Monday 14 August 2017

Farm in the ciTy bukan Zoo. ;P

Mama and Papa  first time datang sini, 
Hakim pula  ini your 2nd time ke Farm in the city, masa age 4 , Hakim dah follow rombongan tadika ke farm di Sri Kembangan ni. Kiranya masa kita ke sini, Hakim lah yang guide kitorang nak tengok rabbit kena belok sana. Kalau nak naik pony pula kena corner sini. Hehehehehe....

Kita pergi masa public holiday sempena pertabalan Agong April lalu .
Lamakan baru nak up entry ni. Sorry lah ye Hakim.
Sampai sana tengok punyalah ramai orang kt sini.
Parking dalam semua dah full, kita terpaksa parking kat luar. Kena menapak sikit lah ye.

Oh... nak bagitau farm in the city ni bukan macam zoo ye.
Animal besau - besau takde ye kat sini. So jangan bagi harapan kat anak-anak kata ade gajah, giraffe, tiger ape semua tu ye. Sebab most animal yang ada kat sini jenis yang kiut miut sahaja. Yang jenis buat pet. Nama pun farm kan....

Boleh feeding feeding. Touching touching  :)

Haaaa... macam tu kekdah nye kat mini zoo ni ye.

Kita nak pergi farm  :)

This is the MUST activity. Pony ride ni kena bayar asing ye. Guna token, RM7.


Boleh dikatakan kalau setakat nak bawa anak berjalan dekat area Selangor / KL boleh lah try bawa anak ke sini. Tempatnya tak lah sebesar zoo so tak lah penat nak round or dalam erti kata lain tak ler penat nak ngejo anak dalam tu. Hehehehhe...

Kalau kat zoo kita just boleh tengok animals dari jauh kan, tapi dekat sini boleh masuk sekali dalam kandang tu. Boleh bagi makan and pegang animals kat situ so anak seronok lah. Macam Hakim memang suka sangat lah nak feeding-feeding segala animal tu kan.

Ulor bawah ni pun hakim berani pegang kan. Mama je lah bising, setiap kali Hakim pegang je animal. Mama suruh wash your hand. Tapi yang bagus nye tempat ni. Dorang sediakan banyak sinki. Senang lah sikit hati emak-emak ni kan. Tak ler melilau nak cari paip nak wash hand.

Ye lah anak-anak ni main sedap dia je garu muka lah,
korek hidung lah lepas pegang animals ni kan. Dah le awak tu tengah under treatment untuk Molloscum. Ape Molloscum? Ha... tu nanti Mama cerita dalam entry lain ye.

Hakim memang berani!

Discus pasal anak ayam.

White peacock

Hakim session with rabbit

Banyak anak ikan dalam tu oiiiii...
Di farm in the city ni juga ada diorang bina drain di sekeliling kandang rabbit.  Ramai lah budak and mak budak dok main kat drain ni nak tangkap ikan. Jaring disediakan secara percuma . Haaa...siap lah ye time ni kalau tak basah baju anak memang tak sah.

So better lah siap sedia baju lain dalam beg. Kang dah berlemuih anak main dalam drain ni, nak balik naik keta macamana kan. Tak kan nak biar basah lembab kering sendiri plak kan. Tak pasal gatal-gatal pula. Macam Hakim time ni hujan dah mula nak turun so tak dan lah nak berjaring kat drain. Hakim acah-acah nak tangkap guna tangan je.

Hakim ni mana kira orang tengah nak bergambar. Dia main syok je terus pergi kat rusa and usap.  Sori lah kak ber hat. Anak saya tumpang pegang jap ye rusa ni. Hehehehehe...

Antara sinki yang disediakan.

Tido ke Papa?


Duck in action.
Kecil kecil farm ni pun almost 2 hour juga lah kita kan dalam tu. Walau pun farm ni in thecity but dorang pandai buat landscape kat sini jadi cantik and redup. Banyak pokok besar yang ditanam so selama berada dalam ni kita tak akan dimakan terik matahari.

Tempatnya pun diselenggara dengan baik. Bersih.
Bau tu jangan cakap lah ye... nama pun farm so sure lah kat kandang kambing tu akan ade bau poo poo kambing. Heheheheh...

 At least anak kita akan tanya
 "Eiiiwww..bau apa ni Mama?"
" Owhhh.. ini lah bau poo poo goat. Nampak tak yang bulat-bulat hitam tu. itu lah poo poo nye"

Secara tak langsung anak kita boleh recognize bau poo poo kambing tu macamana kan.
Hehheeheh... Serious positive Mama ni kan!


Pergi time cuti memang ramai lah orang.
Okay, ni Mama nak share pengalaman Hakim di farm in the city bercama the giant kura-kura.
Besar kan kura-kura tu.

Ada banyak juga kura-kura dalam ni and Hakim tak sudah-sudah nak feeding si kura-kura. Asal nampak kura-kura yang lonely dia akan feeding. Lonely kooooo... hehehheehe.


Sampai lah ke satu saat ni. Tengah Mama and Papa tengok Hakim feeding the kura-kura suddenly Hakim berdiri laju and pegang jari macam kat bawah ni.

Muka pun tak se berseri masa sebelum-sebelum tu.


Ha....
Ada budak kena gigit dengan kura-kura.
Luka  jarinya. Berdarah.

Alahai kesian tengok tak sampai hati nak snap jari Hakim yang bleeding tu.
Tajam juga ye gigi kura-kura ni.

Sampai terkoyak jari anak Mama. Papa kata nasib baik kura-kura tu baik hati, sebab biasanya kena guruh bunyi baru kura-kura lepaskan gigitan.

Ermmm.. ye ke????
Papa ni buat-buat cerita ke ... betul-betul ni?

Tak kisah lah kan, tapi lepas je tragedi luka di jari terus lah  kita berangkat balik. Hari pun time tu dah mula hujan. Hakim pun muka dah kembang kuncup menahan sakit.



Overall . Hakim happy sangat sepanjang masa berada dalam Farm in the city . Kecuali bila dah kena gigit dengan kura-kura. Yang tu memang salah Mama and Papa sebab kurang pantau anak sebenarnya. Bawa anak-anak se usia Hakim memang berbaloi dan senang je nak cari tempat ni.

Guna je waze , InsyAllah sampai lah terus ke pintu depan farm in the city ni.

 Nak ke ke sini lagi???
 Erm....
 Lagi 2-3 tahun lagi... maybe.  :)