Thursday, 30 January 2014

Tidur lah sayang...

Mama dah janji nak nak share incident bithday Hakim aritu kan... Nasib baik masih ada lagi bukti-bukti kukuh ni dalam PC Mama. Bila Mama tengok balik semua picture & vid...rasa seronok pula.

Meh tengok meh....

TAHUN PERTAMA.

This vid time kita celebrate your 1st birthday. 
Rasanye Moksu yang record video ni. Time ni puas Mama gerak Hakim tapi Hakim tetap tidur. Bising macamana keadaan time tu...Hakim still dengan dunia tidur Hakim.  

So papa lah yang potong kan cake....

video


TAHUN KE-2

Masih lagi tidur... dan masih lagi Papa yang potong kan cake.
Opss! Mama baru perasan Papa pakai baju yang sama lah time ni dengan time birthday Hakim last year. Baju Maybank merah ni Mama dapat time mama kerja Maybank dulu. 



TAHUN KE-3

Okay...dah ada improvement sikit.  Sempat lah potong cake dulu then .... hanyut.... TIDUR. 
zzzZZzzzzzzzz.......





TAHUN KE-4

Kali ni Hakim baik...mau dengar cakap Papa. Tidur sat pas Zuhur dengan Papa. So at 4.30 dah boleh kasi mandi bersiap nak potong cake. Energetic lah sikit kan time ni. Siap boleh main pistol kayu lagi dengan freinds. Oleh sebab penat sangat...malam tu senang je nak tidurkan Hakim. 


Masing-masing aim ke botol . Seronok Mama tengok kamu bermain.

Hakim cakap besar nanti nak jadi polis. 


 ~~~ Next year punye birthday story tak tau lah macamana pula~~~



Sunday, 26 January 2014

Mari ajar anak cepat membaca by Litte Caliph.

Jauh Papa park kereta kat sini sebab kat area Auditorium FRIM dah full park.

Penat celebrate Bday Hakim yesterday tak habis lagi. Pagi hari dah kena bersiap nak ke FRIM pula.
Hakim tak ikut sebab dalam surat dah inform yang parent tak boleh bawa anak ke seminar tersebut. Jdi di hari cuti yang berbahagia ini, terpaksa Mama & Papa tinggal kan Hakim dengan Cik Teh... nasib baik UPM cuti sem. Boleh lah Cik Teh tolong jagakan Hakim.

Tapi ada juga parents yang bawa anak, maybe mereka ni tak baca arahan or terpaksa bawa anak ke sini sebab takde orang nak baby sit kan anak dorang. Maklum lah seminar on Sunday so kalau yang hantar anak ke nursery pun...nursery tutup kan harini. Jadi bertabahlah lah mak-mak nye bawa anak ke seminar yang totally tak sesuai untuk budak-budak under age ni kan. Ada yang nangis...ada yang main bising kat belakang...so sedikit sebanyak mengganggu juga lah concentration parents yang lain.


Mama tengok founder ni macam Jida mukanye.
Sesi seminar ni agak panjang ( 3 hour) but sangat happening dan bermanfaat. Setiap parent yang datang diberi reading kits (flash card, pre-reading book & cardboard let's read). 

Reading kits

Actually semua kits ni diberi supaya  parents boleh ajar anak-anak di rumah dengan menggunakan kaedah yang sama yang di ajar di school Little Caliphs.

Bak kata founder nye... Pn Sabariah Faridah Jamaluddin, kaedah pembelajaran di school dengan di rumah perlu selari. Perlu ada mazhab yang sama. Baru objective pembelajaran dapat dicapai dengan cepat & effective.


Banyak juga ilmu yang dicurah & dalam seminar ni mereka juga menerangkan bagaimana cara nak guna all reading kits tu. Erm...kaedah nye memang lain dari yang Mama alami time Mama tadika di KEMAS 20++ tahun dulu. Kaedah di Little Caliphs ni banyak kepada bermain. Sambil main dapat ilmu. 

Patut la bila Mama tanya Hakim, harini belajar apa? Hakim selalu jawab... tak belajar apa2. Rupanya teknik Little Caliphs ni memang banyak main. 
Bagus! Bagus! Bagus!

~~~~ Semoga Allah beri kekuatan dan ketenangan kepada Mama &  Papa 
dalam mengajar kamu di rumah nanti ~~~






Celebrate Hakim Birthday!!!

Turn to 4 years old....

Oleh sebab bday Hakim this year jatuh hari Selasa, so Papa decide nak celebrate
 your b'day hari Sabtu, 25 Jan. Jam 5 petang. 

