Tuesday 17 March 2015

Flemington Hotel, Taiping cipta kelainan.





Dah 5-6 entry kita di Taiping Mama dah up.
Baru ni lah nak buat review pasal hotel yang kita stay selama 3 hari 2 malam ni Taiping ni.

Actually Flemington Hotel ni bukan pilihan pertama Mama untuk percutian kita kali ni.
Asalnya Mama nak stay di Kamalodge  Chalet but unfortunately dah fully booked for that day.

Bukan apa, tak banyak hotel area Taiping ni yang ada swimming pool. Lagipun Kamalodge ni  dekat dengan tasik and tempat yang Mama dah survey nak kunjungi.

So google punya google... dapatlah info pasal Hotel Flemington ni. 
Itu lah al-kisah macamana boleh ter stay nya kita kat hotel ni.



Nampak tu... Kamalodege, Flemington and tempat menarik ada dekat-dekat.

Kita check-in hotel lepas balik dari Zoo Taiping. 
Penat , Papa sempat tidur rehatkan badan dan minda sebelum kita teruskan aktiviti percutian.
(ayat macam pergi bercuti jauh di Eropah plak. Hihihihi...)

Kat lobi... hujan turun.

Ok... Kata nak review  and nak share citer scary hilang semangat kat sini kan.
Ni nak share ye...

Kalau nak tau pasal harga bilik, nak tengok galeri bagai and nak booking hotel ni boleh click je kat FLEMINGTON HOTEL  ni ye. Semua info disediakan dalam laman web tu. Simple.

For review dari hati sanubari pula, 
Mama mulakan dengan location and facilities dulu ye.

Katil saiz king, ngadap tasik.
Lokasi Flemington Hotel ni memang lah sangat-sangat strategik,
berdepan dengan tasik Taiping yang besar dan cantik.

Malah hotel ni memang dekat dengan Zoo Taiping, Bukit Larut,
ATV advanture, Equine Park yang untuk horse riding tu pun ada dekat area ni je.

Kira kalau pasal lokasi memang hotel ni tip top!
Kedai makan pun dekat je dengan hotel ni.

Bilik ngadap tasik .

Selain tu, bilik nya bersih dan rate yang ditawarkan boleh tahan, mampu inap.
Bilik air pun bersih , yang penting tiada bau hapak.

Staff pun ramah and selalu senyum. Makanan, Alhamdulillah sedap dan halal.
Bagus-bagus. Tu semua Mama puji.

Breakfast nasi lemak, menu wajib ada selama 2 hari bf kat sini.

Hakim makan buah and cake.

Yang paling best, kat Flemington ni ada kolam renang kat bumbung hotel!

So far belum pernah lagi kita berjimba di roof top hotel.
Thats make this hotel special lah pada Mama.

 Kita mandi tak ingat dunia kat sini. Hihihihi....
Best sangat.



Selfie time mandi di swimming pool, Flemington Hotel.

Cuma nak minta hotel ni upgrade sikit je.

Parking!

Yes! Parking sangat limited.
Guest yang lambat balik, parking biasanya kena park tepi-tepi jalan. Bilik pun tak disediakan fridge. Padahal bilik yang kita amik ni bilik Premier room. Bantal pun tak ada extra, cukup-cukup 2 biji pillow je dorang ni provide. 

Nasib Mama bawakan extra pillow untuk Hakim.
Almari baju pun tak ada, cuma boleh hang pada open space yang disediakan  bersama hanger macam dalam gambar kat bawah ni. 

Gobok tadak. Tilam extra tu Mama bawa dari rumah. Tapi Hakim benonya banyak tidur atas katil dengan Mama and Papa. 

Itu bab facilities, 
ni Mama nak share pula pasal kes hilang semangat Mama time duduk kat hotel ni.

 Kes yang mana peneraju utamanya adalah Kamu.
Iye....  kamu anak ku... Andy Hakim.

Serius bila di ingat balik peristiwa ni memang seriau jadinya.


Segala puju bagi Allah.
Allah memang sebaik-baik tempat berlindung, tempat bergantung harap.

Meh nak share ape kes nye jadi kat hotel ni...


Tingkap boleh buka tanpa grill ni tak sesuai kat sini!

Nampak dak yang Mama bulatkan kat gambar atas ni.

