Wednesday 1 October 2014

Cik Teh dan jadi Puan Zulaika.


After 6 years..., Syawal 2014, Rumah Ato Kuang kenduri lagi!
Cik Teh kawen!!! Yeay!  

Actually lama dah Mama dok keluar masuk entry ni tapi bila nak mula je takde idea nak tepek. Dari sehari ke sehari...lama-lama makan bulan baru siap entry ni. Hihihi...


Jadi before Mama cerita panjang melebor mari kita saksikan dulu persembahan kebudayaan dari En Papa dan Tuan Tok Chu.   :)

 Bukan main berjoget ye. Hihihihi...
 Tajuk persembahan mereka berdua time ni ialah...

 "Bas Pengantin Lelaki dah sampai, siapa nak pergi amik?" 

Wah...sikit punye panjang tajuk persembahan tu pasal tangan tu terangkat-angkat ye. Hihihi... Ape pun Mama rasa ini adalah photo terbaik sepanjang sesi kawin Cik Teh.  Hihihihi... 

Majlis nikah dan sanding Cik Teh ni dibuat pada hari yang sama iaitu pada 10 August 2014. Tapi baru ni lah Mama ada time nak compile photo and masuk kan entry ye. Hihihihi...super busy Mama ni Hakim. Kalah perdana menteri Fasola. Hihihihihi....

So biar lah gambar je berbicara ye. 
Wajah-wajah gembira disekitar majlis kahwin Cik Teh di Kuang.  Semua photo ni diambil dari photographer amator je. ( crdt to Tok Cu and Cik Na)

Majlis akad nikah di rumah sahaja. 
Cik Teh sangat cantik!

Kompang di palu, ketibaan Pak Teh Nain.

Wajah-wajah gembira.

Lepas majlis macam biasa lah ye... 
Raja and Permaisuri turun pangkat jadi tukang cuci.
kasi cuci periuk belanga...dulang sume tu ye.


Color baju tukang cuci pon nak sedondon ke Cik Teh????  hihihi

A week after majlis di Kuang, kita sekeluarga ke Lendu, Melaka pula untuk meraikan majlis terima menantu di sana. 

Seronok majlis di Lendu tu. 
Pengantin disambut dengan bunga api dan silat pengantin. Memang meriah sangat. Mama pun teruja. Jeles pula sebab time Mama kawen dulu takde pun bunga api bagai. Huhuhuhu....

Lepas majlis kita bermalam terus di Lendu. 
Kita sekeluarga, nenek, Cik Na and Cik Lili je stay kat homestay yang disediakan oleh Pak Teh Nain. Majlis malam tu pun tak ramai family kita yang hadir. Kita-kita sahaja dengan family Ato' Sabri. 

Selepas majlis  selesai, Ato' Sabri terus balik Kajang, tak dapat stay dengan kita kat homestay. 
Baik betul Ato' Sabri sanggup datang berulang untuk majlis esok hari di Lendu ni. 

Nasib baik ada family Ato Sabri , Setidak-tidaknya meramaikan lagi kehadiran dari belah perempuan. Sebab Mama tak sangka yang majlis malam di Melaka ni begitu meriah. Tengok je lah pada baju pengantin Cik Teh yang glamour tu. Seronok sangat!. 

Majlis malam berinai di Lendu, Melaka.


Homestay 3 bilik, RM100/hari

Esoknya dalam pukul 12pm semua family gather di homestay. 
Ramai juga yang datang meraikan hari bahagia Cik Teh di Lendu ni. 

Ato Sabri sekeluarga, Ato Ude sekeluarga, Ato Naim suami isteri, Ato Nazli suami isteri, Ato Cu sekeluarga dan Mak Ngah Yang sekeluarga pun ada. Kehadiran keluarga lah yang memeriahkan lagi majlis berarak pengantin. Kali ni busana purple jadi pilihan Cik Teh. Cantik menawan kan?



So sampai sini je Mama melaporkan. Kalau Hakim nak tengok gamabr kita sekeluarga posing baik punya dengan pengantin boleh lah jumpa Cik Teh. Sebab sampai la pun Mama sendiri belum tengok lagi hasil kerja photographer Cik Teh. 

~~~ Welcome to our family Pak Teh Nain ~~~



No comments:

Post a Comment