Untuk mengelakkan incident sama berulang... Papa dengan rela hati dah berkorban tugas mengemas dengan menidurkan Hakim pukul 1 tghari. Phewwww....dengan Papa sekali tidur.  Sabo je lah Mama ni. 
(Nanti Mama try cari gambar Hakim tidur di setiap majlis birthday since Hakim 1 hingga 3 tahun ye. Kalau ada nanti Mama update.)

Nasib baik Cik Na ade stay rumah kita since malam semalam. Cik Na lah yang banayk tolong Mama hal2 kemas & memasak for your birthday this year. Thank u Cik Na for helping and hadiah 



Tetamu macam biasa lah. kita jemput jiran-jiran yang merangkap pokcik mokcik sepupu sepapat kamu juga. Tak lupa juga tok sedara Hakim yang stay area Sg Buloh pun kita jemput. Majlis kecil-kecilan yang boleh mengembirakan Hakim sekaligus dapat berkenal dengan lebih rapat dengan saudara mara. Itu lah objektif Papa & Mama nak buat majlis ni.

After selesai bacaan doa selamat by Papa... barulah sesi potong cake bermula. 
Actually since your 1st birthday memang Papa yang bacakan doa selamat. InsyAllah...doa Papa lebih makbul dan ikhlas. Doa semoga Hakim & seluruh keluarga kita diberi Rahmat dan kasih sayang daripada Allah yang Esa.

Semua ni pangkat pokcik & mokcik Hakim tau.
Biar nampak sebaya tapi pangkat & salasilah keluarga Hakim mesti tahu ye.

Apa ye menu bday Hakim tahun ni...  Antaranya,
1. Buhin sup ~ by Mama
2. Lontong ~ by nenek Kuang
3. Popia kukis, cake corn, epok-epok, apam, kepok leko ~ by Cik Na, Maksu, Nek Misah & Jida.

Memang banyak sangat kuih muih kali ni, seronok betul Mama bila semua hidangan tu elok cukup untuk semua tetamu. Alhamdulillah....


With Cik Na.

Kali ni Hakim tak tidur time tiup lilin. Yeay!!!
Hakim sama-sama nyanyi lagu birthday & enjoy the majlis. 
Happy sangat hati Mama, Papa pun senyum je time Hakim nyanyi dengan kawan-kawan semua. 
Kalau tidak...setiap kali nak tiup lilin mesti kamu tidur.

Tahun ni 1 je cake.



Wajah ahli syurga.
Berebut nak Papa.

Ntah ape borak ngan moksu tu.
Malam ni time nak tidur baru lah Mama rasa lenguh otot kaki semua. 
Tired but Mama gembira. Gembira sebab dapat tengok wajah tawa Hakim sepanjang harini. 

Sebelum tidur Mama sempat tanye pada Papa...
Mama: Sayang, next year birthday Hakim nak masak ape ye?
Papa: --silent-- 

Papa senyum je,  setahun lagi tu dah nak fikir menu untuk next bday. 
Apalah Mama ni kan. 

Ok lah ye, esok pukul 9am ada appointment di FRIM, Kepong pula.
Ada seminar anjuran The Little Caliphs untuk membantu anak-anak cepat membaca. 

~~~~  Good Night  ~~~




Tuesday, 21 January 2014

4 tahun bersama mu:: Happy Birthday Hakim


Alhamdulillah... thank u Allah bagi Mama anak se-istimewa kamu, Andy Hakim.
Today's special, Mama amik Hakim dari school. Bawa Hakim lunch sama sebelum hantar ke rumah nenek Kuang. Kalau 4 tahun lalu time macam ni Mama tengah bertarung nyawa nak bersalin kan kamu. But now kita dah boleh keluar lunch bersama. Dinner nanti kita ajak Papa makan cake kecik ye sayang....


What special today?

1. First day Hakim ke school tak pakai pampers! 
Yup...dah 4 tahun pun masih nak pakai pampers. Amazingly Hakim takde pun kencing dalam seluar. Bangga Mama... pandai dah anak Mama wee wee kat toilet kan.

2. Dapat sticker 'WOW' from teacher
Dah 3 hari Hakim tak dapat sticker, kali ni dapat. Biasanya kalau dapat sticker mean Hakim ada involve dalam games or active time study/play. (to motivate the little caliph supaya active)
or...erm...maybe teacher bagi sticker ni sebab Hakim tak kencing dalam seluar. Yeayyyyy!!!


Semoga Hakim jadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan Rasul . 
InsyAllah....this coming Saturday kita celebrate bday ramai-ramai ye. Panggil atok,nenek, jida, spupu sepapat semua ye. Sure Hakim happy nanti kan.

~~~ Mama sayang Hakim~~~



Monday, 20 January 2014

Duckling Duck di Tasik Shah Alam.

