Tuesday, 30 September 2014

Drama King!




Hakim menang...
Mama kalah...

Alolooooo... punya lah nak menang kan. Tapi tau tak kenapa Hakim nangis macam ni sekali.
Hakim lumba lari dengan Mama. Dari kichen ke depan. 

5 kali race... 5 kali Hakim kalah.
Hihihihi...
(kalau dengan Papa selalu Papa pura-pura kalah)

Last race (race ke-6), Hakim menang lumba lari sebab Hakim halang larian Mama.
Bila Mama cakap Hakim sebenarnya kalah sebab main cheat.
Ini lah drama yang jadi. Menangis... Waaaa..uwaaaa.

~~~ Mama sayang Hakim~~

TVS lagi, CD17 ovum masih tidak matang.

Macam biasa, semalam Hakim ke school dengan Mak Ngah. 
Mama tak dapat nak hantar sebab pukul 6AM dah nak ke HKL. Kali ni Mama ke HKL ditemani oleh Moksu. Kebetulan Moksu takde class today. Sampai HKL dapat no 20. Ramai dah sampai awal agaknya. Tak kisah lah... janji sampai on time.

Sampai turn Mama TVS 

Nurse: Folikel Puan tak besar
Mama: Last week scan ada 1 yang besar belah kiri ni nurse
Nurser: Betul tapi yang besar tu pun sizenya sama macam dulu. Tak besar. Puan tengok ye, yang kecik-kecik banyak.
Mama: So macamana ni nurse?
Nurse: Saya akan inform Doktor, mungkin Puan kena sambung inject lagi.
Mama ( Dalam hati) : Kena inject lagik??????

Rasa kecewa sangat bila tengok folikel-folikel tu stop membesar. Dalam 5 hari ni tak kan takde membesar 1 or 2 mm ? Ape silap nye ye? Folikel yang domain tu pun ting tong juga ke?

So fikir punya fikir...  sebab Mama makan ubat  batuk, demam and selsema  tu ke yang menyebabkan pembesaran folikel ni terbantut?

 Tapi Mama dah consult dengan Doktor last week. Doktor inform semua ubat boleh makan cuma jangan makan Antibiotik je.  

Erm... tapi time bersiap nak TVS last week, memang ada nurse  bisik kat Mama jangan makan ubat batuk sebab risau system jadi slow. Tapi dek kerana Doktor kata okay... batuk pun kemain sampai nak terkeluar anak tekak ni. So Mama makan juga lah ubat-ubat tu dalam 3 hari macamtu.

Bila dah jadi macam ni, rasanya apa yang Nurse tu cakap macam make sense pula.
Ubat batuk and selsema tu kan buat kita rasa ngantuk, rasa malas, rasa nak rest tidur je kan. Mungkin simptom tu juga lah yang dialami oleh ovari dan folikel. Kan??? Folikel tu jadi malas nak membesar sebab dilalikan oleh ubat semua tu. Betul tak??? (tetiba Mama ni fe-feeling Doktor plak. Hihihi)

So sattle TVS, Doktor minta Mama sambung injection for another 5 days. Ubat yang sama but dose up daripada 50iu ke150iu sehari. Cara cucuk semua sama je. Lepas amik ubat nurse cucuk kan 1 set Foliculin ni sebab semalam Mama tak ada inject ubat.


Yang menariknya... time nurse tu inject tak rasa sakit pun. Sekelumit pun takde.
Miracle!
Wah... camni hari-hari inject pun takpe. Mama inform nurse yang setiap hari Papa inject mesti akan rasa pedih dan bahagian perut rasa macam membengkak dalam 3-5 minit macam tu. Nurse tu kata , nak inject ni ada skill. Diorang memang hari-hari kerja meng inject orang so skill tu memang power lah kan. 

Balik daripada HKL tu sempat juga lah me release kan emosi berdua beradik. Pergi buat reflexology kaki kat Sungai Buloh Mall. Drama juga lah Moksu kat situ menahan sakit di urut.



Petang tu time magrib dapat call dari Papa. Papa accident kat highway seksyen 17 PJ. Berderau darah Mama. Sebab 10 minit sebelum tu Papa call inform yang Papa baru nak gerak balik sebab hari hujan. Papa cakap Papa luka and lebam sikit je. Jalan licin so break pun still motor Papa berjalan. Teruk juga lah Papa langgar Vios amoi kat situ. Pecah bumper and lampu belakang Vios tu. Motor papa tak banyak yang rosak. Cuma malam tadi baru Papa mengadu sakit kaki, sakit badan. Rasa sengal sana sini. Mau tak sakit, Papa cakap Papa tercampak kat tepi jalan. Nasib baik time tu jalan memang tengah jammed. So semua kereta pun slow. Kalau tak.... Nauzubillah.

Apa pun Mama bersyukur sebab Papa tak cedera parah. Boleh lah Papa jadi Doktor Mama lagi. Inject Mama even sakit tapi Mama redha je lah. Tadi Papa ke clinic dapat MC 2 hari. Kesian Papa...  Doktor suruh Papa rehat je kat rumah. Tapi kan...kalau MC tu kena time next appointment Mama kan bagus. Boleh juga Papa teman Mama ke HKL. Nampak gaya next appointment pun Mama kena hadap HKL ni sorang-sorang.  


