Thursday 27 April 2017

KhataN @ SunaT: PART 3 - Berpantang


Image may contain: 2 people, people sitting, bedroom and indoor
Malam sebelum bersunat. Happy faces.
Sunat ni sakit macam kena gigit semut je....

Huh!!!!!

 Siapa lah yang memulakan statement ni ye? Sebab ternyata bukan macam tu. 
Papa kata kalau tak cakap macam tu nanti budak-budak ni tak moh bersunat.

Yang sakit macam kena gigit semut tu masa doctor inject ubat kebas aje. Lepas-lepas tu.... ahzab nye. Kesian Mama tengok. Nak nangis, panic pun ada. Meh nak citer meh.


Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and people standing
Alhamdulillah.  Gambar selepas bersunat.
 Sebelum khatan, doctor akan bagi  makan ubat dulu. Antaranya ubat tahan bengkak and tahan sakit. Hakim kata, masa doktor inject tu Hakim boleh tahan. Memang sungguh pun. Hakim keluar bilik doctor tak nangis pun. Masa tu yang teman Hakim dalam bilik doctor cuma Papa and Pak Ngah Mizi. Mama tunggu kat luar, tak sanggup dan masuk.

Image may contain: 1 person, sitting
Masuk kereta kejap, terus tidur sampai lah ke rumah.
 Sampai je rumah. Dah macam drama Melayu. Hakim menangis beria-ria sangat! Masa kat rumah baru lah Mama tengok keadaan "anu" Hakim. Macam ni ke sunat???? huhuhuhuu...
Patut lah sakit....

Rupa-rupanya Acik Haziq kat rumah pun sama.  Menangis beria.
Mungkin sebab kesan ubat tahan sakit tu dah habis. Panic Mama dibuatnya. Pujuk-pujuk pun nangis juga. Mama pun dah macam nak suruh je Papa angkat Hakim pergi clinic tu balik.

Bila Jida sampai rumah kita. Pujuk bagi segala macam coklat. Then bagi makan ubat tahan sakit. Baru lah Hakim lega. Penat nangis + tambah dos ubat tahan sakit.  Terus tidur. Bagi ibu-ibu yang pertama kali handle anak berkhatan mesti akan terkejut.  Mama is nak nangis tengok kan kamu.

Image may contain: 1 person, sitting and sleeping
Akhirnya tertidur selepas lama menangis. Sakit sangat katanya. Kesian Hakim.

Rupa-rupanya Hakim kena 11 jahitan.  Instead of 4 jahitan pada budak yang normal. Papa kata masa sunat tu rupanya masih ada nanah di bawah  "anu". Patut lah doctor kata kalau dah kena, boleh senang kena balik infection. And patut lah Hakim sangat sakit bila ubat bius habis,  Hakim banyak kali kena jahit.

Selesai bab khatan, sekarang bermula lah episod pantang dan penjagaan orang berkhatan. Nenek  and Jida pesan kat Mama, masa pantang sunat ni make sure Hakim;

  • kurang minum air, kalau lebih minum nanti nak kencing pula 
  • "anu" jangan basah. Mandi lap-lap je.Masuk hari ke-3 Mama mandikan tapi dengan penuh hati-hati tak mau "anu" kena air
  • makan makanan  yang tidak mengundang gatal. So no seafood, no ayam. Menu Hakim ikan merah, ikan senangin. Tapi masuk minggu ke-2 Mama dah mula  bagi Hakim makan ayam. As record, selama 2 minggu pantang ni, makan minum Hakim semua nak bersuap. Manje noh nohhhh!!!

Ini pula cara Mama and Papa gantung kain pelekat Hakim masa bersunat;



Image may contain: 1 person, sitting
Tempat gantung kain pelekat: Guna playmat or  buaian je. Masa ni day 2, mood tengah swing. Melayan sakit.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Day 2: Tak mau baring. Nak duduk je. Sampai tertidur kat kerusi. Sudahnya baby Ayra yang tidur atas katil.


