No No No....
Akhirnye terjebak juga Mama dengan takaful.
Papa, Mama & Hakim...sorg 1 dah ade takaful. Pada mulanya Mama & Papa just nak ambilkan takaful ni untuk Hakim sahaja. Tapi lepas perjumpaan dengan agen MAA ni... last2 kita sefamily amik takaful. Pandai betul agen ni marketing kan.
Katanye... paling penting amik insurance ni adalah parent.
Kenapa?
Sebab kalau anak sakit, setiap ibu bapa aka cuba the best untuk cari duit untuk biaya sakit anak.
Tetapi.... kalau kata bapak nye meninggal awal or paralyze... erm... mcmana tu? Anak tak dapat kot nak tolong tampung biaya bill bapak. Lagi tragis kalau anak semua kecik2 & bersekolah.
Make sense kan alasan agen tu. So disebabkan statement agen tu lah akhirnya kami 2 lakik binik amik insurance ni. Premium bulan2 pn tak de lah amik yg high class, sekadar yang termampu. Orang kata kalau jadi ape2 boleh lah diharapkan dengan insurance ni.
Pakej yang kita amik ni 3 in 1.
Life insurance + medical card + investment. :)
Actually Mama & Papa tak kisah sangat pasal investment. Yang penting ada protection. Sekarang ni penyakit mcm2. Kot lah kena admit at least boleh lah berlapang dada sikit sebab bill dah ade yang bayar kan plus boleh dapat service yang baik dari private hosp. Mcm Mama ni, mcm2 ujian penyakit Allah kasi.
Untuk case Mama pula, agen tu kata pihak insuran memang tak akan cover bagi penyakit yang sudah sedia ada. Mean kalau Mama sakit & admit hospital bukan disebabkan or kena mengena dengan penyakit yang sedia ada. Maka insurance tetap akan cover.
Erm...dah kate dalam dunia ni banyak penyakit kan. So Mama rasa ade betul nye apa yang agen ni cakap kn. Lagipun tak semestinya kita akan mati dengan penyakit yang kita alami sekarang. Ajal maut tu kan rahsia Allah.
Sorang 1 takaful ye. Semua effective/ joint date lain2 sebab amik bulan berbeza. Makan bulan juga agen ni nak convince kan Mama & Papa amik insurans. hihihi... |
Alhamdulillah sekarang kita 1 family dah ade protection. Agen yang Mama amik ni pun Mama kenal. Dia abang kepada kawan Mama & Papa. So far service nye baik. Setiap kali call or nak minta advise sure dia or wife dia akan bantu. Most important dia & wife full time buat insurance. Kalau apa2 senang lah.
Dan Alhamdulillah sangat sebab so far belum pernah lagi antara kita bertiga di admit ke hospital. Sakit demam , batuk sikit tu adalah. Lumrah lah kn.
Apa pun kita cuma usaha.
So...YES!!! Pada Mama, kalau ada duit lebih, boleh lah amik insuran or takaful. InsyAllah kalau jadi apa2 ringanlah sikit beban kita plus dapatlah merasa treatment & layanan ala2 org kaye, hihihihi....
Paling penting, doa minta kat Allah supaya dilindungi dari malapetaka dan diberi kesenangan hidup dunia akhirat. Kalau boleh nak sihat selalu.
~~~ Ya Allah lindungi lah keluarga kami daripada segala malapetaka, Amin ~~~
No comments:
Post a Comment