Monday 27 October 2014

Shatavari, Blackmores, Pati Delima, Stevia & Vitamin C for fertility.

Dulu Mama pernah cerita pasal GLA Shaklee.
Tapi lepas dah consume dalam 4 botol berterusan and scan rahim nampak  PCO Mama still sama. Tak ada perubahan. maksudnya GLA Shaklee tu tidak memberi sebarang kesan ke atas PCO Mama.

Mungkin faktor biologi badan Mama tak sama dengan orang lain yang boleh hilang PCO dengan mengamal kan GLA. Tapi pasal kulit muka jadi makin elok tu memang benar. Jerawat Mama memang makin kurang. Tak pasti sama ada GLA ni ke yang membantu kulit Mama jadi makin sihat. Maklum lah, GLA ni kan membantu untuk menstabil kan hormon so maybe tempiasnya ke muka Mama.  :)

Jadi dipendek kan cerita bila Mama dah consume almost 4 month GLA and tiada perubahan pada PCO. Mama rasa  Mama patut stop consume GLA dan try product lain.
Daripada bacaan dan group TTC( PCO ) dalam Facebook banyak memberi Mama info tentang supplement yang mereka ambil untuk pregnant. 

Kalau ikut daripada hasil pemantauan Gynea Mama, Mama tak boleh concieve sebab folikel tak grow dengan sihat. So ada rakan TTC yang syorkan makan Shatavari, produk daripada Himalaya.

Ramai kata yang Shatavari ni baik untuk menyihatkan ovari, sekaligus membantu menyihatkan folikel dan ovum. Mana tahu kan dengan Shatavari ni Mama serasi. Sebab ada yang share kata mereka mengalami ovulasi lebih cepat selepas makan Shatavari ni. 

Puas lah mencari si Shatavari ni kat pharmacy area Sungai Buloh ni but unfortunately
Shatavari ni tak ada dijual di Watson, Gardian, Cosway,etc. So kena ke Himalaya Boutique kalau nak kan Shatavari ni.

 Alang-alang nak berjalan kan, kita 3 beranak ke Himalaya Boutique di Setia City Mall, Shah Alam.  Semua jenis herbs and toiletries ada kat Himalaya ni. Asalnya nak beli 2 botol Shavatari  sebab nak buat stock pasal Himalaya Boutique ni jauh but terfikir pula kot tak rasi kang membazir pula. So Mama beli 1 botol dulu. Kot serasi boleh je pin pin pon pon dengan Papa ke sini lagi nanti.

Mama terus jadi ahli Himalaya tu. Spent RM100 automatik jadi member. Siap beli syampu, facial cleanser and syampoo baby for Hakim kat Himalaya. Sebab produk Himalaya ni pure herbs. Ala-ala organik gitu.

Shatavari 60 capsules last for a month. Intake: 2 times daily.


Selain tu Mama try juga makan Multivitamin plus Mineral daripada Blackmores. Sebii je sehari, Mama makan malam after dinner. Kenapa Mama consume Multivitmin? Nurse di HKL ada inform yang pengambilan multivitamin ni tak banyak membantu PCO malah boleh menjadikan badan labih gemuk. Jadi kenapa ye Mama nak makan juga multivitamin ni?

Erm... sebab Mama on diet. Mama try kurangkan pengambilan carbs and sugar so Mama harap dengan pengambilan multivitamin ni membantu top up mana-mana vitamin or mineral yang terkurang. Hihihihi.... Plus dalam multivitamin ni pun ada acid folic . Acid folic ni penting bagi persediaan wanita yang nak hamil. Macam Mama  :)

Untuk mengoptimumkan diet sugar ,
Mama dah beli and amalkan penggunaan Stevia. Mama beli brand Equal yang banyak di jual di pharmacy. Kalau Mama keluar lunch or dinner Mama akan order air perisa kosong ( Tea O, sirap, limau, etc) and tambahkan 2 biji Stevia ni dalam air. Rasanya memang lain sikit daripada gula biasa. Tak sesedap gula putih but alah bisa tegal biasa.

 Pernah sekali tu Mama order Tea O kosong, sekali tengok Equal stevia tak ada dalam beg. Tak kan nak minum Tea O pahit kan jadi malam tu kira halal lah gula putih 2 sudu. Hihihi...



Satu lagi suppliment Shaklee yang Mama masih consume, Vitamin C.
Vitamin C Shaklee ni ada 180  biji so memang banyak stok kat rumah. Tak elok membazir kan. Lagipun Vitamin C memang elok pun untuk badan.

Ada 1 lagi makanan tambahan yang Mama add on daily iaitu Pati Delima.
Kecik ni harga RM18 dah sekarang. Dulu masa Jida and Mak Ngah beli harga RM15 je.
Rasanya bukan main masam lagi. Makan 1 sudu, sehari 2 kali. Makanan sunnah kan, pasti elok di amalkan. Antara khasiat pati delima ni ialah menambah tenaga, membantu membuang lemak berlebihan, mencantik kan kulit sebab pati delima ni ada antioksida yang tinggi, memperbaiki hormon  etc.




So sekarang sebagai ikhtiar sebelum jumpa Gynea January 2015, Mama makan semua supplement  ni atas initiative sendiri. Mama harap boleh TTC again secara natural. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya time TVS January nanti Mama mengharapkan PCO Mama semakin kurang or kalau boleh hilang terus! Mama nak let it go ... let it go ... eceeewah menyanyi pula Mama ni ye.

So far Mama dah consume semua ni dalam 2 minggu macamtu. Apa yang Mama dapat?

1. Berat badan maintain tapi still overweight . Alhamdulillah.
2. Keguguran rambut berkurangan. Alhamdulillah.
3. Tenaga normal tapi malam cepat sleepy. Siang pun sleepy. kenapa ek?
4. Penghadaman dan lawas semakin baik. Sehari 2 kali, normal ke tu?
5. Perut kempis sikit (plus Mama stop amik air ber ice dekat 2 bulan)
6. Bisa sendi di jari hilang. Alhamdulillah.
7. Flu berkurangan tapi bersin pagi-pagi tu still ada. Alhamdulillah.




Rasanya itu lah yang Mama dapat 2 minggu makan  semua kat atas ni.
Mama nak tengok dalam 3 bulan ni kalau OK, Alhamdulillah . Tapi if time scan nanti tak ada apa yang berubah mungkin Mama kena tukar lagi supplement dan cari yang paling sesuai.


~~~ Punya banyak supplement Mama makan, kalau tak pregnet pun tak pe. Makan untuk jadi lebih sihat. Sihat untuk beribadah dan membesarkan Hakim~~~


3 comments:

  1. mama..shtavari tu brpe rm 1 btol erkk??..tq:)

    ReplyDelete
  2. Sy ada Kwn mkn shatavari Himalaya dpt kembar sepasang....

    ReplyDelete
  3. Sy ada Kwn mkn shatavari Himalaya dpt kembar sepasang....

    ReplyDelete