Image may contain: 1 person, sitting
Lepas 3 hari lebih banyak guna buaian aje, tak guna playmat. Hakim pun dah bertambah ceria. Makan berselera.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Kalau nak berjalan or duduk,  Hakim just pegang je kain tu bagi tinggi.


Macam tu lah lebih kurang pantang nye. Ubat -ubat dari clinic memang Mama kasi Hakim makan ikut time. Masuk hari ke-4 , Hakim dah boleh pakai seluar. Jalan pun dah laju sikit. Tapi kain still kena gantung time tido. Masuk hari ke -12 Hakim dah boleh ke sekolah tapi jalan kena kepit-kepit juga lah. Tak boleh lari. Dah 2 minggu lebih sikit macamtu. Baru ok boleh lari laju. Berjalan kehulu hilir. Main skuter naik umah Ato pun selumber je. Alhamdulillah.

Image may contain: 1 person
Day 4: Dah siap boleh bersila. Main hot wheel dengan sepupu sepapat yang datang ziarah.


Image may contain: 1 person, standing and indoor
Day 12: Dah boleh ke sekolah.

Cuma nak pesan, bagi ibu-ibu yang pilih kaedah laser. Ibu-ibu akan dapati macam ada selaput kuning pada "anu" anak. Macam nanah yang keras. Benda itu bukan nanah ye. Benda tu adalah tindak balas ubat sapu dengan ubat cecair yang doctor sapu masa khatan.

Bila dah 7-8 hari, boleh lah lap dengan lembut kawasan tu bagi benda kuning macam nanah tu tanggal. jangan paksa pula ye. Buat slow-slow. Mama siap titiskan dengan air bahagian yang keras tu untuk bagi benda yang macam nanah tu lembut. Memang memerlukan kesabaran. Hati ibu-ibu kena kental sikit. Anak kita memang akan merengek time ni.

Tapi ingat ye, jangan paksa kalau benda tu tak lembut. Nanti luka pula. Sian kat anak. Kalau rasa risau, boleh je bawa anak ke klinik. Or call je pihak clinic yang khatan anak kita tu. InsyAllah mereka akan bantu sebaik mungkin. Satu lagi nak pesan, ibu-ibu jangan pula tarik benang yang dijahit kat 'anu' tu ye. Benang tu akan tanggal sendiri.  :)

Image may contain: 23 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Kenduri kesyukuran Hakim selamat khatan dan sambut ramadhan. (malam, 22/4/2017)

Apa pun Mama bersyukur kepada Allah kerana memberi Mama peluang melalui pengalaman ini. Bila Hakim sihat ni rasa kejap sangat masa berkhatan dan berpantang tu berlalu. Bila tengok Hakim dah sihat daripada khatan, Mama happy sangat! Sebab... melihat Hakim sakit berkhatan adalah lebih sakit daripada sakit melahirkan mu.

Semoga Hakim sihat dan menjadi insan hebat. Jadi hebat untuk agama, bangsa dan negara.

--- tamat episod khatan---

Thursday 20 April 2017

KhataN @ SunaT: PART 2 - Pilih kaedah bersunat yang tak sakit.

 Pening juga ye nak pilih kaedah khatan yang mana paling cepat baik and tak sakit.
Maklum lah last Mama mengadap and melayan orang bersunat masa Pak Unggal bersunat dulu. Ade kot dalam 15 tahun dulu kot. Itu pun Mama adik beradik tak pernah lah plak nak cek kat "anu" pak unggal tu. Yang Mama ingat masa tu Pak Unggal sangat lah berdedikasi dalam berpantang. Heheheheh...

Dalam kes Hakim,  seminggu juga lah infection kat "situ" tu baru pulih. As record, nanah yang keluar tu dalam 2 hari dah kering. Dah tak keluar dah. And Hakim dengan senang hati bagitau nak ke sekolah buat ujian. Dia kata sejak nanah tu keluar, kat "situ" dah tak sakit.  Alhamdulillah....

