Tuesday, 26 April 2016

PETIK STRAWBERRY DI KAMPUNG TAMAN SEDIA, CAMERON HIGHLAND.



Strawberry daripada kebun muslim.


Mama baru tau yang selama ini di Cameron Highland ada juga perkampungan orang Melayu.
Atas perkongsian blogger dan di Facebook, Mama terpanggil untuk bawa Hakim ke  perkampungan Melayu di Cameron Highland iaitu di Kampung Taman Sedia.

Plan nya hendah  memetik buah strawberry di sini sahaja.
Kita tolong lah usahawan Muslim kita di Cameron Highland ni pula. Lagipun dapat juga cari ice-krim malaysia dan  scone halal buatan penduduk setempat.


Kampung Taman Sedia, Cameron Highland

Masa masuk je ke Kampung Taman Sedia ni kita boleh nampak banyak homestay yang ditawar kan disini.  Kedudukan nya di Tanah Rata memang sangat strategik. Suasana di Perkampungan ini tak jauh bezanya macam masuk kawasan perkampungan biasa di sini. Bezanya perkampungan di sini rumah-rumahnya agak rapat dan udaranya sejuk nyaman.


Antara kebun strawberry yang agak besar dan menyediakan perkhidmatan cafe dan memetik buah strawberry di sini adalah Al-Mashoor, Abang Strawberry, Opah Strawberry, KHM Stawberry dan YZ Agro Farm. Mungkin ada banyak lagi strawberry farm yang diusahakan di sini tapi yang Mama list kan tu memang yang kita ada singgah dan nampak banner nya.

Al-Mashoor Strawberry Farm and Cafe
Hakim with giant strawberry di Al-Mashoor Agro Farm


Agro Farm di Kampung Taman Sedia

Tapi nak petik strawberry di Kampung Taman Sedia ni kena betul.
Sebab kalau tak kena timing silap haribulan tak dapat nak petik strawberry.
Macam kita aritu ingat nak petik strawberry di Al-Mashoor  dan Abang Strawberry but malangnya time tu farm nya close, Cafe sahaja yang buka.

So rezeki kita petik strawberry  di Opah Cafe pada hari terakhir perjalanan kita di Cameron Highland. Alhamdulillah dapat juga lah memenuhi impian Hakim nak petik strawberry ni.

Erm...kira first time ni Hakim nak petik buah strawberry di Cameron Highland.
Excited juga lah Hakim tu Mama tengok. Asal nampakstrawberry merah je nak dipetik.















Inilah Opah... Opah Cafe.
Ok dah alang-alang masuk petik buah strawberry di Opah Cafe ni.
Mama nak share yang di sini juga ada jual produk seperti jem dan ice-cream strawberry buatan Opah.
Masa kita ke sini di cafe ada sediakan scone dan strawberry muffin.

Kalau nak makan, opah boleh tolong reheat kan scone and muffin tu.
Makan panas-panas memang sedap.

InsyAllah, ada rezeki lagi kita singgah lagi ke sini ye.




~~~ Tengok Opah... teringat kat  Jida~~~


No comments:

Post a Comment