Thursday, 21 April 2016

Cari makan di Cameron Highland

 Akhirnya hajat Mama nak bawa Hakim naik Cameron Highland lagi sekali terlaksana.
Papa setuju kita bercuti ke Cameron Highland kali ini memandangkan cuaca panas yang melampau lampau di negeri Merah Kuning yang tercinta ini.

 Pada awalnya Papa cadangkan kita ke Terengganu or Kelantan, pasal Papa kata makanan kat sana best and Papa teringin nak makan lagi ikan goreng tepung di Terengganu. Tapi dengan hujah dan alasan saintifik yang Mama bagi, akhirnya Papa setuju kita ke Cameron Highland.

Yeayyyyyy!!!

Sebelum tu, daripada sumber blogger and kawan-kawan Mama yang dah ke Cameron baru-baru ni. Ramai yang kata Cameron Highland dah tak sejuk macam dulu. Banyak tanah yang dah ditarah  untuk tujuan pertanian mahupun pembinaan rumah/hotel. So tu lah kot punca kenapa Cameron dah tak sejuk macam dulu-dulu.

But at least daripada kita ke tanah rendah musim panas ni ada baik nya kita ke
 Cameron ni kan. At least merasa lah 3 hari angin sejuk Cameron. Walaupun dah tak sejuk sangat kan........ nak jugak!  :)

Berkabus sejuk' di kaki Tringkap.


Suka sejuk!



 Ok, panjang berjela mukadimah kan. Hihihihi...

Meh Mama share tentative yang Mama dah prepare sebelum kita mulakan trip ni ye.
Naik lunyai juga lah kertas kuning ni dikerjakan pasal asik keluar masuk bag. nak refer map and jadi bahan conteng Hakim. Tu yang bulat kan nama tempat tu Hakim lah yang buat.

Kita cerita pasal makan-makan dulu ye.
Susah ke nak cari makanan halal kat Cameron ni?
Apa pilihan yang ada?
Sedap ke?

Itu lah persoalan yang selalu berlegar dalam
kepala seorang penjalan-jalan cari makan. Hihihihi...



Tentative & map (benda penting ni)

Macam biasa lah kan tentative memang kemain tersusun but tak semua kita dapat follow. 
Yang buat spoil sebab nak cari kedai makan yang kita plan tapi tak jumpa pun. Pasar  MalamTanah Rata pun tak berapa happening macam pasar malam Brinchang.

 Mama ingat boleh lah dapat beli bebola keledek/kimcan/mashroom fried di pasar malam Tanah Rata. But tak ada. Yang banyak dijual barang basah, lebih kurang macam pasar tani. 

Restaurant Erra yang kita plan nak pergi pun tak ada dah kat Marigold  Square tu.
 Dah tutup. Kedai Kak Yam yang kat terminal bus pun sampai balik kita tak jumpa-jumpa.

Kedai makan De'Bamboo kat Kg Taman Sedia  tu pun kita blacklist sebab kat banner tulis RM15/head untuk steamboat but time kita datang tu tukang order kata RM25/head sebab menu buffet je yang ada. Padahal bila kita tengok menu yang ada atas meja, semua menu steamboat.  

Adehhh!!!
Kot ler ada menu makan malam yang lain macam nasi dan lauk 
campur tu boleh ler gigih gak nak ber buffet tapi tak ada. 

So kita undur diri dan pilih pilihan ke-2 iaitu ke Restaurant Glory 78. 
Restaurant ni bersebelahan je dengan Hotel La De Fern.

Harga RM26/set untuk stemaboat sahaja but minimum order wajib 2 set ye.
Tak boleh order 1 tau.

 Then time makan tu diorang sediakan  sepiring peanut.
Ingatkan free but kena bayar, RM2.50 sepiring tu.
Erm...kalau tau kita tapau je bawa balik peanut tu. 

Sedap tak???
Erm.... Mama bagi 3 bintang. 

1. Makanan steamboat semua dihantar ke meja. 
Mean tak payah lah kita dok berebut berjalan nak ambil makanan.

2. Lauk steamboat untuk 2 orang memang banyak so jangan order banyak.
 Kalau ada 3 orang boleh lah order untuk 2 orang makan sahaja.