Image may contain: 1 person, sitting and indoor        Image may contain: 2 people
Atok MS sponsor kain pelekat 2helai. Tq Atok and Jida.


Ada ke clinic yang amik service berkhatan time cuti pendek?

Ye ada.
Tapi bayaran nya mahal sikit berbanding masa cuti sekolah. Rate harga dalam RM200-250.
 Rata-rata clinic yang Mama and Papa called mostly buat service ni masa cuti sekolah panjang iaitu masa cuti pertengahan dan akhir tahun. Masa tu harga bersunat jauh lebih murah.

Satu lagi Mama nak share, kalau reader di luar sana ada ambil insuran atau takaful untuk anak. Please note yang bersunat disebabkan infection seperti ini di cover oleh insurance/takaful. Mama masa ni tak tau yang perkara macam ni takaful cover, kalau tak better buat di hospital. Huhuhuu...

Ye lah...kita bayar premium setiap bulan. Bila lagi nak guna kan. Tapi 1 je lah yang Mama macam terkilan bab takaful ni. Bila call agent, agent akan kata boleh try bawa ke panel but coverage tu depands pada doctor. Kalau doctor kata proceed baru takaful cover, kalau tak... self pay.

Ketidaktentuan tu yang selalu buat Mama rasa berbelah bahagi nak bawa diri yang sakit ke hospital swasta. Pernah sekali tu, Hakim demam sampai 9 hari. Badan lemah dan tak active. Banyak kali ke klinik. Ke hospital kerajaan pun dah pergi but demam masih berlarutan. So Mama and Papa nak try ke hospital swasta pula, Doctor checked dalam darah ada sedikit kuman and doctor kata boleh rawat di rumah. Kena selfpay sebab tak warded. Boleh???? Ye boleh. Melayang RM400 lebih masa tu. Erm....selalu juga terfikir kenapa lah Mama still on juga takaful ni. Papa kata on je lah sebab kita tak tau masa bila kita perlu. Ermm....

Image result for disappointed smiley
Hey takaful!!!! Saya kecewa tapi saya tetap teruskan. Kesengalan apakah ini?



Nak sunat cara apa ye supaya tak sakit?

 Ade ke sunat yang tak sakit?
Hahahahaha...

Bila Mama buat research , sekarang ni ada macam-macam kaedah orang bersunat.
Paling latest, cara laser and clamp.

Pendek cerita cara laser ni macam cara traditional. Potong lebihan kulit "anu" tu guna laser. Lepas dah potong, "anu" akan dijahit. Ha.... traditional sangat kan.  Doktor akan kasi ubat sapu lepas sunat and dalam masa 2 minggu InsyaAllah baik.

Cara clamp pula lebih mudah dijaga masa berpantang. Procedure nya masa bersunat  tu nanti "anu" akan di clamp sahaja. Tapi lepas beberapa hari berpantang, kena datang semula ke klinik untuk buka clamp tu.  Dua kali sakit. Ouuchhh!!!

So Mama and Papa prefer kaedah laser. Kita appoint doctor di Klinik Ihwan di SU, And paling best sebab bukan Hakim sorang je bersunat, Acik Haziq pun ikut bersunat sekali. Ade lah geng satu lorong gantung kain ye. Mama pun kurang lah nervous sebab boleh roger-roger nenek andak kot ada apa-apa nanti kan..   '__'

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up
Maksu pun teman Hakim ke clinic. Semangat nak ikut sebab anak buah pertama nak berkhatan!




Image may contain: 2 people, people standing
Cik Haziq and Hakim; sedang tunggu turn nak bersunat. Ready dah dengan kain pelekat. 







Kejap lagi kamu akan dikhatan kan. Semoga Hakim and Acik Haziq terus berani dan menjadi lelaki soleh. Taat pada Allah dan rasul, sayang pada kedua ibu bapa.

Mama sayang kamu, Hakim.