~~~ Tuhan ku... peliharailah kami dengan kasih dan rahmah Mu~~~


Friday, 26 September 2014

Follicle tracking, TVS CD12


Marin morning awal pagi Mama dah ready nak berangkat ke HKL.
Risau sampai lambat sebab cuti sekolah kan dah habis. Sure jalan pun sesak kan.
Pagi tu Mama siap awal. Pukul 5 dah bangun mandi. Pukul 6am Papa dah ready nak inject Mama last Foliculin yang Gynea bekalkan. 

Macam biasa Mama dah prepare siap-siap ice pack and cooler bag. In case need extra injection kan. Maklum lah time CD7 last week folikel sume kecik-kecik. Lebih kurang macam gambarajah kat bawah ni. Folikel memang banyak but kecik-kecik semuanya.
Bila dah banyak masing-masing cuba bersaing untuk  membesar. Jadi persaingan tu makin sengit sebab memasing cuba jadi domain. Sebab tu jangan nak dok bangga sangat kalau folikel tu banyak , sebab bila banyak susah diorang ni nak membesar dengan jaya. Apa yang penting biar sedikit but berkualiti. Berkualiti tu yang susah nak dapat untuk PCOser macam Mama ni.

Keadaan ovari PCOser        Sources: Google

So Mama harap today scan akan ada folikel yang berjaya membesar dikalangan 20 folikel dalam ovari Mama ni. Tak lama pun menunggu, Dalam sejam macam tu nama Mama dipanggil masuk untuk TVS. Dalam hati  risau sangat kot takde improvement sebab Mama kan dah on off demam 5 hari. Kot lah folikel ni pun jadi ting tong juga kan. But Allah Maha Pengasih. Diberinya Mama 1 folikel yang besar berbanding folikel-folikel lain.

Doktor tunjuk folikel yang besar tu pada Mama. Ada dalam ovari kiri Mama ni. Follicles yang lain still remain kecik macam CD7 dulu. Doktor minta Mama jangan stop diet sebab PCO ni yang mengganggu folikel ni membesar.
Salah satu cara nak mengurangkan masalah PCO ni adalah dengan ber diet.

 Sebab even 1 folikel berjaya membesar but ia masih tak cukup matang seperti yang sepatutnya. Size folikel Mama yang besar ni berukuran 10.5mm. Sedangkan folikel yang matang mestilah minimum berukuran 18mm. Kalau reach 18mm baru boleh buat IUI. Tapi Mama macam pelik sebab bilangan folikel macam berkurangan. Tak sampai 10 rasanya. Hrmmmm....

Jadi Doktor decide supaya Mama sambung injection for another 4 days.
That mean, total injection for this treatment are 14 times injection. Pasrah je lah. Nurse yang ada kat situ motivate Mama kata memang ada patient macam ni. Tak perlu risau. Masalahnya sekarang. Mama risau pasal nak kena inject lagi. Bukan apa, setiap kali inject mesti ada babak merajuk dengan Papa sebab kena tegur melengah-lengah kan  procedure. (Sakit tau dak Pa????)

