|
Wefie 3 beranak, nak hantar Hakim ke school. |
Pejam celik dah almost a year anak Mama ber play-school di Little Caliph.
Sepanjang masa itu Mama nampak banyak improvement dalam
diri Hakim especially dalam bab sahsiah diri dan sosial.
Hakim dah tak malu sangat dan dah berani menjawab soalan bila ditanya. Kalau tak bila
raya or kenduri, Tok nenek saudara tanya nama pun tak mau cakap. Pandang pun tak mau.
Malu macam anak dara je. Hiihihi... Tu kire okay , senyum pun mahal tau Hakim ni.
Memang payah orang luar nak tengok senyuman menawan Hakim. Kalau siapa berjaya buat Hakim smile memang hebat lah orang tu.
Malah cara pegang pensel dan crayon pun dah betul.
Bab mewarna dan menulis pun semakin kemas,dah tak comot macam dulu sangat. Kalau dulu
selalu keluar daerah bila time nak colour. Hihihihi.
Hakim juga dah tak pakai pampers dah sejak school ni. Pandai dah ke toilet sendiri. Pandai pakai seluar and baju sendiri. (Jangan pelik ye umur dah 4 yo masih tak pandai pakai seluar sendiri sebab Hakim memang sebelum ni nak pakai seluar sendiri pun tak reti. Mesti nak Mama pakaikan. Mungkin sebab Hakim ni anak Mama seorang je so semua tu Mama and Papa rela je buatkan... pakaikan... ) .
Dalam bab reading pun Mama sangat impressed. Hakim dah boleh baca suku kata pendek. Contohnya macam "ta , ma, ri, wi, so, ko etc" Yang pendek macam tu kira okay sangat pada Mama sebab Mama rasa time Mama 4 years dulu pun tak pandai lagi baca macam tu.
Huruf hijaiyah dah bacaan yang simple pun dah mula kenal dengan baik. Baris atas yang paling Hakim mahir. Kalau ada baris bawah or depan tu masih terkial-kial. Walaubagaimana pun, Mama sangat bangga dengan pencapaian Hakim.
Tapi dalam banyak - banyak perkara. Yang paling Mama kagum ialah Hakim dah semakin lancar membaca ayat dan doa semasa solat. Doa Iftitah, bacaan tahyat, bacaan antara 2 sujud semua lancar dan jelas sebutannya. Banyak doa harian yang Hakim hafal.
Alhamdulillah...
Mudah-mudahan Allah terangkan hati Hakim dan menjadikan Hakim hambaNya yang hebat.
Terima kasih banyak pada teacher yang mengajar. Allah yang
selayaknya membalas jasa dan budi kalian.
Kalau dengan Papa and Mama selalu je akan ada adegan air mata bila minta solat or ngaji. Bila mood okay baru nak ikut Papa solat. Tapi di school mungkin environment berbeza, ramai friends so semua aktiviti jadi seronok.
|
Tonggang tonggeng solat. Hakim yang pakai baju cream sebelah abang baju belang oren. |
Baru-baru ni Mama ada dapat fee structure Little Caliphs untuk tahun 2015. Sejajar dengan pengurangan subsidi minyak Malaysia , Little Caliphs dengan ini mengesahkan bahawa Extended Fee Programnya di naik kan kepada RM150 berbanding dengan RM130 pada tahun ini. Yuran yang lain still remain sama je macam tahun ni juga.
So next year every month kami kena sediakan RM400 untuk Hakim instead of RM380 sekarang ni.
(School fee+TLCP fee+ Day care)
Cuma nya adakah Hakim akan teruskan school di Little Caliphs next year ?
Erm... masih under consideration. Sebab memang tak dinafikan sangat banyak improvement dalam diri Hakim since school di Litlle Caliphs but ada beberapa perkara yang Mama tak berapa syok pasal pre school ni. Mostly yang lain Mama memang puas hati.
1. Teacher
Tenaga pengajar Hakim asyik saja bertukar. Ada juga Mama bertanya pada principle but principle tak boleh buat apa sebab mostly yang resign tu sebab nak sambung belajar lah, sebab kawin, ada juga sebab dapat offer kerja tempat lain.
Mama rasa pihak pengurusan perlu buat sesuatu, bukan apa anak-anak ni masih kecil. Bukan senang nak develop rasa percaya. Anak baru nak serasi dengan teacher, teacher dah resign. Datang pula teacher baru, anak-anak mesti akan rasa janggal and rasa tak secure.
2. Oh My English
Hakim lebih banyak bercakap dalam bahasa Melayu. Okay ini bukan nak kata Mama anti bahasa Melayu. Tidak sama sekali. Mama and Papa pun tak lah terrer mana nak speaking London ni. Tapi memang since Hakim kecik Mama banyak perkenalkan vocab English pada Hakim.
Memang kita tidak menggunakan sepenuhnya English langauage di rumah tapi Mama percaya dengan cara ini saja boleh memperkayakan Hakim dengan bahasa asing. Tapi di school medium yang digunakan bahasa Melayu. Serius cakap... sekarang Hakim lebih banyak cakap direct Malay. Dalam 1 sentences dah jaraaaaaang ada perkataan yang menggunakan perkataan English. So ... macamana tu?
3. Susu.
Erm... sukatan susu yang tidak betul. Mama perasan yang teacher (some teacher ye bukan semua) buat susu sukatan air tak betul. Padahal Mama dah tulis pada bekas susu Hakim, air 200ml. Tapi bila Mama amik Hakim tengok susu + air sometimes sukatan sampai 150ml je. Sedangkan kalau susu+air normally jumlah sukatan akan jadi lebih kurang 230ml.
Adoyai.... kadang-kadang tu panas sangat susu yang dibuat. Itu nasib baik Hakim minum susu time
Mama amik balik dari school so tau lah nak minta teacher tambah air ke apa ke kan. Agaknya macamna pula dengan anak-anak yang minum susu time nak nappy? Panas juga ke susu nya? Sukatan air betul ke?
Sebab memang standard susu diberi time anak-anak nak nappy ( yang amik extended prog) cuma Hakim ni lain sikit tak nak minum susu time nappy alasanya susu teacher buat basi.
Actually Hakim ni kalau nak minum susu dia kena tengok orang tu buat. Sebab kalau dia tak nampak... tau-tau je susu siap tersedia, Hakim akan kata susu tu susu basi tak kiralah yang buat tu siapa. Banyak ragam juga anak Mama sorang ni.
~~~ Teacher yang baik, terima kasih. ~~~
Ikhlas dari Mama Andy Hakim