Monday, 7 July 2014

Cekodok pisang gebu dan lembut

Ni kuih favorite Papa.  Cekodok pisang. Papa cakap cekodok Mama buat ni special. Gebu je. 
Papa cakap selalunya kalau beli kat kedai tu memang gebu tapi lain rasanya dengan cekodok Mama ni.
Hakim anak Mama seorang ni pun cukup suka makan cekodok pisang ni.

Sebenarnya menu cekodok pisang Mama ni  resepi turun temurun. Selalu tengok arwah moyang Hakim buat dulu. So Mama copy cat je resepi ni. Actually Mama memang selalu buat cekodok pisang ni bila pisang berangan yang Papa beli tak habis dimakan. Daripada membazir ,  elok kita olah supaya boleh di makan. 



Bahan-bahan:

7 biji pisang berangan 
( Mama biasa guna pisang berangan or pisang emas.  Tapi kalau pisang emas kena X2 kuantitinye. Make sure pisang tu masak ranum. Ranum macam dah nak mula hitam kulit pisang tu)

1 ½  cawan tepung gandum

½  cawan gula

Secubit serbuk nutrium bikarbonat.
 (kalau terletak lebih nanti rasa pahit & cekodok jadi berminyak sangat)

¼ sudu kecil garam

Tak perlu tambah air ye. Di ulang sekali lagi... Jangan tambah air.
So make sure letak tepung gandum tu sedikit demi sedikit untuk mendapatkan teksture yang terbaik. Kalau 1 cup tepung tu dah okay boleh lah stop jangan dihabiskan semua 1 ½ cup tepung.


lenyek pakai shaker je. Ape ada hal kan. Hihihihi....


Potong kecil pisang dan lenyek sehingga pisang dan gula sehingga jadi macam gambar kat atas ni.

Then ayak tepung gandum tadi & mix sekali dengan natrium bikarbonat. Lepas tu baru lah campur gaul sedikit demi sedikit tepung tadi ke dalam pisang yang dah dilenyek. 

Bila dah sebati , tambahkan garam dan kacau sehingga sebati sekali lagi.
Kemudian boleh lah goreng cekodok tu dalam kuali  :)




Untuk dapatkan posture cucur yang comel bulat ni, Mama just gunakan tangan.  Macam kita makan nasi tu. Kaut pakai jari then letak kan perlahan-lahan dalam minyak yang panas. Minyak kena banyak ye. Kalau boleh time masuk kan cucur tu, cucur tu tenggelam dalam minyak. Kaut sikit je jangan banyak-banyak sebab nanti cucur tu akan kembang 2 kali ganda dalam kuali.

Then kena rajin balik kan cucur dalam kuali tu. Bila dah agak bertukar warna brown tu boleh lah ditoskan. Makan panas pon sedap. Makan sejuk,  lagikkkkk sedap. 


1 comment: