Tuesday 7 October 2014

CD21, sah tak boleh buat IUI.


No IUI
Yup . Senang kata injection for 19 days ni tidak berhasil.
TVS last Friday menunjukkan folikel kiri Mama bersize 11mm. Which mean within 5 days with Foliculin 150iu hanya grow dalam 0.5mm sahaja.
Bila scan ovari kanan cengoi 1 lagi folikel besar size 11mm juga. Tetiba je kan, padahal last week scan belah kanan ni tak ada pun folikel yang besar. Semua kecik-kecik. But still... IUI tak boleh dibuat sebab folikel tak mencapai size minimum 18mm. Sedangkan last injection tu pada CD21 so Doktor menjangkakan yang ovari Mama tak react dengan ubat dan misi tidak berjaya.

Doktor kata yang dia boleh minta Mama datang treatment for next cycle and dose up kan injection terus ke 150iu but kaedah tu terlalu berisiko. Doktor taknak Mama hamil kembar berganda-ganda sebab untuk IUI ni satu telur sahaja sudah memadai. Bayangkan kalau dalam 20 folikel tu ada 5 yang matang. Tak ke 5 orang adik nanti Hakim dapat? Doktor kata kalau IVF memang perlukan banyak telur tapi sebabkan hal ni maka Doktor bagi 2 pilihan pada Mama;

Pilihan pertama  
~~~Ovarian Drilling~~~

Cara cepat dan mudah tapi menyakitkan. Nak kena drill kan kalau tak sakit tak tau lah.
Pembedahan laparoskopi akan dibuat pada bawah perut then both ovary akan ditebuk untuk mencederakan ovari. Bila ovari tu dah cedera, hormon akan cuba balance untuk memberi laluan kepada process ovulasi. Macam tu lah lebih kurang Doktor consult Mama. 
Mama tanya juga pada Doktor adakah kaedah drilling ni wajib. Kalau tak buat memang tak boleh pregnant ke?  Or boleh jadi masalah lain ke kalau biar je PCO ni? 

Doktor kata Ovary Drilling ni just salah satu kaedah rawatan untuk mendapatkan zuriat sahaja. Kalau tak buat pun tak mengapa tapi bagi pengidap PCO macam Mama ni ... Kaedah Ovarian Drilling ni boleh membantu untuk process ovulasi. Itu je. Kalau Mama setuju, Doktor akan buat surat refer ke Hospital Sungai Buloh sebab Ovarian Drilling boleh dibuat kat sana. Amacam?

 So.... bagi orang yang penakut mnacam Mama ni... 
this option maybe boleh  letak ketepi dulu. Huhuhuhu... Tak sanggup nak di drill. Lagipun Mama and Papa bukan nya tak ada zuriat langsung. Mama dah ada Hakim, so this option tak compulsory.

Kalau nak lebih detail tentang ovarian drilling boleh refer sini.


Pilihan ke - 2
 Diet and come back to HKL after 3 month.

Yang ni cara panjang yang tidak menyakitkan tapi menyeksakan. 
Actually total weight lose Mama selama treatment ni dalam 5kgs ( 88kgs --- 83kgs) tapi masih tak membantu dalam process kesuburan. Kalau Mama tak nak kena drill makna nya Mama wajib turunkan berat badan ke at least 75kgs. Banyak tu 8kg nak kena buang. Memang perang mental  dengan diri sendiri lah Mama ni kalau tak nak sakit. See.... Kan dah kata cara ni memang tak sakit tapi SEKSA! Seksa kot nak turunkan berat badan. Nak kena kurangkan carbohydrate and sugar. 

Termenung sekejap Mama dalam bilik Doktor tu. Mata dah nak berair sebab rasa confuse , rasa sedih, rasa macam tergesa-gesa kena buat pilihan. Dah lah time  tu Mama seorang je. Papa kerja. Takut nak buat pilihan sebab takut pilihan yang bakal dibuat ni akan effect future.

After a while, Mama decide sebulat hati
" No drilling... i choose to diet Doc."

But actually kan that time Mama decide tu... dalam hati Mama ni dah berkaca-kaca tinggal nak pecah berderai je. Hati Mama dah kata ...


STOP !    

No more TVS!   

  No more injection!  
    
Tired enough!



Lepas dapat date appointment ( just procedure nak dapatkan card je...dalam hati dah macam tawar nak jumpa Doctor lagi) Mama terus keluar bilik Doktor and call Papa. Masa tu lah drama air mata bagai. Mama pun tak tau kenapa Mama nak nangis beria padahal masa nak call Papa tu takdelah rasa nak nangis pun. Call nak bagitau result then nak cakap sedih sebab folikel tak grow. Itu je. 

Tapi bila dengar je suara Papa kat corong belah sana tu...rasa sayu pula. Rasa cam menyentap-nyentap lak hati ni. Nak cakap ape dengan Papa pun tak tau nak mula dengan yang mana satu.

Parahkan??? Padahal sebelum ni dah tau dah yang risiko gagal tu ada tapi  apa yang buat Mama rasa sedikit kesal ni sebab kegagalan tu diberitahu sangat awal. IUI tak dan nak buat lagi Doktor dah menjangkakan yang this cycle tak berjaya. Semuanya angkara folekal yang tak matang. 

 

Memikirkan saat-saat kena injection selama 19 hari, teringat-ingat saat Hakim asik gosok perut Mama sebab fikir Mama ke hospital sebab pergi check baby, penat lelah drive mengharung jammed pagi-pagi buta. Semua tu buat Mama jadi stress sebab after all rintangan , end up Mama tak dapat buat IUI. Sedih sangat. 
Biar lah semua orang pandang. Mama tetap nangis sambil cakap dengan Papa. Tapi nangis penuh adap lah... nangis takdelah sampai meraung satu sopital.

Sampai lah di saat ini, Mama masih rasa berbelah bahagi lagi sama ada nak teruskan treatment atau tidak. Buat masa ni Mama akan keep on diet sebab Mama nak jadi lebih sihat and  jadi cantik untuk Papa. 
Biar masa yang menentukan. Mana tau bila date appointment tu nanti pintu hati ni terbuka ke nak pergi kan. 
Buat masa ni Mama tengah tunggu je Miss Peri kot nak menjengah tiba dalam seminggu dua ni. 

Sekian....  HKL adios amigos.

~~~ Kita mampu merancang but Allah know da best!~~~

2 comments:

  1. noriz..saya doakan awk tabah ye..
    jgn gived up..ok..
    OD ok jugak kalo awak nak buat...saya ada kwn i berjaya pregnant slepas OD..
    xpe...awak pikirla yg mana terbaik:)
    doakan saya IUI esok ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx mag, wish u best of luck n yg baik2. Dipermudahkn segala perkara. Pasal od tu still under consideration. Penakot sebenarnye saye ni.

      Delete