Mama sempat tanya Doktor boleh ke Mama makan ubat sebab lama batuk selsema and on off demam. Doktor inform yang ubat boleh makan tapi jangan makan, Antibiotik.
Haaa... selamat Mama just makan Paracetamol and ubat selsema je kan. So balik ni boleh lah Mama telan ubat demam tu semua tanpa rasa bersalah pada diri sendiri. Huuhuuuhu....

Sebelum Mama tutup  entry ni meh Mama tunjuk kan pada Hakim perbezaan kitaran hayat folikel dalam ovari yang normal dengan pengidap PCO ni. 



Sumber: Google 



Semua suntikan yang Papa dok inject Mama setiap pagi tu tugasnya untuk memastikan perkembangan tumbesaran folikel supaya jadi matang. Sebab kalau tak matang folikel tu akan dok macam raja dalam singgahsana ovari Mama dan proses ovulasi tak akan terjadi. Bila ovulasi tak menjadi macamana sperma nak swimming masuk ke ovum kan.

So Hakim doakan lah folikel Mama ni membesar dengan sihat dan dipermudahkan Allah segala urusan dan usaha Mama and Papa ni.

~~~ waiting for CD17 ~~~




























Thursday, 25 September 2014

Menjaga follicle umpama menatang minyak yang penuh. Fuhhhhh...

Macam - macam dugaan nak TTC again ni.
Since 19hb aritu  Mama and Papa kena flu + cough + mild fever .

Punya lah kami ni menjaga kesihatan sebab berharap IUI ni berjalan lancar kan. Mama siap pesan ngan Papa time makan jangan oder air gas or teh tarik. Semua tu sebab nak jaga agar Papa and askar-askarnya sihat. Tapi kita merancang memang pandai... Allah juga punya kuasa menentukan apa yang terbaik untuk hambanya.

Start CD8 sampai lah hari ni (CD13) Mama and Papa on off demam. Mama avoid dari makan ubat selesema and batuk sebab risu akan effect tumbesaran follicle. As mention before kan time TVS CD7 tu nampak follicle banyak, ada 20 tapi semua kecik teot. So risau lah nanti kalau makan ubat kang akan merencatkan follicle tu nak besar kan.

Sanggup tu tahan sakit. 
pening ke ..batuk ke... tahan!
End up...situation become worst. dari batuk biasa... CD10 terus naik ulser kat tekak. Bila batuk tu.... Allah je yang tau seksanya tekak ni.  Malam tu Mama terus demam. Hidung abis tersumbat. Flu pekat! Melekat!  Mama give up juga lah... malam tu telan paracetamol 2 biji. Makan ubat selsema Cetirizine sebijik. Ubat batuk je tak berani nak makan. 

Papa pun macam tu juga. Demam dek kerana tonsil nya bengkak. Elok lah tu kan... bergilir-gilir demam. Dah macam apa dah. Semua yang di plan tak menjadi. Nasib baik Hakim sihat cuma batuk je sikit agaknya sebab berjangkit dari Mama and Papa lah tu. Kesian Hakim. 

Time appointment TVS semalam, Mama redha je dengan apa juga size follicle yang ada.
Almaklumlah... on off demam 5 hari kan.  

So...next entry Mama akan share apa size follicle yang bagai nak rak ditatang tu kan. And Mama ada juga inform gynea pasal demam Mama tu.
Masa tak banyak ni.... sambung later2 ye  :)

~~~ Folicle... besar lah engkau hendaknye ye...~~~




Monday, 22 September 2014

TVS CD7 :: Cek folikel

Kita baca doa dulu ye.

:)



Last Friday Mama ke HKL untuk TVS CD7 , Mama drive seorang ke HKL sebab Papa tak dapat cuti, lagipun balance cuti Papa tinggal berapa hari sahaja lagi. Itu pun spare untuk hari IUI dan untuk kenduri kawin Pok Dal akhir November nanti.  Mama tak kisah sebab dah banyak kali ke HKL ni buat check up , test bagai dengan Papa. Janji minyak full and Touch N Go ada  :)

Sebelum ke HKL pagi tu Papa dah siap-siap inject Mama dengan Foliculin set terakhir yang Doktor bekalkan last week. Sengal juga lah rasanya kat pusat ni. Dalam hati ni harap sangat nanti time TVS akan nampak folikel-folikel yang cun melecun kat ovari ni. 
5 kali inject Foliculin... 5 kali sengal perut. 
Harap-harap semua doa dan usaha menjadi.

