Friday, 22 April 2016

Menikmati Hot Tea di BOH Cafe di Sungei Palas.



Boh Tea Centre, this is our first pit-stop di Cameron Highland.
Last Mama ke Tea Centre ni masa Mama ada camp study time belajar di UTM. Ada kot dalam 8-9 tahun yang lalu. Tak banyak yang berubah pun keadaan di Boh Cafe ni.

Tapi masa kita pergi ni Sunday so keadaan dalam Cafe tu agak over crowded. Most of the visitors nak duduk di bahagian paling hujung cafe.  Bahagian cafe yang mengunjur ke arah ladang teh memang menjadi pilihan ramai. Kita bernasib baik dapat seat kosong kat situ. 

Entrance Boh Cafe
Belakang tu lah Boh Cafe yang famouse tu.

Rezeki dapat seat kat bahagian depan cafe.


Menu yang ada di Boh Cafe ni light menu. 
Papa order kan kita  Teh Tarik and Strawberry Tart. 
Bukan nak makan sampai kenyang pun, sekadar nak menikmati Teh dengan suasana nyaman di sini.
But lepas ni kalau rasa nak betul-betul enjoy dengan kedamaian Cameron Highland bersama secawan teh, better pergi ke Boh Cafe ni time hari kerja. 

Selain dapat menikmati teh dan kedamaian yang optimum, 
kereta pun boleh park sampai atas.

Macam kita ni terpaksa park di bawah dekat area sekolah then jalan kaki lebih kurang 200 meter untuk naik ke cafe. So kalau nak ke sini bawa orang tua better jangan time cuti. Kesian pula atok nenek nak jalan kaki kan.


Hakim suka tart kat sini.

Apa lah yang diborak kan tu.

Inilah laluan dari tempat parking kat sekolah hingga ke cafe. 
Kalau tak nak lalu di tea bush walk, kita boleh je lalu di laluan jalan bertar. Cuma kita saja nak adventure sikit nak ke cafe lalu kebun teh. Jarak lebih kurang sama je.

Hakim ternyata sangat suka kan laluan kebun teh. Laju je Hakim daki laluan teh ni. 
Mama yang naik semput nak mengejar kamu.




Nampak tak Boh Cafe kat celah pokok atas bukit tu?

Gigih Mama naik bukit ni anak oiiiii
Bush walk

 Actually ramai juga orang yang lalu di tea bush walk ni. Ye lah sambil tu boleh snap gambar kenangan kan di celah pokok teh ni. Cuma nanti bila laluan bridge yang kat bawah ni dah siap lagi mudah lah perjalanan nak naik ke atas cafe melalui bush walk. Kasut pun tak kotor. 

Pandangan dari puncak Boh Cafe: tempat parking, bridge walk dan laluan jalan  bertar.



 Selain daripada itu, kat Boh Centre ni juga ada kedai menjual hadiah cenderahati  dan hasil teh keluaran Boh.

Macam-macam perisa teh ada, tapi Mama tak beli pun. Sebab mostly product diorang ni ada je dijual di pasaraya dalam Malaysia ni. Plus Papa tak minum teh perisa bercampur-campur ni.

Papa kata...kalau teh...biar teh betul. Original.  Baru rasa teh nya.

Tapi kalau minat nak teh yang ada flavour tu memang kat sini lah tempatnya. 
Ada teh perisa manggo, strawberry and teh tarik instant pun ada.


Harga? 
Sori ye Hakim....Mama tak perasan pula adakah harganya lebih murah dibeli di sini berbanding di pasaraya lain.

Kita cuma beli sekeping poskad aje kat sini. Tanda kita dah sampai ke Cameron Highland 

:)


Happy betul Mama sebab dapat juga jejak kaki ke Boh Cafe ni. 
Terima kasih Papa yang sabar dengan leteran Mama sepanjang perjalanan kita dari laluan masuk Bee Farm nak ke Sungei Palas Boh Centre ni. 

Laluan nye..... mengucap panjang nak oiiiii. 
Jalan kecik tapi 2 ways.  Masing-masing kena sabar dan yang penting kena follow arahan tukang jaga jalan. Mama rasa yang jaga jalan tu staff Boh juga kot. 

InsyAllah ada rezeki kita ke sini lagi ye. Hope time tu bridge walk dah siap and pilih hari kerja naik ke sini. For record, Boh Cafe ni open everyday except Monday.

Moh tengok gambo kita di Boh Centre ni dulu yok before ke next entry di Tanah Rata.


Mama: Kenapa Hakim pejam?
Hakim: Silau.




Satu... kasih yang abadi


Dua... Sayang berpanjangan

Tiga.... Rela berpayahan. Kasih nya ayah....


Yeay!!! ( Hakim, try to enlarge this photo. Trust me u will c your funny face here. Hahahahah)

Okay kita dah nak turun ke Tanah Rata ni.

Turun dari Boh Cafe, kita ikut laluan bertar.
Semoga berjumpa lagi.

 ~~~ Jom check in hotel~~~

No comments:

Post a Comment