Kekunonnye ke Shah Alam yesterday sebab nak belikan baju untuk Hakim. 
InsyAllah kita akan celebrate birthday Hakim yang ke-4 this coming Saturday, so ingat nak kasi smart sikit tu ajak Papa ronda Shah Alam nak belikan baju baru untuk Hakim.

Sesambil tu kita ke Tasik Shah Alam. Actually dah lama kita tak ronda tasik, kalau ke tasik ni pun tak penah pula nak ber duckling ni. But yesterday Papa kasi on naik itik ni. 

Harga boleh tahan maheiii!!!
Naik itik RM25 = 1 hour.

Erm...mahei pun maheiii lah... sebab dah janji tadi dengan Hakim, so kena tunaikan. 


Safety First!
Sebenarnya takut juga nak ber duckling ni. First time ni bawa Hakim ber duckling.



Oleh kerana masa berduckling ni panjang, 1 jam tu...
 so kita beli lah air & some jajan. Sambil berkayuh duck boleh ngunyah-ngunyah.



Seronok sungguh Hakim, macam anak raja duduk kat leher duck. paling kesian Papa, sebab kena kayuh  duck round tasik. hihihihi...
Mama as usual macam Queen...duduk sebelah Papa sambil ngunyah jajan. hihihi...
Sorry lah Papa...Mama tak larat nak kayuh. Baru kayuh 2~3 minit dah sempuuuuuuttttt.....


Pemandangan sekitar tasik Shah Alam. Yang tompok-tompok hitam tu, sarang burung. 
Memang banyak burung kat sini, takut juga time ber duckling ni kena yak dengan burung. Maklum lah...Papa memang dah ade sejarah di yak kan burung kat Shah Alam ni. hihihi...
Banyak burung buat sarang. Burung pun pandai...buat sarang nak dekat dengan tasik je. View cantik sikit kan. hihihihi...

video

Dalam pukul 5pm  macamtu dah ramai datang nak beraktiviti kat tasik ni. 

Cuaca Alhamdulillah elok je. 

Cuma 1 je yang spoil....air tasik ni agak berbau. 



Ponek! Papa surrender awal. Tak sampai sejam pun berduckling. After 45 minit Papa ajak balik. 
Kesian Papa...basah baju berpeluh. Tapi 45 minit pun dah puas hati sangat. 



video

Sekejap je masa berlalu,  teringat Mama pada zaman Mama jadi student UiTM,
 Shah Alam10 tahun yang lalu. 
Pada masa tu memang dah ada tasik ni but rasanya pada zaman tu belum ada  benda-benda ni semua.

Nanti lagi 10 tahun akan datang apa pula yang ada ye?
Hope bertambah maju Shah Alam ni. InsyAllah ada masa lagi nanti kita ajak Aatif pula ke sini.

~~~ Shah Alam bandar anggerik, but tak banyak anggerik di tanam di sini~~~

Thursday, 16 January 2014

Mak Ena Get Married.


Assalamualaikum.... Helo Hai...  :)

Pembuka tirai perkawinan untuk tahun 2014
Perkahwinan Mak Ena... anak Atok Ude, Cheras. 
Atok Ude ni adik kepada Atok Kuang. & merupakan anak ke-3 daripada 7 beradik  Atok Kuang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis akad nikah 11.1.2014 di rumah Atok Ude .

 Gambar bawah ni semua pangkat makcik & nenek sedara Hakim. Even Cik Farisha yang sebaya Hakim tu pun pangkat makcik tau. 

Suke! Semua happy tapi nenda Yah pula spoil...blur.


Majlis besar di Dewan Perdana, Felda pada 12.1.2014
Grand gitew.... Thema kuning, ala-ala tradisional.

Tuan rumah, kena datang awal.

Senang nye jadi Mama Hakim pasal Hakim asik nak berkepit dengan mak-mak sedara je. 
Mak sedara rajin melayan pula tu. Ermmmm...memang single mingle lah Mama.

Ngepit!


lagik-lagik ngepit!

Ngepit -ngepit!

Kesayangan... Cucu Kuang seorang.... Alhamdulillah

Suke nye Cik Na & Cik Teh. This coming August ni your turn pula Cik Teh ye.  :)

Pelamin simple tapi santek
 Dalam gambar bawah , ini je lah time Hakim dengan Mama & Papa. Selebihnya Hakim asik ngepit dengan mak-mak sedara & main ke hulu hilir. 

Dalam pukul 2 macamtu Ato MS & Jida datang , Hakim ikut Atok & Jida balik. Mama rela kan aje sebab tahu Hakim penat main & sure naik kereta Atok nanti kamu mesti tidur. 




Tapi.....
Tapi mana pengantin nye ye?

Ni die...

Mak Ena & Uncle Danny.
Sama cantik...sama padan.  Dah nak abis page citer baru dapat tengok pengantin ye.


Selamat di Ijab Qabul. Tengok Uncle Danny dok jeling Mak Ena. hihihihi....
Doa moga bahagia sampai ke Syurga
~~~ This coming Saturday majlis belah lelaki di Sungai Petani, hopefully Papa free boleh bawa kita ke sana~~~


