Friday, 22 April 2016

Check In Hotel Casa Dela Rosa

Settle bermalas di Boh Cafe kita terus check in bilik di Tanah Rata.

Tara!!!!
Ini lah hotel kita. 
Hotel Casa De La Rosa

Cantik kan. 

Cantik kan.  Wanita berbaju merah itu. Hihihihi...

Entrance nak ke lobi.
Tunggu turn untuk check in.


Sebenarnya sangat lah banyak hotel, apartment, chalet, homestay  yang
disediakan di Cameron Highland ni.

Kalau  bawa family yang besar tapi dalam budget yang kecil better pilih homestay sahaja. Lebih economic dan mudah untuk communicate. Satu rumah, bilik banyak siap ada kichen and hall. Nak berkumpul pun senang. 

But macam kita ni 3 beranak. Mama pilih kita stay di hotel sahaja.
 Buat apa nak sewa apartment 2-3 bilik kan. Kang seram pula malam-,malam mengenang bilik kosong dalam  rumah tu kan. Hihihihi...


Hotel ni Mama booking online je, direct dengan hotel.

Kenapa tak guna Groupon/Trivago?

Erm... sometimes bila guna orang tengah ni harga jadi lebih tinggi.
Kalau pun sama sometimes depa ni tak include beakfast pun.

So kita sebagai pembeli kena lah rajin sikit ye dok survey harga.
Kalau ada rezeki boleh lah dapat murah booking online ni.

Kalau nak tau tentang rate and condition bilik-bilik di Hotel Casa Dela Rosa ni
boleh lah google  or klik je kat sini.
Semua information tentang bilik ada kat sini.

Maklum ler gambar yang Mama amik ni bukan gambar pro.
Lagipun mana boleh masuk bilik orang lain nak snap condition bilik-bilik yang ada 3-4 katil
dalam bilik besar kan.


Time ni ready nak keluar cari steamboat for our dinner

Kenapa Mama pilih Hotel Casa Dela Rosa ni?


1. Located di Tanah Rata, which mean near with administration center.
Location nya pun jauh  daripada hiruk pikuk Brinchang.
Kata nak kedamain kan. So that why Mama pilih hotel ni. 
(Jauh  tu sebenarnya tak lah jauh sangat pun, hotel ke Brinchang, Tringkap cuma dalam 10-20 minit je pun kalau naik kereta. So pilihan hotel di Tanah Rata is the best choice for us)

2. Harga tak mahal sangat
Under budget kita. Satu malam; RM204

3. Cantik.
Ni memang tak dinafikan. Hotel ni memang cantik.
 Tengok gambar lah ye baru tau cantik ke tak. Lebih-lebih lagi kalau bilik berdepan dengan padang golf so view pun awesome lah sangat kan.


4. Private parking. 
Tak de lah nak share parking dengan orang lain. 
Kalau balik lambat pun still ada parking.

5. Ada bath tub.
Sebab kan percutian kali ni tak ada adegan di swimming pool or wet world.
So hotel with bath tub is a must!


6. Katil King.
Makin beso katil. Makin lasak pula Hakim tidur. Pening!!!


But....
ada 1 je lah yang tak boleh kat sini.
Makan kat dalam hotel ni masih belum mendapat sijil halal daripada pihak Jakim. So kita memang tak makan lah kat sini. Keluar breakfast semua kat luar. 

Hopefully lepas ni pihak hotel dapatkan sijil halal daripada Jakim so ini akan menawan lagi hati pengunjung muslim untuk datang dan makan di sini.

Cafe hotel belakang tu je.

Mandi sampai kecut ye.





Boleh dikatakan selama 3 hari 2 malam kita stay di sini semua nya ok dan mendamaikan.

Walaupun bilik hotel tak provide air conditioner but masih lagi terasa sejuk especially waktu malam.

Tidur malam menggigil lah juga mencari selimut. 


Yang best nya hotel ni tak kedekut pillow. 1 katil king ni depa bagi 4 bijik pillow. Sedap betul tidur sejuk-sejuk dengan bantal yang banyak. Nyaman.....

Yang penting time nak guna air mandi.
Air mesti laju.

 Kalau slow tak puas lah mandi kan. Hakim time mandi dalam bath tub siap bawa animal mandi sama. 

Aloloooo...happy nya dia.

Excited terlebih dah ni.





























Itu saja lah yang Mama nak share tentang hotel ni ye. 
Ada rezeki kalau kita ke sini lagi Mama teringin nak stay di Hotel Strawberry Park pula or di SmokeHouse. Itu lagi 5-6 tahun lagi kot. Hihihihi....





Pandangan dari tingkat 3. Berdepan hotel ada padang golf.

Nak call Jida jap. 
Cantik pula bunga loceng kuning tu kan.
Okay dah nak check out ni. Babai Hotel Casa Dela Rosa.



~~~ Cinta di highland ~~~

No comments:

Post a Comment