Okay... sepanjang stay sini Mama tak perasan pula yang bilik ni ada tingkap
boleh buka kat part bawah tu. Setiap partition tingkap bawah tu ada 1 tombol pusing untuk membolehkan  tingkap dibuka.

Kebetulan pula, langsir bilik ni memang Mama and Papa akan pastikan ia sentiasa ditutup,
maklum lah depan tasik kan. Tak kan nak buka. Time keluar bilik je baru Mama selak langsir bilik ni.

Nak di jadikan cerita.

Satu malam, time maghrib  malam ke-2.

Papa tengah shower,
Mama tengah ngemas baju kotor sambil tu tengok-tengok juga Hakim
yang tengah syok main sendiri. Bawa pelampung ke sana sini . Keluar masuk curtain.

Tengah Mama dok  ngemas and berehat santai sementara tunggu Papa siap mandi, tetiba rasa sunyi je.  Hakim senyap je tak keluar dari curtain.

Nak tau ape jadi???????

Mama selak langsir, tengok Hakim dah buka tingkap tu!!!

Ya Allah!!!!!!!
Allah je yang tau perasaan Mama time tu.

Hakim dah buka tingkat tu luas-luas!
Kepala dah dok julur ke bawah! Gamaknya nak tengok lampu-lampu kat bawah lah tu.

Terus Mama tarik tangan Hakim.
Separuh nyawa Mama time tu rasa dah melayang tah mana-mana.

Ya tuhan... terima kasih kerana menggerakkan hati ku ini.
Rasanya kalau Mama biar dalam 5 saat je, tak tau lah apa yang jadi.

Walaupun stay tingkat 1 but... ish!!! Nauzubillah. 


Ape kejadahnya hotel ni buat tingkap pada paras budak boleh buka ek????
Bahaya tau dak!!!

Pastu memang senang je nak buka tingkap tu. Kan elok buat tingkap pada aras kaca yang atas sekali or hat tengah ke kan. Pastu tombol pulas untuk buka tingkap tu biar tinggi.

Ini tidak!!! Bahaya tu....
Mama rasa tingkap tu tak patut ada kat paras bawah tu. Elok dibiarkan je tanpa tingkap yang boleh dibuka. Kalau nak juga tingkap bawah. pasang grill.


Papa keluar bilik air terpinga sebab Mama dok bising ke Hakim.
Bila Papa tau je hal sebenar, apa lagi. Drama air mata lah Hakim time tu.

Itu lah pengalaman yang paling tak best, berkecamuk hati, paling scary sepanjang bercuti di sini.
Harap pihak hotel dapat buat sesuatu sebelum kejadian buruk terjadi.
Bukan apa, sememang nya sangat tak wajar ada tingkap macam tu kat hotel ni.


Hakim... Mama sayang Hakim.


Since haritu,
langsir bilik memang akan dibuka je. Mama and Papa kena sentiasa alert dan berhati-hati.
Nasib baik tinggal 1 hari je nak check out so hati ni tak de lah risau sangat. 

Overall stay di Flemington Hotel ni sebenarnya best tapi dek kerana pengalaman yang sangat menakutkan ni maka daripada nak bagi 3 bintang terpaksa bagi 1 bintang je.

Keselamatan adalah yang paling utama.

Se-gah mana pun hotel tapi kalau soal keselamatan tidak dititik beratkan, maka percutian jadi tidak bermakna. Mama harap sangat pihak hotel lebih sensitif, kalau diorang upgrade hal keselamatan ni... Insyallah next time kalau kita ke Taiping akan stay lagi di sini. Sebab roof top swimming pool nya sangat best!





Pagi tu dalam pukul 10am selepas berjimpa di roof top swimming pool hotel kita check out.

Kengkonon nak ke Doli Char Kueh Tiew time nak on the way balik KL. Tapi kedai tutup plak.
Operation hour mula pukul 11.30am rupanya. Papa malas nak tunggu, so tak dapat lah nak merasa Doli Kueh Teaw yang dikatakan sedap ni. Tak de rezeki... tak pe lah.

Overall percutian di Taiping ni ... menyeronokkan.
Segala yang terjadi sepanjang percutian kali ini mengajar Mama and Papa supaya lebih berhati-hati dan menyedarkan Mama yang kemalangan boleh berlaku walaupun dalam bilik tidur.

List to do/eat/go boleh dikatakan 70% fullfill.

