Monday 2 October 2017

Anak zaman merdeka


Mama tak sangka tahun ni Mama jahit kan baju untuk Hakim sempena sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Betul-betul tak percaya yang baju tu juga akan jadi hasil yang  sangat cantik.

Tapi yang sebenarnya, semua penghargan ni kita kena bagi kat Jida. Jida yang beria nak buat kan baju untuk cucu sulungnya ni. Bila Jida tahu yang Hakim nak masuk pertandingan ni, Jida push Mama belikan bendera. Kalau ikut kan hati Mama, malas je ni. Hehehehehe...

Jida kata, biarlah Hakim masuk pertandingan tu. Sebab Hakim sendiri yang nak masuk. Besides, Hakim masa ni tak reti malu lagi nak posing-posing memperagakan pakaian. Nanti dah masuk darjah 2 maybe dah tak nak kot masuk acara macamni. So... Jida kata Mama kena support Hakim masuk acara ni. And Jida lah orang kuat yang menyekang mata dok jahit baju merdeka Hakim ni tau.

Mama???
Mama tolong sembat flag yang kat seluar tu aje. Hehehehehe...
Dah itu je Mama pandai buat. Plus design, Mama yang bagi idea kat Jida tau.


And

Tara!!! Ini lah hasil nya!

 Bendera bergerak yang hensem. Kekekeke...



Jida pagi-pagi datang rumah kita nak siap kan Hakim.

Kos buat baju ni tak lah mahal. tak sampai RM20 pun.
Mama beli 2 helai bendera bersaiz sederhana, and 1 bendera kecil.
Bendera -bendera tu Mama and Jida gunting and then jahit di atas kurta lama Hakim. Alaa...kurta time Hakim 5yo dulu. Ha.... Jahit je kat baju tu. Baju tu pun sebenarnya dah kecil. Bila pakai fit juga. Ok lah... boleh buat pakai sekali. Next year kalau Ofa or sepupu-sepupu Hakim yang lain nak pakai pun boleh. Rasa nak simpan buat kenangan baju ni. Sentimental value tu.


Andy Wyra Mama  . Ini bahagia belakang baju. Ala - ala kain terbang gitu. Macam superman tu.... Hehehehe



Andy Wyra bersiap!

Alhamdulillah.
Dapat naib johan acara pakaian beragam sempena bulan kemerdekaan di peringkat sekolah agama. Dapat stationary. Hakim kata yang nombor 1 pakaian nya siap ada songket and tengkolok. 
Wah!!! Hebat!!! Super rajin betul Mama pemenang tu. Mama nak sembat songkok tu pun rasa perit tangan. Tu yang akhirnya , mama gunting and tampal je terus moon and star kat songkok tu. Hehehehehe...

Mama tanya, nanti hari kemerdekaan di sek keb nak ke masuk bertanding lagi?
Tak nak.

Ha.... agaknya dia dah terasa malu kot dok peraga kan pakaian atas stage. hehehehe....
Apa pun Mama nak ucap tahniah buat Hakim sebab berani nak masuk bertanding. Betul lah kata Jida, selagi anak tu nak buat sesuatu yang tidak bahaya. Elok lah kita as parent support anak tu. Ini tahun depan confirm dah tak nak masuk kot acara beragam. Maklumlah... dah abang-abang. Heheheheh...


Tahniah.
~~~ Bukan baju je beragam. Perangai pun beragam-ragam~~~


No comments:

Post a Comment