Thursday 21 September 2017

Sakit kulit: Molluscum

 Molluscom 

Mama pun 1st time dengar sebab bahagian leher Hakim dah jadi infection lepas letak ubat Duofilm pada kawasan yang Papa and Mama sangkakan kutil. Kesian Hakim , Mama and Papa silap tak bawa jumpa Doktor. Pengajaran semua ni untuk kita ye.

Mama and Papa decide nak letak je Duafilm ( formula: Salicylic Acid 16.7% + Lactic Acid 16.7% + Flexible collodion qs), sebab memang Mama and Papa sangkakan yang bintat tu kutil.

Tapi... Mama and Papa bukan lah terus beli dan letak ye. Papa refer juga Hakim ke pharmacist. Takut juga salah beli ubat. Bila tunjuk kat pharmasist, dia kata benda tu kutil. Boleh letah Duofilm ni. Katanya dalam 4-5 kali sesi sapuan nipis akan hilang lah kutil tu nanti.

Ok.... so bermulalah tugas Papa menyapu ubat ni kat leher Hakim. 
Sekali letak.... nampak merah.
Kali kedua sapu .....  makin merah
Hari ke-3 sapu lagi... jadi macam makin teruk plak kutil tu. Jadi lubang and bersarang putih .

 Hakim kata bahagian  tersebut gatal. Malam tu agaknya Hakim tak perasaan tergaru bahagian yang cedera tu. Esoknya tengok  naik lagi 2-3 biji bintat lagi. Dah merebak sampai ke dada. Bahagian yang cedera tu berdarah and the worst is Hakim start demam.

Haishhh!!! Bila dah jadi macam tu, Mama dah tak sedap hati. Rasa macam kutil tu kena infection plak, tak boleh jadi ni. So Mama and Papa decide terus ke klinik.

Andy infected with virus, April 2017.





Gambar sebelah ni Mama snap time  sehari  sebelum ke kita pergi klinik.

Bila tanya , Hakim kata tak sakit. Cuma gatal je.

Tapi Mama and Papa risau sebab bintat tu makin hari makin membesar. Daripada ada 1 je bintat then lepas sebulan bertambah banyak.


Sampai klinik, doktor tengok leher Hakim and she said. 
"This is Molluscum Puan, bukan ketuat"

Ha....
Apekah benda alah Molluscum ni???

Molluscum ni sejenis penyakit kulit. Biasa nya yang kena penyakit ni kanak-kanak. And ironinya benda ni senang berjangkit iaitu melalui sentuhan. Kenapa kanak-kanak senang kena? Sebab kanak-kanak ni sistem imun nya rendah. Ha.... Tu doctor yang rawat Hakim yang cakap ye. 

Doktor kata cara rawatan bagi Molluscum ni lain sikit. Tak boleh letak ubat duofilm ni. Sebab tu yang jadi infection tu , sebab salah ubat. Huhuhuhu...kesian anak Mama. Doktor kata kena refer ke hospital untuk rawatan cryotherapy sebab alatan untuk rawatan penyakit ni tak ada di klinik. 


So berbekal kan refer letter daripada klinik, kita terus ke HSB untuk treatment selanjutnya.
Sampai sana doktor check and confirm kan yang bintat tu memang Molluscum. Hari yang sama juga doctor advise untuk Hakim jalani cryotherapy.

Bunyi nye cam seram je kan. Sebenarnya cryotherapy ni jenis treatment guna spray. Spray tala terus kat tempat yang ada Molluscom. Bila spray pada kulit akan rasa pedih.

Jadi tips Mama, kalau ade ada anak or sesiap yang kena buat Cryotherapy ni make sure jangan gerak. Biar nurse spray tepat kena pada bintik Molluscum tu. Sebab, kalau spray tu kena pada kulit elok, kulit tu akan jadi melecur sikit. Sakit lah nanti kan. So better calm kan anak and suruh dia jangan banyak gerak. 

Waiting..... mujur tak ramai orang kat dermatologist dept ni

Happy je kan. Ronda kawasan, kejap lagi awak duduk ler kat katil tu ye.

Masa ni Hakim okay lagi. Boleh reading sambil  silang kaki lagi tu.


Ha.... gambar bawah ni lepas siap Cryotherapy.  Menangis Hakim. Kesian.
Papa sanggup tu dukung Hakim daripada tingkat 2 hospital sampai parking sebab nak pujuk budak sakit. Dari gambar bawah ni boleh nampak kan bintat tu jadi besar lepas spray. Sebenarnya bintat tu tak besar pun tapi kesan daripada spray tu kulit bintat tu jadi menggelembung dan besar.

Process Cryo ni kena buat seminggu sekali. Selagi bintat tu tumbul, selagi itu lah kena Cryo. Aduhhhhh... bertabah lah anak ku.

Nangis.... sian Hakim

Kali kedua treatment.
Hakim dah mula buat perangai time nak cryo. Siap nak lari keluar dari bilik treatment!
Sebab dia dah tau macamana rasa Cryo tu kan, pedih. Siap muntah sebab takut.


020517:: 2nd treatment::: before cryo

020517: 2nd treatment::: after cryo. Hakim tak nak amik gambar muka. Dia kata malu, Nangis. Hhehehehehe...

16-05-17:  3rd cryo

16-05-17: after cryo. Dah tak nangis dah  :)


30-05-17: nampak macam dah ok kan? Alhamdulillah
06-06-17: Ofa teman Hakim cryo: Hakim tak nangis sebab nak tunjuk macho kat Ofa. Heheheheh.


Total Cryo 7 kali.
Ngam-ngam  seminggu sebelum raya dah tak perlu dah Cryo lagi.
Alhamdulillah.


Pengajaran & Saranan:::

* Jaga kebersihan diri.

*Kalau anak tak sihat, better rujuk doktor. Bukan pharmacist.

*Kalau kena Molluscum ni , elak garu sebab air daripada bintik tu yang akan merebak dan membiakkan bintik baru.

~~~semoga Hakim sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah~~~