Wednesday 22 March 2017

Pengalaman dan persediaan anak masuk darjah 1

Sampai masa , anak Mama dah masuk sekolah rendah.
Alhamdullah diberi peluang untuk ke sekolah agama dan kebangsaan dekat dengan rumah kita.
Mama nak share dengan Hakim pengalaman Mama dan Papa hantar Hakim ke school baru ni. Nampaknya tiada sorang pun kawan Hakim di Little Caliphs bersekolah di sekolah baru Hakim ni. Tak apa lah ye, kita cari kawan baru. Bina jati diri baru dengan rakan dan environment yang baru. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan untuk mu anak ku.

Okay, untuk merasai dan tanda sokongan Papa and Mama untuk menyekolahkan Hakim. Papa dari awal lagi dah ambil cuti kerja seminggu!

Ye seminggu...

Rasa tak percaya kan. Tapi percaya lah memang Papa ambil cuti seminggu tau.
Mama?
So far Mama start tahun 2017 ni dengan kerjaya baru. House Manager. Hehehehe...
So memang masa sepenuhnya untuk Hakim and Papa tersayang.


Ok nak cerita ni. Selama ni Mama dengar cerita or tengok dari tv je pengalaman hantar anak darjah 1. Bila dah sampai turn Mama and Papa hantar anak sekolah darjah 1 ni baru lah Mama dapat rasa dan lihat sendiri situasi  sebelum dan semasa menghantar anak darjah 1. Rupanya banyak perkara yang Mama and Papa kena ready. Antaranya:

1. FINANCIAL: PREPARATION MASUK SEKOLAH

Hadiah pelajar cemerlang from Little Caliph, hakim guna untuk bawa ke sekolah agama.

Duit bukan segalanya tapi dengan duit kita boleh beli hampir kesemuanya. Haaaaa... macamtu lah lebih kurang ye. Alhamdulillah kita memang dah ada budget untuk Hakim mulakan sekolah. Dari segi pakaian dan segala kelengkapan sekolah dibeli secara berhemah.  Hakim beruntung sebab banyak juga kelengkapan sekolah Hakim di sponsor. Cik Na and Mak Ngah Shida masing-masing belanja sepasang uniform sekolah. Atok and Jida sponsor bag sekolah and Maksu sediakan stationary. Save sikit duit Papa and Mama ni. Hihihihi.... terima kasih banyak ye sebab sudi sponsor kami ni. Bila dikira-kira, complete set masuk sekolah untuk Hakim seorang je dalam RM400 ke RM500.

Macamana lah gamaknya orang yang anak ada 3-4 orang yang sekolah. Betapa parent diorang ni perlu bekorban untuk menyekolahkan anak-anak. Kesimpulannya, kita ni kena ukur baju di badan sendiri, beli apa yang perlu dan jimat selagi mampu. Sebab dalam pasaran sekarang memang banyak je pilihan pakaian dan stationary. Mama tengok ada je pakaian yang quality lebih kurang tapi sebabkan brand, pakaian tu jadi mahal. So kena lah bijak membeli ye.


2. UJIAN DIOGNOSTIK / SARINGAN DARJAH 1


 Bab ni Mama memang titik beratkan. Zaman Mama dulu nak masuk sekolah takde nye exam bagai. Tapi zaman laaaa.... ada plak exam. Mama try my best untuk follow group yang berkaitan dengan exam ni and cuba cari contoh-contoh soalan untuk persedian Hakim.


Sebenarnya Mama sangat bersyukur sebab semasa di Little Caliph lagi Hakim telah didedahkan serba sedikit dengan sukatan pelajaran darjah 1. Soalan akhir tahun di Little Caliph juga hampi-hampir menyerupai ujian saringan so bila Mama ajukan contoh soalan saringan tahun lepas, Hakim dah boleh buat dengan baik. Alhamdulillah... berkat didikan dan doa semua keluarga and teachers, Hakim terpilih untuk masuk ke kelas pertama bagi sessi persekolahan 2017 ini. Mama doakan semoga Hakim terus cemerlang dan berjaya.

 
Ujian sekolah agama, Dec. 2016.


Alhamdulillah,  Hakim dapat jawab dengan baik. Dapat masuk kelas pertama.


Result sekolah kebangsaan dah tampal. Kita tengok time beli buku dan lencana Dec 2016. Alhamdulillah Hakim masuk kelas pertama juga. 1 Aspirasi.



3. MENTAL PREPARATION.

Gambar time nak ambil ujian diagnostic; Dec 2016:
Nak menjaga seorang ni pun Papa kekadang jadi Hulk. Macamana lah agaknya cikgu2 kat ekolah tu ye kena pantau berpuluh anak murid dalam 1 kelas. Alahai.... bertabah lah cikgu ye.

 Sesi sekolah kat sini , pagi Hakim bersekolah agama. Petang baru sekolah kebangsaan. Sepanjang sessi sekolah hari pertama ni memang Papa and Mama stay dulu di sekolah. Nak ambil tahu juga mana letak class, canteen and toilet kan. Masa taklimat sebelum start sekolah dulu memang ada datang tapi time tu parent and student belum tahu class lagi. So sekarang bila dah tau class senang lah Papa nak tunjuk toilet yang paling hampir and laluan mana untuk pulang.

Masa hari pertama tu memang ramai parent yang datang teman kan anak. Jalan jammed teruk. Masuk minggu ke dua kesesakan tu dah kurang. Maklum lah masa ni lah parent nak bagi semangat  pada anak-anak dan yang penting semua pihak kena bersabar dan toleransi itu lah yang penting.

