Monday, 4 April 2016

Last sport day with Little Caliphs.

Cik Na pun ada  :)

Amboi seronok nya anak Mama tahun ni dapat medal.
Tahun ni last year Hakim bersukan dengan kawan-kawan di Little Caliphs. Lepas ni InsyAllah Hakim akan bersukan di padang sekolah yang lebih luas dan pasti lebih ramai student yang akan terlibat.

Cepat betul masa berlalu. 
Tak sangka dah masuk tahun ke 3 Hakim bersukan dengan geng Little Caliphs.


LC Sungai Buloh aka Kampung Buloh.

Kali ni kita team Kuning. 
Mama terasa macam staff Maybank pula bila pakai tudung kuning gitu. Tiba-tiba rasa rindu pula zaman bekerja dengan Maybank di Sungai Buloh dan Sri Gombak dulu-dulu.  

Kita bertolak ke Stadium Titiwangsa  awal sebab risau jalan jammed di KL. Sampai-sampai tengok dalam stadium masih lengang. Stadium pun masa ni rasa nyaman lagi, tak panas...tak sejuk. Okay okay je tahap tempreture nya.

 Tapi bila semua parents dah sampai, hendak pula time game berlangsung. Panas nye bukan main.  Ditambah dengan keriuhan time acara sukan bermula. Bukan je anak-anak dalam arena. Parent pun sama dalam arena. Adoiiiii, Mama and Cik Na yang duduk paling depam ni pun terhalang nak tengok anak-anak bersukan.

But, semua tu biasalah. Kalau tak...tak seronok.
Ini pun anak-anak bernasib baik sebab dapat bersukan dalam dewan. Sekarang cuaca panas. Kalau bersukan di luar time panas memang lagi lah kesian pada anak-anak.

Amik tentative program. 

Tascher kata:  Registration belum dibuka lagi Puan. 
Berpeluang pilih seat paling depan sebab datang awal.
Dah mula ramai dah. Nampak tak Mama and Cik Na?

Beso beno rambot dia.

Tengok apa tu?

Geng 6 tahun. Actually u all tengah tengok belon yang dilepaskan oleh Tc Fari time perasmian sukan. Belon tu tersangkut kat bumbung dewan. Tu yang semua dok mendongak ni.

Tunggu turn nak sukan dengan Papa

Mana Papa?
Sebelah Kg Buloh, Kg Selayang. Team biru.

Untuk acara tahun ini, Hakim dan student 6 tahun yang lain akan bermain baling selipar dan berterompah bersama parents. 

Mama share video ye. 
Hebat betul Hakim, sekali je baling dah runtuh dah menara selipar tu dibaling.
Masa game pakai terompah, Papa je yang seronok ber game. Hakim muka serius je. 
Hihihihi....





Habis majlis, konon nak cycling. Hrmmmmm... harapan je lah anak oi.
Perut memasing time ni dah lapar. Tambahan pula rasa panas berbahang. Memang rasa nak cepat je naik kereta and on aircond laju-laju.

Dapat lah Hakim tiup belon kejap kat tepi Tasik Titiwangsa tu.
Then terus vrooooommmmm laju balik Sg Buloh.

Belakang tu Stadium Titiwangsa.

Cik Na  :)   
Main baloon.


Kan dah kata... Papanya yang lebih. Hihihihi...
Ok, for more photo. Mama tepek video kat sini je lah ye. 
Tak de lah berjela panjang entry ni dengan photo. 
Syok juga guna aplikasi VivaVideo ni.

Enjoy   :)

video

~~~Tahun depan dah darjah 1~~~

No comments:

Post a Comment