Tuesday, 14 January 2014

Projek Sawi 1


First of all, thanks to Mak Ngah Syida. Sebab Mak Ngah Syida yang bagi benih sawi ni. 
Bukan main lama simpan benih... end up Mak Ngah bagi kat kita, suruh tanam.
Heeeppp!!! Malas ye Mak Ngah.  ;P

Tak pe, Mama & Hakim tolong tanam kan ye. Kot jadi boleh le agih sikit ke nenek Kuang & Mak Ngah Syida. Tapi kalau sonyap je mean projek sawi tak menjadi lah ye Mak Ngah. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Projek Sawi dengan anak-anak.

Start menyemai time X'mas 2013.
 Mama mcam biasa akan dibantu oleh sorang senior assistant yang bijaksana, Hakim and 
sorang junior assistant yang comel, Atif. 

Tanam baca Bismillah ye.

Placing the pasu petak. Petak kecik ni je RM5.

Mixing time!!! Portion tanah hitam & merah? Ikut suke. hihihihihi.....

Hakim buang batu-batu kecil dari pasu. Dah nak mula tabur benih  :)

Ini lah benih sawi. Terima kasih mak Ngah Syida bagi benih ni. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

After a few week... new year 2014
Erm...makan tahun juga ye. hihihihi


Tara!!!!

Ini lah hasilnye. 
Actually Mama tak sure sama ada yang bertunas ni pokok sawi or..... pokok rumput. hihihi...
Tabur dalam 20 biji benih...tapi yang bertunas 4 kerat ni je.



Mama proud of u Hakim, at least your pokok sawi dah bertunas. Alhamdulillah
Atif pun sure happy kalau nampak benih yang ditanam last year dah bertunas kan.



Bercinta juga nak tunggu sawi ni bertunas.
Sampai disini dulu perkongsian projek sawi. Kot kalau elok subur nanti mama akan share lagi dengan Hakim.

Hopefully jangan lah ade burung or ayam dok makan tunas sawi ni ye.

~~~Salam Maulidur Rasul , 1435.~~~

Friday, 10 January 2014

Putih-putih Melati aka Yesterday, Today, Tomorrow.

Lately Hakim suka nyanyi lagu putih-putih Melati.... Merah-merah delima... lalalala... (part tu je pun Hakim dok ulang 2~3 kali)

Erm...meh Mama nak tunjuk pokok Melati yang kita ada tanam last year. Kalau mat saleh panggil bunga ni bunga Yesterday,Today, Tomorrow (YTT)  Haa....panjang kan namanya.

Bunga nye yang cantik akan mengalami perubahan warna dari dark puple ~ purple cair (lavendar) ~ putih.
Agak Mama dari situ kot dapat nama YTT tu.

 So bila pokok ni  bloom!!! sangat lah berseri2 sebab akan ada 3 color dalam 1 pokok.

Bunga Melati bewarna purple, hat yang paling kanan tu dah mula nak berubak ke warna putih. 


Time Mama search kat google, dapat 1 article ni kata pokok ni beracun. Erm.... tak pernah tahu pula Mama yang pokok ni beracun. Beracun tang getah nye kah? Atau baunye kah? (Siapa tahu tolong share ye)

Tapi bau pokok ni memang wangi...harum je. Malam2 kalau kita duduk di beranda & angin kuat. Memang harum nye boleh bau lah 1 beranda.

Erm...since dapat tau pokok ni beracun, Mama dah ubah position pokok Melati aka YTT ni ke luar beranda. Better beringat sebelum terkena kan.

'Pokok ini tergolong dalam ketagori tumbuhan beracun, jika termakan ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan ,sesak nafas,sawan, anak mata membesar dan pucat lesi.' (www.melur.com)


Nampak tak 3 kuntum bunga melati putih tu? Putih-putih Melati.... tetap cantik.

Hakim...macam tu juga hidup kita ni, ibarat bunga YTT...
Apa juga warnanya...harumnya masih ada & menyenangkan banyak hati.

Siapa pun kita semalam, today or esok. Jadilah diri kita yang sebenar. Walau kita menjadi Tuan harini, jadilah Tuan yang baik. Kerana selamanya kita ini hanyalah hamba pada yang Esa.

~~~ Papa penah cakap kalau dapat adik girl nak namakan Melati. Errrr.... NO KOMEN.  ~~~