Tuesday, 18 July 2017

Sambal Jawa aka Lodeh Kering. Sayur yang paling sedap tak ingat dunia . Nampak simple tapi azab oiiiii nak buat.

Sekali panjang ha tajuk post. Kena letak panjang sebab nak
 se-kufukan !
 se-sama tarafkan !
 cara membuatnya yang ya ampun banyak renyah tak ingat dunia!

Biasanya kita jumpa menu ni time kenduri or time makan kat rumah orang jawa yang rajin memasak. Ha... gitewwwww...

 Menu ni biasa nya Mama dapat makan time kita balik Johor or mood Jida rajin nak masak sayur ni. Cuma ni tak tau... tiba-tiba tekak Mama ni teringin benar nak makan sambal jawa, tu yang terasa nak buat tu.

Kira nya ni 1st time Mama nak buat sendiri resepi turun temurun ni dari A to Z.  Selalunya Mama assist je Jida masak kat dapur, ini kali mau masak untuk Mama punya mother in law pula. Hehehehhe... Nak bagi my mother in law impress!

 Tak sia-sia bermenantukan gadis kacukan Cina+Jawa+Banjar+Bugis ni.
 (Wow mix 4 darah, patut le Mama ni santekkkkkk!!!  bluekkkkk!  ;P ) 

Alhamdulillah... nasib baik jadi.  Macam ni lah rupa sambal goreng jawa tu. 
Sedap!

Sekali tepek lauk dari kuala je daaa..... Ingat ye kuali kena besar sebab sayur ni kena kacau rata. kalau kuali kecil nanti payah nak ngaco nye.



Mama nak tepek sini cara nak membuat sambal jawa ni sebab senang nanti nak jadikan rujukan Mama and menantu Mama nanti. Eceh!!!! Kuat berangan Mama ni ye!  Hakim baru standard 1, dah ada hati Mama nak bermenantu. Hehehehe...

Nak buat ni aritu Mama siap call Jida and Nenek Ana Johor. Takut tak jadi kan. Banyak bahan nak disediakan kalau nak buat menu ni. Bahan SABAR pun kena banyak dalam hati. Hehehe...


Bahan tumis:
  Bawang Besar - 2 biji
Bawang Putih - 3 ulas
Lada Merah - 2 biji
Udang Basah Kecil - segenggam

Bahan kisar:
 Udang Kering - 1 sudu kecil
Cili Api Hijau - 15 tangkai / sepedas rasa. Hehehehe...


Santan - Mama guna santan kotak 200ml
Assam Jawa - 1 sudu kecil
Gula - 1 sudu besar/ sesedap rasa tapi jangan banyak
Garam -1/2 sudu besar / sesedap rasa

Sayur:
Kancang panjang - 2 genggam Mama
Kentang - 3 biji
Tempee - 1 keping
Tauhu - 2 keping
Sohun - sesuka hati Mama ( main amik je lebihan dalam peti)
Pucuk - sesuka hati Mama ( main amik je lebihan dalam peti)
(semua sayur mesti digoreng dahulu kecuali kancang panjang)

Mama little helper. Kopek kulit kentang.


Tempe dan kentang mesti dipotong kecil terlebih dahulu sebelum di goreng bersama garam dan kunyit. Tauhu tu pula goreng seketol dahulu  then baru di potong dadu.

Make sure time goreng sohun dan pucuk ni minyak dalam keadaan panas. Letak sedikit-sedikit sebab mereka ni bila digoreng akan kembang semangkok! Mesti sure jaga api sebab tak mau hangit ok. Sohun tu kena tengok masak rata sebab tak mau ada sohun yang tak masak goreng.

Cara nak masak (refer caption kat gambar juga) :

Tumis semua bahan tumisan sampai naik wangi (jangan hangit)  kemudian masukkan bahan kisar. Goreng garing kemudian masukkan santan pekat serta air assam jawa.

Agak-agak dah mendidih dan sedikit memekat santan tu. Terus masukkan semua kacang panjang. Bila kacang panjang dah agak layur, masukkan semua sayuran yang telah digoreng awal td iaitu kentang, tempe, tauhu, sohun dan pucuk ke dalam kuali. Kacau dan gaul rata.

Masukkan garam dan gula dan pastikan semua sayuran tadi bersalut sebati dengan tumisan. Bila nampak sayur yang dimasak telah keluarkan wap dan asap. Boleh lah tutup api.

Boleh hidang makan dengan nasi putih dengan ikan goreng.

Serius SEDAP! Makan ratah dia saje pun SEDAP!

~~~Jangan ingat perempuan je kena pandai masak. Hakim pun kena belajar masak okay~~~



No comments:

Post a Comment