Setelah buat sedikit research sebelum naik ke Cameron Highland
dan merasai sendiri suasana dan keadaan di Cameron Highland. Mama nak share beberapa perkara yang orang kata special dan wajib makan/buat disini.
Dan ini pendapat Mama tentang kata-kata orang tersebut tentang beberapa perkara yang mesti dicuba di sini. Some Mama dapat cuba and some tak dapat atas sebab yang tak dapat di elakkan sepanjang 17-19 April 2016.
~~~CAMERON HIGHLAND DAH TAK SEJUK~~~
Yang ini memang ada benarnya. Cameron Highland dah tak sejuk macam 20 tahun dulu.
Walaupun begitu setiap bilik dalam hotel di sini memang tak disediakan air conditioner.
Makna nya apa?
Cameron sekarang masih sejuk cuma tak sesejuk dulu-dulu je. Malam-malam nak tidur memang kena cari gebor nak tidur. Kalau tak... tak tahan badan nak oiii.
Seingat Mama 1st time Mama ke Cameron Highland pada tahun 1993. Sampai je Cameron mesti kena pakai baju sejuk tak kira siang atau malam. Keluar malam, masa bercakap tu boleh nampak kepul-kepul asap keluar dari mulut.
Air paip pun sama, sejuk!
Siapa yang stay hotel and bawa baby kecil sila lah bawa spare cebok plastik sebab nak basuh wee wee or poo poo anak nanti kesian pula nak cuci kena air sejuk. Heater ada but kalau baby tu kecil tak kan nak basuh guna paip heater tu, kang tak pasal-pasal dah macam mandi pula baby tu kang kena semburan air dari paip heater.
Hakim yang besar ni pun nak basuh wee wee kena isi air heater.
Tak rela nak basuh wee wee guna air paip. Sejuk!
Activiti pembangunan dan pertanian yang semakin menjadi-jadi di sini menyebabkan bagitu banyak pokok dan tanah ditarah. Time on the way naik ke Cameron ni boleh nampak banyak bangunan sedang dibina kebanyakkan nya apartment dan mungkin juga hotel. Macamana lah nak rasa sejuk macam dulu kan, hendak-hendak lagi sekarang sedang musim El-Nino.
Cuma.... panas di Cameron Highland ni tak seterik panas di negei-negeri lain.
Walau pun di sini panas tapi angin yang datang tu terasa sejuk.
Harap pihak berkuasa memantau activiti pembangunan di sini agar generasi akan datang dapat menikmati keistimewaan Cameron Highland yang ada kini.
Alhamdulillah walaupun begitu, Allah bagi kita merasa kabus tebal dan sejuk sepanjang hari perjalanan kita ke Cameron Highland. Sepanjang trip hari pertama kita di Cameron Highland masih boleh nampak kabus tebal dan suasana nyaman sepanjang hari pertama kita di sini.
Masuk hari ke-2 sampai ke-3, cuaca dah mula panas sedikit.
(based on temperature dekat kereta suhu di Cameron masa ni di antara18-21'C)
Baik pulih jalan dari Simpang Pulai menuju Tringkap. Ada tanah runtuh |
Jalan Simpang Pulai ke Tringkap. Kabus tebal. |
Pukul 12 tengahari. Sebelum tiba di Tringkap. |
Bukan jerebu ye...ini berkabus. 5pm di Hotel Casa Dela Rosa, Tanah Rata |
~~~~MENIKMATI TEH TARIK ~~~~
Mama setuju:
Menikmati teh di Sungei Palas Boh Cafe lebih mendamaikan dan suasana di sana lebih tenang dan sejuk berbanding di Cameron Valley. Tapi kalau nak mudah untuk jalan keluar masuk ke cafe, Cameron Valley adalah pilihan tepat. Ini kerana laluan jalan ke Boh Cafe sangat kecil dan tidak di syorkan untuk ke sana time peak.
BOH Cafe, Sungei Palas. (April,2016) |
~~~~SCONE CAMERON~~~
Mama rasa scone ni biasa je. Rasanya macam roti wholemeal jadi muffin.
lepas tu disapu dengan butter and fresh strawberry jem. kalau makan panas sedap juga lah but my opinion kalau rasa nak makan scone ni boleh tapi try lah di mana-mana cafe melayu Muslim di kampung Taman Sedia. Macam kita ni beli di Opah Cafe, 1 scone harga cuma RM3.50 satu, siap butter and jem berbanding di Lavender Garden dan cafe besar yang lain yang mana harganya mencecah RM8 satu.

