Wednesday, 11 May 2016

Parent-Teacher Meeting singkatannya PTM :)


Mama and Ustazah Athirah

Friday, 6 Mei aritu Mama ber PTM  dengan  teacher Hakim iaitu  Ustazah Athirah.
Ustazah Athirah binti Sulaiman ni guru class  pra tahfiz di Little Caliph Sungai Buloh.
Hakim tinggal di rumah Jida. Tak ke school sebab harini tak ada sesi belajar so student ada option samada nak dihantar ke school or tidak.

Banyak perkara yang yang ustazah share dan bincang dengan Mama tentang anak kesayangan Mama ni. Seronok dapat berbual dan berbincang dengan ustazah ni. Walaupun Ustazah Athirah ni masih muda, baru lepas lepasan sekolah menengah agama. Tapi ustazah Hakim ni dapat deliver banyak perkara kepada Mama dengan baik sekali.

Macam-macam perkara yang ustazah Athirah report kat Mama pasal Hakim.
Overall baik saja dari segi belajar dan sosial. Cuma kena banyak kan lagi latihan dan ustazah risau Hakim selalu tak hadir ke school sebab selalu demam.


Satu lagi ustazah kata Hakim time study selalu hilang.
Hilang ke bilik Teacher Ila (principle). Hihihihi....
Amboi terus jumpa principle ye anak.

Tau lah yang teacher Ila tu teacher class Hakim time class 5 years.
Maybe Ustazah kata biasanya Hakim akan terus jumpa teacher Ila bila ustazah take time mengajar student pra tahfiz lain. (sesi 1 to 1)

Bab hafazan pula ok tapi
selalu tunggang langgang ayat 6 jadi ayat 5. Ayat 3 jadi ayat ke 2. Hihihihi...
Tapikan banyak surah lazim yang Hakim dah hafal selama di Little Chaliph ni. Mama and Papa sangat kagum dan sangat berterima kasih pada Ustazah yang berjaya mendidik Hakim sehingga boleh menghafaz surah-surah lazim ni.

Antara surah lazim yang Hakim dah hafaz setakat ini selain  surah Al Fatihah dan 3 Qul (sebab surah ni memang daripada Hakim kecil sebelum tidur kita selalu baca so Hakim memang dah hafaz)  ialah surah Al-Quraisy, Al-Kauthar,Al- Fill, Adh-Dhuha, Al- Aadiyat, Al-Zalzalah, Al-Humazah, Al-Ma'un dan surah Al-Nasr.
Allah.... Mama dan Papa sangat bangga dengan Hakim. Teruskan berusaha untuk menjadi insan dan khalifah yang lebih baik ye. Jangan berhenti mencuba dan berdoa.
Mama doakan semoga Hakim jadi khalifah Allah yang berpotensi dan berjaya dunia akhirat.

~~~Hanya Allah yang bisa membalas jasa kesemua guru Hakim~~~


1 comment:

  1. Alhamdulillah, seronok akak baca perkembangan Hakim :)

    ReplyDelete