Wednesday, 7 March 2018

SUSAHKAH SILIBUS KSSR SEMAKAN , KBAT , LINUS?


KSSR:::Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Start tahun 2011, menggantikan KBSR. Kalau ikut kan kefahaman Mama. datang lah macamana bentuk silibus pun tapi intipatinya tetap sama. Iaitu untuk pastikan student kuasai ilmu, berkemahiran dan berkompetensi.
KSSR SEMAKAN pula bermula tahun 2017. Syllabus lebih maju dan padat. Mama perhatikan certain topic darjah 3&4 sudah mula student darjah 1  tahun 2017 belajar.  Semua buku teks dan aktiviti pun adalah cetakan pertama. So, bertabahlah anak-anak dan ibubapa ye. Kita tolong lah anak kita mana yang patut dalam nak menuju ke era globalisasi yang penuh dengan competency ni ye.

KBAT:::Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Yang ini baru bagi Mama, murid tidak hanya fokus pada hafalan dan soalan rutin. Student kena tau dan faham setiap  konsep yang dipelajari. Means student kena berfikir untuk dapatkan jawapan. Kena creative dan boleh berfikir lebih jauh.

 Contoh ::

 Soalan rutin ---
Apakah warna prima?

Soalan KBAT---
 Apakah yang akan berlaku jika hanya warna putih sahaja yang ada di alam ini? Jelaskan.

Soalan rutin:---
 Cari perimeter bentuk segiempat tepat yang panjangnya 7 meter dan lebarnya 12 meter.

Soalan KBAT---
Pak Samad ingin membina sangkar arnab untuk cucunya yang berbentuk segiempat. Dia mempunyai 40 meter  wayar pagar. Apakah saiz segiempat yang boleh Pak Samad hasilkan? Bentuk manakah yang terbaik?

LINUS::: Literacy and Numeracy Screening.(BI,BM and Math)
Merupakan sebuah program yang melibatkan semua student sekolah rendah (darjah 1,2 dan 3) dalam memastikan mereka ni menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Kena kenal huruf dan bacaan BI dan BM mengikut konstrak yang telah ditetapkan. Selagi tak lepas satu kontrak tu, cikgu akan bantu sampai lah student ni kuasai kontrak tersebut. Konstak ni macam topik lah lebih kurang.  Numerasi pun macam tu juga, student kena tahu asas mathematic. 

Ok tamat sesi suai kenal dengan KSSR, KBAT dan LINUS
Meh Mama nak cerita sikit tentang pengalama Mama,Papa dan Hakim mengharungi alam darjah 1.

*****************************************************
Seronok nya darjah 1


Ikut kan pengalaman Mama sepanjang Hakim tahun 1, 2017.
Memang banyak yang Mama belajar. 

Sungguh!!!

Silibus dan kaedah yang sistem pendidikan guna sekarang amat berbeza dengan zaman Mama sekolah dulu. Maksud nya , sistem pendidikan kita makin maju. Tak kan lah soalan yang Kementerian guna 20 tahun lalu still nak gunapakai lagi sekarang kan? 
Tak relevant lah kan.

Kalau dulu masa darjah 1 Mama and Papa masih lagi nyanyi lagu ABC and belajar kenal number tapi zaman sekarang kebanyakan pelajar darjah 1 dah pandai membaca BM dan BI dengan baik sekali.  Seiring dengan perkembangan science dan teknology  begitu juga generasi kini yang makin cerdik dan creative. Tak kira apa latar belakang student, kalau digilap yang biasa juga boleh jadi creative walaupun dia tak bijak. Tu yang keluar KBAT bagai tu. Nak tonjolkan yang creative  :)

Macam Hakim, start darjah 1 semua buku teks adalah sukatan baru. Seronok lah kan dapat buku teks baru. Buku pun masih bau kedai. Hujung kulit buku tajam-tajam. Hehehehe... 

Apa yang Mama nampak, buku  teks sekarang lebih mesra pelajar. Warna warni dan banyak gambar. Fakta pun disusun dengan creative. Bukan berbentuk ayat panjang lebar.  Tulisan pun besar, sesuai sangat untuk pelajar darjah 1 yang baru nak kenal erti sekolah.

Bab exam pun lain dah dari zaman Mama dulu. Sekarang kalau exam, result boleh tengok online di dalam sistem di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Nama system ni Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).  Walaupun result ujian, tetap dapat tengok online. No more report card hokay! Klik saja di sini , masuk kan nombor I/C Hakim dan nama sekolah. Then boleh lah tengok result. 

Zaman Mama dulu nak tau result masuk university baru tengok online. Hihihihi... agak jakun jugalah Mama masa nak tengok result Ujian 1 Hakim last year. Hari-hari dok godek buka laman web SAPS tu. Padahal baru je sehari Hakim selesai ujian. Hahaha...

Tapi system SAPS tu untuk tengok result sekolah kebangsaan je. Result sekolah agama still gunapakai report card. 


Berbalik pada tajuk susah kah silibus KSSR, KBAT dan LINUS.

Itu semua subjective. 
Pada hemat Mama, kalau tak belajar memang susah.

Darjah 1 untuk subject math  unit 1 masih lagi fasal mengenal number. Cuma bila bab selepas tu memang Hakim kena laju sikit Kena lebih kan latihan. Sebab ada unit tentang wang, shape, fraction. Plus ada KBAT so memang kena laju sikit.

Begitu juga dengan subject Sains. Unit awal masih belajar  tentang benda hidup dan bukan hidup, tentang deria manusia. Cuma bila dah unit seterusnya, Hakim kena banyak bermain dengan imagination. Sebab akan belajar tentang penyerapan dan magnet. Tentang tumbuhan yang mana Hakim kena tau fungsi daun, akar dan batang. Darjah 1 hokayyyyyy!!!

