purple team win! Horrey!

Fakus dengan lukisan. Macam dalam exam hall field sebab senyap! Hihihi....



Game sambut belon berair. Pak Ngah Syamil, Acik Misha and Acik Sarah 

Seronok tengok belon terbang


Sambut belon berair dengan tudung saji mini. End of game tudung saji Mama ni hancur patah riuk.
Acik Am sedang ajar Hakim pegang tudung saji kuat-kuat.

Bagus cucu cicit Haji Ahmad , fakus dengar penerangan Mama. 

Acik Rosul (3 yrs) menangis  pula.
Alolooooo... camei sangat ACik Era  ( 3 yrs) and ACik Ain ( 4 yrs) berlumba lari.
Ahli pasukan sorak menyorak!
Kata-kata semangat memang penting dalam membangkitkan rasa ingin berjaya dan  dihargai.


Pak Long Hamdan and Acik Saddam as AJK PA System. Ato Zol as camera man.

Papa as juri pengumpul markah. Juri yang adil dan saksama.

Best kan!

Ya Allah serius seronok melayan cucu cicit Haji Ahmad ni bersukan.
 Semua sporting habis, termasuk lah yang kecik-kecik ni pun dengar cakap AJK bertindak.

Selama 3 jam majlis berlangsung, semua cucu cicit nampak bersemangat dan happy. Lepas selesai semua games, all anak cucu  dan cicit berkumpul untuk makanpula.
Makan nasi lemak tajaan anak-anak Haji Ahmad.

Bila makan beramai ni memang sedap. memang syok.
Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah penat bermain kan. bertambah-tambah makan nye.


Nasi lemak MS tajaan anak-anak Hj Ahmad.

Thanks to Nek Ngah, Nek Edah, Nek Ucu & Nek Andak yang taja nasi lemak.

 Siap makan, perut dah kenyang barulah sesi  penyampaian hadiah dijalankan.
tapi sebelum tu semua peserta perlu mengutip semua sampah dan mak sure ruang laman bersih. Then baru line up ikut pasukan masing-masing. Siap nyanyi lagu Negaraku lagi tau sebelum hadiah disampaikan. Bagi semangat sikit pada dorang ni.

Agak-agak team mana yang menang ye?

Team Merah JUARA!!! Yeeayyyyy!
 Bukan main seronok lah yang menang tu kan. Padahal hadiah tu semua sama je. Hihihihi...
Mata kemenangan setiap pasukan juga sepi-sepi je. 

Tapi budak-budak kan. Dapat title juara tu dah rasa hebat dan happy sangat dah dorang ni.
Aikk...jangan kata budak-budak, mak budak pun sama je.  :)

JUARA :: 38 mata


Tempat ke - 2 :: 37 mata


Tempat ke - 3:: 36 mata
Sesi pembahagian hadiah. Bagus je duduk dalam group.
 Abang kakak bahagikan secara bijak dan adil. Tak berebut pun. Ini yang kita mahu, yang besar memimpin yang kecil. Semoga jadi tauladan pada generasi muda.


Happy faces.

Sebelum Mama menutup tirai Sukaneka MS 2014, Mama nak share drama ke laut sikit.
Biasalah Family Haji Ahmad ni setiap kali majlis mesti ade drama. Baru pening happening!
Macam ni kisahnya.

---
-------
----------------
-------------------------

Ini Nenek Andak. Berumur late 30s but she is very da klakar!
Baju habis basah. Bawa 2 biji belon berair, merah and pink.

Mana nak dibawanya belon tu ye?



Nampaknye Nek Andak menyerang Pok Dal. 
Nasib ler pengantin baru ye. Hihihihi...




Tuuuuu dia!!!
Water splash , bak ang kat Pok Dal!
Caya lah Nek Andak, actually mulanya Pok Dal lah yang menyebabkan Nek Andak ni basah. Ni case nak balas dendam lah ni. Hihihihi... Pok Dal terkena juga ye.



Kan dah kata, bukan budak-budak je teruja dengan belon air ni. Nenek-nenek pon teruja juga.
Selesai majlis depa ni lah yang dok perabih kan belon air ni. Semua orang nak dibalingnya.

Overall majlis, SUCCESS!
Mama harap Hakim happy bersukan bersama Pakcik Makcik Hakim.
Ingat... walau pun Hakim sebaya or lebih tua daripada mereka. Hakim tetap anak buah tau. Kena jaga adab dan sentiasa menghormati mereka. Barulah kita hidup aman dan damai. Yang penting barulah Hakim sentiasa nampak mudeeee. Hihihihihi.

Wassalam.... AJK memaklumkan.

~~ Insyallah ada rezeki kita arrange Family Day Haji Ahmad lagi~~~