Oh ya... Mama bawa juga cooler bag ke HKL time ni sebab Mama pernah terbaca dalam blog yang ada kemungkinan patient akan di bekalkan lagi ubat jika saiz folikel tidak memuaskan. Mean kena dose up kan lagi ubat lah. Just in case, Mama bawa lah si comel cooler bag ni siap dengan ice pack 3 ketul. Tapi serius, Mama harap sangat size telur tu ok sebab tak nak di inject lagi. 

Tapi Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Mama kan. 
Masa TVS tu boleh nampak dengan jelas banyak folikel dalam ovari kiri dan kanan Mama. 
Alhamdulillah....
10 di kiri... 10 di kanan. 20 biji semuanya. Banyak kan???!!!
Happy sekejap Mama.

Tapi...Doktor cakap folikel banyak but tak membesar pun tak guna.
Folikel tu at least kena membesar dalam 18mm baru boleh ditetaskan dan IUI boleh dibuat.
Doktor  siap tanya betul ke cara inject ubat and minta Mama teruskan diet.
So far Doktor puas hati dengan penurunan berat badan Mama even sedikit tapi berterusan.

Acaner tu????
Nak happy ke tak?

Doktor suggest Mama continue inject Foliculin tu for another 5 days lagi.
Baik Doctor.... 
(kepala angguk tapi dalam hati nak nangis tau)

So lepas settle amik ubat, masuk kan dalam cooler bag terus duduk kejap kat pharmacy HKL.
Duduk memikir nasib diri sorang-sorang. Huhuhhuhu... 

Then call Papa, inform semua pasal TVS tadi.
Tapi kan Mama pun baru terfikir yang TVS tadi tu buat time CD7... so mestilah folikel nya kecik kan? Lain lah kalau CD 12/13... tentu akan lebih besar kan? (sesi nak sedapkan hati)

Apa pun esok pagi-pagi sepi-e lepas subuh sesi inject meng inject akan diteruskan seperti biasa. Papa akan jadi Doktor lagi 5 hari. Contract kerja disambung ye Papa. Hihihihi....

