Tuesday 18 October 2016

Jalan-jalan ke Mini Zoo Kemaman, Terengganu



Ni yang best bila berjalani bawa Maksu.
 So dapat lah kita snap gambar keluarga budget semenggah sikit macam gambar kat atas ni.
Kalau tak asik selfie nampak muka je lebor. Hihihihii.

Kali ni kita ke Mini Zoo Kemaman. 
Tiket murah aje. Dewasa Rm10, Kanak-kanak RM7.

Service tram kat bawah ni free je. nak pusing banyak mana pun boleh. Tapinya dah namanya mini zoo kan so buat apa nak pusing naik tram banyak kali . Ye dak?


Maksu kalau posingggggg. kemain lagik.

Gambo goyang abes. Laju je beno membawok nye pon.

Masa kita ke zoo ni hujan renyai. 
Itu lah yang dalam gambo ni nampak Papa asik berpayung kan. Konon nak memayungkan anak. 
Tapi Hakim bila dah sampai zoo. Lagi laju Hakim berjalan ke hulu hilir daripada Mama, Papa and Maksu ni. Sudahnya Papa sorang je memayungi diri sendiri. hihihi....

Depan jambatan ni kami dok menengok Orang Utan kat photo bawah ni dok tengah  main tayar. 


Nak ke mana tu

Menonong je dua jejaka ni berjalan.
Tinggalkan Mama and maksu berjalan kat belakang sambil bergosip dan bergambo.

Klik! Klik! Klik!

Nampak dak? 
Seronok betul bawa maksu.
 Mama boleh amik gambar banyak-banyak. Hakim and Papa tak moh layan pun Mama tak kisah. best2!!! Kamu dua pergi lah tengok animal tu ye. Mama and maksu nak bergambo ni.


Papa and Hakim nak menuju ke kandang tiger


ok smileeeeeee!

Ni kat tempat burung-burung.

Selfie sikitttt.

Hakim and Maksunye.

Muka tak moh bergambo.

Eksen betul Mama ni ye. Tak takut gajah ke...  ;P
Masa ni Mama ajak Hakim nergambar dekat dengan gajah and try to convince Hakim yang gajah tu bukan boleh melintas parit tu.

Sudahnye dapat gambo macam ni je. Adehhhh!!!

Jambatan gantung. Ni acah-acah je, tak berani nak jalan jauh sebab macam tak berapa nak selamat.

As usual. Papa is tak nak amik risiko. Kita je degil nak naik jambatan gantung.

SeSumpah = sekali sumpah.  :D

Enggang

Tengah makan ikan.

Ada playground.


Banyak juga binatang dalam mini zoo ni. 
Daya tarikan utama semestinya haiwan besar iaitu gajah.
Binatang besar lain yang Mama nampak ialah buaya, rusa, harimau dan orang Utan.
Binatang lain macam kumpulan burung, ada banyak. Ikan pun ada. Tempat haiwan reptilia macam ular masa kita pergi ni sedang under maintenance.


Ada surau ye unuk solat.

Tandas di zoo kemaman sangat tip top!
Bersih dan cantik. Hat ni memang Mama wajib bagi credit. 

Air laju dan bersih.

Lantai bersih.



Pokok bonsai atas ni kalau jual berapa lah agaknya harga ye. 
Siap bertocang ha batang nye.


Kasi chance lah Mama and Papa gambar berdua ye.



Jom balik.

Sekejap je kita round zoo Kemaman ni. Sesetengah tempat ditutup due to maintenance and ada sesetengah area yang agak tidak well maintenance. Tapi overall is okay.

Masa kita pergi ni hujan baru lepas berhenti , so tersangat lah banyak nyamuk sepanjang kita berjalan -jalan di zoo Kemaman ni. Maksu pula pakai baju warna gelap. Memang si nyamuk ni kerjanya mengejar maksu. Hihihihi... nak record tapi maksu tak bagi. Tapi memang nampak lah nyamuk dok hurung maksu. Kikikiki...

Serius banyak sangat nyamuk.
Mama pula memang dah siap-siap bawa mosquito repellent dalam bag sebab tau kan nak masuk zoo. Kalau tak masuk zoo pun repellent ni memang dah dalam pakej travelling paket. Wajib bawa time pergi travel or cuti mana-mana. Tapi kan nyamuk-nyamuk kat sini serious kebal. Kat tempat yang sah-sah disapu repellent pun nyamuk ni relax je dok hinggap.

Harap benda ni jadi hanya sebab kat sini baru lepas hujan. Kalau hari panas, tak banyak macamni kot nyamuknya. Apa pun, kalau bukan kita yang support usaha pelancongan tempatan siapa lagi kan. Moh le kita melancong dalam negeri dan sama-samalah menjaga kebersihan alam sekitar!

Erkkk... Dah kenapa pula tetiba je Mama ni kan. Hahahah...

Komen please...
Mama bagi 2.5 out of 5 stars in the sky to facilities and service yang ada di Mini Zoo Kemaman.





No comments:

Post a Comment