Cuma kita tak dapat naik ke Bukit Larut, ke Equine Park, tengok firefly atas faktor cuaca dan salah timing. Tak pe... tapi pada percutian kali ini Mama berkesempatan berjumpa, berpeluk dengan roomate/ classmate Mama time study di UTM, Skudai.

Hampir 7 tahun tak berjumpa, last jumpa time Mama and Papa kawin , 
auntie Emy ni ada datang memeriahkan majlis kawin.  

Auntie Emy , Mama and her son... Zareef. Antie Emy masa ni pregnant 2 month. 

Malam ke-2 lepas incident Hakim buka tingkap tu, Antie Emy sekeluarga datang ke 
Taiping belanja kita makan di Gate Cafe.  

Okay lah ... boleh tahan masakannya di sini. Ada masakan melayu dan barat. 



Tapi susah betul nak dapat parking kereta untuk makan kat sini.
 3 -4  kali round baru dapat parking tapi jauh sikit dari Gate Cafe ni. Dah lah jauh, siap kena 'pau' dengan seorang lelaki India time parking kat belakang restoran ni. Bukan 'pau' jaga parking but that Indian man minta duit sebab tak cukup duit nak ke Hospital Selayang. Boleh???

Badan cergas, sihat tapi terjah orang minta duit di tempat parking yang gelap dan sunyi.
Nonsense dan menakutkan sangat.

 Dah lah malam kan... tempat parking jauh kat belakang deret-deret kedai. Terus Papa start engine kereta and pusing cari parking tempat lain yang lebih terang dan selamat. 

Alhamdulillah, sekali pusing terus dapat parking betul-betul depan Gate Cafe. Bukan apa, takut juga kang kalau parking juga kat situ si India tu datang balik and gores kereta sebab tak puas hati tak dapat duit kan. Ieeee... macam-macam pesen orang dalam dunia ni kan. 

So... rasa-rasa nak ke Taiping lagi tak pasni???

~~~~Dimana jua.. hanya Allah sebaik tempat berlindung~~~~




Roof top swimming pool in Taiping,Perak.

Kolam for anak-anak,, kedalaman 2 feet only.

Last day in Taiping....
Baru boleh ber dating 3 beranak at roof top hotel for swimming time!!!!

Ini fisrt time kot kita mandi swimming pool kat atas bumbung hotel.
Sebabkan hotel ni satu-satunya hotel yang ada swimming pool atas bumbung dalamTaiping, so Mama berkeras juga nak stay kat hotel ni berbanding stay di Bukit Merah Laketown Resort seperti yang Papa nak.

Macam biasa.... 
Dalam hal-hal pilih-pilih hotel ni, Mama always win! Hihihii

As plan, mandi di roof top ni pada last day stay kat hotel ni.
Monday morning. Yang syoknya time kita mandi ni takde orang lain yang mandi.

Jadi macam...

INI KOLAM KITA YANG PUNYA LAH!


Happy faces

Budak demam nak mandi kolam. Kesejukan tapi tak moh naik.

Only us. 

Seronok beronok-ronok main air 2 beranak.


Bukan senang tau nak dapat macam ni. Macam dapat private pool pula kan. 
Yang ada cuma seorang makcik cleaner, sorang technician yang dok ulang alik  and pelayan bar. Sebab kat atas ni memang ada bar, Skybar.

Kolam untuk dewasa  ni kedalamannya  4-5 feet. Belakang tu bukit diselaputi kabus.  Sejuk je...
Kat sini 5 kaki dalam... tatak berani woooooo... Kalau Papa mandi sekali baru brani nak terjun sini.

Makcik cleaner tu kata, biasanya hari cuti and hari minggu yang ramai orang.
Pagi Isnin memang tak ramai. Maklum ler... Isnin semua orang dah start kerja kan. 

Hakim time ni demam tapi sanggup turun masuk kolam yang sejuk tu.
Tak dan lah nak salin swimming suit. terus masuk kolam. Pelampung pon tak kisah 
tak bawa naik sekali.

Bila tengok takde orang lain mandi sekali, Mama pun  joint lah sekaki.
Seronok tu bila pool yang besar ni tak ada orang lain selain kita.
U now what, that day di roof top swimming pool inilah, 
buat kali pertamanya Mama  pandai berenang!

 Walaupun tak sampai 2 meter jarak renangan. tapi kira okay lah kan. Papa senyum je bila Mama suruh Papa tengok Mama swimming. Bangga kot tengok isterinya baru pandai berenang. Or.... sebab kesian plus gembira tengok isteri dah masuk 3 series baru pandai swimming. Huhuhuhu....
Apa pun Mama sangat- sangat happy.

Nampak dak tu Mama berjaya berenang! Yeay! Thank u Allah.

Selama ni Mama memang tak pandai berenang. Nak belajar tapi segan sebab semua swimming pool, waterpark and laut  yang kita pernah pergi, semua ramai orang.

Kalau kat swimming pool yang tak ada orang pun, Mama still segan sebab biasanya swimming  pool kan kat area bawah tepi hotel. So guest yang stay bilik mengadap swimming pool, free je dapat tengok orang dok mandi kan. Tu yang Mama jadi segan tu. Terbantut nak belajar berenang.

 Lebih-lebih lagi kat laut, lagi lah Mama tak sanggup nak belajar kat laut yang terbentang luas tu. Kot tenggelam lemas kang, sedar-sedar dah sampai tengah laut.
Itu kalau sedar, kalau tak sedar? Ish....  Nauzubillah!

Jadi kat sini Mama betul-betul spend time main air dengan Hakim puas-puas.
Seronok! Papa???

Papa je tak mandi. Papa time ni jadi Tan Sri Edi. Tak caye? tengok gambar ni.

Tan Sri Edi  reading news paper sambil silang kaki.

Kan macam Tan Sri, Tan Sri tengah baca paper sambil menemani Puan Sri dan anaknya mandi di roof top swimming pool. Hahahahaha....

Pengalaman mand di roof top hotel ni memang menyeronokkan. Bukan saja tak ada orang, malah Mama, Hakim and Papa dapat menikmati keindahan Taiping dari atas bumbung hotel ni.



Kabus pagi dan pemandangan bukit bukau dari roof top ni sangat mendamaikan. habis release semua masalah. Sambil main air, Mama dapat menghayati keindahan dan mandi manda bersama Hakim terayang. Dan Mama percaya saat itu Hakim and Papa pun turut happy.

Panjang berjela cerita pasal kolam renang atas bumbung je pun. Hihihihi...
Ape nama hotel yang ada kolam renang atas bumbung ni ek?

FLEMINGTON HOTEL

Ha... review pasal hotel ni Mama akan buat sat ja lagi.
Sebab ada incident yang sangat-sangat scary, hampir-hampir terjadi pada Hakim saat kita stay kat hotel ni. Seriau bila Mama mengingatkan nya.

Apa pun... untuk service swimming pool di roof top hotel ni memang terbaik.
Recommended lah. Best! Ada kelainan.

Tidur ke Pa??? Pejam mate.   hihihihihi...


