Thursday, 25 September 2014

Menjaga follicle umpama menatang minyak yang penuh. Fuhhhhh...

Macam - macam dugaan nak TTC again ni.
Since 19hb aritu  Mama and Papa kena flu + cough + mild fever .

Punya lah kami ni menjaga kesihatan sebab berharap IUI ni berjalan lancar kan. Mama siap pesan ngan Papa time makan jangan oder air gas or teh tarik. Semua tu sebab nak jaga agar Papa and askar-askarnya sihat. Tapi kita merancang memang pandai... Allah juga punya kuasa menentukan apa yang terbaik untuk hambanya.

Start CD8 sampai lah hari ni (CD13) Mama and Papa on off demam. Mama avoid dari makan ubat selesema and batuk sebab risu akan effect tumbesaran follicle. As mention before kan time TVS CD7 tu nampak follicle banyak, ada 20 tapi semua kecik teot. So risau lah nanti kalau makan ubat kang akan merencatkan follicle tu nak besar kan.

Sanggup tu tahan sakit. 
pening ke ..batuk ke... tahan!
End up...situation become worst. dari batuk biasa... CD10 terus naik ulser kat tekak. Bila batuk tu.... Allah je yang tau seksanya tekak ni.  Malam tu Mama terus demam. Hidung abis tersumbat. Flu pekat! Melekat!  Mama give up juga lah... malam tu telan paracetamol 2 biji. Makan ubat selsema Cetirizine sebijik. Ubat batuk je tak berani nak makan. 

Papa pun macam tu juga. Demam dek kerana tonsil nya bengkak. Elok lah tu kan... bergilir-gilir demam. Dah macam apa dah. Semua yang di plan tak menjadi. Nasib baik Hakim sihat cuma batuk je sikit agaknya sebab berjangkit dari Mama and Papa lah tu. Kesian Hakim. 

Time appointment TVS semalam, Mama redha je dengan apa juga size follicle yang ada.
Almaklumlah... on off demam 5 hari kan.  

So...next entry Mama akan share apa size follicle yang bagai nak rak ditatang tu kan. And Mama ada juga inform gynea pasal demam Mama tu.
Masa tak banyak ni.... sambung later2 ye  :)

~~~ Folicle... besar lah engkau hendaknye ye...~~~




No comments:

Post a Comment