Mama ada tanya dalam group FB apa tips nak galak kan pembesaran folikel ni. 
Ramai suggest Mama untuk makan telur half cooked  selain makanan sunnah macam kurma, habatusauda dan delima. Susu kambing je Mama tak dapat nak telan. 
Inject-inject juga tapi kena juga makanan tambahan ni untuk top up kan apa yang patutkan.
Asid folic Mama still on juga plus Vitamin C. Nak kasi badan sihat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha keluarga kita. InsyAllah ada rezeki this coming Rabu akan TVS sekali lagi. Harapan cuma 1.
Moga ada telur yang sihat dan ber saiz besar lebih 20mm. Dapat 1 biji pun jadilah.
Aminnnnnn.....


~~~ Pagi tadi kena marah ngan Papa sebab Mama melambat-lambat kan inject.~~~


Wednesday, 17 September 2014

Cara inject ubat di perut. ~ Journey to IUI ~


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.


Today Mama dah ready nak share cara suntik ubat kat perut. Pagi tadi merupakan injection ke-3 Mama.  Injection yang perlu dibuat selama 5 hari berturut-turut ni mesti dibuat pada masa yang sama setiap hari. Mama and Papa pilih pukul 6.30AM, after subuh... suasana pun tenang.

Kali di dibahagian tepi pusat kanan pula. Pedih sikit je... then ok. Mama kan strong macam Hakim  :)

Okay, firstly keluarkan 1 kotak Foliculin dari fridge. Macam Mama ni memang simpan sekali dengan cooler bag dalam fridge. Hihihihi...




Letak semua perkakas dalam piring siap-siap. So senang nanti Papa nak melakukan procedure inject meng inject. 

Foliculin, syringe, jarum panjang (biru) , jarum pendek dan Alcohol swabs.

Then keluarkan ubat dari kotak. Ubat nye macam gambar kat bawah ni.  Yang dalam botol putih tu serbuk Foliculin. Yang dalam botol yellow tu Sodium, bahan untuk dilute kan Foliculin tu nanti. 


Ini lah set Foliculin yang dalam kotak tadi. Setiap kotak ada 2 benda ni.
Next step, amik jarum panjang yang ada color biru yang telah disediakan. Masuk kan kat depan muncung syringe macam dalam gambar bawah ni. Jangan salah amik jarum pula tau. Ingat amik yang biru ni dulu. Gunanya untuk transfer Sodium ke dalam Foliculin. Untuk cucuk kat belly Mama kena guna jaram yang lebih pendek.


Okay, dah sattle masuk kan jarum ke syringe. Proses seterusnya amik Sodium Cloride yang disediakan tadi dan perlu buka penutup botol ikut cara macam Papa buat kat bawah ni.

Perlu di keipak kan penutupnya macam ni.



Be careful sebab botol Sodium ni botol kaca. Next buka pula penutup Foculin. Yang ni penutupnya guna getah je so senang je nak buka.


Then bila both botol dah dibuka. Dengan menggunakan syring berjarum biru , masukkan ke dalam Sodium dan sedut semua Sodium tu sampai habis. Bila dah yakin habis sebotol, transfer Sodium dalam syringe tadi ke dalam Foliculin for dilute process. 

Goncang-goncang sikit then tarik keluar Foliculin terlarut tadi dengan menggunakan jarum yang sama. Make sure semua larutan Foliculin tu disedut tau.

Ubat ni bukan murah. Mama Muiz (kawan Hakim di Little Caliphs) inform Mama yang harga Foliculin untuk 5 set beratus harganya. Mama Muiz pun pernah buat IUI tapi di LPPKN, thats why dia tahu harga semua ni.
Macam Mama beruntung sebab semua ditanggung oleh company Papa. FOC :)






Okay sambung procedure ye....
Lepas dah dilute kan Foliculin tu, boleh lah tukarkan jarum suntikan biru tu dengan jarum yang lagi 1 yang lebih pendek jarumnya untuk disuntik ke perut Mama.

Before suntik tu Papa kena keluarkan 1 dot ubat dari syringe to make sure tak ada gelembung udara dalam syringe. (masa ni Mama dah mula dah rasa seram, takut nak kena inject even dah banyak kali kena inject pun still juga rasa seram sejuk)



 



Next, bila dah ready keluarkan alcohol swab dan sapu pada bahagian belly yang akan di inject. Nurse kata kawasan yang hendak di inject mestilah dalam lingkungan 2 inci dari pusat. Tak kisah lah bagian atas, bawah or tepi pusat but mesti dalam lingkungan 2 inci. Papa kena picit sikit bahagian yang hendak di inject tu bagi lemak belly tu macam naik sikit. (refer gambar Google kat bawah nanti ye)

Bila dah inject tu biar lah dalam 2-3 second then baru tarik jarum dan  swab balik tempat cucuk tu dengan swab tadi.




Masa inject tu bacalah


Pic ni amik dari Google. Bukan perut Mama tau. 
Ha... selesai dah. Senang je kan. 

Tapi masa 1st day Papa nak inject Mama tu adalah hari yang paling Mama risau. Mama risau botol sodium tu pecah je. Risau Papa salah cucuk pun ada. 

Tapi kat sini Mama nak rakam kan jutaan terima kasih pada Papa sebab sanggup inject kan Mama. 
Papa ni fobia dengan darah. Mama salute lah sebab Papa berani nak lakukan procedure inject meng inject ni even Mama tau Papa mesti takut dan risau. Hebat kan Papa Hakim.

Mama and Papa  berharap sangat dengan bantuan Foliculin ni akan menambah baik quality dan size ovum Mama. Masa appointment dengan Doktor di HKL last Monday, Doktor and nurse sempat berseloroh dengan Mama and Papa. Katanya dengan pengambilan Filiculin ni, possibility nak dapat twin tinggi. Nak-nak lagi keluarga kita memang ramai yang twin kan. 

Aaamin.... 
Mama terima je. 
Seorang,ke... twin ke... even kalau tiada rezeki ke-2 pun Mama and Papa redha.
 Yang penting kita dah usaha kan. 


Doktor Zuhaidi :: My private Doktor  :)  :: Gambar 1st day inject dengan Papa.
~~~Thank a lot . Be my Doktor forever  ♥♥♥ ~~~

Tuesday, 16 September 2014

Fun time at Discoveria with Encik DINO

Discoveria here we come!!!
After beberapa kali tunda menunda. Last week we manage to jalan-jalan cari dinasour kat Avenue K ni. Located betul-betul berdepan dengan Suria KLCC. 