~~~ Yeay! Mama dah pandai swimming. Hakim bila lagi?~~~

Monday 16 March 2015

Meratah Ketam Lembut di Kuala Gula.

Satu lagi destinasi yang wajib dicari.
Wajib cari sampai jumpa ye .

Balik daripada berjimba di Bukit Merah Laketown, kita 3 beranak teruskan pemanduan ke Kuala Gula, tekak ni teringin beno nak makan ketam lembut. Bunyinya macam selalu je makan ketam lembut kat sini kan. Macam pro. Padahal tak pernah pergi pun.

Kat tempat lain susah nak dapat menu masakan berasaskan ketam lembut ni.
jadi alang-alang dah bercuti ke Taiping,  nak tak nak Papa kena bersabar mencari restoran yang ada hidangan ni untuk Mama.

Berpandukan GPS dari aplikasi waze akhirnya kita sampai ke Kuala Gula.
Kuala Gula ni tempatnya sunyi... banyak pokok paya. Dekat dengan laut. Burung helang yang warna coklat tu pun banyak terbang rendah dekat sini. 

Actually sepanjang perjalanan pada hari tersebut ke Kuala Gula , Papa asik je tanya Mama.
"Betul ke jalan ni? Takde apa pun"

Mama biasalah . Confident. 
"Betul ni sayang... terus je ikut waze ni"
Padahal dalam hati rasa betul tak je ni.  Mama kena confident sebab kalau Mama tak confident nanti Papa lagi lah tak confident. Silap haribulan Papa u-turn nye kereta balik hotel. Oh tidak!

Dalam ye tidak tu, terjumpalah pulak signboard restoran terapung JS  kat tepi jalan besar
Siap tulis ketam lembut dan kari sembilang nak oiiiiii.

