Sunday, 2 March 2014

Macamana nak dapatkan medical report kat Hospital Sungai Buloh. Phewwwww....


Alkisah last week Mama ke Hospital Sungai Buloh sebab nak submit claim form untuk pekerja company tempat Mama kerja. Kesian....pekerja ni injured time kerja. Jatuh tersepit celah forklift. (dapat bayangkan tak? serius ngeri! pekerja tu terlantar menjerit-jerit. Tak boleh bergerak.Kesian....)

 Menggelabah juga lah Mama sebab time tu Mama je admin yang sampai office dulu pagi tu. Mama drive kereta office (nasib baik kunci Chery ada dalam locker factory manager & tak lock) bertemankan abang dispatch ke unit kecemasan Sg Buloh. Lepas selesai masuk ke kecemasan & register bagai, Mama balik ke office & factory manager handle teman pekerja tu sampai selesai. 

Alhamdulillah tulang belakang nye tak mengalami kecederaan teruk & tak patah . Cuma retak tulang je. Bersimen dari dada ke pinggang. Dapat lah dia MC 3 bulan & now buat kerja ringan je di kilang. 

After selesai medical baru process claim mengelaim ni bermula.......

So far Mama rasa procedure untuk claim tak lah susah. Firstly kena dapatkan dahulu claim form and checklist. Once dah dapat semua ni senang lah nak prepare document. 


Checklist: Dokument yang diperlukan depands on claim yang hendak dibuat.
Application Form. Bayaran yang akan dikenakan berpandukan pada jenis laporan yang dikehendaki.
 (Refer Part 3)


Mana nak dapatkan semua form dan checklist ni? Mudah je, boleh dapatkan di Jabatan Rekod, Tingkat 3, Hospital Sg Buloh. Yang tak mudahnye ialah nak dapatkan parking. Itu je problem kat sini. huhuhu...

In case nak claim KWSP, Insurance & SOCSO.... mean kena buat 3 application ye. Macam Mama just buat 1 application je. Insurance....

Lepas semua document lengkap, boleh ke Unit Hasil di Tingkat 2 Hospital Sg Buloh. Time nak bayar ni kena tunggu giliran lama sikit ye. Dah dapat resit tu boleh lah photostat kat kedai buku dekat je dengan Unit Hasil ni. Sebab yang hendak di submit hat copy...original kita boleh simpan. Untuk setiap application kena ada 2 salinan resit bayaran ye.

Warga asing kena bayar double= RM80. Dapat 2 resit....
Semua ni kena buat time office hour tau. Lepas bayaran dah dibuat boleh lah ke kaunter pertanyaan dekat lobby hospital. Sebab nak masuk ke Jabatan Rekod tu kena dapatkan pass dulu kat sini. Nanti adalah mak guard or kerani kat situ akan bagi pass. Dah dapat pass boleh le naik ke Jabatan Rekod kat Tinggat 3 nun. Masa Mama kat Jabatan Rekod tu memang tak de siapa pun. So terus lah ke counter submit application.

Kekdahnya, kata clerk kat Jabatan hasil tu, Mama kena tunggu 2-8 minggu baru boleh dapatkan medical report ni. Tak kisah lah lama mana pun nak amik kan. Time nak amik report tu kena bawa surat yang kat bawah ni.

After dah dapat report baru boleh submit ke insurance/KWSP/SOCSO ect....

Boleh juga call dulu Jabatan Report kalau nak tau status application. Refer no permohonan.
Begitulah cara nya nak dapatkan laporan perubatan kat Hospital Sungai Buloh ni. Mama rasa mana-mana hospital kerajaan yang lain pun lebih kurang macam ni juga lah procedure nya. 

~~~ Seronok rasanya dapat tolong orang... Moga segala kerja yang Mama buat ni diberkati dan Allah merahmati anak Mama...Hakim.~~~

No comments:

Post a Comment