Friday 22 April 2016

Lavender Garden, Cameron Highland. Soo purple...soo cantik!



Hari ke dua kita di Cameron Highland dimulakan dengan siri menjejak Lavender di Tringkap. Besar rupanya Lavender Garden di Tringkap ni.  Bertingkat-tingkat. Penat juga lah nak mendaki setiap tingkat tu, but dengan panorama yang indah serta angin sejuk Cameron so hilang lah sikit lelah nak naik setiap tingkat di Lavender Garden ni. 

Nak masuk sini kena bayar tau.
RM8 dewasa , RM5 kanak-kanak. Jom masuk jom.....

Nak tau details tentang tempat ni boleh lah klik di  sini
Kot le rate dah berubah ke kan.  Boleh lah check dulu sebelum singgah  ke sini

Di sini turut menyediakan tempat parking percuma yang banyak but time kita lalu sini Ahad haritu, parking yang luas tu pun nampak full. Maklum lah ramai yang plan nak ke Lavender Garden ni time turun dari Cameron gamaknya.  


Kita tengok lavender jom.

:)


Subhanallah... Cantik!
Cantik betul ciptaan Allah ini. 
Terapi jiwa!

Nasib baik kita  plan nak pergi ke Lavender Cameron ni pada hari ke-2 trip (Isnin), 
boleh belek dan tengok bunga kat sini puas-puas! 

Orang pun tak ramai, heaven sangat!
Tak crawdad. Bukan apa, tak syok lah kan nak bergambar tapi ramai sangat orang. 
Nak posing pun segan kan. Nak berlama-lama tengok bunga pun tak boleh.

Tapi serius, masa kita pergi hari Isnin ni ramai je orang tapi tak macam hari Ahad. 
And memang banyak sangat gambar yang Papa snap kat sini. Mama nak pilih letak dalam blog ni pun rasa pening nak memilih.  Mama rasa entry ni lah yang paling banyak gambar. Hhihi... 

Layan kan aje lah ye gambar-gambar yang banyak kat bawah ni ye. 



Cantik pula depa dok susun lagu ni pokok bunga. Colorful. 

i ♥ u


Keta sapa lah park sini nih


Jangan petik nak oiiiiii


Gambar-gambar yang kat atas ni semua baru  gambar di tingkat 1 garden. 
Macam-macam jenis bunga lavender dari pelbagai negara ada kat sini. 

Banyak lagi nak share ni. 
Sila scroll ke bawah ye. Kita tinjau di tingkat lain di lavender garden ni ada ape pula ye.



Ada Bunga daisy yang bermacam warna




 Ha... dalam Lavender Garden ni pun ada disediakan cafe dan surau.
 Selain pokok lavender, banyak juga pokok bunga lain yang ditanam dan menjadikan garden ini bertambah lah cantik. Pokok morning glory sampai kat Cameron ni pun nampak sangat lah cantik.

Kolam ikan pun ada kat Lavender Garden ni. Hakim suka sangatlah tengok ikan koi besar-besar berenang dalam kolam. Kalau nak petik strawberry pun boleh kat sini.

 Mama rasa kalau tak dan nak petik kat Tanah Rata or Brinchang, kat Lavender Garden ni boleh lah jadi hentian terakhir sebelum turun balik ke rumah memasing. 


Mak dah tak larat dah anak oiiii. Mak nak ngopi sat kat cafe. Anak gigih lagi nak panjat tingkat 3.

Self pick strawberry and daisy available here








Dah kata kan yang Morning Glory kat sini jadi sangat cantiik.

Selfie



Jangan ditarah dah lah ye hutan belakang tu.

Surau ni kita tak masuk pun, sape pernah masuk sila share ye condition surau. Ok tak?

Lepas selesai sesi terapi bunga kita start terapi tekak pula ye. 
Dah kata ke lavender garden so wajib lah try menu  lavender kat sini.


ICE CREAM LAVENDER



Plan asal just nak beli 1 je ice-cream lavender ni. Nak rasa je. Kot rasa bunga kang tak lalu plak kan.

But..... tak boleh. 

Once Hakim dah rasa, Hakim terus tak nak bagi Mama and Papa makan dah ice cream tu.

Sabooooo je lah.

Erm...sedap juga lah rasa ice-cream lavender ni.
Tak de lah rasa bunga pun. Hanya  rasa lavender je.  

Eh..lavender tu bunga lah kan. Hihihihihi....


Tapi kena try lah ice-cream ni. 
Sedap, itu je nak kata.  :)

Nak balik tu boleh lah beli lavender candy kat sini. Sebatang RM2.50, Mama beli 4 batang. Hakim, Atif, Ofa dan Cik Meghah sorang 1 ye.

Hadif, Cik Noghah and Nadim jauh and masih kecil. So tak dapat lah nak belikan candy ni ye.



Candy lavender flavour


Semua product lavender. Suka tengok!


Sebenarnya banyak lagi gambar yang Mama nak share dalam ni but kang dah jadi macam album bergambar plak kan. Hihihihi... 

~~~Sekian melaporkan dari lavender Garden~~~

1 comment:

  1. semua orang suka lavender garden di cameron ini kecuali satu benda saja, aiskrim lavender tu ...lol rasa pelik

    ReplyDelete