Assalamualaikum anak ku Hakim,
Masuk harini dah seminggu straigh Mama jadi suri rumah sepenuh masa.
Since Jumaat last week dah cuti TVS kat HKL , sihat walafiat. Then Sambung cuti Monday sebab AidilAdha. Kemudian sambung lagi cuti 2 hari... MC.
MC sebab Conjunctivitis.
Ubat mata yang pahit bila lalu kot tekak! |
Boleh pula orang dok sibuk beraya , Mama pula sebuk sakit mata. Doktor kata sakit mata ni boleh makan masa seminggu tapi MC 2 hari je dulu boleh bagi. Kalau still merah next 2 days kena datang klinik lagi amik MC. Procedure klinik katanye tak boleh bagi MC lebih daripada 2 hari dalam 1 masa.
Apa-apa jelah doktor. Janji keluar MC ye. Tapi pelik juga lah kot dari mana datangnye jangkit penyakit ni. Kot pasal Mama menangis beria lepas TVS kat HKL last Friday ke mata Mama jadi macamni. Maklum lah nangis teresak bagai, lepas tu sampai rumah pun nangis lagi. Bila Papa balik kerja Jumaat tu... berderai lagi air mata ni. So mata jadi terkejut. Terus merah kot. Hihihihi....
Pepandai je teori Mama ni kan. Actually kebarangkalian berjangkit tu memang ada tapi daripada siapa? Erm... bila di ingat kan balik last week memang ada seorang staff production datang submit MC pada Mama sebab mata dia sakit. Mungkin form MC tu ada virus daripada dia then Mama pula amik and process kan. Terus lah berjangkit. Aduh.... risiko juga jaga HR ni ye. Orang lain punye sakit boleh transfer kat kita. Huhuhu... Tapi Mama tak salahkan staff tu pun. Mungkin Mama memang dah ditakdirkan nak kena sakit mata sebab sekarang ni pun kebetulan tengah jerebu. Cuaca pula panas. Jiwa pun sama tengah emosi kan so penyakit senang datang.
Pendek kan cerita after 2 days mata masih merah but kurang lah daripada dulu. Bila ke klinik Doktor suruh sambung lagi MC 2 hari. Haaa.... Mama rasa ni lah MC paling panjang Mama pernah dapat seumur ni.
Hakim? Hakim pun kena tempias sakit mata berjangkit dari Mama. Tapi tak seteruk Mama sebab bila nampak je mata Hakim start merah terus bawa ke klinik and sapu ubat titik. 1 hari je mata Hakim dah okay. Alhamdulillah.
Rencana suri selama 1 minggu ni menyeronokkan. Alhamdulillah sakit mata Mama ni tak mengganggu activity harian. Tak ada gatal or bengkak. Cuma merah dan bertaik mata je. So selama seminggu ni segala masa yang ada dicurahkan untuk family kita. Setiap hari masak untuk Hakim and Papa. Boleh buat jeruk mangga se balang and siap boleh tolong hantar Moksu ke Airport lagi, punye lah sihat kan. Hihihihi....
Moral of the story... sakit mata dapat MC kan. Jangan datang office submit MC tu. Tunggu sampai mata dah ok then baru submit MC ye. Kalau risau gaji kena potong just roger lah supervisor dulu. Tak pe...kami orang admin ni faham. Huhuhu...
~~~ Feeling syok jadi suri ~~~
No comments:
Post a Comment