So kita terus masuk ke dalam follow the signbord and  Papa drive straight sampai jumpa tempat kat bawah ni. Ada orang kata sebelum ke sini better call dulu, takut time kita terjah tu tak ada ketam lembut kan. Dah rugi kan.... So contact dulu ek no telefon JS muara Restoran yang ada dok tepek kat photo bawah ni ye.

Yang bumbung kuning tu jeti nak ke JS Muara restoran terapung ni.  

Rezeki nak dapat makan ketam lembut sambil terapung atas air.
Masa kita sampai sini around pukul 3 petang, so orang tak berapa ramai. Order pun cepat sampai. Mama rasa kalau pergi pukul 7 malam membawa ke malam mau full house restoran ni.




Makan terapung-apung






Kita order  5 ekor soft shell crab
( 3 ekor buat goreng tepung + 2 ekor masak pedas masam manis),
kari ikan sembilang sekor, sup kosong and sayur campur.
Fresh orange, teh o ice limau, air suam

Sebelum sambung Mama nak iklan sat.
Cer sebut lelaju.

 soft shell crab!     soft shell crab!       soft shell crab!   soft shell crab!

berbelit hulu lidah kan. Kikikikiki...

Nak close up gambar se round dulu...
Ketam lembut goreng bertepung. Isi banyak ni! Sedap! 

Kari sembilang seko!


Okay meh Mama terangkan serba sedikit apa specialnya ketam lembut ni ye.
Cer bayangkan tau sambil baca ni.

Papa senyum tu maksudnye ape? 


Untuk mendapatkan rasa ketam lembut yang original, better makan yang goreng tepung punya style.
Makan panas-panas. Pehhhhhhhgggg.... terangkat!

Ketam ni memang lembut sebab tak ada kulit kat tempurung badan.
Chef dah siap belah 2  bahagian bagi setiap ekor ketam so untuk sebelah ketam yang dibelah dua tu boleh dimakan 2 kali ngap!

Yang mulut besar boleh makan sekali ngap je
Macam Mama and Hakim ni sopan... so berngap-ngap lah untuk makan sebelah ketam tu.

Masa makan tu tak yah fikir dah nak congkil isi pakai sudu ke... garfu ke... jari ke kan.
Tak yah susah-susah nak kopek kulit ketam bagai.

Ngap terus masuk mulut! Mudah dan pantas. Tak payah kopek-kopek.
Bahagian kaki ketam tu pun lembut. Mama suap Hakim makan kaki ketam, selamber je Hakim makan. Pendek kata semua bahagian ketam ni memang lembut dan  boleh dimakan. Isi dan kulit semua boleh telan. Goreng pula sampai garing. Jadi ketam lembut tu memang sedap lah dimakan rangup. Nampak.... Di situ kita boleh kata as zero pembaziran.

Macam berbelit-belit, berulang -ulang  pula ayat Mama ni kan. Hahahahahah...
Senang kata memang sedap lah ketam lembut ni. Sekali seumur hidup kena try.

Hakim makan ketam banyak. Suka Mama tengok, berselera je.


Time Mama makan ni, orang yang paling Mama ingat adalah  Abah Mama (Ato MS)
Atok MS memang suka makan. Dah beberapa kali Ato cerita nak try ketam lembut ni. Kat area KL/ Selangor macam tak jumpa ketam lembut ni.

Insyallah... dah tau tempat ni,  mudah-mudahan diberi kesempatan dan kelapangan daripada Allah untuk kita sama-sama menikmati ketam lembut ni dengan Ato and Jida pula. Serius sedap makan kat sini. Mama jamin kalau kita bawa Pok Dal makan ketam lembut kat sini, Pok Dal pun akan enjoy makan ketam sampai licin. (Pok Dal tak suka makan ketam sebab tak suka nak kopek, korek-korek cari isi ketam, leceh katanye)

Oh ya, harga bagi seekor ketam lembut kat restoran ni dalam range RM7 ke RM8, ikut saiz.
Tapi masa order tu minta je saiz besar yang RM8,  Besar dan isi pun banyak, beza harga seringgit je pun. Baru puas hati makan kan.

Yang ketam lembut masak pedas masa manis tu pun.... sedap bak hang!
Kuah cili tu salut elok kat ketam. Pekat! Pedas! Delicious yummy!

Tak cukup cicih ketam goreng dengan sos cili, Mama and Papa dok cicah dengan kuah sos pedas manis pula. Memang terbaik lah.