Scone 2 ketul ni RM7. Share dengan Papa and Hakim. Kita beli di Opah Cafe. |
~~~MENU PASAR MALAM~~~
BEBOLA KELEDEK DAN KELEDEK/JAGUNG STEAM
Yang ni memang special and sedap. Plan asal nak cari bebola keledek di pasar malam. Tapi tak ada rezeki sebab Pasar Brinchang buka hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Ini pun bernasib baik dapat merasa bebola keledek yang dijual di Lavender Garden. Lembut je bebola keledik ni. Tengok dalam blog orang ada jual yang keledek purple. tapi time kita pergi ni yang ada cuma keledek biasa. Mungkin kalau di pasar malam ada jual yang keledek purple tu.
Keledek steam pun syok makan time dalam kereta,
Papa dah menjeling je kat Mama. risau lah tu kereta dia kotor. Keledek dan jagung steam memang layan abis lah makan time panas-panas. Product tempatan, fresh dan memang sedap makan sambil suami menjeling. Hihihihi....
(keledek dan jagung steam kalau tak dapat pergi pasar malam, ada banyak dijual di Kea Farm. Cendawan goreng pun ada dijual cuma time perut je dah terlalu full nak merasa semua tu)

12 biji bebola keledek, RM3 kalau tak silap Mama. |
~~~STRAWBERRY DIP CHOCOLATE~~~
Yang ni memang lah sedap kan.
Masam strawberry tu campur pula dengan manis coklat.
Tak cukup 3 cucuk Hakim makan.
Harga 3 cucuk strawberry chocolate ni RM5 di Lavender Garden.
Yang ni memang lah sedap kan.
Masam strawberry tu campur pula dengan manis coklat.
Tak cukup 3 cucuk Hakim makan.
Harga 3 cucuk strawberry chocolate ni RM5 di Lavender Garden.
~~~ICE-CREAM MALAYSIA~~~
Wajib makan dan tapau bawa balik. Super sedap.
Kita ada makan di Big Red Strawberry dan Abang Steamboat but seriously ice cream malaysia buatan Abang Steamboat lebih pekat dengan strawberry, manis dan SEDAP!

Abang Strawbwerry Ice-Cream. Merah betul! |
~~~~PICKING STRAWBERRY & FLOWERS~~~
Mana lagi nak petik strawberry kalau bukan di tanah tinggi kan. So kalau ada anak kecil dan budget lebih boleh lah bagi depa ni experience masuk ladang strawberry and petik strawberry. memang tak dinafikan harga beli strawberry yang dipetik sendiri adalah jauh lebih mahal but apalah yang nak dibandingkan dengan pengalaman memetik sendiri buah strawberry kan.
Macam Hakim petik sikit je, Tuan ladang bagi kebenaran tak ikut berat minimum buah. Mungkin sebab hari Selasa, tak ramai orang kan. Rezeki kita, dapat lah sebungkus strawberry hakim petik dengan harga RM8 banyak macam gambar bawah ni.
Strawberry hasil kutipan Hakim |
Petik strawberry di Opah Cafe |
~~~MENAPAK DI MOSSY FOREST, GUNUNG IRAU~~
Yang ni Mama teringin juga nak try buat dengan Hakim but belum dapat kelulusan daripada Papa.
Serius rasanya kat Mossy Forest ni aje lah satu-satunya aktiviti lasak yang boleh dibuat di Cameron Highland. Baca blog dan tengok gambar orang ber camping dan mendaki Mossy Forest ni buat rasa jeles pula di hati Mama.
InsyAllah... ada peluang kita daki bukit gunung ganang pula lepas ni ye anak.
~~~NOTA TAMBAHAN BUAT SUAMI~~~
Dah sampai Cameron Highland. Bunga murah.
So apalah salah nya belikan bunga ros buat isteri. Dapat sejambak macam ni pun jadilah... Senyum sampai esok pagi!
Tq Papa for the lovely roses. |
Semoga Papa diberi kesihatan dan rezeki yang banyak. Boleh bawa kita jalan-jalan lagi. |
Akan ke Cameron lagi InsyAllah. |
Sekian, melaporkan. :)