Yang paling seronok sudah pastinya anak Mama, Andy Hakim!
Yeah...awal pagi dah bangun kejut kan Mama and Papa. Senang je nak ajak mandi pagi. Memang Hakim exited habis, tak sabar nak jumpa Encik Dino.



Kita smpai di Discoveria ni dalam pukul 11am macam tu. Time tu tak ramai pun  orang kat sini. Boleh snap gambar banyak-banyak. Tak de lah segan nak pose depan camera kan.

Tiket masuk boleh dikatakan berbaloi lah. Tapi jangan terkejut ye. Tiket masuk kanak-kanak lebih mahal daripada tiket orang dewasa. Tapi kalau ada pass RapidKL or kad bank HSBC boleh dapat discount 10%.


Kanak-kanak high below 90cm free. My Hakim dah besar... kena bayar RM31 after less 10%

Untuk lebih details boleh tengok terus kat klik webside diorang kat sini. 
Tapi sebelum tu meh Mama share aktiviti yang ada kat dalam pengembaraan kita sekeluarga with Moksu di alam Dinasour!!!


Masuk je ke alam En Dino ni kita semua kena pakai jaket ala-ala Paleontologist. Untuk Hakim creaw bagi extra wrist band and lampu suluh kepala. Memang comel sangat. 

Setiap dari kita dibekalkan juga Dino Quest Map, which mean kita akan mengembara ke alam En Dino sambil menjawab soalan yang dibekalkan. Mudah je...lalu kan wristband Hakim ke Dino pad  (monitor)  yang terpilih then watch video on the Dino pad and finally paste the correct stiker on map yang diberi.

The Dino Quest is on!

 Okay, sebelum masuk bukan main excited anak Mama seorang ni. Bila dah masuk.
Takut pulak!!!
Mana tak nye siap dengan background music. En Dino pulak bukan main mesra gerak sana sini. Mulut En Dino dok nganga menyeringai menampakkan gigi taringnye yang tajam-tajam.
So mula lah Mama, Papa and Moksu convince kan Hakim yang all the En Dino ni not real. Lama juga lah nak convince kan Hakim. Tapi anak Mama kan pencinta haiwan.... dalam 5 minit macam tu dah okay boleh gerak sendiri ke sana sini melawat sedara mara En Dino ni.

I'm scared Mama. Nak dukong..... Huhuhuhu.


Hakim dah tak takut, boleh lah Mama pula yang buat-buat takut. Hihihihi...



Serius benor 3 orang Paleontologist ni menjawab soalan.



Selain daripada activity menjawab soalan. Ada juga activity lain yang Mama rasa cukup menarik untuk pengunjung Discoveria try. Antaranya activity nya ialah wall climbing, mencari telur En Dino etc.

Papa and Moksu tak lepas peluang cuba nak ber wall climbing. Even ini Papa's 1st experience but well done! Laju je Papa sampai ke puncak wall. Hebat! 

Moksu???  Gaya dah macam expert but...sadis! terhuyung hayang kat wall tu. Hihihi... 
Mama and Hakim stay je lah kat bawah. Activity ni tak sesuai untuk Hakim. Kalau budak age 8-9 tahun sesuai lah nak panjat. Jangan risau ada creaw yang jaga kat sini.
Wall climbing. Moksu... pendaki terhebat! Kikikiki....

Hakim naik Dinosaur.


Papa try pakai En Dino punya tail. Libas-libas!


Operasi mencari tulang Dinosaur

Seronok kan? Tempat tu sebenarnya kecik je. 
Tapi dengan adanya activity yang pelbagai menjadikan masa 1 jam dalam tu sekejap je. Memang tak sedar...tau-tau je  makan 1 jam juga kita kat dalam ni.