Nak habaq betapa sedapnya ketam lembut ni, habis makan seround, Papa dok order lagi seround! Tambah lagi 5 ekor ketam lembut goreng tepung. Hambik!!!!

2nd round! Papa tambah lagi 5 ekor ketam lembut.


Meratah sakan Mama, Papa and Hakim kat sini. Kenyang perut makan ketam je kita harini.
Kari sembilang pun sedap juga tapi nothing can beat si ketam lembut!

Nasib order sekor je ikan sembilang ni. Tapi licin juga lah semua lauk yang kita order, cuma sayur sampur tak berapa nak jalan.  Tak jalan bukan tak sedap tau, tapi sebab kekenyangan dok mencekik ketam and ikan.

Berapa ek cost makan kita kat sini?

Kachinggg!!!!!
RM105. Tunai.....


~~~~  Burpppp... kenyang Alhamdulillah~~~

Hari ke 2: Bukit Merah Laketown

Alhamdulillah
 hari ke 2 di Taiping we manage to jalan-kalan cari pengalaman di
Bukit Merah Laketown Resort pula.

Di Bukit Merah Laketown ni ada 3 tempat yang boleh kita lawati;
1. Ecopark :: macam mini zoo
2. Waterpark
3. Pulau Orang Utan

Masa kita pergi ni tengah ada promotion,
Untuk pakej Ecopark + Waterparkso dapat save dalam RM10 per head. Untung-untung....  :)
Cari mana Hakim .

No more free entry



Crowd boleh kata average je time tu. Sebab kita datang ni time hari ahad yang bukan  jatuh pada musim cuti sekolah. So tempat ni tak sesak sangat. Happy je boleh santai-santai, boleh jalan slow-slow, boleh bagi makan animal lama-lama.

 Kira best lah bercuti time weekend yang bukan musim cuti sekolah ni. Tapi kalau pergi time hari sekolah pula rasa macam tak syok . Tak kan nak tengok persembahan binatang kat sini kita-kita  je. Macam tak happening lah pula kalau just ada 2-3 keluarga time persembahan animal, time mandi kat water park, time makan. Iye dak???.

Pada pendapat Mama, tempat luas macam ni best bila crowd average je.

Okay lepas dapat tiket kita terus ke Ecopark dulu. Pada pikiran Mama and Papa, elok kita ke ecopark dulu sebab kalau dah mandi kat waterpark nanti penat , malas nak berjalan.

Jadi di pagi yang ceria itu telah dimulakan dengan aktiviti menaiki sky cycle.
Kali pertama naik sky-cycle. Mama gayat!!!

Bawah tu tasik ye. Luas tasiknya.


Nak kata tinggi railway nye...idak lah. Tapi serius gayat pasal gerabaknya macam terlalu open. Pastu bila dah half way, tak berani nak move badan ke kiri or kanan lebih-lebih sebab bila move lebih sikit nanti gerabak tu akan sengit ikut belah mana berat.  Tapi Hakim... anak Mama ni sangat lah brave.
Sepanjang skycycle tu tenang je, siap boleh acah-acah Mama lagi tu. Adoi ... Mak gayat nak oiiii!!!



Papa??? Papa tak dan nak gayat kot sebab Papa terpaksa menanggung berat kita 3 orang untuk mengayuh gerabak tu dengan hanya menggunakan tangan. Kikikiki... kesian Papa. Ini lah yang dinamakan pengorbanan kan Sayang? Hhihihihi...



Selesai ber skycycle kita masuk mini zoo pula.  Mama belikan Hakim 1 set makanan untuk animal feeding, 1 set harga RM5 je. Macam-macam jenis sayur and roti disediakan
.
Bila kita masuk je  ke dalam Ecopark tu, terus sang beruk monyet yang ada kat situ mengejar kita. Fuhhhh...nasib ada jaring so Hakim just bagi makan beruk and monyet kat situ melalui jaring. Monyet kat sii pandai, dia tau kalau orang datang pegang plastik tu maknanya ada lah makanan untuk diorang. Kalau pengunjung tu tak bawa plastik, tak de plak dikejarnya. Betul.... Percayalah.


Monyet sibuk ngejar nak makanan.

Nasib baik monyet di dalam kurungan. Kalau tak..... 


Bukan je monyet yang kejar,...
ayam jantan
ayam betina
merak jantan
merak betina



Merak cantik