3. Kuah ada 2 pilihan. Sup or TomYam. Kalau nak pedas pihak restourant memang dah sediakan kuah cili. So yang bawa anak kecil boleh order kuah sup then masuk kan je kuah cili dalam mangkuk memasing ye.

4. Parking terhad. Lebih-lebih lagi time cuti

5. Ice-cream sunday sikit sangat,
yang nampak menimbun  dalam cawan tu krim sahaja.

6. Selain steamboat, kat sini juga sediakan menu lain contohnya menu western dan makanan goreng dan lauk nasi dengan rendang.  Masa kita datang ni Mama order Nasi goreng Cina, but nasi goreng tu ada rasa hangit. Masa tumis terhangit kot. Sebab nampak sayur tumis tu hitam. 


 Glory 78 Cameron Highland:
Masa ni pukul 5 petang. Berkabus dan sejuk.
Makan steamboat memang layan lah time sejuk.

Tu peanut yang difikirkan free.
 Lepas kejadian susah nak cari kedai makan yang kita plan nak pergi tu, kita pun buat keputusan untuk makan je di mana-mana kedai makan yang okay. 

Tu lah...  tips berjalan ni. 
Jangan terlalu nak ikut plan. Kalau dah tak ada tu cari je kedai lain ye.

  Macam gambar kat bawah ni. Punyalah kami nak cari kedai makan Kak Yam yang orang dok share dalam blog tu kan. Pusing punya pusing tak jumpa. End up kami makan kat Marybrown aje. 

Boleh tahan juga ayam goreng Marybrown ni. 
Sebelum makan di Marybrown, kami jumpa 1 kedai makan yang macam best je.

 Kedai  Abang Steamboat and Grill.
Harga cuma RM25/set aje.

Tapi disebabkan semalam dah makan steamboat di Glory 78 tak kan
arini pun nak makan steamboat kan? 

Kopak duit mak nak oiiiii. Hihihihi...
Tapi dan juga lah Mama meninjau menu steamboat and grill restourant Abang ni. Memang banyak pilihan steamboat dan grill. Nasi goreng and bihun goreng pun ada dalam menu set diorang ni. So makan steamboat kat sini lebih murah dan berbaloi.

 Rasanya lepas ni kalau ke Cameron Highland lagi. Memang Restourant Abang Steamboat and Grill ni akan jadi pilihan steamboat pertama kita. 

Staff kat sini bagitau Mama yang restaurant ni baru je dibuka sebulan setengah yang lalu. Tu ramai orang tak tau lagi. Tak pe...meh Mama tolong promote ye. Tapi nanti kalau kita datang tolong kasi buy 1set  free 1 set lah ye. Hihiihihihi...

Mama and Papa ada juga tanya kot lah ada menu western pasal tetiba tekak nak makan western pula sejuk-sejuk ni. Tapi staff tu kata so far hanya ada menu steamboat and grill sahaja.  Jadi terpaksalah kami melangkah kaki cari kedai lain.

 Kedai mamak kita tak pergi pasal mostly pekerja diorang kat situ nampak macam India betul 
 dan diragui kehalalan nya.
 (bukan races ye, maksud Mama diorang nampak macam India dari negara India bukan pure Mamak)

Yang kat bawah ni kita breakfast di Abang Cafe  di ampung Taman Sedia. 
Owner yang sama dengan Abang Steamboat and Grill yang dekat dengan terminal bus Tanah Rata tu. Cuma nya kat sini dekat dengan kebun strawberry. 

Ni kalau lepas makan nak petik buah srawberry pun boleh tau. Kebun strawberry ni pun diorang yang punya. Kalau nak ke sini kita boleh nampak banyak homestay dan cafe orang Melayu.
Contohnya Al-Mashoor , Opah Cafe, KHM Strawberry dan banyak lagi lah cafe Melayu. Kalau nak try scone dan ice cream yang dijamin halal sila lah ke Kg Taman Sedia ni. Tapi kena cepat lah ye, kalau lambat...melepas.


Breakfast day 2 di Abang Cafe
:)
Abang Hakim dengan Abang Stoberi

Pegang je, jangan petik.