----bersambung---

Monday 17 April 2017

KhataN @ SunaT: PART 1 - Infection kat "situ"

Kita merancang tapi Allah juga sebaik-baik perancang.
Mama and Papa rancang nak sunatkan Hakim masa cuti sekolah December nanti. Kengkonon nak sunat sama dengan Atif and Aufa. Beramai-ramai gantung kain memasing and pantang bersama.

Atok pun siap nak sponsor kenduri kat umah Atok sempena bersunat beramai-ramai tu nanti. Maklum ler... first time cucu nak bersunat. Semangat ! Cucu-cucu bertiga ni pun macam dah ready nak sunat bersama.

Tapi tu lah... kita merancang kan.
Nak jadi cerita, Hakim mengalami merah and bengkak pada alat sulitnya awal bulan Mac haritu. Pada awalnya Papa and Mama fikir mungkin kena gigit insect. Sebab merah je. Tapi bila Hakim start kata sakit, Papa terus decide bawa ke klinik pagi Ahad tu juga. Kat klinik doktor pun  kata bengkak sebab insect bite. Doktor bagi ubat tahan sakit and antibiotic untuk makan di rumah.

Sampai rumah Hakim tak boleh diam. Asik merengek mengadu sakit. Denyut-denyut sakit katanya. Disusuli demam. Alahai kesiannya anak Mama. Dah lah esoknya nak sekolah dah, ada ujian pula tu kat sek kebangsaan and sekolah agama. Mama is risau! Kalau still bengkak nampak gaya kena cuti lah anak Mama ni dari amik test.

 Image result for sad face smiley

Sakit nye membawa ke malam, bengkak nya tak surut-surut. Mama and Papa risau juga kot ler ade tungau ke kat "situ" kan. Tapi takde plak tanda-tanda kewujudan tungau kat situ. Tak pe.... kita tunggu Hakim tidur. Sebab biasanya bila tidur ni badan akan rehat,  so mudah-mudahan bengkak tu pun berehat and surut.

Image may contain: one or more people
Demam.

Malam tu Hakim tidur awal,
 kesan ubat tahan sakit tu kot, awal tidur nya. Masa tidur tu Mama check tengok kot surut bengkak.

 Tapi!!!

Ya  Allah.... bernanah pulak!


 Image result for smiley face crying
 Masa mama tengok bernanah tu Allah je tau perasaan Mama. Bukan sikit, tapi banyak nanah yang keluar kat salur kencing tu. Kesian sangat. Masa tu juga Mama and Papa bawa Hakim ke klinik untuk kali kedua. 
Doktor kata ada infection, tu yang jadi bernanah kat "situ".  And doctor kata infection macam ni biasa di kalangan lelaki especially budak-budak. Sebab apa? Sebab hygiene tak jaga betul.
Haaaaaa.... macam tu kekdahnye. 

Baru Mama teringat Hakim selalu cerita , sejak sekolah ni Hakim selalu tahan kencing and tak cuci kencing sebab tak suka toilet sekolah. (al maklum saje lah toilet sekolah kita dulu kan). Mama masa sekolah dulu selagi boleh tahan, Mama tahan tak mau membuang di toilet sekolah.

Doktor kata habiskan sahaja antibiotic yang dibekalkan sebelum ni.
And doctor pesan lepas bengkak ni baik. Kena terus sunat / khatan Hakim.
Kalau tak khatan, kejadian infection kay "situ" akan mudah berulang.
Nak??? Nak berulang lagi????Mesti lah tak nak kan.

Mama tanye pada saudara-saudara kita yang ada ramai anak lelaki tentang masalah infection ni. Rupanya Acik Haziq pun pernah kena infection. Tiga kali kena. Berulang.

Jadi nak tak nak Mama and Papa decide, cuti awal tahun yang seminggu ni kita sunat je lah ye Hakim.

Lama ke tempoh infection?

Hakim dapat attend ujian tak?

 Nak sunat cara mana?

Sempat ke seminggu baik sunat?

Ade ke klinik nak sunat time cuti pendek ni?


----bersambung----