 Kita jalan-jalan dengan Merak bebas kat sini .


Ngekot je kerja nye.
Dari pintu masuk, sampai nak keluar dua ekor ni asik membontottttttt je kita. 


Binturung makan roti yang kita sua guna buluh yang disediakan.

Rusa makan sayur

Alololooooo... somel kan anak kambing ni. Bersih.


Semua 4 animal ni dok membontot je mana kita pergi, Bezanya monyet dan beberapa animal lain macam ular, rusa, kambing, pet animal di asingkan dalam jaring or kandang. Yang 4 ni bebas. Ha... dari pintu masuk sampai pintu keluar lah di ikutnya kita. Betul......

Binatang-binatang ni macam tak takut orang.
Mama pula yang takut ke binatang ni semua. Ada ke patut???
Huhuhuhu...



Tapi kan nak puji lah sikit ecopark kat Bukit Merah Laketown ni ye, even binatang nya tak sebanyak binatang di Zoo Taiping tapi kita selesa. Siap boleh pegang rabbit. Boleh animal feeding kan and ada animal show lagi tau. Walau pun tak lama, sekurang-kurangnya suasa dalam ecopark tu hidup. Budak-budak suka.



 Cuma time nak gerak dari 1 zon ke 1 zon dalam ecopark tu macam risau sikit. Pasalnya laluan tu tinggi bertangga dan  berlapik kayu sahaje. Some pelapik kayu tu Mama rasa macam tunggu masa nak retak and pecah je.

But Alhamdulillah semua selamat, Hakim pun happy , kalau boleh semua animal nak di feedingnya. Concept di Ecopark ni lebih kurang macam zoo di A-Famosa, Malacca. Bila anak terhibur... pastinya mak apak pun suka kan. Tak kisah walaupun anak ni amik masa lama sikit kat sini sebab nak feeding animal, nak touch animal. Kan kan kan??? Hihihih...

Selesai meng feeding kan animal, kita laju-laju ke waterpark pula.

Kat waterpark time ni ramai lah juga orang. Melayu,Cina , India semua ambil kesempatan hari minggu bawa anak mandi kat sini berbanding kat ecopark tadi.

Hakim tak sabar nak mandi



Time kita masuk waterpark ni  matahari dah dok canak atas kepala. Panas nye tuhan je yang tau.
Teriknya sampai itam lah badan. Jadi sunburn.

Balik dari waterpark Papa asik bising tangan dia dah hitam.
Apalah Papa ni kan. Tengok Hakim relex je, hitam pun tak kisah janji boleh main air.


Duit dalam poket, basah lencun.

Terik matahari tak menghalang Hakim nak berjimba.

Papa jadi shark tangkap kaki Hakim

Asalnya Mama tak nak mandi. Just nak monitor Hakim je dari jauh. Tapi kesian pula tengok Hakim asik kena buli ngan Papa. Mama masuk lah juga dalam air.

Oleh sebab waterpark Bukit Merah Laketwn ni tak berbumbungkan, so bila masuk dalam air ni memang rasa panasnya. Tak macam waterpark kat Gambang, ada bumbung kat kolam untuk budak, so tak lah panas sangat budak nak main air.


Mama nak mandi juga.

Cari spot redup.

Anak tunggang langgang kat slide, Papanye syok bersiram.

Seronok lah tu.

Papa dah hilang.


Puas mandi anak Mama kat sini. Panas-panas hari pun tak dikesahkannye.
 Bilik persalinan kat sini bersih dan banyak  disediakan. Selesa nak mandi, air pun laju. . Surau pun ada untuk solat. Locker pun banyak. Pilih je mana nak.

Dalam sejam juga lah kita dok berendam dalam ni. Tak boleh lama-lama. tak tahan cuaca panas. Melecur kaki nak menapak dari satu park ke satu park. Paneh!

Balik dari Bukit Merah Laketown terus shoot ke Kuala Gula.
 Perut lapo nak minta di isi ketam lembut.

 Kita tak masuk ke Orang Utan Island sebab rasa macam tak berbaloi.
Kena tambah ongkos lagi kalau nak ke sana.  Tak pe lah ye Hakim, next time kita ke Sabah tengok Orang Utan kat sana. Boleh Papa nye? Hihihihi....

~~~~ 3 bintang untuk Ecopark, 2 bintang untuk waterpark~~~