Ada sekali tu, kami ni kena halau dengan cikgu sekolah, tak kasi kami ni tunggu kat sekolah. Hehehhehe... kelakar bila ingat parents kena halau macam parents ni budak-budak. Kena tengking dengan cikgu.... alahai kesian. Bila di ingat masa taklimat masuk sekolah dulu, cikgu kanan beritahu parents hanya dibenarkan berada di sekolah time minggu pertama sahaja. Ini hari ke-2 kami dah kena halau. Yang lebih pelik, guru yang menghalau kami tu ada juga anak darjah 1. Time anak beliau di sekolah agama, kami tengok guru tu siap duduk teman anak makan di canteen sekolah agama. Jangan lah macam tu cikgu ye.... kalau tak mahu parent tunggu anak, maklumkan semasa taklimat.

Bagi Mama yang  pertama kali melepaskan anak ke kawasan sekolah yang besar dan asing memang satu pengalaman yang merisaukan. Mama tengok most parent yang stay sehari di sekolah cuma pada hari pertama sahaja. Hari ke-2 ramai yang datang cuma time rehat dan balik sekolah. Bukan kita tak percaya pada guru, tapi kita tahu yang anak kita ni suka mencuba benda baru dan ada juga yang penakut. Risau lebih bagi parent yang 1st time hantar anak. Macam Mama lah. Hihihihi....



4. CANTEEN OH CANTEEN

Ambil tahu harga!!!
Masuk hari ke-2, Mama and Papa dah tak teman Hakim dah. Kami hanya drop Hakim and datang semula ke sekolah  time rest sahaja. Maklum lah Hakim kami ni kurang pengalaman mengendalikan duit. So time rehat memang kami sepakat nak pantau untuk seminggu.

Pengalaman Mama masa day 1 rehat. 
Papa buat survey harga setiap makanan dan minuman di canteen. Papa yang belikan makanan sambil bawa Hakim tunjuk tempat kuih, air dan nasi yang telah diasingkan. Harga makanan lebih kurang ni

RM1-Air
RM1- Mee goreng
RM1- sosej/keropok lekor/fries
Nasi lemak/ nasi ayam- (tak perasan harga berapa , rasanya dalam RM2-3)
Kuih biasa pula seketul 40sen. Kalau ambil 3= RM1
Donat coklat je 70sen

Masuk rehat hari ke-2, canteen sekolah kebangsaan.
Hakim sendiri que beli makanan. Masa tu Mama just bagi duit belanja RM1
Mama and Papa just tunggu di meja makan.
Hakim bawa 2 ketul donat sugar. Mama tanya balance. No balance... erm.
Katanya harga RM1. Bila Papa ke kaunter, orang canteen kata size donat harini besar. Ok fine walaupun yang sebenarnya size donat tu sama je masa Papa beli semalam. Tapi malas lah nak argue .

Canteen sekolah agama bersih. Pilihan makanan pun banyak. Hakim paling suka makan bubur lambuk yang dijual di canteen sekolah agama. Sedap katanya.

Day 1 sekolah agama:   Placement atur sendiri. After a week baru ustazah tukarkan tempat duduk untuk semua pelajar. Masa ni Hakim tak joint sangat dengan pelajar lain sebab tak kenal. Hakim banyak duduk and tengok orang.

Ni dah nak masuk bulan April.
Alhamdulillah makin lama Hakim makin pandai sesuai kan diri.  Di sekolah agama Hakim jadi ketua darjah. Bangga ada... nak gelak pun ade, macamana lah agaknya anak Mama ni jadi ketua ye. Harap Hakim jadilah ketua yang bertanggungjawab dan disayangi guru dan rakan-rakan ye.

Duit belanja pula still Mama bagi RM2 sehari. Mean RM1 sekolah kebangsaan and RM1 sekolah agama. Sebab breakfast and lunch Mama dah sediakan di rumah. Kadang-kadang kesian juga bila Hakim cerita kawan bawa duit belanja banyak. Takpe lah... kawan Hakim tu Mama nya working, tak ada orang nak masak lunch untuk dia, Sebab tu dia bawa duit lebih. Sesekali je Mama rewards duit lebih . Bila Hakim mandi and solat zohor tanpa disuruh, siapkan diri untuk sessi sekolah petang.

Rules sekolah kebangsaan. Setiap hari kena pakai tie ke sekolah. Kecuali hari PJK  ;)

Nak share 1 benda lagi, bag roda Hakim masuk bulan ke -3 abis tanggal dah tangkainya. Ermmmm... memang berat pun bag tu kena tampung. Ye lah 1 subject , setnya paling minima 3 buah buku. Sehari kekadang sampai 3-5 subject. Bertabah lah anak ku. Nak timba ilmu memang begitu, susah-susah dahulu ye.

Paling bagus zaman sekarang kalau ada PJK, anak tak perlu bawa uniform. Hakim terus pakai baju sukan dari rumah. No need salin baju. Mudah lah kan. Teringan zaman Mama dulu kalai ada PJK , kena salin baju bagai. Tutup semua tingkap pintu kelas, risau student lelaki balik awal. Memang memudahkan sangat bila peraturan  terus pakai baju PJK ni direalisasikan. Anak and parent jadi mudah.



~~~Terima kasih pada guru-guru yang banyak membimbing Hakim.
Allah sahaja yang dapat membalas jasa guru semua~~~~