Meh Mama nak citer,
Punya lah nak juga makan kat Abang Steamboat and Grill ni kan. 
Pagi sebelum balik Sg Buloh kita breakfast kat sini.  Mama order Nasi lemak sambal strawberry.  Untuk Hakim , Mama order kan soto. Pagi gini memang tak ada steamboat lah ye. 

Tapi serius cantik kan deco kedai ni. Ada payong comel-comel gantung macam bumbung gitu.
Hope owner kekal kan dan sentiasa menambah baik keselesaan dan kesedapan setiap menu masakan. 

Aloloooo... malu ke tewwwwww

Cumanya Mama nak kasi tau sikit je kat owner Abang Steamboat and Grill ni.
Kat nasi lemak tu kalau tambah santan and  bubuh je bawang  and halia mesti lagi sedap. 
Sebab nasi lemak tu kurang rasa lah 'Abang'. Sambal dah okay and sambal strawberry tu memang boleh kata special dan wangi. Mama suka rasa sambal strawberry tu.. 

Mama siap beli bawa balik  4 botol sambal strawberry ikan masin extra hot tau. Bukan tu aje. Mama  borong ice cream Malaysia and jem strawberry untuk family di Sg Buloh. Papa pun beli satu bag coklat kat Abang Steamboat and Grill ni, katanya coklat ni buatan  Cameron Highland. So nak try test cuba coklat Cameron ni macam mana pula rasanya kan.

♥♥♥
♥♥♥


Ini memang win! Harga sebatang RM1.50, beli banyak dapat less, sebatang RM1.30
Sambal strawberry







Puas hati.
Erm...
Itu je lah yang Mama nak share pasal cari makan di Cameron Highland ni.
Yang penting dalam car boot sila bawa air mineral lebih sikit sebab kat sini air minum mahal. Contohnya, ice kosong di Glory 78 harga RM1 segelas.  Lepas-lepas kena tu, terus tak order dah ice kosong kat sini. Rugi.


Throwback:: 11 Disember 2010

Your very 1st time @ Cameron Highland
Atif and Hakim

Hakim (11 month) , Atif (4 month)




8 comments:

  1. Hi...saya min..tengah survey2 tempat makan dan penginapan kat cameron..
    Terima kasih atas perkongsian, tp x de ke alamat penuh restoran abang stimboat dan grill tu? Agak2 dah setahun ni masih ada lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang steamboat masih ada..

      Delete
    2. Saya kt Cameron sekarang ni 8/5/17.
      Cari tpt penginapan dr booking.com n nk cari tpt yg kami tak pernah stay. Booking deluxe room kt Smurf inn, Brinchang. Masuk jer tgk bilik cantik n cozy juga tp terlalu sempit smpai nk solat seorang pun tak muat. Tp ada surau disediakan di tgkt 2. Then mohon upgrade bilik. Rezeki kami ada tinggal 1 suite room. Apa saya nk kata suite room ni sgt selesa. Cukup luas, cozy dgn bath room besar siap ada jakuzi. Dgn harga 250/nite weekdays mmg berbaloi.

      Delete
    3. Saya kt Cameron sekarang ni 8/5/17.
      Cari tpt penginapan dr booking.com n nk cari tpt yg kami tak pernah stay. Booking deluxe room kt Smurf inn, Brinchang. Masuk jer tgk bilik cantik n cozy juga tp terlalu sempit smpai nk solat seorang pun tak muat. Tp ada surau disediakan di tgkt 2. Then mohon upgrade bilik. Rezeki kami ada tinggal 1 suite room. Apa saya nk kata suite room ni sgt selesa. Cukup luas, cozy dgn bath room besar siap ada jakuzi. Dgn harga 250/nite weekdays mmg berbaloi.

      Delete
  2. SALAM Sis, nak tanya
    Steamboat n grill abg strawberry adalah kedai yang sama yg jual nasi lemak sambal strawberry tu???

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sama,sbb saya ade tnye. Dorg ade 2 Kedai. 1 kat kg tmn sedia. Kalau yg ade steamboat tu near stn bus

      Delete
  3. Sesiapa nak cari homestay sila lah contact number ni yer.... 014-2391070 apartment 3 bilik 2 tandas area tanah rata. Wassalam .tq admin.

    ReplyDelete