Sori ye sebab baru ni Mama ada semangat nak cerita pasal rentetan
IUI journey yang tak jadi ni. Bukan sebab tak ada mood ye, tapi sebab this week memang Mama flat sangat. Sakit mata baru nak baik, Allah kasi pula demam. Demam untuk tambah pahala dan kurangkan dosa-dosa Mama. Lepas elok demam, selsema dan batuk pula dok hinggap mai kat hidung and tekak Mama ni. Sampai saat Mama dok ngomel dalam entry ni pun still pekat melekat hingus and batuk tak berhenti-henti.
Ok lah meh Mama nak share pasal Miss Peri yang baik hati dah datang tepat-tepat pada CD28.
Akhirnya merasa juga Mama period cycle 28D ni.
Sebelum ni mana dapat cun 28 hari cycle. Selalunya mesti lebih 82 hari. Hihihihii...
Period setahun sekali dua je, itu pun lepas makan ubat turun period.
Memang Doktor HKL aritu ada cakap yang this cycle even tak dapat procced IUI pun period Mama akan datang sendiri pada CD28. Tapi serius cakap lah... selagi Mama tak period hati dan fikiran ni masih mengharapkan miracle. Sebab inikan urusan Allah, Kadang-kadang manusia (Doktor) ni hanya menjangka menerusi pengalaman dan teori mereka sahaja.
Bila Allah kata " kun fayakun" . Maka tiada apa yang mustahil. Tiada apa yang boleh menghalangnya. Bagi Mama selagi belum period salagi itu ada harapan dan harapan itu 100% disandarkan hanya kepada Allah Yang Satu.
Kot ler tetiba folikel Mama yang cinonet tu membesar dengan jayanya pada CD22 or CD23 ke kan. Lepas tu dengan bersusah payah persenyawaan berlaku pula kan. Fuhh!!! Tinggi betul harapan Mama kan. Kata dulu dah tak kesah. ;P
Tapi betul lah, hati seorang wanita ni memang tabah. Walau kata tak nak amik kisah, kata biarkan ke, apa ke tapi sebenarnya dia still ambil kisah! Masih amik peduli. Macam Mama ni lah. Hihihihi...
Tapi itu lah kan, end up dengan datangnya Miss Period. Maknanya tak adalah persenyawaan yang Mama dok imaging kan seminggu ni. Walaubagaimana pun, Mama tetap bersyukur sebab PCO macam Mama memang susah nak dapat period cycle 28 hari. Paling bersyukur sebab period ni tidak disertai dengan senggugut. Normally Mama akan alami senggugut yang teruk time CD1 and period yang banyak dalam jangkamasa 6-7 hari macamtu.
Lepas tu Allah bagi banus lagi.
Sikit je Miss Peri yang keluar. Keluar macam stain je. Biasanya kalau Mama period time batuk tentu akan keluar lagi banyak period. Ini tidak, period sikit dan berlaku dalam 3 hari je. Erm...Mama tak pasti samada ia petanda baik atau tidak tapi Mama lega sebab tak perlu menghadapi senggugut. :)
Sikit je Miss Peri yang keluar. Keluar macam stain je. Biasanya kalau Mama period time batuk tentu akan keluar lagi banyak period. Ini tidak, period sikit dan berlaku dalam 3 hari je. Erm...Mama tak pasti samada ia petanda baik atau tidak tapi Mama lega sebab tak perlu menghadapi senggugut. :)
Alhamdulillah...
Allah tahu Mama sedih hati, Allah tahu Mama dah hadap demam, batuk and selesama berminggu-minggu on and off. Allah tahu Mama sakit mata, kena kuarantin duduk dalam rumah sampai seminngu. Jadi Allah bagi hadiah tiada senggugut period kali ini. Terima kasih Allah...
And for record, Gynea HKL aritu ada pesan, bagi pengidap PCO macam Mama ni jangan biarkan Miss Peri lama tak keluar. Make sure if tak period dalam 3 month macamtu boleh ke klinik or hospital minta ubat keluar period. Setiap 3 bulan tau, jangan biar lama-lama. Tapi sebaiknya Gynea tu minta Mama kuat kan diri untuk diet sebab diet sangat membantu untuk mendapatkan regular period. Dan paling penting dapat meninggikan peluang untuk penghidap PCO hamil secara natural.
Bukan apa, sebelum ni Mama ikut suka hati Mama je nak period bila. Paling lama Mama biarkan 8 bulan pastu baru ke klinik minta ubat period. Itu pun sebab Jida dah bising. Hihihihi... Kekadang saja skip tak nak makan ubat time menghampiri bulan Ramadhan. Nak puasa penuh ler katakan. Hihihihi.... baik punya plan kan. Tapi memang betul pun, setakat ni dah lebih 5 kali Ramadhan Mama puasa full. Tapi lepas ni nak ikut nasihat Doktor, jangan biar kan badan lama tak period. and Mama akan cuba jadi kuat untuk diet sihat!
Sekian
~~~ Buat senam bintang kat rumah 1 minit pun dah pancit. Macamana tu????~~~
Bee STRONG!
No comments:
Post a Comment