Mulanya Mama sendiri rasa ... boleh ke?
Tak susah ke? Boleh ke anak aku ni? 

Serius! Semua soalan tu memang dalam tengkorak Mama ni masa bulan pertama dapat teks books. Plus bila buat latihan Hakim masih lagi slow nak catch up apa yang Hakim belajar. Mostly Hakim tau tapi Hakim tak faham. So bila soalan berubah, Hakim jadi confuse. End up Hakim akan menangis sebab tak dapat buat. 

Ha.... tau dan faham lain ye.
Tak semestinya bila anak kita tahu benda tu maknanya anak kita faham.

Masuk bulan ke-2 , Mama tukar method ngajar Hakim. Mama lebih banyak bercerita.  Lebih banyak praktikal Mama slot kan untuk Hakim. 

Contohnya bab fraction. Darjah 1 belajar pasal 1/2 , 1/4 dan 3/4 je. So kalau Mama buat telur dadar which is memang selalu buat pun sbb itu menu senang dan cepat nak kasi Hakim and Papa makan. Kekekekek... Mama akan belah lah telur dadar yang bulat tu jadi 4 bahagian. Pastu mama bagi Hakim 1 bahagian. Then Mama tanya Hakim, berapa bahagian yang tinggal dan berapa bahagian yang Hakim dah amik.

Bab tumbuhan dan fungsi. Memang tak boleh tidak. Hakim kena hafal cuma Mama tukar method. Hakim dah hafal, then Hakim kena lukis kat white bord dan cerita tentang tumbuhan pada Mama. Gaya cikgu cikgi and mesti terangkan pada Mama in English. Hahahah... memang tunggang langgang tapi  akan ingat menusuk masuk ke saraf otak paling dalam. Hahaha...

Untuk sekolah agama pula. Percaya atau tidak soalan exam biasanya akan ulang balik apa yang dah keluar last year/ last 2 years. Mama ada pinjam soalan exam anak-anak jiran and masa nk exam , Mama story telling kat Hakim berpandukan soalan exam anak jiran. Kemudian Mama akan strive kan beberapa spelling jawi yang ada dalam teks book sekolah untuk Hakim tulis balik. 

Tapi bab kena hafal arab and bab rukun tu memang lah Hakim kena hafal ye. kalau tak hafal camno nak jawab. Jadi nak memudahkan Hakim hafal, Mama sendiri buat kan mind map. Mama buat dalam bahasa Melayu untuk mudahkan Hakim baca. InsyaAllah, slowly Mama akan ajar Hakim buat mind map ni pada masa yang sesuai ye.




Tips persediaan untuk Hakim sepanjang darjah 1 last year:

1. Make sure Hakim pandai membaca BM dan BI sblm masuk darjah 1
(at least simple words anak boleh pronounce dengan betul dan tahu maksud)


2. Kena master buku teks anak. Each subject ye sebab syllabus anak tak sama dengan zaman kita dulu. Memang advance syllabus sekarang ye.


3. Latihan. Ini paling penting. Kena selalu buat. Tak secara formal sahaja, santai-santai kita main quiz dengan anak itu lagi baik. Normal lah budak darjah 1 ni liat sikit nak stay lama-lama kat meja study. But....kena ingat ye. Kena siap kan dulu homework dari sekolah. Kang marah pula cikgu cikgi. Hihihihihi...


4. Memahamkan Hakim semua term yang diguna pakai dalam subject Science and mathematics . Contoh term: jirim, sukatan, bundar, pembiakan etc.


5. Beli bahan bacaan tambahan yang Hakim minat termasuk komik. Ye komik. Komik english and malay. Melalui pembacaan ni lah Mama detect Hakim dapat improve banyak new vocabulary. Antaranya komik Boiboiboy(BM) dan Plant vs Zombies(BI)


6. Follow  group online  daripada para ibu dan guru yang hebat yang banyak share pengalaman dan tips mereka mengajar anak.

 Seriously, cara ini paling banyak Mama dapat input dan cara mengajar Hakim dengan lebih baik bersesuaian dengan sukatan pelajaran terkini . Contohnya group FB LINUS dan follow blogger parenting yang sangat banyak di online.


Hasilnya???


Alhamdulillah, hasilnya sangat berbaloi. Hakim dapat tempat pertama dalam aliran darjah 1 di sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. 
Namun, perjalanan kita masih jauh. Banyak lagi yang perlu Hakim pelajari. Doa paling penting. Usaha jangan lupa.


Hari penyampaian hadiah sekolah kebangsaan




Hari penyampaian hadiah sekolah agama

Segala perit jerih kita berhasil. And tipu lah kalau kata tak ada drama air mata time study. Kalau dengan Mama tak sah kalau study takde rotan. Kadang-kadang ter over juga Mama ni merotan especially bila Hakim buat the same mistake and cuai bila jawab soalan. Sampai 1 tahap Mama rasa bersalah juga pada Hakim.

 Mama akan cuba jadi lebih sabar lepas ni okay. And Mama harap Hakim juga cuba untuk lebih berusaha menjadi seorang yang lebih baik untuk kehidupan di dunia dan akhirat.


Sekarang Hakim dah masuk darjah 2 and dah masuk bulan March pun,  this week Hakim sedang sit for exam awal tahun di sekolah agama.  InsyaAllah next week  start exam awal tahun di sekolah kebangsaan pula. 




Semoga Hakim sihat dan dapat menjadi kebanggaan Mama and Papa di dunia dan di akhirat.



~~~~~Kejayaan tidak datang bergolek~~~

No comments:

Post a Comment