Lepas selesai menerokai alam En Dino and submit Dino Quest...dengan ini kita layak digelar
EXPERT PALEONTOLOGIST!

Hihihihi... actually Papa and Moksu yang banyak menyelesaikan soalan. Mama and Hakim...tiru je jawapan Papa and Moksu.
Lovelyrous, Andyrex and nur atikahsaurus in da house!!!

Okay tak sah lah kalau ke mana-mana tak beli souvenir kan.Tapi souvenir kat sini memang tak banyak. Erm...kita just belikan Hakim Poster Dino  and 2 photo yang crew Discoveria amik masa kita menjelajah ke alam En Dino.



Owh...ada 1 lagi nak share. Time balik tu kita entitle untuk dapat 3 contest form. Kita kena teka berapa biji telur dalam giant egg kat bawah ni. Kita hentam je. Jawapan semua main ribu-ribu je. Hihihihi...
Kalau menang boleh dapat bercuti free 4 hari 3 malam rasanya. Kat mana tak ingat plak.





All Dino tengah line up tengok poster Dino beli kat Discoveria.

Okay... overall pengembaraan di Discoveria ni menyeronok kan. So readers... jom lah bawa anak ber ilmiah kat sini. Lepas tengok Dinosor boleh terus ke PetroSains kat KLCC pula.


~~~ Bye bye En Dino~~~

Monday, 15 September 2014

Foliculin, ubat untuk besarkan size ovum katenya.



Menunggu giliran di O&G, HKL. Ynag beramai belakang tu semua tengah tunggu turn macam kami.

Assalamualaikum....  
nampak dak muka Mama sengeh manis atas ni. 
Sengeh ada makna tu. Sengeh nak mintak inject.

Today Mama keluar Miss Peri hari ke-3 after 5 days habis makan Duphaston terakhir. 
So as plan hari ni kena datang untuk scan rahim dan dapatkan stok ubat yang Doktor dah janjikan semasa sesi consultation last 2 weeks. 

Alhamdulillah as state dalam appointment card, Mama and Papa sampai juga kat HKL ni jam 7.30AM. Jalan elok clear. No jem. Laju je Papa drive. Hakim pula today dah start cuti school so tinggal dengan Jida sementara Mama and Papa sattle kan hal-hal orang dewasa ni.  Hihihi...

Lama juga lah Mama menunggu turn tadi kat HKL. Berjam tunggu nama dipanggil. Hinggakan orang yang sampai kemudian pun dah di panggil tapi nama Mama tak juga dipanggil.
Try juga tanya nurse kanapa number Mama tak dipanggil... tapi disuruhnya tunggu je. Fine... 

Tunggu. ...

Tunggu... ..

Tunggu lagik!!!!

krik krikkk krikkkkk....

Aikkkkk... hilang sabar dah ni
Almost 3 jam dah menunggu ni. Tak leh jadi. Terus Mama tanya sister (nurse) kat situ. 
Rupanya diorang ni ter miss file Mama. Boleh????? Aduhhhh...geram bebenor rasenye.
Miss communication katenye... apa-apa jelah nurse. Nurse pun dah maaf sori mori kat Mama sebab Mama terpaksa tunggu lama. Tak pe lah nurse... saya maafkan. 

Be happy. Nak buang jauh-jauh aura negative.   :)  
Kang tension-tension kang lain plak citer kan. Nak marah pun tak guna. Cuma lepas ni cik kak nurse jangan lah buat macam ni lagi ye. Sian kat patient ni. Kot lah patient tanya  kenapa number skip tu mesti ada sebab. Try lah cek apa yang patut dulu, jangan lah buat dunno terus suruh patient tunggu ye. Kot Mama tak tanya 2nd time tu maybe sampai ke lunch hour diorang ni tak panggil. Padahal file Mama ada je atas meja diorang tadi. Fuhhhh... (deep breath...kasi jiwa tenang. Hihihi)

Ok... lepas je sesi sori mori tadi nurse terus amik berat Mama. 
Then terus buat TVS, Allah... banyak folikel kat ovari kiri and kanan. PCOS...bersarang aktive dalam tu. Doktor juga pesan suruh teruskan diet and senaman. 

Dalam pada tu sempat juga Mama tanya kan tips nak dapatkan baby girl. Hihihi...
Nurse kata kalau nak dapatkan anak girl kena banyakkan makan makanan berasid. 
So siapa nak anak lelaki tu kena lah banyak kan makanan ber alkali pula.
Tapi ni semua tips dan usaha yang kita boleh buat. Allah sahaja yang berhak dan berkuasa menentukan segalanya. Yang penting ada usaha. Bukan senang nak sampai ke tahap ni so selagi boleh Mama and Papa akan cuba yang terbaik. 

After selesai sesi consultation tadi nurse minta Mama amik ubat kat farmasi. Time ni lah gunanya cooler bag yang Papa belikan aritu. 1 jenis ubat je yang Doktor bekal kan. Semua wajib simpan dalam cooler bag.

Foliculin for injection BP 75 iu. 

Doktor bekalkan 5 set Foliculin ni untuk di inject selama 5 hari berturut-turut bermula daripada hari ini. 
Doktor kata ubat ni untuk besarkan saiz telur. Ubat nak galakkan ovum tu matang dengan lebih baik. Harap-harap begitu lah hendaknya.

Tadi dah inject sekali means start esok Papa pula kena inject Mama kat rumah. Nampak tadi time nurse ajar procedure inject, Papa kata macam senang je nak buat. Inject pada waktu yang sama untuk following 4 days ni mesti di inject pada ukuran 2 jari dari pusat. Tak kiira lah nak inject kiri or kanan or atas or bawah or pusat. Ikut selera lah ye. Hihihihi.... Macam tadi Mama inject di belah kanan pusat.
Sakit juga lah...nama pun inject kan.

 Next appointment this coming Friday pula. TVS untuk D7.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Comel je kan cooler bag Papa belikan ni. 

Alatan untuk inject


Have to keep it SEJUK.

Balance 4 set Foliculin untuk di inject kat rumah.

Sampai rumah tadi dah siap-siap simpan semua ubat dalam fridge. Ubat-ubat ni kena store dalam suhu 2-8'C ..kena sejuk-sejuk. Jangan pula letak dalam freezer pembeku plak ye. Hihihihi...

InsyAllah esok pagi akan bermula lah sesi Papa jadi Private Doctor Mama pula. 
Alahai.... gerun pula rasanya tapi kena percaya pada Papa. 

~~~cAYok Papa~~~



Thursday, 11 September 2014

Papa memborong komik!




Hasil menyoping Papa and Hakim time kita eskot Pok Dal beli kain samping last week.
Kebetulan ada book fair kat sana. Papa plan nak nyopin komik sebab last  2 weeks kita  ada pergi juga book fair ni tapi Papa beli 2 naskah je komik Ujang. 

Memula jumpa Papa after you both anak beranak menyoping, Mama ingatkan Papa just beli 2- 4 naskah je. Rupanya dalam paper bag ada paper bag. Punya banyak di borongnya komik tu.

Papa borong dari edisi January sampai yang current month. 
Tu yang menggunung atas meja tu,  komik Papa sesaja. 

Mana tah nak di store kan nanti tu. Ada dalam 24 naskah rasanya. Harga biasa senaskah dalam RM5 lebih. Tapi sempana book fair ni, beli 2 naskah boleh dapat dengan harga lebih kurang RM5. Murah.

 Ni kat rumah berlambak paper bag MOY sebab beli 2 naskah dapat 1 paper bag. Tak pernah-pernah membeli majalah Ujang and APO ni selama kawin ni. Entah apa mimpi Papa dok borong komik ni semua. Tension gamaknye. Hihihihi...

Untuk Hakim pila, Papa belikan komik juga. Komik Upin Ipin. Yang lain semua book tentang animal. Tengok dalam gambar ni macam budak dah pandai baca je kan. Hhihihihi... 




Thanks Papa sebab melayan Hakim ke book fair sementara Mama and Jida teman Pok Dal survey barang. Kalau tidak mesti Hakim asik nak merengek ajak balik je . 

~~~ Kesian Jida tak sempat nak beli Encyclopedia Solat~~~